Friday, May 18, 2012

Examination's week

Assalamualaikum

Sanggup curi masa study semata mata nak update blog kesayangan. Nampak kesungguhan dan pengorbanan aku yang tk ternilai ni? Ahaha ok tk nampak tkpa. Aku baru lepas baca blog maria elena & fatin liyana. Hmm maria ada buat video baru tau, tajuknya "Dedication To Haters". And I was like..gosh this video's so cool! Maria pun cool! Dia watlek je walaupun ada haters yang bash dia secara umum. Kalau aku belum tentu lagi boleh rilek, siap buat video ucap thanks kepada haters -___- Fatin liyana pulak tk habeh lagi cerita pasai trip to Korea, dan aku pun jeles berterus-terusan. Betambah jeles bila dia jalan jalan kat Korea dengan isteri Ally Iskandar iaitu Farah Lee yang sangat segak comel meletup tip top tu haha. Hmm k rezeki aku tk sampai lagi nak melancong luar negara. Eh esok kan ada orang nak mai rumah wuwu. Aby, yat, haideer & anwar. Aku ajak hana & reen, tapi tktau depa boleh mai ka dak. Nak study maths & LK sama sama. Ahad ni exam modern maths & LK ye kawan kawan, wish me luck. Maths tu aku tk berapa nak risau sangat, insyaAllah lulus (eh confident ja aku ahaha) tapi LK tu seriously memang aku risau. Ditambah pula dengan aku yang langsung tkdak bakat melukis ni, terpaksa pulak hadap dengan subjek lukisan kejuruteraan. Payah nak mampus. Aku tk paham macam mana medai & fikri boleh score A+ masa first test haritu. Markah aku atas pagar ja, nasib baik tk fail. Phewwh!

Kemarin exam add maths sahaja. Aku rasa kalau add maths aku tk pulun last minute, memang tk boleh jawab dah kemarin. Alhamdulillah la tk sesusah haritu, insyaAllah tk fail. Aku tk berani nak target A hihi we'll see how. Ada jugak 1-2 soalan yang aku sangkut, tapi kali ni aku tk tinggai satu soalan pun macam haritu. Aku gagah jawab jugak walaupun aku tktau. Dan 15 minit sebelum waktu habeh..aku siap tetidoq lagi sampai mimpi. Actually bukan ada niat nak tidoq pun. Ketas soalan tebukak, pensel dah kat tangan. Aku bajet macam nak jawab sambil letak kepala, tetiba tetidoq sebab cuaca masa tu hujan renyai ditambah angin sepoi bahasa. Aku pulak dok tepi tingkap. Ah apa lagi, layanlah. Bayangkanlah betapa nyenyaknya aku tidoq sampai mimpi bagai haha. Petang tu balik lewat, sebab kononnya nak study maths & LK dengan aby, haideer, anwar, reen, liyana, hana, ku & yat. Tapi tk study sangat pun disebabkan ada aral yang melintang. Hmm pak guard astech tu aku tk paham sungguh la. Kenapa depa kena buat orang menyampah kat depa? Cuba jadi macam pak guard keathwa dulu, haii sumpah baik aih. Sampai boleh sembang lepak sekali. Gatai pun dak. Pak guard astech macam dok bajet cikgu disiplin ja, melebih lebih. Kalau ya pun nak bajet garang, cakap la guna bahasa yang boleh diterima otak. Ini kurang ajar tk tentu pasal. Kan dah kena troll face dengan aku wahaha.

Oh yes terlupa pulak aku. Sepupu aku bertunang harini. Tunangnye bakal nurse, manakala sepupu aku ni pulak dah selamat menjadi seorang polis. Hmm tk silap aku depa nak kahwin hujung tahun ni kot. Ataupun sebelum hujung tahun. Entah aku pun tk sure. Eh buat apa la nak betunang lama lama kan? Macam ada sorang hamba Allah ni selalu kata, "Awai tk kalot." Hahaha. Selamat bertunang abang jijie & kak anis! Moga selamat ke jinjang pelamin & kekal sehingga ke akhir hayat ye. Me love both of you!


Tinggai seminggu ja lagi nak sekolah. Lepastu cuti panjang 2 minggu. Aku akan menikmati cuti aku sepenuhnya..sebab hari sekolah ialah hari yang teramat tersangat memenatkan. Betullah momokan yang aku dapat sebelum masuk astech, sekolah tu giat sungguh sampai hampir setiap hari balik lambat. Pukul 5.30pm tu dah biasa & normal, tapi kalau balik 2pm tu dikira luar biasa pulak haha. Aku tktau la sama ada aku boleh survive kalau masuk hostel pulak. Plan aku & aby cuti dua minggu ni sangatlah membuatkan aku berasa teruja. Perkara pertama yang aku akan buat masa cuti nanti ialah tengok wayang. Sebab tahun ni aku tk pernah langsung tengok wayang. Banyak dah movie syok yang aku terlepas, boleh tadah telinga dengaq ja orang dok cerita. Hmm kesian aku kan. Tapi apa apa pun kena perabeh exam dulu dan pastikan aku buat sehabeh baik untuk mengelakkan phone dirampas oleh abah nanti. InsyaAllah. Aku dok risau chemist, physics & LK. Kalau fail la aiee tktau nak kata. Sebab peristiwa fail dalam exam ni last jadi kat aku masa form one. Tu pun sekali ja then tk penah fail dah. Tkkan peristiwa nak berulang. Hmm tk mustahil terjadi dan tk mustahil tk terjadi. Haha tudia ayat macam keling. Aku penah curi curi masuk kelas 4KE1, lepastu dok usha 1 meja ni. Wallahualam meja sapa, tapi tk silap sebelah kanan kepada meja Shue. Ada satu ayat kat meja tu buat aku sentap, "STUDY HARD, STUDY SMART. DON'T BREAK OUR PARENTS' HEART." Hmm k -___-

So, ini jadual exam aku untuk minggu depan :

Exam kalini tk boleh tidoq macam first test haritu. Sebab cikgu dah pesan, kalau sapa yang tidoq cikgu nak katok kepala. Aku memang tkmau tempah risiko naik angin kalau cikgu mula sentuh kepala aku haha so lebih baik tk payah tidoq. Masa exam add maths tu aku berani melentokkan kepala sebab masa tu cikgu BM je yang tengah jaga, aku kan anak murid kesayangan dia haha. Hmm kalini aku agak takut jugak la dengan subjek BM & english sebab kena buat karangan yang 350 patah perkataan tu. Kalau BM tu tkpa lagi boleh hentam pi la ayat apa pun..asal nampak sedap ja. Tapi english? Aku ni dahla masih dalam proses pembelajaran lagi. Kalau sangkut di tengah tengah essay, tk ka naya. Bala semua tu bala! Idea bukan boleh paksa..haih. Kalau sumber inspirasi dok depan mata, lain cerita la haha mesti idea mencurah curah punya. Dan ini exam ni kali pertama aku kena hadap dengan physics, chemist & sejarah paper 1, 2, 3. Wish me luck. Sesungguhnya aku takut sampai tk boleh nak cakap. Terutamanya chemist & LK. Kalau fail, aku redha. Aku lemah gila dalam 2 subjek tu. Tapi kalau lulus, alhamdulillah. Buat masa ni aku tk berharap langsung nak dapat A dalam dua subjek tu. Yang penting, aku nak cuba buat lagi bagus dari first test haritu. Aku tkmau dah nangeh bila tengok result haha. Sesal kemudian tu tk berguna, hempuk kepala dengan lesung batu pun tk jadi apa dah. Hmm k need to study now. Sejam aku curi masa study haha ampunkan saye. Kepada semua yang tengah berjuang dalam midyear exam waktu ni, good luck. Stay confident dan jangan gabra ye. Bukan SPM pun ahahakz. Nak maintain comel ye dik? Tiru macam saye. Hihik bye.

Sunday, May 06, 2012

Half

Assalamualaikum

Yes aku sempat jugak curi masa nak update harini yeyeh. Eh kemarin aku baca balik blog aku yang lama tu, hat babybreath tu. Aku rasa macam Ya Allah aku ka yang dok update entri maha bangang ni?! Malu gila kay. Entah apa apa lawak aku tu, tk lawak langsung. K tu zaman taun lepaih, zaman tu aku tk awesome lagi haha. Hmm harini ada kelas tambahan kimia, first time belajaq dengan cikgu sivik aku yang ehem ehem tu. Aku bukan jawab sangat pun, dok banyak menyembang dengan aby, humaira & dina aje. Cikgu pulak watlek, betambah lemak la kami haha. Aku dok tanya dina pasai keadaan hostel dan dia pun ceritala macam macam. Humaira kata lepas cuti midyear pun dia nak masuk jugak, same goes to ku. Aku? Tktau lagi wallahualam. Dina kata, masalah utama dok hostel ialah masa. Dan tidoq pun tkkan cukup. Bab tidoq tu aku tk risau sangat sebab aku dah biasa dah tidoq lewat. Aku cuma risau bab makanan, bab nak urus 'hal tersebut' yang akan mai tiap tiap bulan, bab mandi, bab homesick, bab rindu rumah, bab rindu handphone...k dah melalut. Tapi kalau aku dok rumah pun, aku risau aku akan maintain bangang macam ujian 1. Susah payah aku pulun nak masuk astech, tapi bila dah masuk, jadi bangang jugak. Baik tk payah. Sumpah ngeri aih bila pikiaq midyear exam ni. Takut kena sembelih dengan abah ja haha

Mula exam, khamis minggu depan. I'm going to die!

Tadi ada pejumpaan mentor mentee dengan cikgu. Dia bagi soalan mathematics. Bab mathematical reasoning. Soalan punya kacang tahap dewa tapi memandangkan kami semua pakat lupa, so soalan tu jadi macam soalan paling susah dalam dunia. Cikgu punyala hingaq kat kami haha sebab minggu depan dah start exam dah. Kalau cikgu maths kelas aku tau yang kami lupa semua tu, mampuih kena katok dengan penyapu aih. Lepas jumpak mentor, ada PKA. Kena buat graf. Entah pasaipa mood rajin aku sangat membuak buak tadi, so setiap benda yang aku tk paham aku akan tanya. Selalunya aku buat tktau ja kalau tk paham haha. Kena plot keratan rentas apa bala tktau. Tk payah mana pun. Lepas PKA, maths. Aku punyala pulun siapkan graf & histogram tu semalam, sampai sanggup pi keluaq beli kertas graf, tapi tadi cikgu tk check pun. Bila aku tk buat, time tu la cikgu pakat buat gigih nak check apa bala. Tapi bila dah aku buat, cikgu boleh buat tktau macam dia tk suruh. Haih semak perut aku -___- Rasa macam cikgu tk hargai penat lelah aku haha. Nasib maths satu masa ja, dahla aku hampir mati kelaparan tadi. Dan aku bangga sebab berjaya goda aby makan nasik harini hahah. Sedap gila kay, nasik panas + ayam goreng panas + sambal panas. Terangkat!

Esok aku tktaulah ada latihan rumah sukan ka dak. Sebab selalunya cikgu akan buat pengumuman harini, untuk rumah sukan piko & giga. Tapi tadi tkdak pun. Aku dah plan awai dah, ada ka tkdak ka aku tkmau pi besok. Baik dok rumah perabeh homework awai awai ada jugak faedah. Aku tkmau jadi macam minggu lepas, sampai cikgu pun tktau nak buat apa masa pejumpaan. Kalau dah tkdak benda nak buat, gigih ada pejumpaan pasaipa. Baik bagi balik ja kan senang haih tk paham aku. Aby kata dia nak pi. Haha ikut hang la aby oi, aku nak dok rumah laaaagi nikmat =) Aku still tk boleh terima lagi dengan cara senior giga tu cakap dengan aku, tkdak rasa hormat langsung. Aku tkmau masuk kawad, dia paksa. At least kalau nak pujuk tu boleh gagahlah lagi, aku tk mintak pun sampai dia merayu melutut bagai. Tapi tk perlu kot cakap wahajiaq sangat, aku tau dia tua dari aku. Cemana la orang nak hormat senior kalau dah senior pun cakap tk pakai otak -___- Kalau dah aku pengsan tengah padang nanti, tobat kena cop mengada punya. Aiee semak perut aih laguni..dengan acara 100m bagai, kena kawad pulak. Payah sembang dengan orang ketegaq. Ehehe tapi kan nanti insyaAllah kalau aku jadi masuk 100m, aku nak lari macam Watson Nyambek haha puii bajet macam kuat sangat aku lari. Nyampah


RUN FOR YOUR LIFE!

Esok ada kelas tambahan apa tktau. Tadi rasanya kalau aku bawak module, buku teks ataupun buku rujukan kimia memang aku jawab dah soalan tu. Masalahnya aku tk bawak apa langsung, tu yang jadi malas semacam. Eh tadi kan hujan lebat. Lepastu aku tengok ada beberapa beg sekali dengan buku kat sudut ilmu. Basah lencun habeh..kesian gila kat tuan punya semua beg tu. Aku nak tolong pun dah lambat. Nasik dah jadi bubur. Tkdak apa perubahan pun kalau aku tolong ubah beg & buku depa haha. Lagipun hujan lebat sangat masa tu..satgi tk pasai aku yang demam. Hmm actually kan aku dok tunggu ada sorang hamba Allah ni dia penah janji nak belanja aku ayaq soya, aku pun tk ingat dah janji dia tu sejak bila. Tapi aku malaih nak kata apa, sebab dia yang janji kan haha. Kalau dia baca blog aku ni, alhamdulillah. Aku cuma nak elakkan orang sekeliling aku jadi munafik haha perrrreli padat. Hmm k k lawak ja haha =) Malam ni keja sekolah apa ha. Hmm PKA tkdak, maths ada, LK tkdak, BM tkdak dan BI pon tkdak. Oh ya cerita pasai BI, tadi teacher kata supporters tk jadi ikut team english debate pi penang. Tkpa aku redha. Kalau aku minat, insyaAllah aku masuk english debate tahun depan. Sekarang ni minat tu tkdak lagi. Hmm saja nak habaq dinner malam ni maggi. Ahakz *troll face*

Troll face is absolutely annoying. Senyuman macam VIP tua kerepot yang gatai tahap meroyan. Eeee *sepak*

Thursday, May 03, 2012

We are young

Assalamualaikum

Entah kenapa semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku rasa malaih gila nak update blog. Eh bukan malas tapi entahlah. Peluang tu ada, tapi setiap kali peluang tu mai, ada ja halangan lain so tk boleh nak update jugak. Aku rasa entri last aku tu, pasai aku pi public speaking kat SMK Dato' Syed Omar tu kan? Aku sign in blog terus je create new post dan tk view blog pun, so ingat ingat lupa apa entri last aku. Hmm actually banyak benda yang jadi sepanjang aku tk update ni, aku cerita yang mana aku ingat ja okay. Dan ada satu cerita ni aku nak sangat heboh dalam blog tapi malangnya blog ni ialah satu medan yang terlampau public so..tk bolehla. Tekejut jugak aku bila dah sign in blog, tengok tengok blog ni ada rupa baru dan aku bagaikan rusa masuk kampung, tercari cari kat mana tempatnya nak create new post haha terasa diriku amat bangang. Macam biasa sebelum bukak blog aku, aku singgah dulu blog TOK, maria elena & fatin liyana. Tapi aku tk baca pun blog maria elena sebab terlampau panjang dan aku pulak terlampau malas, cuma tengok gambaq gitu gitu aje. Hmm aku rasa sekarang ni aku mula kehabisan idea nak story apa dan...dan...dan...

Minggu lepas aku pi makan pizza dengan aby, yat, ainun, anwar & haideer. Terima kasih kepada saudara haideer own yang sponsor 100% hari tu heheh. Aku punya kempunan nak makan cheezy pizza tapi disebabkan kegelabahan aby membuat order membuatkan dia salah cakap dan order benda yang salah. Tkpa aku redha, asalkan benda alah tu tetap pizza. Aku makan cuma dua slices aje hihi tk banyak pun. Selesai makan semua, kami pi city plaza sebab aby nak beli selipar apa benda tktau. Masa tu anwar dah balik sebab tokwan dia sakit, so yang tinggal cuma aku, aby, yat, haideer & ainun. Kami jalan jalan kat city plaza sambil mencari nahas. Tetiba aku tejumpak Akashah Roky. Pada pandangan aku dia seorang yang sangat kecoh di twitter dan pemalu di luar haha. Normallah tu. Lepastu jumpak afif, am & ami. Kalau dah jumpak akashah, mesti ada sarah jugak. Dan ainun pun mengambil kesempatan untuk pergi berjalan jalan dengan FR kesayangan beliau. Tetiba dia kembali dengan tangisan air mata yang penuh kesedihan. Yaaa FR curang. Masa tu aku rasa macam nak sumbat ja kasut flat aku dalam mulut FR. Yang si ainun pun tk boleh nak control langsung sedih dia tu, nangeh depan public siap merengek lagi. Haih malu aku. Dan lepas semua settle, sarah pun dah balik, same goes to akashah. Aku, yat, aby & ainun teman kakak yat makan kat food court sebab dia mengidam tomyam. Well biasalah tu orang tengah pregnant. Sampai rumah lewat gila, dah nak dekat pukul 8 masa tu. Dan kakak yat dah selamat bersalin kemarin! Congratulations for the baby boy! =)


Hmm tk silap aku selasa lepas, dikala aku tengah enak dibuai mimpi, tetiba tata gerak aku pukoi 4.50am. Dan aku pun tekejut beruk bila tata bagitau yang aboy masa tu ada kat CCU Hospital Sultanah Bahiyah sebab kena heart attack. Dan tata tanya adakah aku nak ponteng. Memandangkan aku ni sedaq diri yang tk lama lagi nak midyear exam dan hari selasa jadual dipenuhi dengan tough subjects, so aku ambil keputusan untuk tetap pi sekolah. Balik sekolah tu, abah singgah rumah sat ja untuk amek adik adik aku & kakak aku. Aku pun sempat sambar phone je dan tk sempat nak tukar baju. Maka terkedek kedeklah aku ke hospital dengan setia memakai baju kurung Puteri Islam -___- Nak masuk wad CCU tu boleh 2 pelawat je sekali masuk. Aku masuk dengan kakak aku. Masuk je wad aboy tu, DUSH! Tekejut aku tengok wayar berselirat kat badan dia. Tapi masa tu dia tengah watlek je main phone. Kiri kanan ada ja monitor yang tayang entah apa apa aku tk paham. Rasa ngeri pulak aku. Aboy kena heart attack sebab 2 salur darah dia tersumbat disebabkan kolestrol terlampau tinggi. Dan punca kolestrol tinggi ini tk lain dan tk bukan...nasik kandar Yasmeen. Aboy memang peminat tegar nasik kandar Yasmeen. Dan yang memburukkan lagi keadaan, aboy kuat merokok. Eh adakah merokok boleh sumbatkan salur darah atau aku yang mereka cerita? Hmm who cares. Tapi alhamdulillah sekarang aboy dah sihat, dan dia cuti sebulan sebab haritu ada buat operation sikit. Hmm kurangkan makan nasik kandar ye kawan kawan!

Kelmarin masa english period, teacher nak jumpak aku. Dan aku pun agak tertanya tanyalah entah apa benda lagi teacher nak suruh aku masuk ni. And she told me a really good news! Aku rasa macam nak melompat ja dalam bilik nilam masa tu haha. Teacher ajak aku pi SMTTAR kalau tk silap, kat penang sebab astech terlibat dalam KAT (Kejohanan Antara Teknik) dalam acara english debate. Teacher suruh aku ikut sebab nak jadi supporters je dan gain experience. Aku sangat berminat! Nak masuk debate tu wallahualam lah, sebab aku tk sure sangat debate ni macam mana. InsyaAllah aku akan join nanti dengan Ku & Zahir. Pi sana 24hb-26hb Mei. Kiranya cuti dua minggu aku nanti akan terganggu dua hari jelah. Aku akan stay kat hostel sekolah sana. Aku ada ajak aby tapi dia tkmau pi sebab tk minat. Hmm cerita pasai aby, kemarin dia sakit. Masa BM, dia mengadu kat aku tk sedap badan sebab perut rasa angin. Tetiba nak muntah pulak. Kami pun pi la toilet, aku jenuh dok urut tengkuk dia dengan minyak cap kapak tapi tk muntah pun. Masa kat kantin adala dia muntah jugak lepastu dia terus balik. Yang syoknya aby kata masa atas moto, dia muntah. Kat rumah muntah lagi atas katil. Depan klinik pun muntah lagi. K tetiba aku pulak rasa nak muntah bila dah type perkataan muntah banyak kali. Ahakz

Baru lepas bukak facebook yang 1st account. 213 friend requests, 1 new message, 47 notifications. Excited? Not at all. Account settings ---> Security ---> Deactivate your account. Done! Facebook aku yang wujud hanyalah 2nd account sahaja ye kawan kawan. =) Ehem tk silap aku, midyear exam sama ada minggu depan atau minggu sekali lagi. Ketaq? Of course. Aku tktau aku boleh buat ka dak. Kalaulah aku dapat lagi teruk dari haritu..memang aku mampus. Hmm


Teman seperjuangan yang akan menghadapi midyear exam. Marilah sama sama kita berjuang untuk mengurangkan atau menghentikan buat seketika dua benda yang sangat menggoda ni. Aku paham kita semua ketagih tapi...wajib kurangkan jugak. Good luck everyone!