Thursday, September 29, 2011

This is the moment

Assalamualaikum
Sumber : http://www.bloghanz.com/


Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran
- Doa memulakan ulangkaji



اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

Sunday, September 25, 2011

Havoc & chaotic

Assalamualaikum

Minggu ni minggu terakhir program titian harapan kat sekolah. Dan jugak minggu terakhir tusyen kat inovasi utara. Kemungkinan besar jugak minggu terakhir aku online. Hmm..semua ni menandakan minggu depan PMR akan start iaitu pada hari Selasa. Ramai sungguh senior yang baik hati remind aku pasai PMR, especially kakak kakak aku yang maha pulun tu lah kan hehe. Ada yang sampai lagi terlebih pulun pi post kat wall aku dok buat countdown. Tk berapa nak gemar aih laguni..aku taula aku yang PMR. Hat kakak aku dok remind tu tkpala dah depa kakak aku. Yang hang dok buat prihatin sangat pasaipa..aku paham hang pandai. Pi hingaq kat awek hang tu lagi ada faedah. Sikit aku tk heran hang dok buat countdown. Aku pon terer aih bab bab countdown ni. Nasib kening hang tebai. Kalau nipis memang aku cukoq sampai habeh dah aih.

Ok mampoih pi kat dia.

Petang ni nak kena pi cyber cafe sebab nak print borang permohonan SMT Alor Setar tu. Kemudahan kat rumah memang dah lengkap segala galanya..laptop ada printer pon ada siap boleh fotostat lagi tapi semua tu tk bermakna apa apa kalau tkdak ink -.- Ni semua folio geografi punya pasai la, punya aku pulun buat sekemas mungkin sebab nak dapat A. Harap harap berbaloi usaha aku =) Rasa sedih tu memang ada lah sebab kebanyakan member aku boleh buat permohonan kemasukan SBP tapi aku tk boleh! Mesti something wrong somewhere ni hahaha. Aku baru dapat tau tadi bahawasanya borang MRSM dah habeh akibat sifat tamak sesetengah calon PMR yang membolot semua borang tu sampai kami pon tk sempat. Menurut sumber yang boleh dipercayai, katanya borang tu sepatutnya direbut sesudah trial PMR selesai. Tkpalah..tkdak rezeki aku nak masuk SBP & MRSM. Mungkin rezeki tu ada kat teknik..siapa tahu =)

Semalam aku bagitau mama tentang plan aku kalau tkdak rezeki kat mana mana SMT. Aku bagitaulah yang mungkin aku nak pindah pi bukhary. Dan mama pon menggunakan kuasanya sebagai seorang ibu kandung, beliau tk bagi aku pi sana. Mama kata elok elok duduk sekolah level A, nak pi sekolah level D buat apa? Haha sentap sat aku. Aku tktau pulak yang selama ni sekolah bukhary dianggap sekolah level D. Mama yang kata! Aku tk kata apa nah.. Dan mama bagi cadangan yang memberatkan hati aku nak terima cadangan tu, iaitu mama suruh pi ampang kalau tk dapat teknik. Fuhh..memang cabaran besaq tu. Bayangkanlah kalau aku masuk ampang, memang tobatlah akan timbul gosip mengatakan aku pi sekolah tu semata mata nak jumpak mattop. Memanglah betui "persetankan apa orang nak kata" tapi nanti aku jugak yang tk selesa dengan gosip tu semua. Tk sanggup aih..

Hari khamis ni ada yang kata nak buat majlis bacaan yasin kat masjid aman. Kalau betui ada memang aku nak join (tu pon kalau keadaan mengizinkan). Walaupon kami sekolah cina, kami masih menitik beratkan semua tu tau. Tu pon masih ada lagi sesetengah orang yang berfikiran cetek ataupon cakap tk pakai otak, kata semua pelajar melayu yang sekolah cina ni ikut sama kapiaq. Pelajar aliran agama pon ada yang jadi bohsia ok..siap pakai baju ketat MANGO & rambut bekarat lagi. Bukan rekaan. Aku tengok sendiri kat tv3 =)

Keadaan kat facebook sekarang makin havoc dan menjadi jadi. Tkmaulah masuk campur..tapi aku sebagai salah seorang saudara Islam yang mempunyai rasa tanggungjawab (cehh), nak nasihatkan tk payahla begaduh lama lama, tambah tambah kat facebook yang satu malaysia boleh tengok. Buat malu ja kalau orang yang berlainan agama tengok kita berperangai tk matang & buruk dok begaduh kat facebook. Kan?

Friday, September 23, 2011

What goes around comes around

Assalamualaikum

The same routine on every Friday - balik kampung. Begitu jugak harini. Sebenarnya aku keberatan nak balik kampung sebab nenda sorang sorang kat rumah.. Selalunya kalau balik kampung, pukul 11 malam baru sampai rumah. Aboy keja, tata pon tkdak. Hmm..tkpalah I'll think about it later. Abah nak buat makan makan kat kampung harini sebab kemaren birthday yaya - anak kesayangan beliau. Yaya dapat hadiah yang sangat kontra, aboy bagi keta control & nenda pulak bagi compact powder. Aku dapat tengok muka yaya bila dapat compact powder tu hahaha. Dia macam bingung, "Macam mana la aku nak pakai benda alah ni.." Tapi bila dapat keta control, she was delighted! Harap harap adik aku ni kekalkan sifat keperempuanan dia sampai besaq. Jangan la jadi songsang..nauzubillah.

Semalam ada orang call. Beliau tunggu sebab aku tk reply msg beliau. Maxis buat hal semalam, aku nak buat call-me-back tk boleh. Kredit tu memang ada, RM0.22 sahaja tapi airtime dah habeh. Ok la tu 22sen kan? Haha lepaih 22 msg. Tu la topup lambat sangat..kan dah tk boleh msg dah. Begitu jugak dengan sorang hamba Allah ni. Kemaren dulu sehari tk tegoq aku. Kemaren adalah hantaq satu msg.. Masa tu aku tktau lagi airtime aku habeh dah tapi malas nak reply =) Bukanlah nak balas dendam tapi memang malas. Moralnya di sini ialah jangan buat apa apa kat orang lain yang orang tk suka. Nanti kena kat kita balik. What goes around comes around =) Hahaha apa kejadah la aku merepek ni.

Kemaren sekolah aku baru dapat jadual PMR. Semua ada dalam tu.. macam iklan selalu kata semua dalam satu. Arahan kepada pengetua, ketua pengawas peperiksaan dan calon. Amaran pon ada..memang menakutkan. Boleh terbatal semua keputusan peperiksaan. Gila lah! Kalau jadi kat aku macam tu, tk teragak agak lagi aku akan masuk Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Penat aku belajar tiga tahun semata mata untuk PMR ni.. tiba tiba boleh batal. Tu pon kalau aku buat benda bodoh yang boleh mambatalkan result lah =) Macam calon lain jugak, normal la kalau benda pertama yang aku tengok bila dapat jadual tu ialah bila habeh PMR tu. 3.50 petang tu kira boleh berambu ayaq mata lah kononnya sebab terlampau syok sangat haha.

Semalam memang aku tidoq awai gila. Pukul 8 lebih tu tengah lepak lepak atas katil dalam keadaan kaki ke mana kepala ke mana sambil baca buku contoh karangan english. Entah macam mana dan bila..terus lena. Nak kata letih sangat haram aku tk buat apa pon. Tejaga pukoi 7.30 pagi, tengok tengok elok ja kepala dok atas bantal siap selimut lagi dalam posisi yang sepatutnya. Tktau lah sapa yang baik hati angkat aku yang maha berat ni haha. Bila dah tejaga tu memang tk boleh tidoq dah sebab senggugut menyerang. Aku dah mula jadi cacing kepanasan walaupon muka ni dok bajet macam tkdak apa apa yang berlaku. Bangun macam biasa dan buat apa yang sepatutnya lepastu makan dan tengok tv. Boleh la rilek sat sampai tengah hari..tapi senggugut makin agresif. Aku tk tahan. Terpaksa masuk bilik dan tidoq balek nak bagi senggugut lega. Makan ubat? Jangan harap..

Try layan kat youtube lagu uncharted - sara bareilles. Lepastu tengok sorang budak lelaki berambut kembang, muka macam orang tua, pakai spek mata, baju warna biru. Ekspresi muka dia memang mintak kaki -.-