Wednesday, November 23, 2011

Health, beauty and cleanliness are our priority

Assalamualaikum

Oh man! Malaysia kalah teruk semalam dengan Syria. 2-0 tuuuu ish mulanya aku memang tk dapat nak terima kenyataan, walaupon Baddrol Bakhtiar & Asraruddin tkdak, Zubir dan Wan Zack Haikal ada! Tapi tetap tk menjadi. Malaysia tetap kalah dengan Syria. Hmm tkpalah, memang adat sukan. Kadang2 menang, kadang2 kalah. Lagipon depa memang tahap letih gila la, aku tengok cara depa main pon tau dah (bajet terer sangat). Yalah dahla baru balik dari bertempur dengan garuda, dengan nak celebrate lagi. Entah bila depa nak tidoq & training. Kita ni cakap senang la sebab kita tk pi mana, tengok bola kat rumah ja. Ish tapi best la sebab aku tengok Nazmi Faiz memang tahap bertenaga gila semalam. Haiii untung la Aika Azman, satu sekolah dengan Nazmi Faiz..

Oh yes harini aku tk keja sebab semalam aku balik rumah mama sebab aku nak amek novel untuk dibawak ke Shah Alam esok. Oh cerita pasai Shah Alam, aku tk boleh pi kenduri Syahmi huu sedihnya. Dan sepanjang aku kat sana nanti, kemungkinan besar aku tk boleh online jauh sekali nak update blog. Sepupu2 aku kat sana kebanyakannya gila games, so peluang nak mendapatkan laptop untuk aku online tu memang agak tipis lah..tkpa redha. Yang penting aku tk sabaq nak jumpak Isyraq Hafeez..mato mato =)

Hmm entry kali ni boleh dikatakan agak poyo la sebab aku nak share benda yang aku tengok kat REMAJA (1Nov) yang agak menarik. Sebab semenjak editor baru REMAJA ni bertudung..so semakin banyakla benda yang melibatkan tudung ada dalam REMAJA ni. Tu yang aku rajin beli ehehek cuma hat 15Nov aku tk beli lagi. Benda yang aku nak share ni pon ada kena mengena dengan kita yang bertudung ni.. Aku pon tengah mencuba untuk ikut semua tips ni =)

Rambut tetap OHSEM
Walaupon kita AYU bertudung =)

  • Elakkan memakai tudung dalam keadaan rambut yang masih basah kerana rambut yang masih basah akan menjadi lembap di dalam tudung. Rambut bukan sahaja akan berbau, malah kulit kepala akan menjadi lembap dan boleh menimbulkan kelumumur serta kegatalan.
  • Biarpun sudah menjadi trend waktu ini tudung dipakai secara berlapis-lapis dan pelbagai gaya, namun elakkan memakai tudung lebih daripada empat lapis. Semakin tebal kain tudung, maka akan semakin sukar rambut bernafas. Tentunya pemakaian tudung berlapis-lapis baik digunakan untuk acara dan tempat tertentu sahaja.
  • Elakkan memakai tudung berwarna gelap semasa cuaca panas. Warna yang gelap mudah menyerap haba matahari. Jika aktiviti banyak di bawah sinar matahari, sebaiknya pilih warna lembut muda, pastel atau putih.
  • Cubalah untuk tidak mengikat rambut terlalu ketat. Menggunakan pengikat rambut yang besar dan tebal juga lebih baik daripada pengikat rambut yang kecil dan nipis. Rambut yang diikat dengan ikatan yang sama setiap hari berpotensi untuk rambut patah. Oleh itu, sentiasa variasikan jenis ikatan rambut.
  • Hindari menarik garis rambut di bahagian yang sama sahaja misalnya belah tengah, belah kanan atau belah kiri. Kerosakan rambut bermula daripada belahan rambut yang tidak pernah diubah-ubah.
  • Mengenakan tudung tidak bererti kita tk payah sikat rambut. Itu memang kesalahan besar! Usahakan untuk tetap menyikat rambut, paling tidak pun tiga kali dalam sehari. Menyikat rambut sama sahaja seperti melakukan urutan ringan pada kulit kepala. Kulit kepala secara tidak langsung akan menjadi tenang dan rambut bebas daripada kekusutan. Sebaiknya gunakan sikat bergigi jarang agar rambut kamu tidak banyak menempel pada gigi sikat.
  • Jika berada di rumah dan membolehkan kita tk mengenakan tudung, sebaiknya kita biarkan rambut lepas terurai tanpa diikat agar rambut boleh beristirehat.
Dipetik dan diubahsuai sikit2 daripada REMAJA 1Nov2011, page 64

Kaki SEHEBAT Gisele Bundchen & Cameron Diaz

  • KASUT - Beli dan kenakan kasut yang sesuai dengan kaki. Kasut yang terlebih kecil ataupun besar akan membuatkan kulit kaki melecet serta mudah pecah.
  • GUNAKAN KASUT SECARA BERTUKAR GANTI - Pastikan setiap hari kita memakai kasut yang berlainan. Jika kita menggunakan kasut yang sama setiap hari, ia boleh menyebabkan lapisan kulit kaki pecah-pecah. Contohnya, bila hari ini kita memakai kasut tumit tinggi seharian, maka keesokan harinya adalah lebih baik kita memakai kasut dengan permukaan yang rata.
  • SELAMAT TINGGAL DAKI! - Rajin-rajinlah melakukan pengelupasan daki pada kulit kaki. Gunakan batu sungai untuk menggosok kaki. Kemudian, jangan lupa untuk menyapukan lotion bagi menghaluskan lagi kulit kaki. Jika dilakukan secara rutin, maka kulit kaki menjadi lebih lembut dan cantik. 
Dipetik dan diubahsuai daripada REMAJA 1Nov2011, page 66
Nota : Jangan buang daki kat kaki saja. Anggota lain pon kena bebas daki. SAY NO TO DAKI! =)

Oh yes..aku baru baca paper. Katanya Indonesia tk puas hati sebab Malaysia menang, kononnya kata pengadil Jepun tu tk adil. Dah kalah buat cara kalah, dok tk puaih hati apa benda lagi. Dahla Bonai sorang ja yang salam dengan semua Harimau Muda lepas game tamat, penonton Indonesia pon langsung tk hormat masa lagu Negaraku dimainkan. Boleh pulak tahan bus para Harimau kita lepastu tk segan silu meludah, caci maki & tunjuk tanda lucah. Tkdak semangat kesukanan langsung, bila dah kalah mula nak hingaq. Dah offside  tu memang offside la. Menyampah aku..

Okaylah bye =)

Immature life

Assalamualaikum

Setelah puas aku ber blogwalking sana sini, aku hampa sebab kebanyakan blog yang aku tengok hampir semua tk update hmm kecewa :( Tapi kekecewaan aku diubati dengan blog honeykoyuki. Yes FL dah update blog! Rasa macam tk pecaya. Betui ka dah ada entry baru ni? Banyak kali jugak la aku pejam celik mata (bohong) semata mata nak pastikan yang aku tk berhalusinasi. Ternyata memang betul..FL dah boh entri baru. Dan entri beliau bagaikan menampar nampar pipi aku sebab apa yang aku baca tu macam terkena batang hidung aku sendiri. Sebab aku memang pernah belajar sambil online FB! Ala ala sambil menyelam minum air. Apa yang FL update tu, ialah apa yang selalu aku buat dan betul, tkdak faedahnya pon sebab lastnya diri sendiri yang kelam kabut macam orang gila.

Okay ramai orang dah stopped talking about football sekarang ni. Dan ramai jugak dah beralih arah cakap berkenaan satu lagi perlawanan bola yang akan berlangsung malam ni, Malaysia menentang Syria. Menurut maklumat yang aku dapat daripada boyfriend si Aimi Nadhirah @ nadhirahcullen:) iaitu Zul Hilmi, dia kata malam ni 8.30pm ada football match dekat TV1 dan Astro Arena. Tktaula betui ka dak, kalau tk betui jangan tumbuk aku tapi tumbuk lah Zul ehehe. Tiba tiba rasa tk sabaq pulak nak layan bola malam ni haha padahal dah berapa taun aku abaikan aktiviti tengok bola ni. Pernah sekali aku pi stadium dengan abah dan kakak aku, tengok Kedah vs Terengganu. Yang bodohnya aku pi pakai t-shirt hitam + putih padahal aku duduk dalam kelompok orang Kedah semata mata. Pandangan serong daripada orang ramai tu memang adalah, tapi memandangkan aku masih budak2 hingusan masa tu, aku buat tktau saja. Baju aku, abah aku punya duit! So suka hati aku. Ehehe but luckily Kedah won that night, tk silap aku 6 gol kot depa score. Fuh Kedah memang terer. Dan tu ialah kali terakhir aku pi tengok bola kat stadium. Oh btw, good luck untuk TEAM MALAYSIA!

Harini macam yang aku bagitau kemaren (kot), aku ada appointment dengan dentist. Ini ialah pertama kali untuk seumur hidup aku, pi jumpak dentist dengan tkdak sapa2 yang menemani. Abah cuma hantar dan terus balik. Aku pon tk halang sebab abah baru balik keja, and I know how tired he was. So aku biaq ja abah balik & tidoq. Sepatutnya appointment aku pukoi 3.30pm, tapi 2.15pm aku dah tecongok kat dalam tu. Nasib baik la aku ni seorang yang gila membaca, so hidup aku tadi tkdakla boring sangat dengan adanya REMAJA kat tangan. Aku tunggu tk lama, lebih kurang 15minit depa panggil masuk. Ketaq tu adalah jugak walaupon dah beberapa kali aku dok pi klinik gigi tu. Bukan apa..benda yang paling aku tkmau sekali ialah kena cucuk. Hmm tadi Dr Sari ada jugak, tapi beliau check sikit2 saja. Yang lainnya, Dr Huda handle. KEcik molek, muda dan of course sangat segak! So aku tkdak la kekok sangat tadi. Mulanya, amek x ray. Nurse lelaki yang masih muda tolong amek x ray untuk aku tadi. Walaupon perasaan segan ni hanya Tuhan yang mengetahui, aku sedaya upaya control muka agar nampak selamba.

Lepas amek x ray, aku dah tktau apa Dr Huda & nurse lelaki tu buat dalam mulut aku. Ada 4 tiub dalam mulut aku! Fuh dahsyat gilalah. Rasa macam gelojoh pon ada. Sakit jugak la apa yang depa dok buat tu tapi tk sesakit kalau kena cucuk kat gusi. Ada jugak rasa nak tepis tangan Dr Huda & nurse tu jauh2 tapi once again, aku control untuk kelihatan selamba. Lagipon tkdak la sakit sampai nak meraung raung. Lepas tu Dr Huda suruh aku kumur. Dan bila tiba masa untuk kumur..masya Allah aku rasa macam nak pengsan! Darah banyak gila. Nasib baik aku tk pengsan, kalau dak memang nurse lelaki tu dah jadi hero sebab tolong sambut aku ehehe gatai. Selesai semua, aku tunggu kat luaq bilik R tu. Dan sambil membaca REMAJA. Lepastu nurse lelaki tu panggil nama aku sebab nak bagi balik kad. Dia dah nampak aku mai tapi dok panggil2 lagi, nasib la majalah REMAJA tu tk mendarat ataih kepala dia -.- Bila tengok ada appointment lagi, aku bebai. Boring! Next appointment, 23hb November 2012. Hari Rabu. Setahun lagi tuu..aku dah nak naik form 5 dah masa tu. Tuanya..

Semua selesai pukoi 3.09pm. Aku tau sebab aku tengok jam masa tu dan aku ingat lagi. Aku tunggu kat luaq klinik gigi bersama-sama dengan para nenek2 yang kebanyakan dah tkdak gigi, so aku tk paham apa tujuan depa pi klinik gigi. Oh maybe buat gigi palsu? Boringnya hanya Tuhan yang mengetahui. Ada sorang nenek ni dia tanya aku, "Cu dah habeh belajaq ya, cu?" Aku cuma geleng dan jawab, "Eh dak lagi." Adakah muka aku nampak semakin tua bila aku lepak dengan orang orang tua...

Tunggu punya tunggu, sampai habeh REMAJA tu aku baca, pukoi 4 kot lebih kurang baru abah mai amek. Padahal awai2 lagi aku dah talipon abah. Baru aku tau abah pon bersiap mengalahkan anak dara, sebijik macam aku. Hmm esok mungkin aku keja, tapi tktau lagi sebab mattop kata dia nak pi Kopitiam. Kalau dia pi, means aku tk pi. Sebab aku paling tk suka orang yang aku kenai contohnya member2 aku, tengok aku dok buat keja. Tambah pulak mattop...lagi aku tk suka. And don't ask me why. Penah sekali masa Hairi (kot) mai Kopitiam, aku sanggup pi kat belakang bangunan tu semata mata aku tkmau abah suruh aku hantaq makanan kat dia. Ehehe so sapa2 yang nak mai esok, kalau nampak aku buat2 lah macam tk nampak & tk kenai. =)

Good luck Harimau Malaya, untuk perlawanan malam ni menentang Syria. Malaysia boleh! 

Monday, November 21, 2011

Well done Harimau Muda!

Assalamualaikum

Riuh kat facebook, blog & twitter sekarang ni, tk habis2 meluahkan perasaan bangga bila Malaysia menang pingat emas untuk bola sepak sukan SEA ke 26 menentang Indonesia semalam. Aku singgah blog Qarl tadi, beliau punyalah bersemangat waja sampai letak sekali gambaq Ong Kim Swee haha. Cayalah Malaysia! Tk sia2 pembaca berita semalam siap pakai baju Harimau Malaya dalam Buletin Utama. Tk sia2 ada sekelompok kecil penduduk Malaysia yang mencelah di antara ratusan ribu penonton Indonesia kat stadium semalam. Dan juga, tk sia2 kakak aku pecut moto semalam dari 7E nak balik rumah semata mata nak tengok bola. Perlawanan sebelum2 ni, aku tk tengok pon. Aku ni bukanla minat sangat bola ehehe cuma bila ada mood, baru tengok. Tk sia2 lah aku tercongok depan tv semalam dari pukoi 8.30pm sampaila 12.00am. Cayalah Harimau Muda! I love you!

Harapan aku nak tengok Malaysia menang tu mula2nya memang tergugat jugak la masa Gunawan tanduk bla sampai gol masa minit ke 5. Nasib baik tk tesedak ayaq milo aku dok minum masa tu. Bayangkan la baru 5 minit main, peluh pon tk keluaq lagi tengok2 Indonesia dah maju 1-0. Mungkin gol tu agaknya yang telah bikin harimau-harimau kita semakin mengganas dan garang. Yang tecongok depan tv semalam cuma aku & kakak aku saja. Nenda memang tk boleh tengok bola sebab beliau kata takut darah naik ehehe. So kami bebas untuk melakukan aksi apa sahaja semalam - lompat, jerit, menari, baling kusyen dan sebagainya. Tk perlu control! Tk perlu malu! Masa Asra yang memakai jersey nombor 6 tu boh gol, fuh memang meremang lah bulu roma aku. Bangga tu tk payah cakap la. Rasa macam nak pi terbang kat Indonesia dan peluk Asra!

Indonesian's footballers, kasarnya hanya Tuhan yang mengetahui. Kesian kat kapten kita Baddrol Bakhtiar. Kena sepak terajang tolak menolak semua ada! Aku paling benci kat Okto, Bonai, Gunawan, Diego and especially goal keeper depa iaitu Meiga. Nampak ja muka macam tetpit dok lepak tepi jalan tapi cekap tangkap bola. But whatever it is abang apek kita lagi cekap. Dahla tough ahaha. Bayangkanla team Malaysia kita berjuang selama 120 minit semalam untuk merebut pingat emas. Berbaloi sungguh kesakitan yang Baddrol Bakhtiar & pemain2 lain dapat masa kena asak. Berbaloi aku sakit perut & sakit tekak sebab menjerit. Ternyata Malaysia tk menghampakan kita. Bayangkanla betapa penatnya depa main dari separuh masa pertama & kedua, dan extend lagi sampai 120 minit. Haish..ni yang buat aku sayang Harimau Muda ni. Young and talented!

 Ini dia kapten team Harimau Muda yang amat amat disayangi, Baddrol Bakhtiar. Beliau menjaringkan gol terakhir masa penalti dan gol tu lah yang membuatkan Malaysia memenangi ibu segala pingat, haha pingat emas. Haish bertuah la badan..

Yes! Abang apek kita merangkap goal keeper terbaik Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Nampak muka ala ala chinese gitu tapi nama memang Melayu habis. Aku suka masa dia buat aksi tangkap bola lepastu meniarap. Ala ala macam dia tkmau lepaskan bola tu haha. Thank you Fahmi!

Ehehehe walaupon beliau tk menjaringkan gol, aku suka aksi aksi dia masa team Harimau Muda nak dapat hadiah tu. Tepuk tangan macam budak2. Mohd Muslim Ahmad, tk silap aku number jersey dia 24 kot. Argh yang tu tk penting. Yang pentingnya, dia pon salah seorang pejuang untuk dapat pingat emas =)

 One of our heroes, penjaring gol pertama kita, Asraruddin Putra Omar. Mulanya aku tengok dia tk hensem. Lepas dia boh gol, terus serta merta nampak hensem berseri seri! Masa last2 game, dia kena keluaq. Nampak sangat dia letih dan dia sakit kaki. Hmm congratulations Asra!

Nota : Gambar pemain2 bola yang sedia ada ni bukan ketika perlawanan semalam. Harap maklum.

Perasan dak semalam ada one of our footballers, jersey number 21, nama Nazmi Faiz? Bukanka dia SPM? Tkkan tk amek kot? -.-

Tahniah Harimau Muda, yang telah mengharumkan nama Malaysia sebagai pasukan bola sepak terbaik di Asia Tenggara. Harimau Muda dah buat berjuta juta rakyat Malaysia tk kira tua muda miskin kaya lelaki perempuan, semuanya berbangga. Kami sentiasa doakan yang terbaik untuk Harimau Muda. Indonesia boleh balik tidoq! Garuda dibaham! WUAHAHAHA

I LOVE YOU,