Tuesday, March 20, 2012

I love you Terengganu ♥

Assalamualaikum

I can't tell you how much I miss my blog :( Akhirnya dapat jugak bersua muka. Ini pon dah dua tiga kali dok pikiaq sama ada nak update ka dak. Sepatutnya masa ni dimanfaatkan dengan call aby dan tanya keja sekolah tapi memandangkan aku terlampau gian nak update. Maka aku persetankan pasai homework. Oh yes..harini aku tk pi sekolah sebab berat kepala yang teramat sangat. Kemaren masa physics, aku dah menunjukkan tanda tanda nak demam. Dahi pon rasa suam suam kuku ja. Apala nasib aku haih. Ahad sakit perut macam nak mati, isnin pulak sakit kepala & demam. Dugaan. Tkpa, semua sakit ni menghilangkan dosa dosa kecil ahakz insyaAllah. Walaupon aku demam kemaren, petang tu aku tetap pi latihan rumah sukan giga. Aku tkmau kehadiran kosong dan aku takot kena denda. Tapi aku cuma dok tepi padang tanpa melakukan apa apa. Tk join pon students lain yang 'seronok' lontar peluru -___- Semalam aku pulun habiskan add maths & penat iron baju puteri islam, tapi bila dah bangun pagi tadi kepala ni rasa macam baru lepas kena hempuk dengan batu. Nasib baiklah abah mau jugak hantaq buku add maths & chemist aby punya kat sekolah tadi. Kalau dak, kesian kat aby. Hmm I miss her already. Ahakz

Betolak pi terengganu, aku tk ingat pukoi berapa. Tapi yang pastinya malam la. Luggage semua orang memang melimpah ruah sampai abah beletiaq tk tentu hala. Abah kena paham, semua anak abah ni anak dara. Lumrah la beg banyak ni terutamanya aku ahakz. Campur dengan beg sekolah, semua beg aku ada 4. Sebelum betolak, kami pi makan mengenyangkan perut dulu lepastu singgah kat mergong amek sepupu aku. Then barulah bertolak. Dalam keta, aku lena pukoi 12 lebih. Berenti kat Restoran Kari Kepala Ikan Salim pukoi berapa entah aku tk ingat. Then teruskan perjalanan sampailah kat puncak titiwangsa kot. Situ memang gelap gelita sebab tkdak eletrik. Lagi satu kat situ teramatlah sejuk. I slapped my own cheek because I didn't bring my socks -___- So meranalah aku kesejukan. Nasib ada sweater. Then aku tk ingat ada berenti kat mana dah, yang pastinya pagi tu ada stop kat salah satu kedai kat Terengganu. Aku ingat kedai tu. Aku breakfast nasik dagang dengan ayam, fuh menjilat jari wo. Sedap gila. Dengan ayaq teh o ais pulak kan, memang piaw ah. We continued our journey sebab Marang masih jauh. Dan setakat tu, aku tkdak jatuh cinta kat mana mana mamat Terengganu lagi ehehe.


Sampai kat Anggulia Beach Resort (Marang) lebih kurang tengah hari kot. Leganya hanya Tuhan yang mengetahui, setelah lebih 10 jam aku terseksa jiwa dan raga terperuk dalam kereta. Aku serbu pantai dulu sebelum serbu bilik & katil ;-)

Second day, awal awal pagi aku terus turun mandi laut setelah selesai breakfast. Saja aku turun awal sebab tkmau burn. Dan lagi satu masa tu ombak tk kuat sangat. Sebelum pukoi 10am aku naik dah. Satu benda yang paling aku benci bila dah mandi laut ni ialah, rambut jadi keras macam dawai dan berbau garam. Haih semak -___- Tk pi mana pon, dok kat chalet semata mata dan perabeh homework BM iaitu karangan. Selalunya kan kalau orang pi becuti ni, beli makanan dari luar ja. Tapi abah aku bawak segala dapur gas bagai dan masak sendiri. Makteh, cik ros, mak long & makcik yang masak semua tu. Sedapnya mengalahkan Kenny Rogers! Dengan ayaq asam bagai yang pedas melesing. Fuh terangkat. Dan hari kedua nilah yang aku ukir segala nama kat pasir pantai Terengganu. Petang tu aku tk mandi laut dah sebab kalau aku mandi lagi, maka percayalah rambut akan jadi sekeras besi haha. Dari chalet aku tu, aku dapat tengok dengan jelas Pulau Kapas. Hmm waktu paling layan kat sana ialah waktu malam. Dengan angin pantai kuat, lepak pulak kat pondok depan chalet. Aaaaa tangkap leleh punyalah! Nasib aku tkdak boyfriend ja, kalau ada mesti aku dah berjiwang jiwangan dengan beliau ahakz *tampar pipi sendiri*

Third day, kami pi shopping kat Pasar Payang, Kuala Terengganu. Rupanya lebih kurang macam Pekan Rabu lah. Saiznya lebih besar dan lorongnya lebih sempit. Of course lah barangnya lebih banyak. Kalau poket aku gemuk dengan duit, tanpa ragu ragu lagi aku akan borong semua sutera yang ada juai kat sana. Memang cantik gila! Tapi aku cuma boleh jeling jeling ja sebab harganya ratusan ringgit. Manalah aku mampu -___- Nak beli patung kura kura pon dua tiga kali aku kira duit. Kat pasar payang tu pon tkdak jugak mamat yang boleh buat aku terjatuh cinta. Haih nasib badan. Aku ingatkan kat Terengganu ni ramai yang hensiom belaka. Atau mungkin aku yang tk ditakdirkan jumpak dengan depa kot haha. Kakak aku borong banyak gila kat sana. Aku cuma beli key chain dan patung kura kura sahaja. Patung tu sesungguhnya sangat comel menggebu gebu. Sekali tengok terus aku suka. Patung tu ada banyak warna - hijau, ungu, biru & koko. Yang paling aku suka ialah warna biru & pink. Memandangkan adik bongsu aku lebih pantas songlap warna biru, so aku dengan berlapang dada beli warna pink. Comel gila woh aku suka sangat. Benda alah ni lah yang menjadi mangsa pelukan aku tiap tiap malam. :D


Fourth day, dah nak betolak balik. Sebelum balik Alor Setar, singgah rumah cik ros dulu kat felda jerangau kalau tk silap. Makan makan dulu. Aku tambah k makan nasik kat sana. Sedap tk terkata. Lepas makan, aku dok rilek rilek kat ruang tamu rumah tu then tetiba aku telena. Layan gila lah. Puas rehat apa semua barula betolak balik Alor Setar. Abah berenti banyak kali jugak la sebab dia telampau mengantuk. Stop kat titiwangsa lebih kurang pukoi 9pm. Aku lepak dalam kereta ja sebab tk tahan sejuk. Sampai rumah pukoi 2.30am. Tapi aku tidoq pukoi 4am heheh. Esok tu pulak lepas semayang Jumaat, betolak pi Penang. Bermalam kat Paradise Hotel. Aku tk turun mandi laut pon. Esok tu ada kenduri betunang kat Jelutung. Aku teramat bebai sebab lilit shawl dalam keadaan kelam kabut so tk menjadi. Tapi apa apa pon, nasik kenduri memang so-g-double-o-d good! Memang sudah terang lagi bersuluhlah sepanjang cuti haritu aku berjaya dengan cemerlang menaikkan berat badan yang sudah sedia berat ni. Mintak mintak la tk lebih 47kilogram :(

K nak pi call aby. Bye.

Saturday, March 10, 2012

Forever Alone

Assalamualaikum

So how's your second day of holiday? Mine was kinda great even though nothing 'very interesting' happened. =) I told you that last night I'm going to uptown kan? Yes I went there with abah, my elder sister and the three little musketeers. And the good news is abah bought me a superman-tshirt. Walaupon aku tk berapa nak minat sangat, tapi okaylah kan dari balik dengan tangan kosong. Kakak aku beli jam baru, Hilda dapat topi & tshirt, Yaya dapat sun glasses & tshirt, Atun dapat topi & tshirt. And guess what. Abah sorang je yang tk beli apa apa untuk himself =) Thanks abah! Semalam tk jumpak sesapa pon yang aku kenal kat sana. Lepas selesai shopping kat uptown, terus balik. Aku memang mengantok gila macam nak tumbang. Bayangkanlah masa tengah jalan tu pon boleh dok menguap banyak kali. Masok kereta, terus lena sampai rumah. Tapi bila dah sampai rumah, tk tidoq awai pon. Online heheh sesungguhnya online guna phone ni sangat mudah dan praktikal. Even nak curi curi online dalam toilet pon boleh. Nak tweet bila bila masa ja. K aku dah start mengarut pasai kelebihan online guna phone -___-

Semalam kakak aku ajak pi Kopitiam, mulanya aku agak berat hati sebab malas nak bangun awai. Tapi bila pikiaq balik kalau dok rumah pon boring jugak. Nak suruh aku buat homework awai awai pagi tu memang dak la kan, so better aku pi kedai. Lagipon sepanjang dah 3 bulan lebih abah keja kat sana, aku tk penah lagi pi tumpang menyibuk. So pagi tadi dengan rasa kemalasan yang amat sangat, aku pon besiaplah. Pakai tshirt, inner, jeans & tudung bawal kosong je. Rasa pelik pulak kalau aku pakai lawa sangat kan, satgi tk pasai ramai orang yang mengorat heheh. Aku pi sana tadi tk buat keja apa langsung, cuma sikit sikit ja abah suruh lap pinggan & balut garpu pisau tu. Selebihnya aku habiskan masa aku dengan tengok orang, belek phone & baca paper. Sampai tk larat nak khatam dah aku baca Metro tadi. Bab bab politik pon aku hentam baca jugak hahah keboringan pada tahap maksima. Sehinggalah aku boring sangat, aku pi duduk sorang sorang kat meja customer, lepastu aku mintak tolong kakak aku buatkan mushroom + cheese omelette with bread, red bean & hashbrown. Aaaaa memang sedap gila ah! Tepejam pejam mata aku makan omelette tadi.

Pukul 11.30am, abah dah start tutup kedai. Sumpah aku lega. Dah tk larat nak jadi patung cendana dah tecongok situ tanpa buat apa apa. Aku nak tolong pon tk boleh sebab aku tk biasa dengan tempat baru ni so tk reti. Kakak aku, abang sham & abang dud makan nasik. Aku agak terliur lah tengok depa makan nasik tapi aku terpaksa tahan nafsu. Sebab awalnya aku dah makan omelette & hashbrown. So tkkan nak makan nasik lagi, memang gemuk la aku. Yang angah dok buat syok belek phone aku, ada banyak gambaq awek. Semua dia mau. Tapi last last dia sangkut kat Yat. Aku macam "Biaq betui mamat ni.." Sampai mintak number Yat bagai tapi aku tk bagi aaaa. Oh ye lupa nak cerita tadi pait pon pi Kopitiam jugak tapi aku tk jumpak dia pon sebab dia singgah sat saje semata mata nak tengok kakak aku hahah tehege la jebon tu. Pi Kopitiam tadi dapat la jugak lepaih rindu kat abang sham & abang amin. Abang dud tu aku tk kenai sangat so tk rindu lah haha tapi dia lawak k. Student UIA & jadi pensyarah sambilan kat insaniah. Sekali pandang memang tk nampak rupa pensyarah yang kuat agama langsung. Paling aku tk boleh terima bila tengok dia slamber ja dok ber high five dengan kakak aku tadi -____-

I took this picture from PaksuPencen. And you can read more about Kopitiam here =)

Oh esok malam aku akan bertolak ke Terengganu. Rasa sedih pulak nak tinggalkan Kedah selama lima hari hmm. InsyaAllah la kalau ada rezeki lebih, aku akan beli hadiah untuk member member kesayangan aku hihih. Kepada yang tk dapat nanti tu janganlah rasa macam aku tk sayang pulak. Sayang memang sayang tapi sayang seribu kali sayang, duit aku ni tkdak lah banyak mana. Ni semua akibat perangai boros aku yang semakin berleluasa sejak akhir akhir ni heheh. Tu pon aku mintak jasa baik mama untuk topup kat aku sebagai bekalan lima hari kat sana. Manalah tau nanti aku rindu aby ke..sarah ke..yat ke..dalila ke..syafiq ke..mattop ke..pait ke..hana ke..azah ke..ku ke..liyana ke..aiman ke..senanglah nak contact kan eheheh. Hajat aku nak jumpak syapik, pait & mattop sebelum ke Terengganu ni tk kesampaian. Aku ajak mattop masa hari Khamis haritu dia dok buat tehege malu kucing ahahah. Syapik pulak dalila kata dia segan. Haih bila la nak jumpak mamat dua orang ni lagi. Tahun ni last aku jumpak syapik, masa 26hb Jan sebab celebrate birthday aku. Mattop pulak tk penah jumpak lagi tahun ni. Aaaaa ni yang nak sebak hingga mengalirkan air mata ni :(

Tadi masa kat Kopitiam, aku ada baca paper tentang kematian 3 beranak masa on the way nak ke Terengganu. Aku agak cuak lah. Bukan nak pikiaq bukan bukan tapi takut tu tetap ada. Sebab abah nak betolak malam, aku takut nanti abah mengantok. Mintak mintak la Keman jadi naik dengan abah, at least dia boleh jadi co-pilot heheh. Sembang sembang dengan abah biaq dia tk mengantok. Aku dah jadi co pilot tahun lepaih tapi haprak. Asyik tidoq ja keja aku. Tapi kan kan eheh dulu aku ada dengaq abah dok nyanyi lagu Ramlah Ram sebab nak bagi mata fresh. "Sukarnya..untukku..berpisah denganmu. Kau kunci..cintaku..di dalam hatimu.." Hahaha nasib la aku tengah mamai masa tu, kalau dak confirm aku gelak sampai merambu rambu ayaq mata. Oh and abah ada pesan kat aku, nak pi sana nanti bawak duit sendiri. Kalau nak shopping apa apa, abah tkmau tanggung. Sebak hati aku bila dengaq abah kata lagutu hahah. Keluarkan duit sendiri ni ialah salah satu benda paling susah untuk aku buat. Tapi redha. Duit boleh dicari. Nanti bila aku dah start rajin, aku akan puasa kat sekolah. Save lah RM5 kan ehehe. Aku tau kalau aku pi Terengganu, aku hanya akan gila key chain sebab key chain kat sana memang omey omey belaka. Aku berharap dengan sepenuh hati supaya aku tkdak terjatuh cinta mana mana baju kat sana..kalau dak habeh burn lah duit aku. Haih sedih


Doakan perjalanan aku selamat sampai & pulang. Dan doakan agar aku tk terlampau boros kat sana nanti. Doakan agar aku tk terjatuh hati kat mana mana mamat Terengganu, nanti susah kalau dah merindu hahah. Doakan agar aku tk makan banyak sangat kat sana, kalau dah gemuk nanti susah nak kurus balik. Doakan aku =) InsyaAllah esok kalau sempat, aku update sebelum betolak pi sana. Tapi rasa macam tk sempat ja. Haha. Selama seminggu aku akan tinggalkan blog. Jumaat sabtu pi penang pulak. Eh bukan seminggu. Rasa macam dua minggu sebab dah bukak sekolah nanti confirm aku tkdan nak update jugak. Aaaa nak bebai la laguni. K baju satu apa pon tk pack lagi. Malaih gila aku. Hmm nak tau satu rahsia dak. Tahun ni aku pi Terenganu tanpa boyfriend. Sedih. K bye

Friday, March 09, 2012

Buckle up for the most enjoyable moment!

Assalamualaikum

Amboih kemain aku punya title ye hahah. Aku yakin kebanyakan manusia yang bergelar pelajar sekolah mesti sedikit sebanyak agak lapang minda sebab cuti 9 hari dah start harini. Termasuk lah aku jugak. Aku tk cakap semua students HAPPY GILA sebab aku tau ada yang tk happy contohnya aku. Tk happy sebab? Ada homework. Ya aku tau homework ialah salah satu benda yang akan merosakkan cuti kita hahah. Even kita tau benda tu jugaklah yang nak buat kita pandai kan. Oh ye, hari Rabu malam dikala aku tengah syok tweeting untuk mencapai target 3426 tweets (untuk mengalahkan si pazil), tetiba aku ada terbaca tweets from asmarian & SAHC's students. They tweeted about something sensitive..dan aku pon turut menyibukkan diri nak tahu apa benda dah jadi? I asked Siti Nur Atiqah. And I was sooo shocked when she told me that one of the SAHC's students died because of accident. Kat istana anak bukit. Nama arwah, Mukhsinin Mustafa. Aku tk kenal arwah dan malam tu first time aku dengar nama tu. Aku turut bersedih dengan kematian arwah. Baca tweet & status kawan kawan arwah tu memang buat aku sebak gila. Al-Fatihah.

Okay. Life must goes on.

As we all knew, I'm heading to Terengganu this Sunday night, insyaAllah. Ramai jugaklah yang join tahun ni. Kalau tahun lepas ada family aku, paksu & lang. Tahun ni pak long & bob pon ikut, including my cousin that currently working at Bangi tu. Excited tu ada lah jugak sikit sikit tapi tkdaklah sampai teloncat tiap tiap hari macam those 3 little musketeers tu hahah. Betolak ke sana Ahad malam, lepastu balik Khamis tengah hari insyaAllah. Jumaat pulak pegi Penang sampai hari Sabtu sebab ada kenduri pertunangan. I'm glad when mama said that all of us are going to stay at Paradise Hotel. Aku tk sanggup nak besesak behimpit tidoq rumah relatives kat sana -___- Ini bukan suatu penghinaan tapi hanyalah luahan hati. Then hari Ahad tu..rutin hidup aku akan kembali seperti biasa. Sekolah. Tktaulah bila pulak cuti sebab setahu aku bulan April memang tkdak cuti panjang, same goes to May. Adakah ini bermaksud aku kena tunggu sampai bulan 6 baru boleh besuka ria balik? Aaaaa tidak! :O Hmm. Cikgu cikgu kat sekolah dah siap remind yang bulan May ni ada exam lagi. Damn.


Okay. Talking about exams. Here are my results :
Bahasa Melayu - 77% (A-)
Bahasa Inggeris - 73% (A-)
Sejarah - 75% (A-)
Pendidikan Islam - 70 something.Can't remember (A-)
Chemistry - 62% (B)
Physics - 54% (C)
Additional Mathematics - 40% (D)
Modern Mathematics - 60% (B)
Engineering Drawing - 44.5% (D)
Civil Engineering Studies - 60 something (B)
K memang teruk. I cried when I got my chemist's paper 1, only 18/30. Kedua paling rendah dalam kelas. I cried! Yes i cried! Tanpa segan silunya. Walaupon aku tau menangis masa tu tkkan ubah apa apa, tapi at least suatu hari nanti aku akan ingat rasa kecewa tu agar aku boleh study dengan lebih pulun nanti. Tapi kat sini aku nak mengaku yang aku memang betoi betoi lemah dalam ED. Even haritu hagemaru dah ajaq. Dia ajaq polygon dan aku pon paham polygon. Aku sangkut tang triangles. Sapa nak betanggungjawab la ni?! Aish risau sungguh aku. Dalam kelas aku tu, memang ramai lagi yang lebih pandai dari aku contohnya Imah, Hanim & Fikri. Tapi whatever it is aku besyukur la sebab tkdak subject yang fail. Selama ni aku dok yakin bahawasanya ED aku fail tapi rupanya tak pon. Tahniah kepada diri aku sendiri. Perkara pertama yang aku sedar bila aku jejakkan kaki waktu hari pertama kat astech ialah, "Aku tau aku akan hadap dengan tough subjects kat sini." Tapi aku dah tanam azam sejak sebelum PMR, kalau aku dapat masok astech, I wont never turn back. No matter how hard. Alhamdulillah.

Oh yes..happy belated birthday to my lovely yat. And also firdaus hamdi, zaid chou, pazil, nizam burn & nazrin. Semuanya dah cukup 16 years old. Yeay kita geng! *high five* Kemaren lepas balik sekolah, aku pi celebrate birthday yat. Sarah, aby, dalila, azah, ainun, ku, liyana, hana & iwan turut join. Yat janji nak belanja kek sebijik kat secret recipe dan dia dah tunaikan janji dia dengan penuh gilang gemilang. Selesai pilih kek, pekeja tu mai hantaq siap dengan iringan lagu "Happy Birthday to You". Cayalah. Dan aku orang paling besemangat sekali nyanyi kat yat heheh. And the cake was so awesome! Sedap gila. Aku makan satu slice lepastu hana makan tk habeh. Aku yang tolong habehkan heheh. Kek yang lebih tu, yat bagi kat iwan. Lepas makan sampai kenyang hingga nak termuntah kat secret recipe, kami jalan jalan. Singgah kat Sis, lepastu aku & aby kena tinggai hahah. Kami pon redha lah shopping dua orang je. Aby bought a new dress and I bought a new pashmina =) Kat atas tu memang banyak gila pashmina cantik2. Aku sampai rambang mata nak pilih. Ada satu helai tu memang gorgeous sangat, tapi agak mahal. So aku beli yang lain. Pon cantik jugak sampai aku senyum lebar heheh. Paling bahagia sekali, kat city plaza tk ramai orang. Heaven :-)

Plan harini, nak keluaq pi asmall sebab jebon dah janji nak belanja aku makan. DIA YANG JANJI DAN BUKAN AKU MINTK. Heheh. Sarah, syud & kacah pon nak keluaq harini jugak. So aku pon besiaplah tadi. Lepas semayang jumaat, betolak keluaq naik moto dengan kakak aku. Sampai kat traffic light taman pelangi, tetiba rasa moto lelong teruk. Punah harapan aku bila tengok tayar moto pecah! Nasib baikla tk jauh mana pon, aku tepaksa balik jalan kaki -___- Sadis sungguh. Dahlah aku pakai segak kemain, tetiba kena jalan kaki pulak. Sampai rumah tu agak bengang la aku. Sapa cakap dengan aku, aku buat tktau ja. Itu lebih baguih dari aku layan lepastu aku dok marah marah kan. So better aku shut up sampailah mood ok balik. Ahahah buat terok sungguh noh aku ni? Dan ada patut kakak aku suruh jebon mai amek kat rumah. Gila! Aku rela jalan kaki dari nak naik moto dengan lelaki. Aiee tk kelapaq aih aku -__- So konklusinya harini aku teperap ja kat rumah tanpa pi mana mana. Oh ye abah kata lepas maghrib nanti nak pi uptown, nak beli apa benda ntah. Ha baguih kan aku. Pi uptown dengan abah sendiri hikhok. Esok I'm not going anywhere kot. Ingat nak perabeh duit kat cp tapi macam malas. Simpan duit shopping kat terengganu lagi berfaedah rasanya.

Hmm idea tkdak dah. Bye =)