Wednesday, January 04, 2012

Almost done

Assalamualaikum

Alhamdulillah selamat aku bersekolah selama dua hari dengan lancar tanpa ada sebarang halangan. Tadi buat pertama kalinya untuk tahun ni, ada perhimpunan. Form 4 dah tk duduk depan pentas wowo kami dok belakang sebab dah besaq. Bagi junior form 3 dahla dok depan haha. Lepastu pengetua ada habaq yang starting from this year, sejarah dah ada 3 paper. Hmm depa ni memang saja nak buat naya kat budak budak 96s ka? -_- Lagi satu pengetua ada habaq sorang nama budak cina aku tk ingat sangat, dia mewakili Malaysia pi India, tk silap aku untuk kuiz mathematics kot. Ok I'm impressed. Cikgu baru yang masuk kelas tadi ialah cikgu fizik, perempuan melayu. Tk garang. Aku cuma tktau sapa cikgu kimia hehe dan aku masih tk belajaq lagi apa apa tentang kimia. Great! Because I'm not ready yet. Sebab aku terpengaruh dengan momokan kakak aku yang mengatakan antara kimia, fizik & bio, kimia paling susah. Tambah pulak cuti lepas aku try baca buku kimia tapi kebanyakan aku baca, tk paham. Hmm

Tadi aku balik lewat gile hihi pukoi 5pm oo. Sebab nak selesaikan hal-hal nak pindah sekolah ni. Borang berhenti sekolah pon dah selamat ada kat tangan kerani. Benda paling susah nak buat tadi ialah mintk tandatangan pengetua untuk buku koku. Haii mula mula tu rasa macam nak tekencing pon ada haha tapi aku baru tau yang pengetua aku tu tkdaklah teruk sangat, dok menyembang jugak dengan dia tadi. So buku koku aku pon alhamdulillah dah lengkap. Sekarang ni yang tinggai cuma cop pengesahan & tandatangan sahaja. InsyaAllah aku harap semua boleh selesai before this Sunday. Rasa terlepas beban kat dada aku seberat 50kg bila semalam aku jumpak slip trial PMR aku. Kalau dak memang jenoh tebai telinga kena marah dengan cikgu kelas taun lepaih kalau nak mintk balik. Dan rasa lega jugak borang berhenti sekolah dah selesai isi semuanya. Alhamdulillah :-)

Bukak facebook tadi aku terpana dengan satu berita gembira. Sarah jadi pi teknik. Sekali lagi aku rasa lega ya amat sebab at least adalah geng walaupon bukan sama kos kan. Yat pon pi, memang aku kenai beliau tapi tkdak la rapat sangat, besa jumpa pon sekali je hmm. Nanti bolehla rehat sekali, balik sekali dan macam macam lagi buat sekali. InsyaAllah la, sebab aku masih tk yakin yang aku dapat masok teknik selagi aku tk daftar 8hb ni. Tapi ketua kampung aku buat pasai pulak aieee dia tkdak esok. Ni yang mengacaukan kepala otak aku, kalau bukan dia sign sapa lagi? Boleh lew bagi kat pegawai kerajaan contohnya bapak saudara aku tapi aku risau sangat takut dia lupa. Lagi satu abah suruh pi sekolah dengan basikal. Suruhlah aku buat apa saja, abah...tapi bukan naik basikal. Bukan takut jatuh saham tapi sesungguhnya aku tk berani langsung nak menghadapi kereta / lori / van / bas / motosikal dan kenderaan yang seangkatan dengannya kat simpang empat traffic light depan masjid aman. Ngeri!


p/s Sila click gambar untuk pembesaran. Ada masalah teknikal di sini dan aku amat menyampah

Inilah yang buat aku sayang Sarah ketat padat sendat walaupon sebab dia berubah pikiran tu bukan kerana aku sobsob. Hahaha menyampah sangat aih dok buat terok ni. Oh ya esok tolong remind aku peluk Khadijah erat erat nah? Dan kalau aku boleh pi rumah Syaza jumaat ni, aku nak peluk Dalila, Aby & Syaza. Ni nak kena buat reminder niii haha.

Ok nak pi settle borang. Bye =)

Tuesday, January 03, 2012

Back to the old routine

Assalamualaikum

Aku pasti kebanyakan adik adik yang baru nak masuk form 1 rasa agak teruja sebab dapat masuk sekolah menengah setelah enam tahun terperuk dalam sekolah rendah. Kain blue-black dah bertukar kepada biru muda. Yang mana dapat sekolah melayu tu, bagi aku memang untung. Tapi kalau dapat sekolah cina macam aku ni, terpaksa redha lah. Masa form 1 aku buat perangai nak pindah sebab hati & jiwa tk serasi langsung dengan keat hwa. Form 2 pon aku berura-ura nak pindah jugak, same goes to form 3, tapi berkat nasihat semua orang termasuk kawan kawan aku supaya habiskan PMR kat keat hwa, aku turutkan ja dan alhamdulillah aku dapat peluang untuk pindah ke sekolah baru. Aku akan cuba sesuaikan diri walau macam mana susah sekalipon sebab aku tau jiwa aku ni memang cannot go on dengan keliling penuh dengan students berbangsa selain melayu. Hmm inilah dikatakan perempuan melayu sejati

Hari pertama kat sekolah, agak membosankan. Aku dah tk berani nak mention nama nama guru kat dalam blog sebab takut blog aku di-stalk sebagaimana yang terjadi pada tahun lepas. Eee mengerikan -.- Guru kelas aku seorang perempuan berbangsa melayu dan beragama Islam. Mengajar subjek Biology, seorang kecik molek, putih melepak dan sangat comel! Aku tk terkejut kalau cikgu Sejarah aku pon boleh kata guru kelas aku tu lawa =) First impression aku kat guru kelas aku, tk garang & baik. Then, masa Sejarah. Guru lelaki berbangsa india tapi aku tk sure beragama apa, kemungkinan besar Hindu la kot. Memang beliau pandai gila buat lawak lepastu siap habaq lagi yang cina tkkan paham lawak dia, cuma melayu ja paham. So dengan lawak jenaka yang dia ada tu, tkdak lah boring sangat subjek Sejarah nanti. Next, Bahasa Melayu. Cikgu perempuan melayu. Aku tk sure nama apa sebab tk sempat nak check kat time table tadi. Hmm agak ketaq la dengan beliau sebab nampak macam garang. Tapi beliau dah pesan siap siap, beliau boleh jadi kawan paling baik kalau kita ikut arahan beliau. Maybe she's not that bad lah, kan? =)

Lepastu mathematics. Haa yang ini cikgu cina, perempuan. Quite okay lah, boleh dibawak berbincang dan tk garang sangat. Apa yang beliau ajaq pon aku boleh paham serba sedikit. Nama beliau pon aku tktau jugak hehe. Subjek 2nd last, english. Still cikgu cina perempuan. Pon tk garang jugak, seperti biasa aku memang suka any teachers yang mengajar english haha aku pon tktau pasaipa. Dan, the bad news is, 1st day of school dah ada kerja sekolah. Aku terpaksa buat kerja sekolah tu dalam test pad ja sebab insyaAllah ahad depan aku dah nak daftar kat sekolah baru. Talking about new school..tadi aku balik lewat sebab nak mintk tandatangan, slip percubaan PMR & sijil berhenti sekolah. Tandatangan pengetua still tk dapat lagi sebab tadi pengetua ada meeting kot. Biasalah kalau tk meeting bukan pengetua namanya. Slip percubaan tu cikgu kata cikgu dah bagi dulu sebelum PMR dan aku rasa aku dah terbuang ok bagus. Sijil berhenti sekolah, belum dapat sijil cuma dah dapat borang. Aiee masa mintk borang tu memang sakit hati sebab kena hingaq dengan kerani. Siap pesan lagi dah masok teknik nanti jangan dok gatai nak patah balik. Apa depa perasan depa cikgu nak hingaq hingaq kat orang? Aku dok sekolah tu 3 tahun kot tk penah missed nak bayaq yuran, dok buat tk puaih hati apa. Tambah pulak dia dok bising, "Cuti sampai sebulan, la ni baru hegeh nak mintk." Haii depa ni budi bahasa rendah sungguh noh? Nasibla aku hormat, aku diam ja tk kata apa. -__-


Agak susah nak mengisi borang berhenti sekolah tu bagi aku sebab banyak yang aku tk paham, tambah pulak kena hantaq before 10am kat kerani potpet tu besok. Semoga Allah SWT permudahkan urusan aku, amin. Macam mana agaknya suasana kat sekolah baru nanti? I keep thinking about that. Rasa ngeri pon ada. Dahlah tkdak geng sebab Sarah tk pi. Alah kalau Sarah pi pon, kos berlainan even satu sekolah. Adakah waktu rehat kat sana nanti aku akan makan sorang sorang? Ataupon aku akan rasa macam budak darjah 1 balik sebab semuanya kawan baru? Hmm kecut perut.

Ok nak pi fotostat borang. Bye =)

Sunday, January 01, 2012

One after another

Assalamualaikum

Frankly speaking, I was impressed when I saw that FL's blog had two new entries! Kalau tk memang susah gila nak baca entri baru kat blog beliau. Oh mungkin sebab tahun baru, so entri pon baru? Haha maybe. Nasib baikla dah muncul tahun baru, kalau tahun tk baru so entrti pon mungkin tk baru. Ok abaikan. Blog Maria Elena masih kekal seperti biasa, tiada perubahan. Blog TOK sangat sangat sangat menarik perhatian aku. He talked about dosa berkecil hati / dosa mengecilkan hati. You can read it HERE. Tapi kalau nak baca, have to understand carefully la or else you'll be confused. So lepas ni janganlah berkecil hati terlalu over sampai ada perasaan dendam bagai sebab dalam sesetengah situasi, orang yang berkecil hati tinggi dosanya daripada orang yang mengecilkan hati. Entahlah I don't know hot to explain, nak senang paham baca ja blog TOK. Dijamin best =)

Ok kelmarin dapat keluaq dengan Syaza, Dalila, Aby & Syafiq. Sarah tk jadi sebab mak dia sakit sob sob aku agak terkilan sebab lepas ni peluang nak keluaq tu sangat sedikit. Zulfahmi pon katanya nak keluaq tapi aku tk nampak batang hidung pon hmm tkpalah. Plan asal, pukoi 12pm sharp dah kena tecongok kat McD tapi semua sampai sana pukoi 1pm lebih. Kenapa? Dalila pi klinik dan ramai orang. Ok dimaafkan. Syafiq pi lagi lewat pukoi 3-4 lebih sebab tidoq. Ok tkpa dimaafkan jugak. Yang aku ni? 11.45am aku dah siap segak pakai kasut bagai dok tunggu kehadiran Syaza luar rumah. Tapi apa yang terjadi ialah aku terpaksa tunggu sampai satu jam setengah sebab pukoi 12pm, Syaza called katanya baru nak makan. And I was like..oh ok. 12.54pm Aby called katanya tadi pukoi 12pm actually mak Syaza baru tengah masak. Sekarang ni baru dok makan. And I was like..WHAT?! Sumpah aku geram gila. Aku sedar diri aku hanya menumpang but at least bagitaulah yang dia akan lewat. Ini tak, mulanya bagitau 11 lebih nak fetch aku kat rumah. Dahlah nak call Syaza pon kemain payah. Masok kereta dia, aku masamkan muka tk cakap apa apa. 1 HOUR AND 30 MINUTES tu lama ok..

Tapi Syaza dimaafkan setelah dia membelanja aku sundae cornetto chocolate. Ok sayang hang! =)

Pi sana kemarin, aku cuma beli novel Chronicle Gincu : 4 Amigos. Duit selebihnya banyak dihabiskan dengan mengenyangkan perut sendiri. Dan ternyata aku sangat kenyang sebab bila balik rumah, ada tetamu mai dan mama served pulut durian and satay. Untunglah aku kenyang, sebab aku memang tk lalu pulut, durian dan satay. Aku layan movie semalam kat HBO, Inception memang best gila lah. 9 out of 10. Semalam aku tidoq rumah mama dan hasilnya aku tertinggai borang astech & kotak pensel kat sana padahal esok dah nak sekolah. Ok bagus. Hmm cerita pasai sekolah, me and Syaza will be busy sebab kena mintak sijil berhenti sekolah, slip percubaan PMR & tandatangan pengetua. Aku paling risau pasai tandatangan sebab takut pengetua tkdak kat sekolah. Nasiblah tarikh pendaftaran 8hb Januari, so sempat la jugak nak settle benda benda tu. Pengesahan gitu lah gini lah aieee rimas pulak aku. Semalam mattop msg aku dan dia kata lebih kurang macam ni, "Semoga tk kena buli kat astech." Aku pon berlagak brutal dengan mengatakan, "Tkdak sapa nak berani kacau aih." Padahal aku tergugat jugak dengan momokan dia. Well SMT kan memang f4 yang paling junior, jadi tk mustahillah. Hmm insyaAllah nothing bad will happen.

 Harap harap aku tk akan kelihatan seperti badut bila pakai tudung sekolah bersaiz XL dan baju bersaiz 15.5. Hmm pelikkan baju aku bersaiz 15 setengah? Dan harap harap Allah SWT permudahkan urusan aku nak mendaftarkan diri kat astech. Harap harap Allah SWT permudahkan pembelajaran aku kat sana nanti. Aku mengaku memang aku agak cuak la nak masuk sekolah baru. Aku bukan rapat dengan mana mana senior pun kat sana, kenai gitu gitu ja. Hmm teringat pulak salah satu borang yang aku kena tandatangan, ada tertulis lebih kurang macam ni,

ONCE YOU'RE IN, YOU CAN'T GO OUT.

Maksudnya macam tu lah. Tapi tk lah tertulis sebegitu hehe saja nak momokkan diri sendiri. Hmm oklah nak pi siap barang nak pi sekolah. I'll see what I can do. Bye! =)