Sunday, February 05, 2012

#100

Assalamualaikum

Yeay pejam celik pejam celik, dah 100 kali yer aku update blog hihi teruja sat. Dah rasa macam trademark Ain Maisarah pulak, "Menulis beribu ribu perkataan". Oh ya cakap pasai Ain Maisarah, haritu aku ada terjumpak novel Jutawan Gedik kat popular tesco. Rasa nak beli tu memanglah ada sebab aku kan suka novel? Tapi aku dahulukan duit aku nak beli Diary of a Wimpy Kid. Dah cukup satu set, barulah aku simpan duit nak beli Jutawan Gedik pulak eheheh. Tadi baru aku tengok movie Diary of a Wimpy Kid tu haha Rowley & Rodrick serius macam hare. Kakak aku kata cerita tu boring, tapi aku tengok tadi tk boring pon, lawak ada la. Mungkin dia tk paham lawak yang budak budak tu buat. Ok abaikan. Kemarin dan kemarin dulu aku dah berjaya siapkan nota sejarah & latihan english. Nota kimia & nota KA tkpa kalau lambatkan sikit. Yang tinggal sekarang ni cuma latihan add maths & math mod. Takut la nak start. Sebab takut mood aku akan rosak dan hancur -_-

Happy 12th birthday to my fabulous cousin,
Muhammad Ikhwan Hakim bin Jumali Changi
I love you and always will
Hakimlah sepupu paling hensem yang ijan ada. Hahaha =)
Ok cuti 3 hari dah hampir tamat. Aku tau Keat Hwa dapat cuti 4 hari sebab sambutan Thaipusam kan? Astech tk dapat sebab aku yakin 99% yang sekolah aku tu tkdak yang berbangsa India dan beragama Hindu. Yang aku tau kat sana ada Chinese dan Siam. Tkpa aku redha 3 hari, sebab exam makin dekat so aku memang takut gila. Gerun pikiaq add math, math mod, physics & chemist. Civil engineering pon aku takut jugak sebab buku rujukan yang aku ada hanyalah buku teks semata mata. Kat kedai buku mana pon memang tk wujud buku rujukan KA, KM, KE & SP (menurut cikgu akulah). Hmm pandai pandailah aku nanti. Sekarang ni aku tengah dalam dilemma sama ada nak stay dalam Puteri Islam atau beralih arah ke KRS. Kalau aku masuk KRS, tobat kena kawad. Kalau kena kawad, maknanya aku sengaja cari penyakit untuk pengsan lagi dan lagi. Kalau aku stay Puteri Islam, maknanya aku kena beli tudung & kain baru yang berwarna pink. Ah aku tk kisah pasai warna. Yang aku kisah money tu. Sarah pipah kata RM45. Eee macam tk bebaloi ja -_- Agak agak abah marah dak kalau aku mintk beli tudung & kain tu. Sesungguhnya aku tk berdaya nak kawad di bawah sinaran terik mentariii

Kalau aku nak stay Puteri Islam, maknanya aku kena beli tudung & kain sama ada harini ataupon esok. Sebab hari Selasa dah nak kena pakai. Ah kacau pala

Oh ya aku baru teringat yang bahawasanya hutang aku belum settle. Semuanya lebih kurang RM20 kot. Duit kelas & segala macam jenis module. Rajin sungguh cikgu-cikgu teknik buat module, aku bangga. Aku ingatkan chemist pyhsics & add math je ada module, tengok tengok english pon ada jugak. Hmm cerita pasai benda ni, aku teringat yang buku novel Aza Hanani dah missing in action. Mintak mintak la ada kat kelas kalau dak aku tktau nak kata apa. Memanglah ada spare part kat rumah tapi takut cikgu SPBT marah -_- Hmm actually aku dah tkdak idea ni. Daripada aku tecongok macam orang tkdak homework depan laptop, lebih baik aku try buat latihan add math & math mod. Oh ye sebelum tu. Salam Maulidur Rasul =)
Saja nak habaq yang aku sendiri buat gambar ni =)

Bye!

Friday, February 03, 2012

Make me your lady

Assalamualaikum

Seronok ye pepagi macam ni? Tenang. Haha sumpah aku tk tenang selagi homework tk habeh lagi. Bertambah tambah kerisauan aku sebab semalam aku tweet dengan one of my classmates, dia kata yang homework dia tinggai nota KA sahaja lagi. Dia seorang budak lelaki ok! Lelaki tk sepatutnya mendahului aku dalam bab bab homework ni sebab perempuan lebih rajin. Tapi aku? Baru selesai nota sejarah. KA sekerat. Latihan add maths lagi, maths mod, english dan sebagainya. Ah rasa macam nak menangis pon ada. Tambah aku nak kena handle duit kelas yang beratus ratus ni, bertambah la kepeningan aku. Tapi aku tk rasa macam nak lepas jawatan bendahari ni sebab aku nak tengok sejauh mana kemampuan aku memegang amanah orang. Semua classmates aku & cikgu cikgu percaya bahawasanya aku boleh jaga duit dengan baik. Ah satu penghormatan bagi aku. InsyaAllah bab bab duit tu tkdak masalah sangat, aku paling risau dengan homework. Oh baguslah dalam dok risau ni, boleh lagi mengadap laptop sebab nak tweet, update status & update blog. Oh ye, beruntung sungguh Siti Nur Atiqah sebab dapat birthday wish from Saiful Apek =)

Semalam abah betolak pi Perak lepas maghrib. So kedai kat kopitiam dengan lancarnya di handle oleh kakak aku, abg sham dan dua lagi anak teruna bermuka sangat macho yang aku tktau namanya. Bestnya kan kalau dapat ikut abah makan kenduri kat Perak. Kalau aku ikut, bermakna aku sengaja tempah maut dengan cikgu cikgu sebab homework tk siap, sebagaimana yang terjadi kepada cik Dalila Athirah kita haha. Oh ye, semalam mama ada msg aku. Mama cakap, mama tengah makan kat mcD dan dia jumpak lagi Dato' Jalaluddin Hassan. I guess he loves fast food la, kan? Sebab haritu aku jumpak beliau kat KFC. Ni mama jumpak pulak kat mcD. Ah bila Aaron Aziz nak memunculkan diri ni? Kenapa mesti aku jumpak artis veteran? -_- Haha tkpa, kalau Siti Nur Atiqah dapat birthday wish from apek, aku dapat hadiah lagi special from Dato' Jalaluddin Hassan. He gave me his precious smile. Nasib baik aku tk jatuh tejelopok depan pintu KFC tu kalau dak, memang aku jatuh tkmau bangun dah.

Yes I'm talking about this man, Dato' Jalaluddin Hassan.
But he's not wearing like this when I met him at KFC.
If he's wearing like a 'maknyah', I'm not going to smile at him.
AT ALL.
Semalam lepas mama balik keja, mama kata dia dapat hadiah from Aunty Sheila. Kalau dah hadiah from Aunty Sheila..mesti above RM200 punya. Cayalah. And I was totally right. Mama dapat perfume 100mL jenama Burberry okay, originally from London. Aunty Sheila gave to her as a birthday present. Sebelum Aunty Sheila bersalin, dia sempat pegi London. Dia tersangat kaya dan ada rumah kat sana. Perfume Burberry bukanlah satu masalah besar pon bagi dia. Aku jeles sangat, seriously. Tapi dapat jugak lah barang sesembur dua, sumpah wangi. Mama is so lucky. Haritu Aunty Sheila ada belanja kami satu family makan kat italian restaurant kat Hard Rock Hotel Penang. That hotel is totally awesome k. Kalau aku dapat dok sana memang aku tkmau balik dah. Even though it is just Penang, tapi memang best. Alor Setar tkdak k segala Hard Rock bagai ni. Yang ada t-shirt je. Aku cakap hotel tu gempak sebab aku memang tengok kegempakkannya dengan mata kepala aku sendiri dan hotel tu penah masuk dalam majalah Remaja. Cool kan? I know.

Aku rasa rutin harini tkdak apa sangat melainkan aku pulun habiskan kerja sekolah yang dah kurang menimbun. Esok insyaAllah aku akan pi stadium sebab nak jenguk karnival jom masuk U. Aku dah dapat bayangkan keadaan kat stadium tu, sesak dengan manusia. So harap harapnya dengan inisiatif aku untuk pi sana esok, kuranglah sikit manusia kan kan. Kakak aku pon nak pi jugak satgi dengan member dia. Senang lah dia sebab reti bawak motor & ada lesen -_- Aku ni nak try bawak dengan jarak kurang 1 meter pon dah jadi macam orang parkinson. Ok lupakan. Malam jumaat haritu aku ada tengok HBO, ada movie tajuk Vanilla Sky. Tom Cruise, Penelope Cruz & Cameron Diaz belakon. Tom Cruise memang tk boleh nak kata apa, handsome kuasa lapan. Tapi cerita tu macam psycho dan menakutkan aku so movie tu dah termasuk dalam senarai "Things That I Hate The Most". Ingatkan semalam nak tengok 2 Fast 2 Furious sebab nak usha Paul Walker, tapi keadaan tk mengizinkan sebab aku lebih berfikiran rasional. Aku patutnya habiskan nota sejarah dulu & keja sekolah lain, baru boleh besenang lenang. Seriously nota sejarah tu memang banyak sampai sakit jari jemari aku, tapi nasib baiklah aku dah sempat habiskan pagi tadi. Congratulations to myself.
Let's scream, and hoping that all the tension will go far away.
So that I can finish up all of my homework peacefully.

p/s Tidak memberi nombor telefon bukan bermakna sengaja ingin menyombong. Tolonglah jangan berfikiran seperti budak budak tadika -_-

Thursday, February 02, 2012

It's too late to apologise

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya..dapat jugak aku meluangkan masa mengadap laptop dan update blog tercinta. Semenjak bukak sekolah lepas cuti raya cina ni, semua cikgu bagaikan mendera aku. Bagi homework sampai bertimbun timbun. Tapi it's okay aku terima dengan redha sebab kalau tkdak homework, aku akan melenggang kangkung. Kalau aku melenggang kangkung, maka dengan sengajanya aku telah menempah gred E untuk exam yang akan ada 19hb ni. Aku mengaku memang aku ketinggalan sangat sangat. Bayangkanlah math mod, cikgu baru masuk sekali dan baru belajar muka surat 1 dalam buku teks. Poor me kan kan. Alah normal tu, cikgu math aku merangkap cikgu koperasi. Dan awal awal tahun ni koperasi memang sangat busy. Kami, pelajar pelajar KA3 sangat memahami apa yang cikgu alami. Dan baru baru ni aku dapat bersukan kat padang sekolah. Aku ada lah usha keat hwa, tapi tk nampak apa pon sebenarnya. Main badminton, zero point, netball & lompat tikus. Aku lawan badminton dengan Jiha. Nana kata Jiha sebagai Lee Chong Wei dan aku ni Lai Ci Kang. Mana hare pon hang Nana noh hahaha ok tk lawak.

Haritu masa hari Khamis, kami beramai ramai keluar sebab nak sambut birthday aku. Ah best sangat sangat bagi aku lah. Sebab ramai. Ada aimi, aifa, arep, zul, dalila, sarah, syapik, syaza, jie, aby, det & yasin. Terjumpak jugak dengan faiz mail, syapik matbri & zaim tapi jumpak gitu gitu je. Lepastu sarah jumpak dengan matpit & nasima sebab depa lepak belakang asmall. Hmm aku dapat hadiah rantai, frame gambar, mug, tabung & novel. Dan haritu aku tk sure sama ada det ataupon yasin yang belanja aku aiskrim, consider as hadiah la jugak tu. Hari ahad, AJL. Aku pulun siapkan homework awai awai sebab nak tengok AJL. Dan sambil tengok, sambil dok tweet. Aku setujulah Hafiz menang, nak dibandingkan dengan tahun lepas tu si Ana Raffali menang -_- Isnin aku rasa nothing happened kot, semua normal je. Selasa ada perjumpaan persatuan & permainan. Aku, aby, ku, yat, ainun, amirjah, sarah & liyana masuk persatuan english. Dina & humaira masuk persatuan KA. Ah best jugak ler persatuan english, tk menyesai aku masuk. Dan aku jadi one of the committee member untuk F4, dan partner aku ialah ku. Yeay cayalah ku!

Perjumpaan permainan aku tk pi, ada dua alasan. Satu, aku tktau perjumpaan ping pong kat mana. Dua, aku nak tukar masuk bowling. So kesimpulannya aku balik agak awai lah haritu. Asalnya 6.30pm, tapi aku balik 5.45pm. Aku nak puji lah surau astech, memang terbaik. Besor gile, tempat wuduk muslimah memang bersih & besar. Selesa ah, siap ada tempat untuk salin baju & toilet sekali. Muslimah sembahyang kat atas, best oo. Masa asar, aku dan aby je yang ada kat atas tu. Muslimat kat bawah, sembahyang dengan imam tuu tapi aku tk sure pulak sapa yang jadi imam. Balik sekolah, terus pi Pekan Rabu sebab nak beli tudung sekolah hitam, kasut kanvas hitam & tracksuit hitam. Malu gila aku dok merayau rayau kat sana dengan baju korporat. Ala ala Zon Ria pon ada aku rasa. Tu pon abah nak menyeksa aku lagi, bawak aku pi Tesco pulak. Memang kelia ah kan, dah nak dekat pukoi 8 aku dok setia lagi pakai baju oren tu. Jumpak pulak dengan senior, nasib aku sempat sembunyi belakang kakak aku, kalau dak memang tobat malu. Penat tu tk payah tanya r.

Aku dah semakin obses dengan Diary of a Wimpy Kid.
Sekarang tengah dalam proses pengumpulan duit untuk beli 1 set.
Ah sukanya
Kelmarin tk masuk kelas langsung sebab ada Program Peningkatan Akademik. Mulanya subjek fizik. Cikgu lelaki berbangsa cina. Best jugak la beliau mengajar, aku tk mengantuk langsung. Oh ye, semua form 4 belajar kat dewan. Aku diapit oleh sarah & aby. Lepas fizik, kimia. Boleh tahan jugak ler, tapi masa cikgu tu tunjuk video cara cara nak buat fireworks, sumpah aku mengantuk gila. Nasib la lepastu rehat. Rehat lama gila, 10.15 sampai 10.50am. Aku makan nasik separuh dengan ayam goreng, hmm kenyang. Habeh makan, lepak dengan sarah yat aby ku ainun almin & liyana, cerita pasai shopping kat Bukit Kayu Hitam haii teringin pulak aku. Lepas rehat, ada subjek add math. Cikgu tu tk berapa nak mengajar sangat, beliau cuma dok promote Klinik MatTam yang ada kat sekolah tu. Bertuah gila pembantu klinik, dapat pakai blazer. Aku mengaku aku memang jeles. Selesai add math, ada subjek english. Tk mengantuk sebab cikgu bagi latihan suruh buat. Quite fun lah. Last subject, students KA KM KE & PERD kena berambus dari dewan, students agri je yang stay. KA kena pi bengkel KA. Yang lain lain aku tktau, tk amik tau pon. Seperti biasa cikgu KA memang best. Beliau tunjuk gambar bangunan macam macam bentuk, termasuklah bangunan tertinggi di dunia yang ada kat Dubai tu.
Aku paling suka tengok gambar yang tengah tu. Actually semua amazing kan, macam mana la engineer boleh pikiaq nak buat bangunan macam ni. Yang last sekali tu, aku tktaulah macam mana depa nak stabilkan banguanan tu. Gila ah. Memang banyak lagi sebenarnya tapi cukup la aku upload sikit je. Bangunan bentuk duit syiling yen pon ada jugak.

Cuti 3 hari ni, aku kena habiskan banyak kerja sekolah. Nota sejarah 1 bab. Nota KA dua bab. Nota kimia. Latihan add math & math mod. Latihan english. Nasib baik nota agama aku dah habis. Abah nak pi Perak, aku tk boleh ikut sebab homework banyak takut tk sempat habeh. Sekarang ni aku fahamlah kenapa ada yang masuk teknik lepastu patah balik. Sapa yang kata tk letih tu memang bohong la haha. Tiap tiap malam, memang tkkan ada istilah 'tk boleh lena' dalam hidup aku sebab kalau dah letih of course lah mengantuk. Tu belum start lagi segala kelas fardu ain, latihan sukan dsb. Cayalah, aku akan jadi superwoman lepas ni. Hmm pasai tusyen, aku rasa nanti aku join kelas malam kat sekolah dahlah. Tu pon kalau dan. Aku tk rasa aku mampu nak pi tusyen Inovasi pulak. Maaf ye saye bukan robot. -_-

Ok nak pi melantak. Bye =)