Assalamualaikum
Puas hati. Dua bulan lebih aku tk update blog, dan selama masa dua bulan tu adalah beberapa orang yang tanya, "Eh kenapa tk update dah sekarang ni?" Dan jawapan aku untuk depa semua sama - MALAS. Ya memang aku makin malas nak jenguk blog, hmm nak buat keja sekolah pun aku malas. Apatah lagi nak buat benda lain haha. Aku terlepas benda2 yang blogger selalu update ikut musim contohnya bulan puasa, raya aidilfitri, musim gangnam style dan macam macam lah. Tapi aku tk ralat sangat pun haha tk cerita pun tkpa kan. Sekarang jam laptop tepat menunjukkan pukoi 6am. Ajaib kan? Hari jumaat dan aku bangun seawal pukul 4am, sampai sekarang aku masih belum tidoq. Cerita dia semalam aku tetidoq pukoi 8pm. So bila dah tejaga, rasa mengantuk tu langsung tkdak. Jadi bersenang lenanglah aku di atas katil bersama laptop, dengan membuka 3 tab iaitu Twitter, Youtube dan Facebook. Tktaulah pukoi berapa pulak aku nak tidoq ni hehe. Oh yes. PMR akan datang dalam masa beberapa hari ja lagi, so aku ucapkan good luck untuk calon calon di SMJK Keat Hwa, SMK Sri Ampang, SMK Convent, SMK Sultanah Bahiyah, SMK Sultanah Asma, SMK Tun Sharifah Rodziah, Maktab Mahmud Alor Setar, SMS Sains Pokok Sena, SMK Dato Syed Omar dan Kolej Sultan Abdul Hamid. Same goes to calon calon SPM. Moga kejayaan di dalam genggaman, amin.
Okay sepanjang dua bulan ni macam macam dah jadi. Bulan puasa macam tahun2 sebelumnya bagi aku, tkdak apa yang berubah. Cuma awal bulan ramadhan abah berpuasa kat Makkah, alhamdulillah rezeki dia lebih. Lepastu raya pulak, haha tahun ni aku tk demam yeay! Raya pertama kat sini, kedua kat kampung, ketiga kat penang, hmm lepastu tk ingat dah. Dan raya ketujuh aku pi kenduri kat pusat aktiviti kat stadium tu, Kak Zakiah kawin hehe masih belum terlambat kot nak ucap Selamat Pengantin Baru =) Oh yes, kakak2 aku jugak dah selamat masuk tempat belajar masing2. Yang sulung kat Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian (I'm not sure whether it's Kerian or Krian) Kelantan dan yang second kat Kolej Islam Antarabangsa Gombak, Selangor. Jadi sekarang ni akulah yang paling sulung kat rumah. Dan aku mempunyai kuasa penuh untuk buli ketiga tiga adik aku muahaha. Tunggulah nanti lagi dua tahun insyaAllah aku pulak yang akan duduk jauh dari rumah. Tu pun kalau ada rezeki belajar jauh, contohnya oversea ke haha tetiba teringin nak pi Dubai!
Baru baru ni aku ponteng sekolah dua hari, sebab dari Jumaat sampai Selasa aku merantau ke Shah Alam, Johor Bharu dan Kelantan. Mulanya ke Shah Alam dengan nenda naik bas, pergh lama gila tk naik bus! Dok single seat pulak kan memang layan habis. Kebanyakan penumpang dalam bus tutup tirai tapi aku dak. Aku lebih suka tengok kat luaq walaupun kadang2 aku terlena jugak haha.Yang bestnya kiri kanan aku makanan. Poket kat seat depan pun makanan. So keja aku dalam bus ialah tidoq dan makan. Baca buku pun hanya masa bus tu berenti. Tidoq kat rumah nana dua malam kot kalau tk silap, lepastu hari Ahad terus memecut ke Johor Bharu sebab ada kenduri. Sampai sana lebih kurang tengah hari la, aku melantak sungguh2 nasik kat sana sebab hari tu aku tk breakfast langsung. Pukoi 3pm, naik kereta dan terus ke Kelantan pulak. Tk payah tanya la penat ka dak, berapa jam aku asyik teperuk dalam kereta ja memang letih la cerita dia. Sampai homestay kat Kelantan aku pun tk ingat pukoi berapa sebab sepanjang jalan aku asyik lena ja. Perut pun kenyang kan hehe.
Esok tu pi amek kakak kat USM lepastu jalan jalan cari makan. Singgah kat warung apa entah aku pun tktau, aku amek nasik ikan keli kuah masak lemak & sambal belacan. Memang terangkat! Walaupun sambal belacannya bagi aku tk cukup pedas hihi. Satu benda yang aku perasan pasai Kelantan ialah semangat bola depa cukup kuat. Aku pi mana2 pun ada ja terpampang The Red Warriors depa tu, sampai naik juling bijik mata aku merata ceruk ada gambaq Khairul Fahmi Che Mat and the gang haha. Awat Kedah tk macam tu pun? Harap kat stadium ja ada banner PULUN KEDAH PULUN. Lepas makan, singgah Mydin. Beli jam baru warna oren haha suka sangat! Tapi aku bertambah tambah suka kalau ada warna pink. Tkdan nak pilih yang lawa2 sebab kakak kalut sangat haih -.- Petang tu jugak lebih kurang pukoi 5pm, bertolak balik Alor Setar. Dalam perjalanan balik tu singgah Rantau Panjang. Tkdak apa pun sebab dah lewat sangat masa tu, banyak kedai tutup. Rugi gila aku baru ingat nak shopping haha. Lepastu singgah kat Bukit Bunga, Kelantan. Beli keychain ja sebab kalau singgah lama2 takut lambat sangat sampai rumah. Bila uncle stop kat puncak titiwangsa tu, macam biasa aku tkkan turun. Dulu masa pi Terengganu abah singgah situ pun aku tk turun kereta. Tk tahan sejuk dan aku lebih memilih untuk lena. 1.10am sampai rumah. Fuh..
So di sinilah aku, dalam bilik, tk pi mana2 dah, di kala jam menunjukkan pukoi 6.33am 28 September 2012 Jumaat. Today's date supposed to be a special date for me, tapi tkpalah, abaikan, malas nak cerita. Petang ni insyaAllah balik kampung macam biasa, dan rasanya harini Aby nak mai rumah sebab nak buat keja english hehe ni yang best ni! Tapi sayang tk boleh lepak lama2 macam haritu sebab aku kena balik kampung haih. Semalam ada whatsapp dalila ajak dia keluaq hari sabtu tapi dia ada keja. Aku macam mati akal sebab dah lama gila tk shopping, wallet semakin tebal dan rasa gatai ja tangan nak perabeh duit haha aceyy. 10hb tk silap aku, dah final exam. Rasa macam asdfghjkl#$%@&* baru habeh ujian penggal dua kot, nak enjoy sat pun tkdan tengok2 dah exam lagi! Dahla kalini memang betui2 standard SPM, jebons sungguh stress gila aku. Dengan banyak subjek aku masih terkontang kanting, fizik & chemist pulak kalini confirm ada 3 paper. Ditambah add maths, engineering drawing, kejuruteraan awam...lulz aku mati -.-
Aku tktaulah bila pulak aku nak update. Sebab aku tengok last entri aku bertarikh 13 Julai 2012. Hmm tengoklah kalau Tuhan memberikan kerajinan dan idea yang lebih untuk aku, insyaAllah aku update. Tunggu entri seterusnya haha ceyy bajet mampus. Should stop now before my grandma switch off the wifi internet. Oh yes sebelum tu, aku berharap sangat agar final exam ni aku dah tk demam macam midyear & second term haritu. Seksa gila. Assalamualaikum! =)
No comments:
Post a Comment