Thursday, September 27, 2012

Is this a come-back?

Assalamualaikum

Puas hati. Dua bulan lebih aku tk update blog, dan selama masa dua bulan tu adalah beberapa orang yang tanya, "Eh kenapa tk update dah sekarang ni?" Dan jawapan aku untuk depa semua sama - MALAS. Ya memang aku makin malas nak jenguk blog, hmm nak buat keja sekolah pun aku malas. Apatah lagi nak buat benda lain haha. Aku terlepas benda2 yang blogger selalu update ikut musim contohnya bulan puasa, raya aidilfitri, musim gangnam style dan macam macam lah. Tapi aku tk ralat sangat pun haha tk cerita pun tkpa kan. Sekarang jam laptop tepat menunjukkan pukoi 6am. Ajaib kan? Hari jumaat dan aku bangun seawal pukul 4am, sampai sekarang aku masih belum tidoq. Cerita dia semalam aku tetidoq pukoi 8pm. So bila dah tejaga, rasa mengantuk tu langsung tkdak. Jadi bersenang lenanglah aku di atas katil bersama laptop, dengan membuka 3 tab iaitu Twitter, Youtube dan Facebook. Tktaulah pukoi berapa pulak aku nak tidoq ni hehe. Oh yes. PMR akan datang dalam masa beberapa hari ja lagi, so aku ucapkan good luck untuk calon calon di SMJK Keat Hwa, SMK Sri Ampang, SMK Convent, SMK Sultanah Bahiyah, SMK Sultanah Asma, SMK Tun Sharifah Rodziah, Maktab Mahmud Alor Setar, SMS Sains Pokok Sena, SMK Dato Syed Omar dan Kolej Sultan Abdul Hamid. Same goes to calon calon SPM. Moga kejayaan di dalam genggaman, amin.

Okay sepanjang dua bulan ni macam macam dah jadi. Bulan puasa macam tahun2 sebelumnya bagi aku, tkdak apa yang berubah. Cuma awal bulan ramadhan abah berpuasa kat Makkah, alhamdulillah rezeki dia lebih. Lepastu raya pulak, haha tahun ni aku tk demam yeay! Raya pertama kat sini, kedua kat kampung, ketiga kat penang, hmm lepastu tk ingat dah. Dan raya ketujuh aku pi kenduri kat pusat aktiviti kat stadium tu, Kak Zakiah kawin hehe masih belum terlambat kot nak ucap Selamat Pengantin Baru =) Oh yes, kakak2 aku jugak dah selamat masuk tempat belajar masing2. Yang sulung kat Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian (I'm not sure whether it's Kerian or Krian) Kelantan dan yang second kat Kolej Islam Antarabangsa Gombak, Selangor. Jadi sekarang ni akulah yang paling sulung kat rumah. Dan aku mempunyai kuasa penuh untuk buli ketiga tiga adik aku muahaha. Tunggulah nanti lagi dua tahun insyaAllah aku pulak yang akan duduk jauh dari rumah. Tu pun kalau ada rezeki belajar jauh, contohnya oversea ke haha tetiba teringin nak pi Dubai!

Baru baru ni aku ponteng sekolah dua hari, sebab dari Jumaat sampai Selasa aku merantau ke Shah Alam, Johor Bharu dan Kelantan. Mulanya ke Shah Alam dengan nenda naik bas, pergh lama gila tk naik bus! Dok single seat pulak kan memang layan habis. Kebanyakan penumpang dalam bus tutup tirai tapi aku dak. Aku lebih suka tengok kat luaq walaupun kadang2 aku terlena jugak haha.Yang bestnya kiri kanan aku makanan. Poket kat seat depan pun makanan. So keja aku dalam bus ialah tidoq dan makan. Baca buku pun hanya masa bus tu berenti. Tidoq kat rumah nana dua malam kot kalau tk silap, lepastu hari Ahad terus memecut ke Johor Bharu sebab ada kenduri. Sampai sana lebih kurang tengah hari la, aku melantak sungguh2 nasik kat sana sebab hari tu aku tk breakfast langsung. Pukoi 3pm, naik kereta dan terus ke Kelantan pulak. Tk payah tanya la penat ka dak, berapa jam aku asyik teperuk dalam kereta ja memang letih la cerita dia. Sampai homestay kat Kelantan aku pun tk ingat pukoi berapa sebab sepanjang jalan aku asyik lena ja. Perut pun kenyang kan hehe.

Esok tu pi amek kakak kat USM lepastu jalan jalan cari makan. Singgah kat warung apa entah aku pun tktau, aku amek nasik ikan keli kuah masak lemak & sambal belacan. Memang terangkat! Walaupun sambal belacannya bagi aku tk cukup pedas hihi. Satu benda yang aku perasan pasai Kelantan ialah semangat bola depa cukup kuat. Aku pi mana2 pun ada ja terpampang The Red Warriors depa tu, sampai naik juling bijik mata aku merata ceruk ada gambaq Khairul Fahmi Che Mat and the gang haha. Awat Kedah tk macam tu pun? Harap kat stadium ja ada banner PULUN KEDAH PULUN. Lepas makan, singgah Mydin. Beli jam baru warna oren haha suka sangat! Tapi aku bertambah tambah suka kalau ada warna pink. Tkdan nak pilih yang lawa2 sebab kakak kalut sangat haih -.- Petang tu jugak lebih kurang pukoi 5pm, bertolak balik Alor Setar. Dalam perjalanan balik tu singgah Rantau Panjang. Tkdak apa pun sebab dah lewat sangat masa tu, banyak kedai tutup. Rugi gila aku baru ingat nak shopping haha. Lepastu singgah kat Bukit Bunga, Kelantan. Beli keychain ja sebab kalau singgah lama2 takut lambat sangat sampai rumah. Bila uncle stop kat puncak titiwangsa tu, macam biasa aku tkkan turun. Dulu masa pi Terengganu abah singgah situ pun aku tk turun kereta. Tk tahan sejuk dan aku lebih memilih untuk lena. 1.10am sampai rumah. Fuh..

So di sinilah aku, dalam bilik, tk pi mana2 dah, di kala jam menunjukkan pukoi 6.33am 28 September 2012 Jumaat. Today's date supposed to be a special date for me, tapi tkpalah, abaikan, malas nak cerita. Petang ni insyaAllah balik kampung macam biasa, dan rasanya harini Aby nak mai rumah sebab nak buat keja english hehe ni yang best ni! Tapi sayang tk boleh lepak lama2 macam haritu sebab aku kena balik kampung haih. Semalam ada whatsapp dalila ajak dia keluaq hari sabtu tapi dia ada keja. Aku macam mati akal sebab dah lama gila tk shopping, wallet semakin tebal dan rasa gatai ja tangan nak perabeh duit haha aceyy. 10hb tk silap aku, dah final exam. Rasa macam asdfghjkl#$%@&* baru habeh ujian penggal dua kot, nak enjoy sat pun tkdan tengok2 dah exam lagi! Dahla kalini memang betui2 standard SPM, jebons sungguh stress gila aku. Dengan banyak subjek aku masih terkontang kanting, fizik & chemist pulak kalini confirm ada 3 paper. Ditambah add maths, engineering drawing, kejuruteraan awam...lulz aku mati -.-

Aku tktaulah bila pulak aku nak update. Sebab aku tengok last entri aku bertarikh 13 Julai 2012. Hmm tengoklah kalau Tuhan memberikan kerajinan dan idea yang lebih untuk aku, insyaAllah aku update. Tunggu entri seterusnya haha ceyy bajet mampus. Should stop now before my grandma switch off the wifi internet. Oh yes sebelum tu, aku berharap sangat agar final exam ni aku dah tk demam macam midyear & second term haritu. Seksa gila. Assalamualaikum! =)

Friday, July 13, 2012

TRUST - seconds to break.

Assalamualaikum

Yeay aku berjaya curi curi masa hujung minggu ni untuk update blog! Rasanya kalau aku pi sekolah harini, memang jawabnya tk sempat langsung aku nak update walau sekelumit. Sepatutnya aku dah bagi nama untuk program inovasi kat astech harini, katanya ada krew TV3 nak tumpang sekaki. Aku paling bersemangat haritu, hampir nak melompat bila tengok senarai nama kat makmal fizik, aku terpilih. Tapi bila dah mai hari dia, tkdak sapa nak hantaq. Aku redha. Tkdak rezeki aku nak masuk TV haha. It's okay =) Hmm, aku tengah cuba nak mengingat apa apa yang menarik jadi sepanjang minggu ni supaya aku ada idea nak update blog sampai habis dan bukannya sekerat jalan. Malangnya aku rasa, macam tkdak apa yang best pun melainkan 5S secara rasminya dah selesai. Alhamdulillah, aku rasa SEMUA warga sekolah tersangatlah lega bila benda renyah ni dah habeh haha. Semuanya berpenat lelah gotong royong satu sekolah, sampaikan sekecil kecil benda pun diamek berat contohnya batu kat atas rumput kena kutip. Rumput celah bata kena cabut. Bakul sampah kena ada parking, siap dengan label. Dan macam macam lagilah. Banyak jugak duit yang dah habeh semata mata nak sempurnakan 5S tu, termasuklah kelas aku. Belum kira dengan hutang cikgu kimia tk habeh bayaq lagi. Aku sebagai bendahari kelas yang berwibawa, agak tergugat jiwa lah setiap kali terpikiaq pasai benda tu...

Hari rabu haritu, juruaudit mai pusing satu sekolah, seperti yang sudah diketahui semua. Dan semua warga sekolah, including teachers, all the staff and students, kena pakai pin 5S yang tersangatlah comel hihi. Kebanyakan cikgu tk masuk kelas sebab kena handle their own zone, so kami akan duduk diam diam dalam kelas masing masing. Duduk diam diam means most of us will sleep haha. Terutamanya aku! Aku tk ingat hari apa, tapi aku tidoq dari 12.30pm sampai 1.30pm dalam kelas dengan sangat nyenyak. Tk dengaq apa dah masa tu, nasib tk mimpi ja haha. Tidur dalam kelas di saat cuaca yang sejuk dengan angin pulak, memang tk dapat dinafikan kenikmatannya. Aku terjaga pun sebab dengaq suara classmate aku yang konon kononnya tengah belakon jadi cikgu haha. Okay back to the wordless wednesday. Dalam pukul 1.50pm tu, one of the teachers buat pengumuman yang astech dah layak dapat sijil 5S dengan markah 85. Kami semua bertepuk tangan including me, sebab terasa penat lelah tu berbaloi. Lepastu dengan izin pengetua, kami boleh balik awal. Lagilah sakan semua pakat tepuk tangan siap dengan jerit as a background music, malah yang lompat pun ada. Bila aku dah habeh sekolah nanti, I will miss these moments :')


Oh, I'm sure all of you heard about the new baby born magazine, Hijabista. It's a magazine that is specially dedicated to 'si fashionista bertudung'. Aku penah tengok sebelum ni yang covernya Diana Amir and I thought hmm nothing special with this magazine. Tapi pagi tadi bila aku tengok covernya Maria Elena, aku sanggup korbankan dan risikokan duit aku sebanyak RM10 semata mata untuk Hijabista ni. Dan bila aku tengok isinya..memang best! Aku tahu aku memang tkdak keyakinan langsung nak keluaq rumah dengan segala jenis turban, lilitan bunga besaq atau apa apa saja yang sometimes nampak over tu tapi aku suka tengok. Hana Tajima pun ada kata, "Turban juga makin digemari, namun tanya diri anda...adakah ia 'kena' dengan jiwa anda?" InsyaAllah kalau ada duit lepasni, aku akan tetap beli majalah Hijabista. Memang minat aku kat majalah Remaja masih menebal lagi tapi sayangnya kebanyakan fashion yang depa tunjuk dalam tu kekadang menyakitkan mata. Dah tk nampak macam melayu dah aku tengok. Atau bahasa kasaqnya fashion yang perasan mat salleh haha. Oh dan aku dah follow Hijabista kat twitter dan dah like depa kat facebook hihi. Nampak dak betapa besungguh-sungguhnya aku menunjukkan minat terhadap majalah baru ni haha. Semangat betul aku. You go HIJABISTA!


Dan aku agak sedih sebab tk dapat beli Hijabista edisi pengenalan. But it's okay! I'll buy this magazine every month insyaAllah!


Nampak stylo ja hat edisi pengenalan ni haih nampaknya macam bila bila singgah rumah Aby, nak baca jugak ni. Haha

Oh yes, entri sebelum ni aku ada cakap pasal sasband's concert kan? Alhamdulillah tercapai jugak hasrat aku nak bawak mama pi sana (acecey padahal bukan duit aku). Asalnya aku nak ajak mama aje pi sana tapi mama nak bawak kakak & adik adik aku sekali, ehehe aku no hal aje. Mulanya nak amek ticket kat haideer tapi disebabkan aku terlewat amek dan ticket pun habeh dah, so kena beli kat Insaniah Hall sendiri. Mama sanggup keluar during office hours semata mata nak beli ticket haha and she bought seven tickets because she thought adik is with us. Luckily I have someone who is willing to buy the extra ticket. Dalam poster tu cakap concert begins at 8pm, tapi semalam start pukul 9pm. Alah biasalah tu bab bab menunggu ni. Dalam dewan tu, kami duduk kat 2nd row sebelah kanan dewan. Nampak betapa bersemangatnya mama? Haha. Concert tu ada three segments, first segment persembahan sasband. The second segment, quite interesting sebab ada performance from their colour guard, menyanyi pun ada. Yang menari tu ada lagu bollywood, lady gaga, asmaradana, macam macam lagilah. Yang menanyi tu pulak, dia nyanyi lagu My Baby You by Marc Anthony. Suara dia sedap! Aku suka hihi =p

Unfortunately I don't have the pictures that we took last night at Insaniah Hall during the concert. Semua gambar tu ada dalam tablet mama. I saw 'Mulan' dancing in Asmaradana or her real name is Nadia Ainul Mardhiah. Dan aku pun nampak jugak one of the colour guard masa menari lagu bollywood tu, Sharifah Batrisyia kot rasanya nama dia. Aku agak berpuas hatilah dan harapnya mama rasa berbaloi dengan duit yag dia dah bayaq tu. Mama, thanks for the all the tickets! Kalaulah aku pun boleh join pi terengganu tengok National Competition 2012 yang keat hwa jadi johan tu, alangkah syoknya. Kalahkan Victoria Institution, tkkan tk hebat lagi tera tu? Haha. Well, congratulations to both Keat Hwa Marching Band (KHMB) and Sultanah Asma School Band (SASBAND)! Oh I got one amazing picture here, it's me at the Insaniah Hall last night. But I can't upload it so you can see it here. =)

Maybe I'm going to Perlis today, kalau tk pun I'll go shopping with my mother kat Alor Setar Mall. Have a great Saturday, everybody!

Wednesday, July 04, 2012

I'm just somebody that you used to know

Assalamualaikum

People change. But most of them don't. And I admit it, I've changed =) Based on what? It's been so long since the last time I updated my blog, isn't it? Kalau dulu, dalam seminggu tu mesti wajib jugak curi curi masa nak update walaupun tkdak cerita yang nak diceritakan. Semenjak dua menjak ni aku pun tktau kenapa haha memang ada banyak hot stories tapi rasa malas nak update. Dengan kepala serabut pikiaq homework tertangguh kemain banyak, sekarang ni boleh tarik nafas lega dah kot sebab LK pun 97% selesai, nota sejarah & PKA pun dah agak tersusun sekarang ni. Kat sekolah tk berapa nak belajaq sangat sebab semua tengah sibuk dengan 5S, especially semua guru dan staf. Kami students ni turut merasa tempias penatnya, sebab kena asyik gotong royong satu sekolah, belum masuk dengan nak hias kelas lagi. Alhamdulillah sekarang sekolah pun makin lawa haha tapi yang paling penting, aku makin suka lepak dalam kelas aku sendiri sebab sangat cantik & comel! Macam kelas budak tadika pun ada haha tktaulah bila juruaudit nak habis pusing satu sekolah. Tadi sepatutnya balik 2.40pm tapi disebabkan ada mesyuarat, so balik pukoi 2pm. =)

Hari apa tktau aku tk ingat, aku ikut mama pi Al Bukhary International University sebab ada multicultural night. Agak best jugak lah, I enjoyed the performance even I was starving like hell at that time haha. Memang boleh tengok banyak budaya lah, lepastu dapat tengok negara yang kita tk penah dengaq pun selama ni contohnya Bhutan (aku tk penah dengaq lagi la setakat ni). Muka depa ala ala cindia pun ada, malay pun ada, chinese pun ada. Mama brought her tablet, so we didn't miss the chance to take some pictures with the foreigners as well as students kat AIU tu. They were fun, sporting and friendly. Mama ada ajak jugak nak begambaq dengan students yang hensem gila bapak kat sana tapi aku segan disebabkan depa hensem haha so aku berani amek gambaq dengan mereka yang 'sedang-sedang' saje haha. These were some pictures that we took during the multicultural night. Enjoy!

The students from almost all over the world
Oh, you see there? Two from the left, wearing black shirt and red cap.
When I first saw him, I thought he was Justin Bieber in black version. Haha 
*cricket sound*

I'm not sure whether the mat sallehs are Muslim or not, but the man with the 
black hat, his name is Adnan =)

Me and Hilda with Mahmadou from Gurney. I don't know where the heck on earth
is Gurney. And I'm not sure whether he's wearing his traditional costume. 
Unique, isn't it?

Me with Ngene Carljenta or better known as Carl. I think he's the most popular student 
at that night because of his outfit. Sooo striking and 'big'. Haha

And this! The most exclusive one. Do you see my excited face? Haha I got the chance to stand
right beside fake-Justin-Bieber! =D

We were there until midnight. Malaysia dapat number 3 malam tu, quite okaylah performance depa. Riuh sungguh atas pentas, depa paling ramai & happening sekali haha. And I still remember, I was sitting beside a female woman. She's from India kot, but she looked like a Malay and she sang a Bangladesh's song. Quite pretty!

And the last few weeks, we went to Cameron Highland. Just for 2 days and 1 night. Malam tu jalan jalan kat pasar malam sana, aku masih ingat susah payah perit jerih aku bertarung jalan kat sana selama beberapa jam dengan memakai heels yang agak tinggi. Dahla berbukit. I was trying to play it cool but who knows my real pain?! Sumpah itu kali pertama dan kali terakhir aku pi pasar malam pakai heels haha. The problem was I didn't know the plan for that night, and that was the only shoes that I have. Tkkan nak berkaki ayam, lagi seksa. I bought la something for my friends and myself, tapi tk banyak pun disebabkan I didn't have much money. Yang paling aku suka sekali ialah kat sana banyak jual sweaters yang sangat nice and cute! Tkdak rezeki haha tkpa maybe next time. We stayed at the apartment, and the unique thing was there were no fan or air-cond at ALL. Tapi yelah, memang langsung tk panas sebab you know how the temperature in Cameron Highland kan. Haha and the next morning I still remember the six of us felt so excited sebab bila cakap je mulut keluar asap! Tk dapat pergi oversea pun tkpa, kat sini dah merasa dah mulut keluar asap haha. We continued our journey, we went to Ipoh sebab ada Kak Shasha's engagement day lepastu balik Kedah terus. It was really tiring. 

Now, my second sister is currently studying at International Islamic College at Gombak, Selangor. This is her first time staying at hostel. I don't have the chance to meet her yet, but the time will come insyaAllah. Three days before Ramadhan pulak abah's going to Makkah nak umrah, and until now I still don't know who's going to send us to school because mama's working haha so I guess...we don't have to go to school! =p (dreaming...) And recently, something bad happened to me at school but I can't tell everything here because it was too personal. I hope my classmates will be a better 'human' after this and they must know what they're doing is totally wrong and stupid. 

Plan aku lepasni ialah nak pergi tusyen LK tapi sampai sekarang tk tercakap lagi dengan abah & mama. Entah bila aku teringat nak cakap pun tktau. Aku nak pi jugak tusyen tahun ni, tkmau tangguh sampai tahun depan sebab takut tkdan nak kampoi semua. Dengan form four ni pun serabut kepala dah, tambahla next year, diserikan lagi dengan kerja kursus bagai. Kalau ada tusyen PKA pun aku sanggup pi tapi malangnya tkdak. Lebih sadis, buku rujukan PKA & LK pun tk pernah wujud di mana mana kedai buku selama yang aku tau ni. Nasib baik aku ni tk belajaq bio, kalau dak aku tktau la apa jadi. Aku dahla jenih tk boleh nak cerna segala urat jantung bagai, dengan sel pokok sel manusia, reproduction semua tu haih naik juling bijik mata aku. Cukupla aku terseksa dengan sains ja tahun lepas -___- Hmm esok aku & ku nur farzana nak kena present oral for the second time kat cikgu luaq. Tktau lah kenapa. Rasanya setiap kelas teacher pilih 2 orang kot, entah aku pun tk sure sangat. Actually oral ni nak buat dari minggu lepas lagi tapi asyik tangguh ja, aku tktau lah pulak apa masalah depa. Oh talking about last week, I went to band comp for the first time in my whole life! I was soooo excited sebab keat hwa marching band and sahc band joined the competition. Sanggup penat balik sekolah terus straight pi stadium dengan setia pakai baju korporat. 

I took this from Afini Syahiroh's album on facebook hihi. Nampak muka penat aku tu dengan 
tudung serabai? Oh ya jumpak ramai sangat kawan lama kat sana,
termasuklah Mat Kimy si jejaka renjong. Haha aku tinggi kan?
=)

The next day we didn't go to school sebab penat gila. Lagipun kat sekolah ada sukan tara ja tu yang tk ralat sangat. Lepasni ada concert pulak, SASBAND. Aku teringin sangat nak pi, tkpa nanti nak try ajak mama =) Dekat kolej insaniah kalau tk silap aku, tiket RM28 seorang. We'll see how.

Okaylah till we meet again soon. Bye! :)