Thursday, April 19, 2012

R O C K

Assalamualaikum

Ya Allah rasa macam nak nangeh pon ada sebab akhirnya aku dapat peluang nak update blog. Actually aku tk ingat sama ada khamis / jumaat lepas, aku memang nak update dah tapi terhenti sekerat jalan sebab tetiba otak aku blank tkdak idea. So aku amek keputusan tunggu jelah sampai harini, kot kot ada something interesting happened, barulah idea mencurah curah nak update panjang berjela. Alhamdulillah la aku ada idea setakat ni haha. Ada banyak sangat benda aku nak cerita! Hmm tapi kan harini aku sedih. Sebab, semalam aku pulun buat karangan macam nak mati sampai 3 pages, kerah otak sampai kering kontang, tengok tengok cikgu buat komsas harini. Bila aku komen, cikgu kata, "Sapa kata ada karangan harini? Saya tk kata apa pon." And of course with his annoying face. Aku macam argh! Aku dahlah tk bawak apa jenis buku komsas pon kat sekolah. Sama dengan aby pon. Usaha la pi pinjam kat orang. Terpaksa salin soalan dalam test pad ja. Tapi bila kami dua orang check balik dalam beg, tengok tengok tertera buku "LATIHAN PEMAHAMAN & KOMSAS." Aiee rasa nak penyepak diri sendiri pon ada, cemana la boleh tk sedaq yang ada buku komsas dalam beg. Kalau dak settle habeh dah keja. Free ja aku cop diri sendiri bodo. Haha. Yang sejarah pulak, aku kalut perabeh nota waktu rehat, sanggup tk makan nasik sebab takut kat cikgu baru tu. Dengaq cerita dia garang. Tapi bila dah waktu sejarah, cikgu tu tk masuk pulak. Hmm memang tk sakit hati pon haha.

First and foremost, nak cerita pasai Khamis lepas. 12hb April 2012. Aku dipilih oleh..oleh..hmm aku tktau oleh sapa, untuk join Kak Fatin & Izzairul pi public speaking kat SMK Syed Omar. I was honored! Rasa macam tk sangka gila haha padahal aku pi bukan amek bahagian pon, tengok ja. Sebab tahun depan insyaAllah aku akan ganti tempat Kak Fatin pulak untuk join public speaking =) Pagi tu kena pi astech dulu, aku pakai baju kurung sekolah dengan kain biru. Fuh bayangkan perasaan teruja aku! Dah nak dekat 4 bulan aku tk pakai macam tu k, sebab tu teruja lebih haha. Schoolmates pon pakat pandang pelik, tambah tambah classmates. Aku ingatkan cikgu ketua panitia bahasa inggeris yang nak bawak pi DSO, tapi bukan. Ada teacher cina tu yang bawak. (Saja tkmau mention nama, aku serik.) Dan aku terpaksa pakai blazer yang besaq gedabak ala ala jubah tu. Tu pon dah saiz S dah. Dahla hangat gila. Yang untungnya, breakfast pagi tu Izzairul belanja. Thanks! =) Sandwich telur & air soya tu amat bermakna untuk perut aku yang kosong ni. Haritu aku boleh bawak phone pi sekolah, so aku tk lepaskan peluang untuk amek gambaq dengan girlfriends walaupon tk cukup ahli. Hana, ku & liyana tkdak. Sayang seribu kali sayang, gambaq pulak blur. Ah persetankan!


Of course, akulah gadis suci dalam baju kurung putih tu haha. Lebih kurang 8 lebih, kami betolak pi DSO. Aku habehkan sandwich & air aku dalam kereta teacher because I was too hungry. Kak fatin tk sentuh langsung sandwich dia, aku rasa macam nak mintak pulak haha. Sampai sana, terus masuk dewan makan asrama depa. Cantik sangat, macam ball room! And the school was quite nice jugak lah, macam taman. Tapi normal sekolah lama, tau saja macam mana hehe ops. Semua ada tk silap aku 26 ataupon 27 sekolah yang participate. Aku jumpak budak budak keathwa, syarafina & sarah adelynna. Asmarian & collegian pon ada. Breakfast kat DSO, depa jamu bihun goreng tapi aku tk makan pon sebab kenyang. 14 students dah selesai public speaking, ada rehat 10 minit. Lepastu giliran kak fatin pulak. She did very well! Selesai kak fatin, kami 3 orang pi kantin sebab nak melantak. Aku tau kak fatin lapaq sebab dia tk makan apa pon pagi tu. Pekena burger sebab tk berani nak makan nasik kantin, takut tk sedap. Dan aku jumpak my ex senior iaitu abdul aqim heheh dia sekarang dah upper six kat situ. Habeh makan, masuk dewan balik. Tunggu sampai semua habeh sebab nak tengok sapa pulak terpilih untuk impromptu speech. Ha masa ni yang aku mengantuk gila sebab gatai pi baca buku sejarah. Selesai semua 27 participants, lebih kurang pukoi 12. Aku & kak fatin masuk surau, kami lena dalam tu sampai lah pukoi 1.30pm. Puaih! Dah bangun tu aku makan nasik pulak, phew sedap. Aku telepas nak tengok pesembahan, ada student DSO nyanyi lagu Someone Like You. Unfortunately, kak fatin tk tepilih untuk impromptu speech tu. Frankly speaking aku agak lega lah, sebab tk larat nak tunggu mengadap situ sampai petang. Pendek kata boleh balik awal =) Driver Izzairul mai amek & hantaq kami sampai sekolah. It was a tiring day, tapi best sebab itu first time aku tengok public speaking competition!

Inilah kak fatin yang comel & kecik molek. Terasa bangga pabila diriku tinggi. Ahakz!
Ini pulak Izzairul Ikhwan or better known as Shah Rukh Khan. =)

Hari isnin baru baru ni pulak, aku dan berpuluh orang pelajar lagi terpilih untuk menduduki Ujian PISA (Program for International Students Assessment). Ujian tu buat kat sekolah jugak la, kat makmal robotik. Aku duduk dengan azah & ainun. Soalan tu hmm agak payah, nasib baiklah soalan aku lebih banyak kepada mathematics. Oh fyi, setiap student dapat soalan berbeza beza so jangan mimpilah nak tiru apa bagai k. Soalan humaira lebih banyak kepada reading iaitu soalan berjela jela jela punya panjang lepastu kena jawab soalan. Tapi aku ada tinggai jugak la satu soalan sebab dah tktau cemana nak hentam. Tapi aku tk terpilih untuk ujian berkomputer. Dalam bepuluh orang tu, 14 orang ja yang terlibat. Aku rasa depa pilih secara rawak sebab kalau nak kata budak pandai, aku ni tkdak la pandai mana. Boleh dikategorikan sebagai kurang cerdik jugak la haha. Bila dah terlibat dengan ujian tu, aku tk masuk kelas dari 7.30am sampailah 12.20pm. Tapi masa ujian tu, kami dapat rehat lambat. Pukoi 11 baru depa bagi keluaq. Sedih tk boleh nak makan nasik sekali dengan aby. Hmm overall aku lega jugak benda alah tu dah habeh, kalau dak serabut kepala otak aku dok baca buku PISA tu. Depa kata, insyaAllah dapat sijil minggu depan. Haa yang ni aku suka! Haha =)

Seperti yang hampir semua sedia maklum, Selasa lepas ada anugerah cemerlang kat keat hwa. Anak agong mai mencemar duli nak sampaikan hadiah. Aku pon agak teruja jugak lah, sebab boleh jumpak member kat sana. Mulanya aku tekejut bila nazrin habaq yang hadiah untuk pelajar 8A tkdak. Kesian jufre & khadijah. Kat aku tkdak la kesian sangat sebab aku tetap dapat hadiah untuk cemerlang matapelajaran agama tahun lepas. Aku agak tk sedap hati sebab sehelai surat pon tk sampai kat tangan aku, kot la pemberitahuan ka jemputan ka apa. Ni satu apa pon tkdak, tapi aku watlek ja. Tengok tengok malam tu khadijah msg aku, dia kata sapa yang tk pi rehearsal tk boleh amek hadiah masa anugerah cemerlang. Tapi boleh tuntut la hadiah tu bila bila yang aku free. Aku memang meletup gila lah malam tu. Sapa tk marah woi..mama pon siap amek cuti dah. Senang ja cikgu cina kat sana kata aku tk payah mai. Ini semua diskriminasi kaum! Dah nampak sebab apa aku terlampau benci cina? Inilah sebabnya. Hancur plan aku nak jumpak generasi melayu kat keat hwa. Geramnya hanya Tuhan yang mengetahui. Tapi sekarang ni aku tktau lagi bila nak pi tuntut hadiah tu. Kalau setakat benda entah apa apa, aku tk kisah. Masalahnya sekarang hadiah tu ialah DUIT. Dan aku sama sekali tk boleh nak lepas macam tu ja haha.

Hmm sekarang ni gosip yang tengah meletup letup di kalangan form four astech ialah gosip aby & haideer. Haideer jatuh cinta kat aby masa first time dia tengok aby kat bilik kaunseling sekolah. Walaupon depa tkdak relationship yang disahkan lagi, cuma setakat teman tapi mesra ja, but they're so damn sweet! Haideer tk penah lupa hati kawan kawan aby ni walaupon sebenarnya dia nak tackle hati aby sorang ja. Dia janji nak belanja kami KFC. Dan haritu dia bagi kat kami 9 orang, lebih kurang macam pie berry la. Mak dia buat. Sedap gila kay. Sesungguhnya aby sangat beruntung sebab dapat teman tapi mesra sebaik haideer. Aku suka sangat kalau depa menjadi dua orang, sebab aku tau haideer akan jaga aby elok elok heheh galaknyew. Tapi aby kata dia tk berani nak jamin apa apa sebab depa kenai tkdan sebulan lagi -___- Dan aku sebagai kawan paling rapat yang dia ada, tkmau paksa. Aku sokong apa pon keputusan hang aby! Esok insyaAllah aku nak pi rumah aby, aku dah bagitau abah cuma tk bagitau mama lagi. Kalau mama bagi green light, aku pi lah. Nak buat keja sekolah LK, BM, add maths & math mod. Petang tu terus balik kampung insyaAllah. Eeee tk sabarnya! =)

Pagi tadi tk sangka syaza called aku. Sumpah aku tekesima, cakap dengan dia pon tesekat sekat. Last aku jumpa & cakap dengan dia, 26 januari. Only God knows how much I miss you, syaza! :')


Aku tetap sayang Syafiq Herman sampai mati =)

Thursday, April 05, 2012

Are you talented enough?!

Assalamualaikum

Sila baca tajuk entri aku dengan ekspresi muka ganas ala ala pengacara The Amazing Race. Ahakz. Hmm aku tktau pasaipa dengan aku sejak kebelakangan ni. Sepatutnya, aku kena update petang tadi sebab sebelah malam aku nak siapkan nota CES yang terlampau banyak & karangan. Tapi, entah kenapa aku ralit layan youtube sampai berjam jam tadi. Tengok kehebatan video clip Part Of Me. Lepastu dok mencairkan diri sorang sorang bila tengok One Direction. Lepastu dok berangan kononnya akulah Adele masa buat concert nyanyi lagu Set Fire to the Rain & Someone Like You kat Robert Albert Hall. Haha kekadang memang rasa menyampah dengan diri sendiri -___- Okay so konklusinya, petang tadi aku mengadap laptop selama berjam jam sebab layan youtube & cari english poem yang sesuai. Malangnya tetap tk jumpak. Oh ya, minggu ni ada kelas tambahan macam biasa. Kalau tk silap aku lah, ahad ada bahasa inggeris. Isnin ada pendidikan agama islam. Selasa pulak perjumpaan puteri islam. Rabu, modern mathematics. Yaa khamis merupakan hari paling membahagiakan sekali sebab boleh balik awai & tkdak kelas tambahan. Satu lagi berita gembira yang buat aku bahagia. Once again, latihan rumah sukan minggu ni dibatalkan sebab hujan. Betapa bersyukurnya aku, hanya Tuhan yang mengetahui. Ahakz =)

Masya Allah bertuahnya Fatin Liyana sebab dapat pi Korea. Bertuahnya Maria Elena sebab dapat pi Makkah & Turki.

K berbalik kepada topik asal. Ahad ada kelas tambahan english kan. Aby dok merungut sebab dia terlampau malas. So dia kata, "Aku tktau apa motif buat kelas english. Patut ka?" Ahaha aku tau hang terer english la aby. Tapi ramai lagi yang lemah english so of course la benda ni perlu minah oi -___- Oh ya, ahad haritu ada pelancaran bulan bahasa apa kejadah tktau kat sekolah. Ada dua orang kakak senior buat persembahan. Sorang sampaikan public speaking, sorang lagi baca gurindam. Suara kakak yang baca gurindam tu merdu je haih. K k abaikan. Masa kelas tambahan tu, aku teruskan hobi aku seperti biasa. Eh tapi kan, kelas tu di handle oleh cikgu english kelas aku. So memang tobat lah dia kenai aku kan. Lepastu dok buat muka innocent suruh aku jawab soalan. Aku tk boleh la nak cakap guna mikrofon ni, satgi ada jugak hero astech yang tk boleh lena sebab dengaq suara aku ahakz. Dan hari ahad sukacitanya aku nak maklumkan, aku hantaq keja ED kat cikgu iaitu tajuk polygons & enlargement. Mulanya aku kurang paham pasai enlargement ni, tapi lepas mattop ajaq aku haritu, aku dah boleh paham sikit sikit. Tapi masuk tajuk baru iaitu rajah sama luas, k hat ni aku memang blank teruih. Serius tk reti gila. Mohon cikgu ajaq balik tajuk tu. Kalau dak, memang aku sengaja lah menempah makah fail untuk ED masa exam mid year nanti. Aiee cerink bulu roma aih


So that sunday ended with nothing interesting.

Isnin, kelas tambahan agama. Macam biasa, buat kat dewan jugak. Aku ingat lagi, hari isnin haritu angin memang piaw ah punya syok. Kalau dak, selalunya tengah hari rembang macam tu aku akan bebai kepanasan dengan baju koperat tu. Tapi hari isnin sangat sejuk ala ala Genting Highland gitu. Nak kata hujan pon dak, cuma angin. Oh yes talking about monday. Pagi tu sebelum assembly macam biasa aku masuk kelas, masa tu aby tk mai lagi kot. Entah tk ingat. Tapi yang pastinya aby tkdak dalam kelas. Kelas masa tu dimonopoli oleh pelajar hostel. Aku pon berjalan la lenggang kangkung nak letak beg kat tempat aku yang berada nun hujung di sebelah kiri kelas. Tetiba..aku tekejut macam nak mati sampai terkeluar jeritan ala ala soprano yang tk boleh dikawal lagi sebab nampak ular tepi meja aku. Terus aku serbu kat hanim. Lepastu aku tk ingat dah sapa yang settle bab ular tu haih. Ular tu tk besar tapi panjang. Eee subhanallah gelinya aku -___- Aku tk dapat bayangkan kalau ular tu ada dalam meja aku haih. Then another weird thing happened during kelas tambahan pai. Ada burung hantu berlegar legar dalam dewan! Comel gila k, warna putih. Burung tu tk dapat cari jalan keluaq. Hmm kesian dia. Aku jawab soalan agama tanpa tension sebab dok begelak sakan dengan liyana, ku, aby & reen. Me love uollz!

Selasa pulak, ada perjumpaan puteri islam. Oh ye, tk silap aku kalau hari selasa, 2 waktu terakhir rasanya waktu modern maths kot. Memang rasa tekanan gila belajaq maths setiap kali hari selasa sebab mengantuk yang teramat sangat. Tanyalah setiap sorang classmates aku, depa SEMUA mengantuk. Sebab tu cikgu akan bagi rehat 5 minit, so kami bebas nak pi mana mana pon untuk hilangkan mengantuk asalkan tk lebih 5 minit. Selalunya aku & aby akan pi toilet lepastu jalan jalan. Tapi entah macam mana haritu aby boleh balik kelas awai, so aku lepak sat kat water cooler dengan izzati & nana. Entah apa benda yang merasuk aku, aku telampau mengantuk sampai desperate pi buat lompat bintang kat situ. Dengan baju kurung. Padahal kat makmal fizik depan tu ada orang k -___- Serta merta hilang teruih mengantuk aku. Serbu masuk kelas tk kata apa dah haha. Mintak mintak la depa tk nampak muka aku. Hmm k abaikan. Perjumpaan puteri islam pon tersangatlah membosankan sebab buat aktiviti menjahit. Muka aku ni nampak macam interested in sewing ka?! Aku cukup menyampah dengan jahit menjahit ni. Kalau buat aktiviti masak, insyaAllah boleh gagah lagi. Aku dok tengok ja aby jahit untuk buat key chain haritu. Ada seniors yang dah cekap, buat bentuk bear lah, love lah, star lah apa bagai. Jeles pulak aku tengok depa kemain terer menjahit. Ah tapi tk ralat pon sebab aku tk minat. Ahakz

I'd rather play with these tools instead of forcing my eyes to stare at the tiny little needles. Gosh!

Wednesday, pagi tu masa CES agak best. Tk mengantuk macam selalu. 1 kelas kalut siapkan folio report untuk slump test iaitu bancuhan konkrit. So cikgu bagi 2 masa sepenuhnya untuk settle kan apa yang tk settle. Kerja aku cuma tk settle tang introduction & conclusion ja. Sikit yang amat. So masa selebihnya aku gunakan untuk renovate kan folio aku supaya jadi comel sikit. Hasilnya memuaskan! Lepastu aku curi masa, perabeh add maths. Selesai maths, aku join classmates aku dok tengok khairi capang online guna laptop cikgu. Haha kalaulah cikgu tu bukan cikgu praktikal, aku rasa dah sah sah cikgu tkkan bagi khairi sesuka hati online masa yang sepatutnya belajaq tu. Khairi macam bangang guna facebook dalam bahasa melayu -___- Dahla nama pon wempitz, Boodak Capang haha. Oh ye awal tu ada buat ujian segak. Kami kena buat sit up & pumping, macam biasa. Sit up aku tk banyak pon, 11 ja. Pumping pon tk berapa nak banyak, 19 ja. Tk tahan gila, mungkin pipi aku yang terlampau berat hahah. Petang tu ada kelas tambahan maths kat kelas masing masing. Ah so boring! Nasib la cikgu tu amat baik hati & memahami, dia bagi balik awai setengah jam. So aku lepak kat luaq dengan aby & sarah sampaila kakak aku mai amek. Hmm bosan

Yeap khamis. Tibalah hari yang sangat nikmat & seharusnya semua students patut bersyukur. Tkdak kelas tambahan! Aku sure 95% pelajar hostel akan tidoq petang memandangkan depa tkdak prep hari khamis. Begitu jugak dengan outsider, kecuali aku haha. Tadi masa tengah syok dok buat latihan maths (tangan di dada mata ke atas), ada kakak senior panggil nama aku. Katanya cikgu english nak jumpak. And I was curious. Did I do something wrong to her? Rasanya macam dak. So aku dengan lenggang kangkung dan cuba menutup rasa cuak, jalanlah sorang sorang pi bilik nilam. Luckily she was there. Kalau dak jenuh aku nak cari. Teacher suruh aku recite poem hari ahad ni masa perhimpunan rasmi sempena pelancaran nilam. And I was like..OMG I've been waiting for this! Pucuk dicita ulam mendatang. Tapi bila pikiaq balik, I'm not good enough in reciting poems but whatever it is, I'll try my best. Teacher suruh aku cari sendiri poems that related to reading. Aku blank. Dok search petang tadi tapi tk jumpak. Hmm. Akan ku usahakan lagi. Lepastu aku dengaq cerita dari ainun yang aku antara berpuluh pelajar yang terpilih untuk PISA (Programme for International Students Assessment). Aku tk sangka langsung yang aku terpilih. And I'm not sure they choose students based on what aspect. Mungkin pilih secara rawak lah kot. Yang aku kenai terpilih sekali ialah humaira, ainun, azah, zahid, farihin, nazrin, aeman zikrie & anon. Ujian tu will be on April 15th, tapi tk sure kat mana. Hmm serabut kepala otak aku. Tapi sekarang aku tengah risau. How I'm going to recite an english poem in front of hundreds of people?! Am I talented enough? Ya Allah tolonglah aku, aku tkmau dengaq suara aku ketaq macam nak tekencing kat atas pentas nanti. Hmm



I'll not let my teacher down and I'm not going to humiliate myself. InsyaAllah, aku boleh!

Thursday, March 29, 2012

Busy like crazy

Assalamualaikum

Aku update blog dikala manusia lain tengah enak dibuai mimpi. Nampak betapa gigihnya aku curi masa tidoq aku semata mata nak update blog? Haha. Sepanjang minggu ni, aku penat macam nak mati. Kekadang rasa macam astech ni kejam sebab buat aku ceni haha tapi tkpa, aku suka. Dari nak buang masa kat rumah, tweet ja memanjang, lebih baik aku dok kat sekolah kan. Ada jugak benda berfaedah yang aku boleh buat. Aku sure sekarang ni budak hostel sekolah aku tengah syok gila sebab dapat balik kampung haha. Tapi ada sorang classmate aku tu dia tk balik, sebab kampung dia jauh sangat. Kat Shah Alam. Kalau aku jadi dia, memang confirm aku stress ah. Sebab 95% budak hostel balik. 5% ja yang stay kat hostel, bayangkanlah betapa bosannya hidup. Hari cuti pon kena mengadap sekolah -___- Besyukur gila aku jadi outsider ahakz. Oh by the way mama dah bagi green light untuk aku keluaq ke library besok. Nak siapkan homework ED yang dah tertangguh beberapa soalan. Alangkah bahagianya kalau sesapa yang terer ED boleh ajaq aku besok. Setakat bersumberkan buku teks, apa sangatlah yang boleh aku buat. Hmm

Hari ahad, ada kelas tambahan kimia. Balik sekolah pukoi 2.40pm, kelas tambahan start 3.30pm. So aku stay kat sekolah ja, tk balik rumah pon. Lepak kat kantin, makan apa yang ada sementara nak tunggu kelas tambahan start. Kimia haritu buat kat dewan, ah lega. Sebab aku tau kalau buat kat makmal ataupon kelas, memang tobat aku mengantuk. Time petang macam tu memang orang selalu tidoq, terutamanya aku hahah. Kimia haritu semua cikgu kimia turun padang, tapi yang mengajaq tu aku tk kenai. Sir berbangsa cina, apa entah nama sir tu aku lupa. Seghiously memang best sir tu ajaq, paham habeh aku. Menusuk dalam kepala otak ni. Dia ajaq cara nak buat chemical formula. Dan aku pon saja buat rajin, dok kerap tanya gitu gini haha. Bukan senang nak tengok aku rajin ni, kalau dak asyik menyembang ja aku. Kelas tambahan habeh pukoi 5pm, tk terasa pon masa berlalu sebab aku syok buat formula tu. Dah reti, memang syok. Cuba kalau tk reti, sumpah rasa nak koyak ja apa benda depan mata haha. Sampai rumah tu, aku macam sayoq yang lima hari tk kena siram. Lembik! Penat gila, dengan kerja sekolah lagi. Patut pon berat badan aku menurun haha bermanfaat jugak kelas tambahan ni. Faedahnya bagaikan 2 in 1


Isnin paling sempoi & piaw sekali. Balik sekolah macam biasa pukoi 2.40pm, ada kelas tambahan dari 3.30pm sampai 5pm, lepastu latihan rumah sukan pulak 5.15pm sampai 6.30pm. Dahla kelas tambahan add maths! Memang letih dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kelas aku gabung dengan kelas 4KE2 dan menumpang kelas 5KA1. Cikgu bagi 10 soalan simultaneous equations, aku mampu jugaklah menarik nafas lega. Sebab simultaneous equations tu lagi berganda senang nak dibandingkan dengan functions -___- Aieee pening gila aku. Kerja sekolah add maths aku pon diajar oleh fikri, khairi capang, fariz & afiq mifdhal. Kalau dak, memang tk siap dah. Tambah pulak ada haritu aku tk pi sekolah sehari, betambah pening la aku dengan bab function tu haih. K berbalik kepada kes kelas tambahan. Aku memang pandai bajet masa, selesai ja 10 soalan tu dah nak dekat pukoi 5pm. Aku dah tk boleh duduk dah dalam kelas, rasa nak temuntah lagumana tktau haha. So aku & aby get ready la nak pi padang. Lepak kat surau dulu dengan humaira, liyana & reen. Salah sorang cikgu rumah giga dah turun padang, begitu jugak dengan pelam merangkap bendahari giga. Dan tetiba...HUJAN! Aku, humaira, liyana, reen & aby lari macam orang gila pi sudut ilmu haha. Syok gila sebab hujan. Tk kira ayu apa dah masa tu, aku lari ja. So memandangkan latihan rumah sukan batal, aku balik lebih awal 45 minit. Besaq rahmat dah tu.

Selasa, tkdak kelas tambahan tapi ada perjumpaan kokurikulum. Aku agak bersemangat sebab english language society ni lama gila tk buat pejumpaan. Dan aku suka hari selasa sebab dapat pakai baju kurung. Ya la dalam seminggu, hari selasa semata mata aku dapat merasa pakai baju kurung. Hari lain semua seluaq ja. Terasa kurang keayuan diri ini haha. Tapi malangnya, pejumpaan english tetap tkdak sebab ada ceramah ke menara gading apa tktau. Semua students kecuali form 6 kena bekumpul kat dewan seri budiman. Apa entah nama doktor tu aku tk ingat, dia kerja kat Universiti Utara Malaysia kalau tk silap aku. Awainya dia ceramah tu aku macam ala ala nak lena tapi lama2 best la jugak. Nada dia macam orang bagi khutbah jumaat pon ada hahah. Yang baguihnya, aku dok agak ke depan. Nasib baik masa tu hujan renyai so tkdak la panas sangat. Dahla tudung puteri islam aku gila punya labuh -___- Standard ceramah, mesti ada kait dengan parents. Slide show dia yang last sekali tu, ada la video pasai parents. Dan ada la dua tiga orang students perempuan yang mengalirkan air mata termasuk yat & azah. Aku? Selalunya memang aku akan nangis tapi dah memandangkan liyana dok buat muka blur depan aku, so tk jadi nak teriak haha. Mungkin ada jugak la lelaki yang menangis tapi tktaulah. Tk usha pon. Dalam 5 suku baru dia bagi balik, dan aku nampak makhluk Tuhan pakai selipar jepun warna merah kat bustop. Ahakz. Balik rumah tu aku pulun buat karangan BM sampai pukoi 12 lebih. Ya berbaloi, sebab cikgu puji aku. Heheh





Rabu, ada ujian segak kat sekolah. Macam biasa, amek berat, tinggi, buat jangkauan melunjur, naik turun bangku, tekan tubi, lagi apa bala tktau aku pon dah tk ingat. Aku cuma sempat amek tinggi, berat, buat jangkauan melunjur & naik turun bangku je. Tinggi aku sepatutnya dah melebihi ataupon maintain 157.5cm, tapi tetiba ukur haritu dapat 156cm je. Aku tk boleh terima kenyataan yang aku koi memendek. Benda alah tu yang bangang rasanya -___- Berat aku pulak, hanyalah 44kg. Rasa nak peluk cium semua orang ja masa tu sebab terlampau bahagia haha. Aku berjaya capai target aku iaitu berat badan 45kg dan ke bawah. Ini yang aku kata manfaat balik lewat sebab kelas tambahan. Badan jadi penat, tambah dengan aku diet pulak. Memamg sempoi. Nanti aku nak try puasa haha entah2 kwashiorkor teruih aku. Kelas tambahan hari rabu physics, dan balik pukoi 4.30pm. Sumpah boring gila kelas tambahan haritu, keja aku asyik usha tinggi ja. Malaih nak jawab soalan memandangkan aku tk reti. Tambah pulak dok sebelah yat yang kuat menyembang tu kan haha betambah tambah la malaih aku. Balik tu kakak aku mai amek & aku merempit dengan dia. The same day, aku dapat berita yang pak njang hakim dah kembali ke rahmatullah. Inalillah. Tk sangka sungguh aku. Balik sekolah teruih mandi & besiap lepastu terus pi rumah arwah. Tejumpak kerol kat sana. Balik tu singgah taman pelangi, jumpak mattop, pakkob, ujai, maal & ramadhan harun kalau tk silap. Oh ye..hari rabu tu jugak for the first time dapat dengaq suara aiman sebab dia called aku. Heheh o.O

Khamis ialah hari paling bahagia sebab tkdak kelas tambahan dan balik awai iaitu pukoi 2pm. Aku suka rabu & khamis sebab BM waktu terakhir. Cikgu selalu nak perabeh keja cepat cepat so dia dapat balik awai. Bila dia balik awai maka kami pon dapat keluaq kelas awai beberapa minit. Beberapa minit tu pon aku dah besyukur sangat dah. Masa kat bilik grafik tadi, kami nyanyi lagu "Happy Birthday" kat zahir walaupon sebenarnya dah belated. Lepastu cikgu disiplin masuk & amek gambaq kami. Macam biasa, kalau dah nampak camera tu, aku & aby paling sakan sekali haha. Pazil dok bajet rajin bila cikgu amek gambaq dia hahah. Masa agama paling tk mengantuk sekali sebab ustazah sempoi & rock. Tambah dengan perangai khairi capang yang macam mintak penampaq tu, lagila tk terasa langsung mengantuk. Balik tu, aku dapat tengok dengan jelas muka budak hostel yang teramat girang sebab dapat balik kampung. Fikri awai gila haha belum 2.30pm lagi dia dah heret beg nak keluaq dah. Apala akan jadi andainya aku pon salah sorang budak hostel -____- Aiee tk dapat nak bayangkan. Aku dah tebiasa dok rumah dengan adik adik aku hmm. Ni mula nak emosional ni haha. Bab basuh baju tu tkpa, tkdak masalah sebab aku dah biasa. Bab nak berenggang dengan family tu aku tk tahan. Ahakz

F is for forever, F is for family. Forever family