Saturday, December 31, 2011

Semalam bukan hari ini

Assalamualaikum

Oh yes akhirnya dapat jugak aku update blog setelah berhari hari dok berebut laptop dengan kakak aku. Al maklumlah kakak aku sekarang dah ada boyfriend baru kan, nak sms tapi sayang kredit so wall to wall lah jawabnya. Ha kalau tk pecaya tengok wall dia. Siap alternate name pi ubah jadi smackthat hahaha hat tu paling tk tahan sekali. Tk penah tepikiaq pon dalam kepala otak aku depa dua boleh menjadi. Hmm keajaiban~ Ok kat facebook sekarang ni, dikira normal jika news feed dipenuhi dengan status pasal new year atau lebih hebat lagi siap boh wall photos tentang 2012. Ada jugak yang menegur bahawasanya kita ni dah lama new year kalau ikut kalendar Islam. Hmm macam macam karenah laa ish. Tapi yang paling aku tk boleh terima sekali ialah kontroversi hangat yang aku TERBACA kat salah satu photo budak hot. Sapa? Aieee tk boleh habaq nama satgi aku kena serang. Cara dia menerima nasihat orang memang langsung tk matang dan boleh dikatakan sebagai kurang ajar, boleh juga dikatakan sebijik macam umat Nabi Muhammad SAW masa zaman Arab jahiliah dulu. Sebijik! Ok awai awai taun aku dah buat dosa~

Hmm 30 Disember aku buat apa ha sampai tk sempat nak update blog? Aku tk ingat tapi yang pastinya, 30hb dulu ialah hari jadi aby. Happy belated birthday zuriyaty! Oh yes 30hb haritu tk jadi keluaq disebabkan ada beberapa masalah yang tk boleh nak dielakkan. Nak keluaq sekali dengan aby sekarang ni pon dah teramat payah sebab ada pengarang jantung yang siap sedia mengawal aby 24hours. So payah la kan? Tkpa aku tkmau kata apa~ 31hb pulak, oh kemarin la kan haha. Maksud aku tadi T.T Awal pagi buta aku dah mandi. Ha mai nak cerita. Aku usaha kunci jam nak bangun awal sebab nak mandi awal sebab semua maklum aku mandi paling lama. So aku berkorbanlah dengan bangun awal kan sebab aku nak shampoo gitu gini semua. Tapi benda yang paling aku tk suka ialah once aku dah masok, ada saja yang ketuk pintu. Sebelum aku mandi tkdak sapa gatai nak mandi lepastu gaduh lambat la apa la! Benci aku. Ok habeh dah

Lepas habis mandi siap apa semua, mama bawak pi main bowling kat Pacific. Tapi, penuh sebab ada tournament. So kami serang pulak la kat city plaza. Ha senang hati dua orang ja yang dok main masa tu! Tapi aku tk main pon la sepanjang 3 round tadi tu, disebabkan aku tk minat dan tk reti haha. Cuma mama, kakak & adik aku ja yang main. Aku, baca novel & amik gambar tapi malas nak upload. Dan bowling tadi dimenangi oleh kakak aku. Ok I was impressed *tk ikhlas*. Lepas selesai main bowling, aku makan nasik goreng kat food court sumpah tk sedap, melayang ja RM3 aku haha makan tk habis pon. Lepastu pi survey novel tapi tk beli, sebab nak beli esok masa keluaq dengan syafiq dalila sarah & syaza, yeay =) Aku cuma beli baju sepasang ja. Tu pon tadi aku ingat tkmau bawak duit takut boros, tapi dah aboy bagi RM50 kat aku tadi haha aku terima dengan redho. Destinasi seterusnya ialah kedai handphone, mama nak beli kat kakak sebijik sebab handphone kakak dah rosak. Hmm dan kakak dapat touch screen dengan warna hitam + ungu + pink comel gila. Tk sabiaq aih nak jadikan Samsung Galaxy S II / Note sebagai milik aku sepenuhnya.

Ok gambaq ni aku search kat google saja nampak sangat pemalas kan? Semoga tahun 2012 ini, kita semua akan sentiasa dilimpahi rahmat-Nya. Alhamdulillah umur masih panjang =)

Ok aku cilok gambaq ni kat facebook haha. Kalau mai mood rajin aku akan buat gambaq sendiri tapi sekarang ni mood tk rajin. Alhamdulillah sekali lagi aku rasa aku dah buat keputusan yang tepat. =)

Paling best tahun 2011, mestilah sebab kejayaan aku dalam PMR & rezeki aku dapat masok SMT Alor Star kan kan. Aku masih lagi berharap kat SBP, insyAllah tapi kalau setakat teknik ja rezeki aku, dah cukup bertuah dah. Banyak lagi benda best sepanjang 2011 dengan family aku, kawan kawan aku dan semua orang lah! p/s Harap harap tk ramai la anak anak Melayu yang buat maksiat tengah tengah malam new year ni..haii astaghfirullah.

Ok bye!

Thursday, December 29, 2011

Hope

Assalamualaikum

I just watched Maria Elena's video just now. Damn it's true! Memang ada orang yang penah buat statment lebih kurang macam ni, "You follow me, I follow you". And I admit it, I've used that statement before. Tapi sekarang tidak lagi, aku dah tk kisah sapa nak follow sapa nak add sapa nak baca. As long as I have my own freedom hahah tkdak kena mengena. Dan aku ada baca entri gatai TOK, haha mula mula I felt like.. "am I reading a porn story?" Or maybe "Is Khairul insane?" Or "Omaigod he's desperate." Tapi rupanya tk pon. Quite interesting la entri dia kali ni haha betui la dia cakap, "This is a blog that makes you hate me and love me at the same time". How I wish I could have brilliant ideas like him and Maria Elena. Hmm ok tkpa redha. Some of my friends, they've updated their status on facebook, mainly about astech. Ada yang dapat, dan ada yang tk dapat macam aku. But I'm still confused. Kat website kata tk dapat, tapi kerani astech cakap keputusan permohonan masih tk keluaq. So how? -_-

Esok birthday aby. Dia ajak aku pi city plaza untuk celebrate. And of course she'll bring along her pengarang jantung. Frankly speaking, I will not feel like I'm enjoying myself because he'll be there. Tapi tkpalah apa hak aku kan? Sarah's not going, balik kampung. Same goes to Dalila & Khadijah. Syaza, I don't know how the hell I'm going to call her. Syafiq is the only person that is single and available haha so he'll accompany me tomorrow, insyaAllah kalau mama bagi hehe sebab aku tk tanya mama lagi lol. Sorry lah kalau aby & her pengarang jantung feel uneasy with Syafiq, because he will be with me no matter what happened. Kalau aby bawak boyfriend, aku boleh bawak best friend hihi. Ismah pon akan ikut esok tapi aku mana rapat sangat pon dengan Ismah tu..hmm moga moga aku tk mati kebosanan la kat cp esok. Moga moga ada la aku tejumpak sapa sapa yang sempoi dan boleh diajak lepak sekali. Dan moga moga ada la benda yang boleh aku borong esok untuk menghilangkan kebosanan. Akhir sekali, moga moga aku boleh buat Syapik renyih sampai balik rumah haha.

ADVERTISEMENT

Kopitiam will be moving to a new place, bangunan bersebelahan Ukir Mall on 1st of January. On 31st of December (Saturday) Kopitiam will be closed sebab nak pindah barang barang bagai. (Sapa yang rajin shopping dekat Zinni, mesti tau kat mana tempat Kopitiam baru.)

Agak agak apa la nasib aku kalau aku dapat SBP? Walaupon basuh baju basuh kasut basuh stoking, iron baju lipat baju kemas tempat tidoq tu semua normal bagi aku, aku still takut tk dapat nak biasakan diri sebab selama aku hidup lima belas tahun ni, aku tk penah lagi berenggang dengan family. Dengan masalah aku sebagai seorang penakut lagii..ada ka yang nak teman aku nanti pi toilet pagi buta? Ada ka yang nak teman aku study sampai tengah malam? Macam mana kalau aku nampak hantu walaupon aku langsung tkmau tengok depa? Hmm masalah masalah. Dan yang paling penting sekali macam mana kalau ada sesetengah hari yang menu nya kerang, sotong, udang dan sayur? Tolong la aku tk makan benda benda tu! Hmm macam mana kalau aku kena sepak terajang sebab mandi lama sangat? Macam mana kalau budak budak sana seminggu pulaukan aku semata mata sebab aku nyanyi dalam toilet tapi suara aku tk sedap?

Apa jua masalah, SBP tetap menjadi harapan besar aku. InsyaAllah


Hmm astech pulak. Harapan aku nak masok sekolah ni sedikit sebanyak hancur jugak la sebab aku check semalam through their website, aku tk dapat. Tapi sebenarnya keputusan permohonan tk keluaq lagi. Aku pon pening. Tapi kalau aku dapat, alhamdulillah. Aku masih lagi berharap sebenarnya. Ramai orang kata kalau nak pi astech, kena kuat fizikal & mental. Balik lambat, banyak aktivit dsb. Aku rasa macam aku lebih rela harungi semua tu instead of stay dalam Keat Hwa for two years. Two years is such a long journey ok.. Honestly duduk sekolah cina ni memang susah nak libatkan diri dalam koku ataupon akademik, senang cerita susah nak dapat sijil. Seriously memang tk ramai students melayu dapat kumpul at least 1 file full of sijil. I believe astech is much better that Keat Hwa, although some of my friends didn't think so.

p/s Semangat gila aku kan. Kalau betui2 tk dapat, buat malu ja doh -_- Tkpa niat aku baik apa, nak fight for SPM together with Malay students kan? Jiwa tk tenteram dok Keat Hwa, aku pon tktau pasaipa. Hmm harap harap dapat one of these two schools. InsyaAllah..

Kalau both tk dapat, maka aku akan pertimbangkan sekolah sekolah ni -
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Al-Bukhary
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Convent

Aku serahkan semuanya pada Allah SWT.

Tuesday, December 27, 2011

Aku bersyukur aku lebih cantik haha

Assalamualaikum

Yeay setelah beberapa hari aku ponteng keja akibat kemalasan, harini aku berjaya merajinkan diri untuk pi Kopitiam. Lepastu pakcik sebelah tegoq, "Pelajar cemerlang kembali bertugas." Aiee sumpah aku malu gila aih xD Aku tk boleh la orang dok puji ni haha malu sangat. Dan soalan normal, ramai orang tanya nak hadiah apa, tukar sekolah mana dan sebagainya. Jawapan aku pon normal, saumsung galaxy S II ataupon samsung galaxy note dan aku akan tukar sekolah either Astech or SBP, insyaAllah. Hmm harini ada gosip tergempak kat bahagian nasik goreng. Cik yah rempit kena marah dengan kak umi sampai nangis nangis. Lepas selesai tersedu sedan, yah rempit pon terus merempits balik rumah. Woowoo walaupon yah rempits ganas, dalam hati tetap ada taman. Kes apa yah rempit kena marah, aku pon tktau. Haiii masing masing tk dapat nak mengawal hormon nii

Harini aku tergerak hati nak share 1 benda yang menarik. Bukan niat untuk mengutuk ciptaan Allah atau apa, cuma saja syok nak kongsi. Top 10 ugliest female celebrities. Number 10 goes to...

10. Camilla Parker-Bowles

 Dia ni bini kedua kepada Prince of Wales, iaitu Charles. Eh apasai macam familiar ja Prince of Wales ni hahah. Yang paling tk tahan ialah she is often compared to a horse. Hahahaha kuajaq

9. Rosie O'Donnell

Woo hebat o beliau. Walaupon tk memiliki paras rupa yang menawan, she is absolutely a successful woman. Dia dah 11 kali menang Emmy Award untuk American comedienne, talk show host, television personality, celebrity blogger, film, television and stage actress. Cayalah!

8. Janet Reno

 Beliau tk berapa nak famous sangat. Tapi seorang wanita bekerjaya. She was the first female Attorney General of the United States (1993-2001). Jelaslah di sini bahawa rupa doesn't matter. Yang penting otak cerdik pandai & boleh berjaya =)

7. Kathy Burke

 Aku tk berapa kenal dia even though she's an English actress. Oh ada beza ka Hollywood actress dengan English actress? Bukan ka masing masing English? Hmm abaikan. Beliau jugak seorang theatre director. Okay bagus

6. Rhea Perlman

Dahsyat tk dahsyat minah ni, 4 kali menang Emmy Award as an actress. Also best known for her role as Carla Tortelli on the sitcom Cheers. Pecayalah aku tk penah sedar kewujudan sitkom Cheers tu dan paling penting aku tk penah tengok pon muka 'pelakon' ni.

5. Whoopi Goldberg

Okay she's quite famous, sebab aku pernah tengok muka beliau kat tv. Kalau tk penah tengok, maknanya memang tk famous hahah. She's an American actress, comedian, radio DJ and author. She is one of only ten individuals who have won an Emmy, a Grammy, an Oscar, and a Tony Award. Hmm stai xD

4. Cher

 Hmm she's an Armenian-American actress, singer, songwriter, author and entertainer. I think she's wearing kebaya pendek la..kan? Tapi muka macam dok bajet comel ala ala anak patung padahal tak. Dok perasan muda ala ala Angelina Jolie padahal langsung tak.

3. Helen Clark

Aku mengaku first time aku tengok muka dia memang rasa nak sumpah seranah sebab terkejut. I thought muka dracula entah apa apa haha! Woo tapi jangan buat main. She became the Prime Minister of New Zealand in December 1999, and Forbes magazine ranked her as the 38th most powerful woman in the world (2007) Oh sesunggunya gigi melambangkan segala galanya, bukan begitu? ;-)

2. Sandra Bernhard

Kalau aku kata dia sebenarnya pembunuh bersiri, mesti ada orang percaya. Dan kalau dia mengamuk tobat anak anak dia lari masok selimut aieee gerun. Beliau ialah seorang American comedian, actress, author and singer. Oh tk lupa jugak beliau famous sebab pernah berkawan rapat dengan Madonna. Fuu nasib baik Madonna cantik jelita

Dan juara carta hati pada minggu ini ialah..(sila prepare bantal untuk tutup muka)

1. Jocelyn Wildenstein

 Ok yang ni memang patut kalau ada sukarelawan yang sudi nak tampar tampar pipi dia sebab dia dah mengubah ciptaan Allah sampai jadi macam ni. She's addicted to cosmetic surgery and spent about $3,933,800. Wartawan sebelah sana bagi nickname kat dia iaitu "The Bride of Wildenstein", as referred to The Bride of Frankenstein. She's also known as "The Lion Queen" or "The Cat Woman". Sapa sapa peminat tegar majalah Remaja mesti penah tengok muka perempuan ni kan? Keluaran tahun bila tktau. Aiee ngeri doh tengok mulut dia -.-

I got this list from HERE :-)

Ok bye! =)

Monday, December 26, 2011

We are awesome and young

Assalamualaikum

Memandangkan aku tkdak idea, aku nak buat entri yang tersangat pendek harini. Semata mata tkmau menghampakan pembaca-pembaca blog aku yang sentiasa ternanti nantikan kehadiran entri baru di sini ehehe nyampah sangat.

  • Harini pi city plaza dengan kakak 2nd aku, mama & the 3 little musketeers. Huiyo tabik noh kat aku, jarang orang pi city plaza dengan family members ni
  • Jumpak matdin for the first time. Beliau dok jalan jalan cari pasai, dengan pakkob si budak tadika. Eheheh dan cara matdin tegoq aku tu rasa macam nak cabut cabut rambut pacak dia tu haha
  • Adik aku tengok sorang pakcik mental tengah baca buku smurfs. Adik aku kata, "Ijan cuba tengok pakcik tu dia suka baca buku kanak kanak" Lol adik aku memang berbaik sangka sungguh
  • Perkara wajib yang akan aku buat bila break up, beli satu benda yang boleh buat aku senyum sampai dahi. Kali ni aku beli kasut. Dan memang aku senyum sampai ke hujung dahi haha suka sangat
  • Mulanya nak beli novel sama tapi..hmm maybe lain kali. Lagipon aku pi tadi tkdak sangat novel yang menarik perhatian. Oh btw Ramlee Awang Murshid ada novel baru! Yeaaaay
  • Aku tengok tadi ada aksi aksi yang tk sepatutnya dilakukan oleh sepasang kekasih berbangsa Melayu dan beragama Islam. Haiii malu aku tengok depa
  • Tadi ada sorang pakcik ni tanya aku, "Kat mana Popular dik?" Ohmaigod aku tk sangka masih ada orang yang tktau Popular kat mana dalam cp ni.
Ok la aku nak tidoq dengan kasut aku malam ni. Hmm syoknya dapat kasut baru. Nanti nak beli baju baru tudung baru novel baru puloks. Oh ya..3rd March tahun depan insyaAllah hari bersejarah untuk aku. Ada apa? Rahsia. Hihi bye =)

Saturday, December 24, 2011

I've got one thing, then I've lost another thing

Assalamualaikum

Kadang kala apa benda yang kita suka ialah benda terburuk untuk kita. Dan apa benda yang kita benci ialah benda terindah untuk kita. Sesungguhnya Allah SWT mengetahui apa yang tersirat dan apa yang tersurat. Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. Sebab tu aku percaya benda yang aku buat ni banyak menghampakan perasaan orang terutamanya beliau dan diri aku sendiri, tentu ada kebaikannya. Ramai yang tanya aku pasaipa aku buat macam ni, aku pon tktau pasaipa. Tk semua soalan ada jawapan. Apa yang boleh aku jawab ialah, aku tergerak hati nak break up. Dan aku tktau apa yang mendorong aku sampai aku sebegitu nekad, walaupon aku terlampau sedih. Ada benda yang buat aku kuat dan redha. Ada benda yang buat aku supaya tk menyerah dan berpatah balik kat beliau. Something that I can't explain.

Hmm kalau nak suruh aku cari kelemahan beliau sebagai salah satu sebab aku break up, memang tkdak. Beliau terlampau baik dengan aku, beliau gembirakan aku setiap hari. Tkdak satu apa pon yang buat aku menyesal kenal dengan dia. Sebab tu aku rasa berat hati sangat but I have to let him go. Tkdak sapa yang menghasut aku supaya break, dan tkdak orang ketiga dalam perkara ni. Aku tahu beliau tk pernah curang dengan aku, dan aku pon tk pernah terlintas dalam kepala otak nak curang dengan beliau. Hmm Sarah ada tanya aku, ada rasa nak sambung balik dak, dan aku jawab ya. Memang ada, tapi aku tahu aku tkkan. I've hurt him, and that is the most painful thing that I've ever done in my entire life. Aku terima kalau dia nak benci aku ka or whatever he wants. Hmm adat orang break up, untuk masa terdekat ni memang aku tk boleh terima sapa sapa lagi because he is the one in my heart right now.

Sekarang ni alhamdulillah aku dengan beliau baik ja, tkdak gaduh gaduh. Dan aku harap kami akan kekal sebagai kawan baik, not more than that. Kawan kawan banyak yang prihatin, thanks sangat, antaranya Sarah, Dalila, Aby, Zul Hilmi, Syafiq dan maybe ada lagi. Berdasarkan reaksi member member kat facebook, ramai yang terkejut & macam tk boleh terima haha. Kalau depa pon sedih, terkejut & tk boleh terima bagai, bayangkanla apa yang aku & beliau rasa. Keputusan yang aku buat ni langsung tk menggembirakan aku tapi aku yakin ini yang terbaik untuk aku & beliau even though kami tkdak masalah apa pon. Yang dah lepas tu biarlah lepas, aku harap lepas ni semua akan ok, dan aku harap beliau akan jumpa orang lain yang lebih baik dari aku. Aku tahu aku tk ikhlas berharap macam tu, sebab kalau dia ada orang lain, maka tu akan jadi benda lebih susah untuk aku terima but I'll try to keep myself strong. Aku kan ada kawan kawan super power aku? :')

It wasn't a cinta monyet, it was a cinta muka buku. Because I knew him there. I'm really glad that he was once mine. I had a chance to love him, to make him happy, to complete his life. Alhamdulillah. I've got one precious thing, iaitu keputusan PMR yang cemerlang, and I've lost another precious thing too, iaitu beliau.

Benda yang aku nak fokus sekarang ni ialah form 4. Aku tk berani nak bersenang lenang memandangkan 2013 nanti aku SPM. Form 4 is absolutely not a honeymoon year. Aku nak cuba tererkan diri sendiri dalam subject yang susah contohnya add math, chemist & bio. InsyaAllah, Allah akan sentiasa membantu hamba-hambaNya yang berusaha. Semoga beliau dapat maafkan aku dan aku berharap sangat semoga beliau tk bencikan aku. Mungkin ada yang kata aku pentingkan diri sebab ikut kehendak hati aku saja tanpa pikiaq hati beliau, it's okay. Mulut orang tk boleh tutup. They don't know the real situation, and I don't even care apa pon yang orang nak cakap because this is my life, not theirs.

Ya Allah, have mercy on my decision. Amin.

Friday, December 23, 2011

Secret

Assalamualaikum

Keriuhan di facebook & twitter berkenaan keputusan PMR sudah agak reda berbanding kelmarin, tapi masih ada la yang begosip pasai tu. Hmm harini dah 23hb, memang tk lama ja lagi sekolah dah nak bukak dan aku makin bingung sebab tktau apa nak buat pasai sekolah ni. Astech nak pi, sbp pon nak pi tapi macam mana? Sumpah aku tk reti. Kena tunggu surat or daftar terus or check kat internet or..? Tk ketahuan aku. Tapi aku macam berbelah bahagi nak masok asrama, sebab aku ni penakut hahah. Asrama ni tk payah cakap la bab bab hantu memang ada, nasib ja nak jumpak ka dak. At least kalau dok rumah rasa la selamat sikit. Btw aku ni jenis tk pernah nak jauh jauh dengan family so takut nanti tk biasa mampoih tiap tiap malam dok reyau sorang sorang isk syahdu. Tapi kalau pikiaq pikiaq balek aku teringin teramat sangat nak masok SBP. Astech pon teringin. Hmm delima~

Tadi balik makan makan kat kampung. Sorang ja tk cukup iaitu apan. Yang lain semua ada termasuk abang jie yuhuu dapat hadiah berupa wang tunai~ Terpaksa rahsiakan jumlah demi keamanan rakyat sejagat hahah. Salah satu lauk yang paling banyak ialah burung. Dan aku tk makan burung sebab aku terbayang rupa burung semasa mereka masih sihat walafiat, kesian sangat sebab depa kan comel gebu. Tu yang tk sampai hati nak makan -.- Tapi dapat jugak melampiaskan nafsu serakah dengan meratah ayam gorent dua ketui hahaha. So bila aku dah awai awai makan kentang goreng & ayam goreng, nasik aku makan sikit ja tk sampai setengah pinggan. Hmm kalau aku makin berisi, maka itulah salah satu perkara yang amat mengerikan. Entah macam mana rupa aku agaknya

Rancangan asal nak celebrate 25hb ni dah terpaksa cancel sebab Dalila tkdak, balik kampung kat area ulu di India. Urgent katanya, adalah kot sepupu sepapat atau mak/bapak saudara yang terlampau rindu kat dia sampai nangis meraung & golek golek kat rumput. Bila dia bagitau macam tu, aku mulanya nak marah sebab plan asal tk jadi, tapi tkpalah kesian dia biaq lah dia balik India. Dapatlah aku pesan sari barang sehelai dua kan? 30hb ni tktau lagi jadi ka dak sebab Sarah pulak tkdak, jumpa boifren yang berada nun jauh di Sri Lanka. Hmm aku tabik la sebab depa boleh tahan dengan long distance relationship ni bukan senang tau? Dengan rindu rindu lagi, dengan jeles jeles bagai, jangan tktau awek kat Sri Lanka pon boleh tahan menggoda. Haiii rezeki noh Sarah

Syafiq puloks aku tk berani nak tanya lagi boleh keluaq ka dak. Sebab sekarang ni dia tengah busy kat Bangladesh uruskan hal hal family dia. Ish untungnya kawan kawan aku! Kampung jauh ni memang best! Tengok kampung aku, tkdan rasa air cond kereta dah sampai dah. Apala agaknya yang Syafiq tengah buat sekarang ni I wonder..adakah tengah join anak anak muda Bangla di sana mengayuh fixie? Haii best tu! Macam yang aku selalu tengok kat Sime Tyres, petang petang ja mesti ada konvoi depa naik basikal beramai ramai. Mesti Syafiq bangga tahap tk hengat xD Tambah pulak kalau boleh photoshoot kat sana macam yang aku selalu tengok kat NatGeo tu kan kan. Dapatla Syafiq cari calon kat aku, hitam tetapi manis. Tkpa nanti kita tunggu Syafiq, Sarah & Dalila upload gambaq kat facebook ok =)

Aku, tk pi mana mana dok dalam Malaysia ja.

He is one of Dalila's most best uncles, yang tengah jual Indian's national flag. This picture was taken by her, using her Nikon D3100 kot kalau tk silap. How amazing he is, kan? Dah pangkat tokwan pon masih gagah perkasa xD

Introducing, he is Sarah's beloved boyfriend. Omaigod so sexy ala ala suami Aishwarya Rai kan kan? Dengan penuh semangat patriotik & cintakan negara, beliau tk segan silu menjulang Sri Lanka's national flag. Tapi Sarah nanti janganla tukar warganegara ikut boipren hang puloks yer? Sedih aku nanti :(

Haa yang ni sumpah ayu.. Saudari kita ni minat Syafiq secara diam diam. Ihh kalau pompuan ni baca blog aku mampus dia marah aku sebab dia dah pesan awai awai kat aku supaya jangan kecoh kecoh. Malu dia nanti~ Tkpa aku cuma nak merapatkan silaturrahim antara dia dan Syapik. Tengok tu bendera Bangladesh cun kan? Nasib baik merah tu tk ganti dengan putih. Kalau tidak...

Hmm okay itu jelah kot harini. Bye! =)

Thursday, December 22, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum

Untuk tahun ni, harini merupakan hari yang amat amat amat manis untuk aku kenang. Ramai kawan kawan aku yang dapat results cemerlang. Kepada yang tk puas hati dengan results masing masing, mungkin kali ni Allah SWT belum nak bagi rezeki. Mungkin ada rezeki yang lebih manis nanti, insyaAllah. Kita semua tau, Allah SWT akan sentiasa tolong hamba hambaNya yang selalu berusaha. The best part is, we've done our best! Alhamdulillah! Aku memang bersyukur sangat sangat walaupon aku langsung tk sangka nak dapat straight A. Nampaknya aku berjaya buktikan kepada pihak pihak tertentu yang aku juga boleh berjaya. Walaupon ramai orang kata ni baru PMR, aku tetap bersyukur. Sesungguhnya keputusan yang aku dapat adalah suatu kepuasan yang tk dapat aku ucap dengan kata kata.

I've been through so many tough things this year, and I couldn't believe myself that I was strong enough to struggle until the 8A's is now mine. Mulanya sebelum amek exam, aku tk yakin dengan kemampuan aku sendiri. Sebab aku selalu tertekan dengan keadaan sekeliling terutamanya masalah family aku. Tapi akhirnya aku dapat buktikan kat semua orang including myself, yang aku tk akan sesekali menyerah kalah walau ada yang pandang rendah dengan kemampuan aku. Sebab tu masa lepas dapat result tadi aku menangis. Menangis sebab syukur & terharu. I talked to mama, abah, nenda, my sisters, my uncles, my aunties, nieces and nephews, semuanya aku menangis. I know they're happy for my success. And I'm extremely happy that I've made them proud of me. Again, syukur alhamdulillah =) Without Allah's help, I'm sure that I can't get straight A's.

For my beloved friends yang dapat 8A, 7A, 6A, 5A, 4A and whatever your result is, congratulations. Ini rezeki yang sudah Allah bagi kat kita. Memanglah senang ja aku cakap sebab aku dah dapat 8A, tapi benda betul kan. It's kind of motivation for all of us to get much better in SPM. Macam orang selalu kata, gagal sekali tk bermakna gagal selama-lamanya. Do whatever you want to get whatever you want in life, because there's nothing or no one's stopping you. You are your only obstacle in achieving anything in life! About my plan after this, kemungkinan besar aku akan pindah sekolah memandangkan result aku memberansangkan. Astech, insyaAllah. SBP pon insyaAllah, kalau dapat. For the time being, don't forget to pray and doa, so dapatla kita ke sekolah yang much better. InsyaAllah.

Alhamdulillah! =)

Tuesday, December 20, 2011

Tomorrow and tomorrow and tomorrow

Assalamualaikum

Hmm degupan jantung semakin kencang dan pantas. Adrenaline terasa semakin membuak buak. Kaki, tangan dan segala anggota badan dah jadi seram sejuk. Perangai pon dah tk tentu hala. Cakap pon makin berteraboq. Minda sudah jauh berkelana ke alam khayalan tanpa arah tujuan. Dan yang paling penting sekali..benda yang paling susah untuk aku buat ialah tidoq. Kalau teringat kat result, memang sangat susah nak tidoq. Mesti kena bayangkan benda yang indah indah contohnya aku sedang bersuka ria di tepi pantai atau aku sedang boros menghabiskan duit di shopping mall atau aku sedang enak menjamu selera di Pak Tat Ikan Bakar. Ha barulah ralit dan boleh lena. Hmm sesungguhnya result ialah salah satu perkara yang boleh menghuru harakan hidup aku. Boleh mengubah personaliti aku yang asalnya riang ria ceria gembira dan comel menjadi pendiam, panik & tk tentu arah. Haii sabaq sabaq

Tadi aku keja. Seperti biasa jiran tetangga kat sana dok heboh jugak pasai result. Again, aku jadi tk tentu arah kat sana. Nasib la aku tk salah hantar order kalau dak memang tobat malu. Setelah lamanya tk menjenguk Kopitiam sebab seminggu bersenang lenang kat Shah Alam, terubat jugak rindu aku tadi hihi. Dapat jumpa dgan Abg Sham, Abg Amin, Angah, Pakcik Tat, Makcik Yah, Mama, Mat gila, Mizi, Pakcik Bree. Hmm depa ialah antara orang-orang yang jaguh buat lawak bodoh haha. Tadi orang boleh tahan ramai la. Mula mula tu aku rasa macam nak pitam tktaulah sebab apa. Mungkin perut kosong. Dengan sakit perut & kepala berpusing pusing. Nasib tk jatuh macam heroin Hindustan kat Kopitiam tadi kalau dak tobat semua pakat berebut nak sambut aku hahah. Agak menghairankan tadi tk jumpak sapa sapa yang aku kenal. Oh baru aku ingat! Jumpak pakcik kantin SK Jalan Pegawai, mulanya aku cuma cam muka tapi tk ingat. Abah yang bagitau bahawasanya dia pakcik kantin. Muka beliau ala ala bekas guru Keat Hwa tapi aku tktau nama hahah.

Kemarin dulu, aku pi makan kat Kuala Perlis sebab abang polis nak tolong belanja. Alah kawan bujang, dapat gaji tkdak nak tanggung sapa sapa, of course lah duit jenuh. Abah tersenyum lebar sebab beliau tk keluarkan sesen pon malam tu haha sebab selalunya abah yang belanja kalau ada family gathering macam haritu (tapi sayang, kakak tkdak). Ditambah pulak dengan ada future wife si abang polis, jatuhlah saham kalau abah yang belanja haha. Aku makan tk banyak sangat pon sebab restoran kat Kuala Perlis tu well known dengan seafood depa, semua maklum seafood yang aku makan hanyalah ikan. Tapi aku sangat suka dengan vanilla milk shake kat sana! Manis tu of course lah tapi sedap. Haha padan muka abang polis kita, ayaq saja dah RM50 above. Belum lagi nasik lauk pauk semua. Memang kempis la wallet abang malam tu haha.

*****

Siti Silmina 'Izzan
Dalila Athirah
Nur Zuriyaty
Syaza Masturina
Siti Khadijah
Nur Sarah Afifah
Muhammad Syafiq
Aina Shobri
Natasha Midnightsky
Aimi Nadhirah
Juliana Khairul
Zaiem Fitri
Zaim Syahmi
Muhammad Syahmi
Nur Ilyana Aifa
Zul Hilmi 
Mohd Arif Shahrir
Afif Lutpi
Zulfahmi Zainol
Muhammad Afiq
Dannyal Badrul
Syabil Salleh
Irfan Fuad
Ismah Hanis
Luqman Harith
Muhammad Nazrin
Syafiq Sabri
Ariff Aqmar
Almyn Jamal
Ainun Rasyidah
Syamimi Jamil
Wan Nur Syafiqah

Sorry kalau ada yang tk sebut. Terlampau ramailah sampai tk teringat. Dan semua warga 1996s.. semoga kejayaan menyebelahi kita. InsyaAllah, 8A dalam genggaman.

Bye! =)

ABCDE?

Assalamualaikum

LUSA
IALAH
HARI 
PENENTUAN
A?

B?
C?

D?
E?

SESUNGGUHNYA 
AKU
TERLAMPAU
DAN 
TERLAMPAU 
TAKUT.
Ok, bye! =)

Friday, December 16, 2011

70th entry

Assalamualaikum

Semua tolong tengok calendar masing masing dan tolong check harini berapa haribulan? December 17th kan kan? Haa maknanya harini genap my gorgeous mama dah 44 years young! Happy birthday mama! Memandangkan aku lewat wish, (selalunya aku wish 12am sharp, tapi tahun ni entah kenapa boleh terlewat..) so aku dah buat something yang boleh tahan special la untuk mama even though it is not a present actually. Boleh dikategorikan sebagai lain daripada yang lain lah hihi. Ruginya mama dah balik lebih awai, kalau mama still kat Shah Alam, memang for sure lah dah boleh celebrate. Okay tkpa maybe next year =) Tadi aku baru tengok video pasai engagement Maria Elena & As, haritu masa aku baca tk perasan pulak kata video tu ada. Dan suddenly baru aku tersedar yang As tu tersangatlah hensem. Selama ni aku tengok dia biasa ja & nothing special. Hahah God bless them...

Kemaren, nenda dah beli ticket bus. Aku akan betolak balik ke Alor Setar pukoi 10.15am kot tk silap aku. Yeay aku dapat single seat! Sepanjang aku naik bus (walaupon dah lama gila tk naik bus masa travel jauh), aku tk penah lagi dapat single seat. Rasa macam cool ja kalau duduk sorang sorang kan hahah. -.- Back to the original topic, lepas nenda beli ticket bus, pegi MyDin. And once again, aku jumpak makcik kaya tu. We called her kaya becuase she is really kaya. How do we know? Based on her face and her style hahah so stupid. First, we met her at Bank Rakyat Giant. Second, she became our customer kat Kopitiam. And the third one, we saw her walking around with her sons and daughters kat MyDin. I don't know whether it is still consider as a kebetulan or not (sebab dah tiga kali), but whatever it is, kebetulan pon bukankah di bawah kekuasaan Allah juga? =) Kat Mydin, aku tk berharap nak beli apa apa tapi nenda dah belanja aku another blouse and a novel! Can't believe it! Aku macam nak telompat lompat hahah sebab I have no money even a single cent! Tiba tiba nenda belanja pulak..alhamdulilah. So the conclusion is, I've got three new blouses, a novel, 3 necklaces and 1 new tudung bawal. Yeay!

Balik dari shopping, lepak sebentar kat rumah around 30minutes. Lepastu pi i-Siti (again) sebab kakak aku tk penah pi lagi. First destination masa sampai sana ialah 7E sebab aku nak topup. Oh yes, and the lift was veeeeery creepy! Bayangkanlah dalam lif tu tkdak langsung lampu, yang ada hanyalah lampu button that showed which floor tu. Gelap gelita..dan masa tulah tiba tiba aku teringat cerita The Eye 10. Hahah gila -.- Once again aku teman sepupu2 aku naik super swing dan aku pening. Depa naik segala Space Walk apa kejadah tapi aku tk naik pon hahah. Lepak sana sampai pukoi 11pm, tu pon sepupu aku yang kecik2 tu merengek nak tengok The Biggest Reptiles. Argh stress aku dengan depa hahah nasib baik uncle memahami dan terus balik. I was too exhausted and too sleepy. Tapi balik tu bukan tidoq awai sangat pon, still pukoi 2am. Almaklumlah orang berjauhan hahaha menyampah.

Today, we're going to the GSC at IOI Mall Puchong sebab nak tengok wayang, Alvin and the Chipmunks 3. Actually aku teringin nak tengok Songlap & Mission Impossible 4 tapi memandangkan majoriti sepupu aku adalah kids, so aku redha. Alvin pon okay what kan haha. Today is the last day I'm staying here. Hmm sedih. I'm gonna miss Isyraq's voice especially when he's singing lagu 1 Malaysia tu haha. Doakan perjalanan aku esok selamat tanpa ada apa apa yang jadi. =) Oh by the way aku sangat suka entry TOK. He talked about couple & bercinta.

Bye!

Thursday, December 15, 2011

Say the magic word!

Assalamualaikum

Okay I'm gonna make things easy.

  • Alhamdulillah mama, uncle and the 3 little musketeers dah selamat sampai rumah pukoi 10pm.
  • Esok pagi InsyaAllah I'm going to library and I must say that I am super duper excited!
  • Dan malamnya, insyaAllah akan sekali lagi singgah i-Siti. Sebab kakak aku teringin. Mintak mintak tk hujan macam haritu =)
  • Tadi tengok Ghost Lab & A Haunting kat Discovey Channel, dan hasilnya sekarang ni semua pakat jadi penakot termasok aku dan semua dah diperosokkan tidoq dalam 1 bilik. Hmm ok bagus aku suka
  • Kalau dulu aku tk mampu nak mengawal rasa bebai bilamana ada orang cari pasai kat facebook/twitter/or whatsoever, sekarang alhamdulillah aku dah ok sikit. Cayalah!
  • Aku sekarang tengah dalam proses diet dan aku bangga aku dapat menahan diri daripada menyentuh nasik. Tapi tktaulah berat badan aku berapa sekarang ni
  • Dalam bilik ni aku sorang ja yang masih tk tidoq. Ok aku dah mula rasa cuak. I think it's better for me to sleep and dream something awesome, so everything's gonna be ok! (lagu Nada Cinta)
Bye! =)

Wednesday, December 14, 2011

Money - gone

Assalamualaikum

Mama's going back to Alor Setar tomorrow morning with those 3 musketeers. I'll be back later by bus, with my sister and grandmother. Oyeah aku pon tktau apa puncanya balik asing. Oh mungkin sebab tk muat nak perosokkan semua orang dalam satu kereta? Maybe. Hmm kat facebook sekarang ni tengah riuh dan kecoh pasai result PMR yang insyaAllah akan keluaq pada hari Khamis minggu depan. Nervousnya hanya Tuhan yang mengetahui..aku tktau apa reaksi aku bila slip keputusan dah ada depan mata aku nanti. Aku tktau nak kata apa kalau aku tk dapat 8A. Yang pastinya aku memang sangat takut.. Ya, aku dok berharap aku dapat 8A walaupon aku jawab haritu tk meyakinkan aku untuk dapat straight A, tapi aku tetap berharap. Dan aku takut dalam aku dok berharap ni, tengok tengok tk dapat argh mesti kecewa menonggeng punya. Hmm sumpah aku tk tenang haha buat terok. Oh ya aku ada jugak beberapa kali mimpi tapi tk berturut turut la, I think maybe more than 3 times, mimpi pasai dapat result tapi yang sedihnya dalam mimpi tu aku tk penah dapat 8A. Tkpalah aku redho. Sesungguhnya aku dah cuba sehabis baik masa jawab haritu~

Okay lupakan pasai result buat sementara waktu.

Tadi once again, aku pi GM Klang. Mama bawak kereta. Agak sedih la aku pi sana dengan duit dah tkdak. Aku hanya mampu tengok dengan sayu sambil buat mata kucing Puss in Boots tengok orang lain beli. Satu situasi yang sangat menyedihkan dan memberi tekanan. Hmm kakak aku pi sana semata mata nak cari pin kartun, dan dia memang borong sungguh. Aku beli 2 ja haritu tapi dia beli sampai 20 bijik! Entah kat mana dia nak boh segala pin tu, aku pon tktau. Kalau akulah, aku guna RM20 tu nak beli benda lain yang lebih berfaedah contohnya baju. Kan? Lebih berbaloi baloi. Mama beli tudung. Dan aku pon hanya mampu pilih ja untuk mama hmm sedih. Ada jugak kecek kecek mama beli baju kat aku. Tapi mulanya mama buat tktau ja. Ahahak tapi pujukan aku berjaya! Mama belanja aku sehelai blouse bunga bunga yang sangat super duper comel macam AKU. Suka gila! Walaupon cuma sehelai, ia amat bermakna dari aku instead of balik dengan tangan kosong. So konklusinya aku dah ada dua helai baju baru. Yes! Blouse yang mama bagi tu aku nak pakai masa on the way balik Alor Setar nanti hihi sukenye.

Balik dari GM Klang tadi, sepupu aku ajak pi taman memandangkan harini hari last adik adik aku stay kat sini. So dengan penuh kemalasan aku pon turut jelah. Tkdak la jauh sangat, makan masa 10minit jalan kaki. Actually dah berapa kali dah dok plan nak jogging pagi pagi, tapi semuanya tidoq terbabas melebihi pukoi 7am so tk jadi hahah. Lepak kat taman tu 45minit ja, sebab pukoi 7 dah nak layan Tentang Dhia yang semakin misteri hihi. Sepupu aku yang lelaki tu main bola dengan geng geng taman. Aku pon dengan rasa gatal yang menebal, terjenguk jenguk jugak kot kot ada yang comel. Memang ada! Goal keeper tu aish geram aku hahah. Cara dia tangkap bola memang macam Abg Khairul Fahmi kita. Nama dia Amirul. Argh nama tk kisah muka tu yang aku minat! Tapi baru 11 tahun so aku cuma cuci mata tanpa niat nak meneruskan langkah yang seterusnya. Tapi sepupu aku kata, budak tu macam bajet & sombong. Alah biasalah tu budak kecik, pantang ada rupa sikit mesti dah rasa macam bagus gila. Hmm tk jadilah aku haha~

Aku tengok la ni ramai pulak yang dok join contest. Secara jujurnya aku teringin jugak nak join tapi pikiaq balek memang confirm aku tk menang, so terus hilang keinginan nak join hahah buang karan je. Ok lah aku dah tkdak idea. Bye! =)

Tuesday, December 13, 2011

lol

Assalamualaikum

Setakat ni, I'm not going anywhere. Actually memang nak keluaq tadi tapi aku tktau pulak nak pi mana, tapi disebabkan ada beberapa masalah yang tk boleh dielakkan, plan tu tk menjadi. Tkpe aku redho. Harini aku tktau nak update apa so aku cuma letak pictures. So cucilah mata =)

Aku dengan tudung yang serabai akibat ditarik tarik oleh si kecik di sebelah. Masa ni kat pizza hut, tengah starving sebab makanan belum sampai hahah.

My little sister Atun with our sweetest cousin, Insyirah Hany kat Sogo. Atun tried to be the head for that patung, tapi tk cukup ketinggian hihi.

These are the necklaces that I bought at Jalan TAR. Sekali pandang, terus jatuh hati jatuh cinta jatuh terjelopok. Dah la salesboy kat situ innocent ja hahah.

This is Dato' YH's house, captured from my cheap phone heheh setelah dizoom sezoom zoomnya. Cuba teropong, agak agak ada dak Shamsul ataupon Syafiq kat dalam bungalow tu? =)

That's all for today. Bye!

Monday, December 12, 2011

Fulahmak

Assalamualaikum

First of all aku sangat excited bila baca blog Maria Elena. Can't believe that she's As's fiancee right now! Both of them looked very awesome. I do really hope that they'll menikah and be a great couple. Congratulations! =) Tengok persiapan untuk pertunangan pon dah cantik gila dengan sofa putih + pink bagai. Macam mana la nanti wedding ceremony depa hah? Confirm macam wedding of the year kan kan. Dahla sama cantik & padan. Alangkah indahnya kalau Maria Elena menjemput semua followers blog beliau ataupon semua yang like facebook page beliau atau semua yang tengok videos beliau. Percayalah kalau aku dijemput, aku akan beli baju kurung & shawl & beg & kasut baru untuk ke kenduri beliau. (angan angan)

Kemaren aku jalan jalan cari mampus. Haha no lah. Tengah hari, pi makan kenduri kat Kompleks Sukan KL. Atas sikit dari SM Sains Alam Shah & SMT Kuala Lumpur. Dapat tengok pengantin dari jauh je. Eh kebetulan pengantin & pelamin warna ungu, aku pon pakai jubah & shawl ungu haha! Aku tk berapa nak kenal sangat pon sebab pengantin lelaki tu anak saudara uncle. Lepas selesai makan kenduri, balik rumah salin baju lepastu terus keluar pulak. Pi shah alam seksyen 19 sebab nak naik komuter. Jauh jugak la, dahla dalam komuter tu tempat duduk tkdak, bayangkan la kena stop 9 tempat baru sampai kat KL Sentral -.- Lenguh doh kaki aku ni. Sampai KL Sentral, terus beli token nak ke Masjid Jamek. Aku jadi orang terakhir nak kena scan token tu. Tiba tiba suasana jadi agak kecoh sebab aku punya invalid token. Aiseh jatuh lagi saham aku...

Dipendekkan cerita, sampai dah Masjid Jamek. And we walked from that masjid, until Masjid India, until Jalan Tuanku Abdul Rahman. And I was hoping that Maria Elena or Ain Maisarah were there but as people say, hanya angan kosong. Again, I was frustrated haha. Oh I bought 3 rantaiss tu replace the owl's necklace haha! They were so cute alahai sebab tu aku beli. Of course, 3 different coulours. Pink, sea-blue and purple. I just wore the sea-blue one this morning. Haha and mama said I looked more gorgeous. Argh aku tahu mama hanya perli. Okay back to the original topic, lepas lepak makan kat satu kedai, we continued our journey. We were walking and walking and walking, sampailah kat KL's Sogo. Masuk Sogo rasa macam kat oversea sebab hiasan Christmas memang mendominasi tempat tu! And it was reaaaaallly crowded sebab ada sale. Yes I mean BIG SALE because mostly the goods ada yang sampai 70% off. Mata aku pon turut terbeliak sepertimana pengunjung yang lain. And I bought a blouse, Diesel's blouse. After shopping at Sogo, we went back home. Masa dalam Rapid KL, that damn rapid KL was stuck dan dalam tu sangat padat! I mean REAAAAALLLLY padat! I was panicked, and suddenly the door was closed, we're not moving, lampu pon tk bukak. GILA! I thought I was going to die in that train, tapi pintu terbukak jugak at last. And all of us keluaq to get some fresh air. To get some oxygen.

Sampai rumah around 10pm. I was exhausted.

The day before, we went to Jusco, saja jalan jalan. Mulanya makan kat Pizza Hut. Menyeksakan sebab aku kena control ayu, sebab pekerja kat sana SEMUANYA drop dead handsome. Haha suddenly Isyraq pecahkan pinggan. Again, SEMUA pekerja dan SEMUA pelanggan dalam tu were looking at us. Malunya memang tk payah cakaplah..tebai gila muka aku haha. Oh, and I ate 3 slices of pizza. Ok lah tu kan.. Lepas makan, we went to Popular but I didn't buy anything. Aku sempat jugak tengok gerhana bulan! Yeay! It was amazing!

Harini, cuma pi rumah tok long. And I can see rumah Dato' YH atas bukit from tok long's house. Haha aku cuba cuba jugak tengok kot kot ada Shamsul Yusof tengah melepak kat balkoni ka apa ka tapi tk nampak apa pon. It looked like a haunted mansion hehe. Malam ni, tk plan apa apa lagi. Now, I'm watching Tentang Dhia. I miss Adi Putra!

Okay bye. =)

Saturday, December 10, 2011

Andai ku tahu..

Assalamualaikum

Fuh! Alhamdulillah semalam aku selamat sampai rumah sepupu aku tepat pukoi 3.34am. Mengantuk ni tk payah cakap la..bagaikan ada makhluk Tuhan paling kejam tengah bertenggek atas kelopak mata ni ha. Semalam dalam kereta aku tk buang tudung. Wah bangga! Sebab apa aku tk buang? Sebab anak uncle yang berjantina lelaki ada dalam kereta. Sebab apa aku bagitau benda ni? Sebab aku nak habaq, bila aku dah terjaga daripada lena, aku dapati pin yang sepatutnya ada kat leher tu, tetiba boleh berpindah tempat kat pipi aku. Bayangkanlah betapa hodohnya keadaan aku waktu tu haha! Bila dah menyedari keadaan aku yang terlampau hodoh waktu tu, cepat cepat aku betulkan tudung yang alhamdulillah semalam masih maintain dan tkdak kelepek kelepek. Setelah salin baju apa semua aku terus sambung tidoq tanpa bermimpi apa apa..sebab terlampau nyenyak.

Ahah! Ada hikmahnya aku tergerak hati nak online tadi. Bila dah online, aku nampak ada beberapa orang share satu link yang sama. Mulanya aku tk perasan sangat apa link tu tapi bila dah tengok ramai orang share, aku pon berminat nak baca. Rupanya tentang artikel berkenaan rantai burung hantu yang haram hukumnya kalau pakai. Oh bila baca benda tu, of course lah aku terkesima buat sementara waktu sebab aku ialah salah satu di antara MAJORITI perempuan Islam yang memakai rantai burung hantu tu. Tapi kan..satu benda yang aku rasa macam tk best baca entri tu ialah, pemilik blog tu macam menghukum sangat para pemakai rantai tu padahal kami tk tau. Kalau kami tau, sudah terang lagi bersuluh la kami tk pakai. Pemilik blog tu kata kononnya macam kami ni saja nak membanggakan pihak dajal/zionis apa kejadah tu. Hmm sedih r macam ni! Haha over

Hmm kenapa aku letak banyak sangat gambaq rantai burung hantu? Tujuannya, sengaja nak panjangkan entri blog. Dan jangan salah faham, aku bukan nak promote kan lagi rantai burung hantu walaupon aku rasa 2nd picture tu macam alahai comelnya..argh jangan menggoda aku lagi! Hmm oh ya, the last picture tu saja jugak aku letak sebab aku tengok burung hantu tu macam perasan kononnya mata dia boleh tiru mata kucing dalam Puss In Boots. Alah belah la kau! Tk comel pon!

Oh ya aku ada sedikit keraguan. Adakah rantai burung hantu saja yang diharamkan? Macam mana kalau template, header ataupon background blog berlatar-belakangkan burung-burung hantu? Adakah ia uga diharamkan? I wonder.. =) Tapi janganlah boikot burung hantu pulak. Janganlah pupuskan spesis burung hantu. Janganlah kalau asyik jumpak burung hantu, rasa macam nak pijak sampai mampos ha ambek kau! Burung hantu tetap makhluk Tuhan, cuma ada la sesetengah makhluk yang tk sedar diri menggunakan burung hantu sebagai lambang entah apa apa tu. Ok lah sementelah dah ramai yang tau ni, bawak bawak la istighfar dan janganla pakai lagi rantai tu okay. Banyak lagi rantai lain yang cantik..contohnya haritu aku tengok rantai labuh berloketkan kasut high heels. Cantik gila! Bersama samalah kita membanteras hal hal yang boleh memporak perandakan agama kita.

Malaysia boleh! =)

Thursday, December 08, 2011

Begitulah awan nano nano nano

Assalamualaikum

Wah tiba tiba aku berangan, alangkah syoknya kalau aku pon tersenarai dalam Google Top Searches 2011 tu kan kan? Ni aku nak jujur ni. Aku pernah la google nama sendiri kan, tapi result tkdak yang gempak gempak pon. Cuma keluaq myspace, blog, facebook dan sebagainya. Hahaha kalau friendster tu memang dak la, entah entah dah lenyap ditelan dek internet ni. Sapa lagi yang layan friendster tolong bagitau aku? Seingat aku, friends aku kat situ cuma ada 8 ja kot. Eh kira maju what daripada kosong kan.

This is the 'friendster' that I'm talking about.

Oh ya, aku ada perasan dalam entry FL, ada nama pujaan hatiku pengarang jantungku. Dan beliau selayaknya dapat nombor 1. Beliau menjuarai carta! Diikuti dengan Hana Tajima, gadis campuran Jepun dan Inggeris yang pernah masuk dalam majalah Nur. Memang layak lah.. Tapi dalam banyak banyak tutorial hijab yang dia buat, satu pon aku tk pernah try sebab muka aku memang tk sesuai langsung! Kalau macam Hana Tajima tkpalah, belit pi la hodoh macam mana pon orait ja sebab dia dah memang lawa haha.


This is the list that I'm talking about. Can't believe it kan? Kan? Kan? Tk percaya semata mata ada nama aku, nombor 3 pulak tu hahaha okay aku dah buat sedikit pembaharuan kat list ni, no point, saja suka suka sebab teringin nak masuk dalam list. Cikgu Shida should be on the list, number 3. Tapi yang lain lain tu tk bohong la. Tambah tambah yang nombor 1 tu. Isk sukanya =) Oh this was taken from FL's blog.


Haa yang ni pon mesti tkdak sapa yang pecaya hahaha. Isk parah sungguh aku ni, tkdak sapa pon yang teringin nak search aku kat google aku sebagai young bloggers kan kan haha. Aku ja perasan sorang sorang. Kalau letak nama Syifa Majid kat situ ataupon The Other Khairul boleh la diterima akai jugak haha. Okay that's supposed to be Hanis Zalikha, makhluk Tuhan yang tersangat gojes tu ahahah. Dahla penat merapu.

Hmm aku tk jadi nak betolak pi Shah Alam hari Sabtu, tapi betolak lebih awai iaitu Jumaat malam. Mulanya ingat nak pi dengan bus, aku pon terkinja kinjalah jugak sebab aku dah lama tk travel jauh jauh dengan bus & aku tk penah naik bus waktu malam. Tapi bila pikiaq susah nak jalan2 kat sana kalau tkdak kereta, so mama decided untuk pegi jugak dengan kereta. Hope our journey will be safe, Amin. Hmm aku dah lama actually tk msg dengan mattop. Some kind of pemberontakan, maybe, but he doesn't know sepatah haram about my pemberontakan haha. Ceritanya begini. He lost his phone. And he used his brother's number, but which phone he used, I don't know. I do appreciate it. Yang masalahnya, number aku dah penuh active10. Biasalah aku ni kan tamak, msg sikit dengan orang ni orang tu, dah active10. Tapi aku rasa macam rugi lah nak active10-kan number adik dia sebab for sure dia guna number tu untuk sementara, not permanently.

Everybody knows yang sekarang ni Maxis mahai tahap mencekik darah pelanggan-pelangannya. Even maxis-maxis pon tk silap aku 7sen and above (kot). Aku ni sampai tk larat topup. Msg sat, habeh. Lepastu sos topup. Then bila topup lagi, tolak RM2.50, then habeh lagi. Lepastu topup lagi. Msg lagi. Habeh lagi. Penat doh. Kalau free of charge, aku tk kisah. Bukan nak kata aku ni sayang kredit, kedekut or whatsoever tapi kebanyakan duit aku dihabiskan untuk topup ja. I love my money because I know how hard to get it. He promised nak bagi number digi kat aku yang JAAAAAAUH lebih murah daripada maxis but then, he didn't. Aku ni sampai termimpi mimpi tau tengah msg dengan dia guna number lama dia yang hilang tu. Aku tau yang ni bukanlah salah dia hundred percent tapi..entahlah.

Okay nak pack baju. Bye =)

Tuesday, December 06, 2011

Thanks TOK, but...

Assalamualaikum

Yeay akhirnya tercapai hajat aku nak tengok Twilight saga! Aku sanggup keluaq dengan kakak aku dan member member beliau yang kebanyakannya aku hanya tau nama tapi tk kenai sangat pon. Argh peduli apa aku, asalkan boleh cuci mata tengok Taylor Lautner. Mula mula tu masa sampai window shopping tengok baju, memang ada yang berkenan tapi tk berkesempatan nak beli. Hmm maybe next time =) Lepastu aku decide aku nak naik & masuk panggung dulu memandangkan member member kakak aku tu lambat gila. Tiba tiba jumpak Aifa! Tengok wayang jugak kot tapi aku tk sure dia tengok cerita apa, dia keluaq dengan adik dia & sorang lagi aku tk kenai. Aifa macam biasa, lawa, rendah dan kurus haha. Aku dengan penuh keyakinan bagi tiket kat abang panggung yang smart tu dan terus masuk, tengok macam biasa like nothing happened. Well actually there's nothing happened, indeed. Saja nak buat ayat bagi nampak dramatic hahah. A few minutes later depa pon sampai.

Selesai tengok wayang, teman member kakak aku beli kasut. Lepastu teman kakak aku pulak beli kasut. Macam aku bagitau tadi sebenarnya aku nak beli baju tapi memandangkann most of them dah mengadu lapaq (macam tk bagi aku shopping -.-), aku pon beralah. Next time pon boleh mintak tolong mama temankan beli baju kat asmall hehe. None of us yang nak makan kat asmall yang harap mahai saja tapi tk sedap mana pon, so we decided untuk makan kat luaq. And the most easiest place to eat is, taman pelangi kat 7E. Walaupon kat situ hanya warung dan jauh berbeza dari kedai makan kat asmall, aku tk kisah langsung. Asalkan kenyang dan tk banyak duit yang mengalir keluaq haha. Malang sekali lagi, waktu tu bihun sup masih tengah dok ready2, char koeyteow pulak langsung tk bukak. So semua pakat sambaq nasik lemak ja. Aku makan dua bungkus haha baru kenyang. Apalah sangat sebungkus nasik lemak tu kat perut aku tu..better amek dua.

Oh yes macam aku bagitau kemaren, aku keja harini. Ya memang, jarang kan aku keja on weekdays? Mostly aku keja on weekends. Entah rasa macam nak keja ja tadi haha mungkin sebab rindu nak dapat duit ataupon mungkin sebab rindu abg sham? Haha maybe, dan abg sham nak kawen dah nanti alelew kelepak kelepak kelebung kelebung. Cemana la dia nak jadi bapak orang nanti ha kalau dok kekalkan perangai 5 kupang dia tu -.- Hmm okay lupakan haha. Tadi kat kedai awai awai pagi jumpak ex-boyfriend siti nur atiqah, merangkap senior aku kat Keat Hwa. Tk excited pon sebab ramai maklum yang f3 perempuan tahun ni tk berapa nak ngam dengan f4 lelaki. Lepastu jumpak Kimy! Yeay jumpak kimy, haa yang ni baru excited. Dia makan sorang ja tadi =) Amboi orang hot stuff pon boleh makan sorang noh. Lepastu jumpak sapa lagi ha? Tadi ada rombongan budak budak bukhary, memang ramai gila lah. Dalam banyak banyak tu aku cuma kenai sorang ja, Paan Joe. Aku ingatkan dia tk nampak aku, tapi dia ada tegoq kat fb. Haa yang tu jalah yang aku jumpak. Esok tk keja sebab nenda kena pi hospital, adik adik aku tkdak sapa nak jaga.

Excited bila dapa tau result kakak aku dapat 3.77. Markah penuh of course lah 4 flat. Congrats kakak! Hadiah, can't promise because I love my money haha. Ha aku ada baca blog TOK tadi, beliau bagi tips untuk perempuan yang telah ditinggalkan. Mostly his tips memang cool, tapi satu ja tk cool. About get rid of the social networks, for example facebook twitter skype ym and etc. Sebab aku tkkan buat macam tu. Aku akan gunakan semua tu untuk teman aku bila bila aku sunyi, boleh mengarut dengan member, boleh mengorat orang lain dan macam macam lagi. And the main important thing is, social networks juga kemungkinan besar boleh buat kita lupa kat ex untuk sementara waktu. And for me, I won't stalk him sebab in the end, I'll cry. So aku tk stalk. Haha baik gunakan masa yang ada cari jejaka jejaka gagah yang baru, yang lebih cool dan bergaya. Kalau tk dapat kat kita pon, cukuplah sekadar cuci mata tengok gambaq ka hahaha sumpah gatai. Okaylah bye. =)

Monday, December 05, 2011

Dream comes true

Assalamualaikum

Harini dengan bahagianya aku menikmati cuti aku kat rumah setelah berpenat lelah kemaren. Bahagianya tk payah cakap.. Inilah orang kata 'penat secara profesional'. Hahaha hentam saja. Tapi insyaAllah dalam masa terdekat (mungkin esok) aku akan kembali bekerja sebab duit aku semenjak dua menjak ni asyik keluaq dan tkdak yang masuk. Dan itu merisaukan hati aku.. Oh ya aku ada satu berita gembira. Aku dah berbaik baik dengan sepupu aku, lega jugak la. Sebab tahun depan ada family trip, dan memang sure dia akan ikut. So tkdak la spoil kan percutian aku kalau jumpak seteru eheheh it's good la kami dah okay. Cuma beliau ada suruh aku text beliau, tapi malangnya aku dah lupa number dia. Aku dah delete bila perselisihan haritu berlaku. Malaih la nak bagitau dia takut dia terasa~ Hehe

Tadi masa tengah online, tk bernafsu lagi nak update blog sebab tkdak idea. Bila dah tkdak idea, aku mula boring. Online waktu macam tu pon bukan best sangat sebab tk ramai yang tengah online. So tiba tiba rasa macam mengantuk..aku pon off laptop dan tidoq. Wei nikmat gila aku tidoq! Siap dengan selimut bagai haha. Aku memang tk boleh tidoq tanpa selimut. Lama jugak la, aku tidoq pukoi 3.15pm. Buat alarm kat handphone pukoi 4pm, tapi alih alih 5 lebih baru aku bangun haha. Ya memang tk manis anak dara tidoq sampai melepasi waktu asar, tapi dah aku terbabas. Alarm lagu Big Bang pon aku tk jaga langsung, walaupon handphone kat tepi telinga. Tktaula sapa yang baik hati tolong tutup -.- Lepastu masa tengah sedap lena, adik balik. Ish hingaq! Normal, orang baru habeh SPM. Telampau syok. Dok assalamualaikum kat luaq rumah pon kuat gila menjerit sampai aku dalam bilik pon boleh dengaq. (Bohong)

Bila adik dah balik, dia ajak pi beli tiket wayang. Mula mula rasa macam malas nak pi tapi bila dah segar bugar dan mata pon celik serta merta akibat Kinder Bueno yang mencair dalam mulut, aku pon sejuk hati dan setuju nak ikut. Naik moto sahaja. Memang ketaq la sepanjang atas moto sebab takot ada JPJ/polis or whatsoever. Dan aku ni pulak agak fobia dengan kenderaan bertayar dua ni akibat kemalangan yang pernah menimpa dua tahun lalu. Tapi alhamdulillah perjalanan lancar, tiket Twilight saga breaking dawn part 1 pon dah selamat 5 keping dalam dompet aku sekarang ni. Oh yes tadi pi asmall jumpak Kak Syida! Amboih rajin sunnguh noh dia pi asmall. Oh maybe dia dah habeh SPM kot? Lagi satu jumpak budak cina berpakaian sekolah kat sana. Aku tau dia f5 berdasarkan warna name tag dia.

Balik asmall, singgah taman pelangi kat depan 7E tu nak makan. Bila dah keinginan aku tinggi nak makan bihun sup walaupon aku ni langsung tk suka bihun sup, tiba tiba gerai bihun sup tk bukak lagi. Hmmph -.- So pi tadi aku cuma makan char koey teow tapi tk habeh sebab aku tk berapa nak menggemari char koeyteow tambah tambah ada kerang dan udang dalam tu. Umum mengetahui makanan laut yang aku makan cuma ikan & ketam semata mata. =)

Sabtu ni confirm nak pi Shah Alam. Nenda pi dulu naik flight hari Jumaat ni. Means aku tk boleh keja sebab budak budak kecik tu tkdak sapa nak jaga. Kalau nak harap kat kakak aku yang 2nd tu memang dak la, dia tu bancuh susu pon tkmau. Oh yes aku agak lega jugakla sebab 'beliau' tk ikut pi Shah Alam kali ni. Mama pon lega haha. Ha! Tadi aku tengok Tentang Dhia. Kadang kadang aku rasa bengang & menyampah kat Dhia tu. Sikit sikit Azmi. Tk habeh habeh dengan Azmi gemuk dia tu. Tk hensem mana pon! Sangat bengong sebab dia boleh buat muka bebai masa nak betunang dengan Zikir. Zikir tu punyala hensem tahap tk hengat. Tapi yang pasti aku tk suka Ako Mustapha jadi Azmi. Kot la nak amek Aaron Aziz ka apa ka, barula sedap mata memandang. Barula aku boleh redho sikit kalau ya pon Dhia asyik nak kat Azmi.

Okay nak bagi chance budak habeh SPM pulak online. Bye! =)

Sunday, December 04, 2011

Here we go again

Assalamualaikum

Hmm harini letih tk terkata. Ni pon aku saja gigih update blog walaupon mata ni dah seberat satu tan bersamaan dengan seribu kilogram tk silap aku. Bayangkan la pukoi 6am aku bangun dan bersiap nak pi keja. Dah sampai tempat keja tu penatnya tk payah cerita la. Abah yang gagah perkasa tu pon boleh badmood kalau tk berpeluang tidoq lepas balik keja. Apatah lagi aku. Hmm tkpalah, sampai rumah tadi around 1pm. Golek golek sat atas katil sebelum pi mandi. Baju dan tudung tk payah risau sebab aku dah siap sedia iron malam sebelum tu hihi takot tk sempat. Lepas rasa rasa macam dah hilang penat sikit dengan penuh kemalasan aku pon pi mandi sebab masa tu dah boleh kira lewat dah. Abah nak mai amek pukoi 2pm tapi aku boleh dok buat halai balai lagi. Itulah aku~

Sampai asmall lebih kurang 2.14pm. Terus menuju ke London Weight Management. Jangan salah paham! Aku tkdak la sampai obesiti sampai terdesak nak mintak perkhidmatan depa ahahak. Cuma Dalila & Aby dah setia menanti kat sana. Terlebih excited jumpak aby sebab dah lama tk jumpak. Macam biasa aby memang comei lotei. Memang malang la sapa yang tkdan kebas dia kan Dalila kan~ Sebab dah ada orang awai lagi kebas hihi. Ok beberapa minit bergosip, mattop pon sampai dengan rambut beliau yang sudah panjang. Nasib tk buat rambut mohawk ala ala batang penyapu macam peminat Dalila Athirah tu -.- Dipendekkan cerita Sarah & Syamimi pon mai dan seperti biasa tempat yang normal untuk seorang perempuan, toilet. Walaupon tkdak proses perkumuhan yang aku nak buat, kena tengok jugak penampilan tudung, baju, muka, seluar, tangan dan sebagainya. Tk payah kata aku pulun, tu memang normal =)

Masa tk mengizinkan untuk aku jamu mata tengok kedai kasut dan sebagainya walaupon plan asal nak pi asmall tadi, nak beli kasut. Nampaknya hajat aku tk kesampaian T______T Lepak dulu kat luaq panggung sebab nak jadi ceti separuh masa, kutip duit tiket yang aku dah beli. Oh by the way aku nampak matbri yang sudah sekian lama aku tk jumpak. Memang tabik lah sebab penampilan dia berbeza one hundred percent daripada sekolah rendah dulu! Cuma Zaim Syahmi ja tetap comel, dulu kini dan selamanya haha. Berpeluang jugak la jumpak wan, boyfriend-to-be Sarah. Tk sangka Sarah akhirnya dipertemukan dengan budak tuisyen aku yang selalu kena penampaq dengan Cikgu Johari dalam kelas sains..

Dalam panggung, masa tengah melayan cerita tu ada scene yang buat aku segan sampai tktau nak habaq sebab..well you know, Aaron & Maya dalam cerita tu kan husband and wife. Lepastu ada scene yang nak buat aku menangis tapi tahan hikhik malu sangat aih. Boleh tahan la Ombak Rindu..8 out 10 la. Tapi ada la some of the penonton yang bila keluaq panggung tu aku tengok merah mata, merah hidung, siap yang berair mata pon ada jugak. Fuh feeling sungguh. Aku kalau boleh memang nak feeling jugak tapi segan dengan orang sebelah kiri =) Ombak rindu tu lama jugak la, more than 2 hours. Aku ingatkan standard cerita melayu, sejam setengah ja. Tapi tkpalah 2 jam lebih pon, puas hati haha.

Lepas selesai tengok wayang, singgah KFC dulu sebab nak amek gambaq serba sedikit. Tk berkeinginan nak makan kat KFC sebab perut aku sangat teringinkan nasik berbanding yang lain lain. So kami decide nak makan kat Georgetown dan aku menyesal sebab pilih Georgetown. Bukanla sebab makanan dia tk sedap or whatsoever, tapi pilihan makanan yang ada tk banyak, mahal ja lebih. Dahla pekeja bangla ja belungguk. Mana pi generasi lelaki-lelaki melayu terakhir yang keja kat sana? Tkkan nak biaq pekeja bangla memonopoli Georgetown kot, tk besemangat teruih aku haha. Aku makan nasik sama dengan mattop, Dalila & Aby makan chicken chop. Selesai makan Sarah & Mimi mai singgah sebab depa nak balek dah, so kena amek gambaq. Tukang tangkap gambaq tk lain dan tk bukan, mattop. Memang dia kena buli sungguh tadi. Nasibla, dah tkdak geng. Haha =)

Habeh makan & amek gambaq turun kat bawah tanah sebab nak beli inner. Aku beli inner sama dengan aby. Yeay! Cuma aby dapat saiz s, yang terakhir. So dengan hati yang PASRAH (bukan REDHO), aku amek lah saiz M. Nanti nak beli yang koko pulak lah hihi. Oh kakak aku ajak tengok Twilight saga breaking dawn part 1, 6hb ni. Aku tktau lagi, maybe yes maybe no. Teringin pulak nak tengok sebab dengaq Mimi cerita tadi macam best =) InsyaAllah la, tapi kalau aku pi boleh survey kasut kan hihi. Dan hari Sabtu aku akan kembali ke Shah Alam, mungkin seminggu KOT. 1 more great news..esok boleh bangun lewat! Esok tk keja! Abg sham dah balik! Yeay!

Oh yes. Introducing..

Nur Azidah binti Anwar, she was born on September 18, 1995. Means she's 16 this year. Currently studying at bahiyah. Sweet & baik orangnya. Thanks for everything Kak Azie! =)

Have to sleep now. Headache. Bye!

Saturday, December 03, 2011

I worked hard - awesome!

Assalamualaikum

I've been reaaally exhausted for these 2 days. Lebih letih daripada biasa berbanding hari hari lain yang aku keja. Sebab, abg sham tkdak. Dan bila abg sham tkdak..terkangkanglah aku kat Kopitiam tu. Sangat susah tkdak kudrat seorang lelaki yang gagah perkasa untuk tolong aku meringankan beban! Haha. Abg sham dah dua hari tk mai keja sebab pegi becuti kat Melaka. Abah memang tk boleh nak kata apa sebab abg sham boleh dikatakan ALMOST everyday kerja, no excuses. No holidays. Bukan senang nak keja 7 days a week kan, tiap tiap hari kena bangun awal dan kerah tenaga. Okay aku dah melalut. Haha dan yang menambahkan kepenatan aku ialah, abg sham pegi Melaka on weekends. Dan weekend memang aku sudah sedia maklum, orang melampaui had. Terlampau ramai sampai kadang kadang tk cukup rempat kat Kopitiam. Yes that's a fact. Nasib baik la kakak aku tinggai cuma 1 lagi paper untuk SPM, so dia bolehla tolong. Kelmarin memang ramai dan penat. Harini kurang sikit penat walaupon still ramai, sebab ada sepupu aku mai tolong. And he's fast. Cayalah!

Hmm esok seperti yang sudah dirancangkan, aku akan keluaq dengan kawan kawan sebab nak tengok wayang. Aku masih lagi blur nak tengok yang mana..either Twilight saga breaking dawn part 1 ataupon Ombak rindu. Masih 50-50. Tapi macam mana pon aku kena putuskan harini jugak sebab petang nanti aku nak beli tiket dah untuk esok. Harap harap tk sold out T____T I've been waiting for ages nak tengok Twilight saga & ombak rindu. Plan asal, nak tengok both movies in a day. Tapi tk boleh sebab tk sempat. Aku tk dibenarkan sama sekali untuk sampai rumah nak dekat dekat maghrib. Hmm okay tkpa~ Semalam aku balik kampung, setelah agak lama tk balik sana. Aku makan nasik tk banyak daripada biasa, sebab sebelum tu aku dah makan banyak kentang. Ya aku tahu kentang tu menggemukkan. Dan aku masih lagi makan berkeping keping hashbrown bila pi keja. Tk boleh nak tahan diri sebab kentang sedap! =) Dan bila dah selesai makan semalam, layan YouTube kat sana. Haha kalau dengan the 3 musketeers tu, tk lain dan tk bukan mestla video hantu. -.-

Oh yes pasai aku dan Syafiq, aku rasa dah much better. Hmm =) Kemaren pi keja aku jumpak Dalila, dan dua orang makhluk Tuhan yang gambarnya terpampang dalam page Terjah Budak Hots (Kedah). Malaih lee nak bagitau nama, aku tkmau satgi ada orang kata aku sengaja nak letak nama budak hot semata mata nak hot-kan blog aku ahaha ewwww itu sangatlah bukan kelas aku. Better to be low profile. Hmm another latest news, aku kemungkinan besar akan sekali lagi pi Shah Alam kalau tkdak aral yang melintang. Puncanya, aku pon tktau. Dah nenda & mama aku ajak, aku cuma ikut saja. Hmm tapi kesian kat abah, dia sorang sorang kat sini sebab kakak aku yang 2nd tu akan ikut sekali. Kakak sulung ada kat kolej. Kalaulah abah boleh ikut sama, macam dulu.. 

Wednesday, November 30, 2011

Ukhwah selamanya

Assalamualaikum

Aku tktau nak macam mana nak describe apa yang aku rasa sekarang ni. Syukur, yes memang rasa lega & syukur sebab Syafiq Herman dah maafkan aku walaupon aku still samar samar macam mana aku dengan dia lepas ni. Aku pecaya Tuhan akan kekalkan benda yang baik, contohnya friendship aku dengan Syafiq Herman. Aku pecaya kami akan tetap kawan sampai bila bila, insyaAllah. Walaupon aku belum jadi kawan yang terbaik yang pernah dia ada, but I'm trying to be. Malam ni memang aku sedih, aku rasa kecewa dengan diri sendiri sebab aku baru sedaq dengan keadaan sekeliling. Selama ni aku tk penah peka. Selama ni aku ingat semua orang ok, tkdak masalah. But then, I was wrong. Mood aku hilang dan maybe tu satu benda yang baik. At least aku sedih malam ni, aku dah sedaq apa yang aku buat, kan? Kalau aku tk sedih malam ni, sampai bila pon aku tktau. Setiap apa yang berlaku tu, ada hikmahnya. 

Seriously, aku tk marah langsung kat Syafiq. Apa yang dia buat tu betoi, kalau aku ada kat tempat dia memang for sure aku akan rasa down. Rasa tepinggir. Kalau untuk orang lain...aku tktau tapi aku langsung tk terniat nak abaikan semua kawan kawan aku. Memang macam orang selalu kata..ex tu hanya untuk boyfriend/girlfriend dan benda benda yang seangkatan dengannya. Tapi bagi aku, memang tkdak istilah ex-best friend. Aku sayang kawan kawan aku sampai aku pon tktau nak habaq banyak mana. But then, sifat manusia yang tk sempurna. Normal. Buat silap, tk sedaq kita buat silap sampailah ada yang bukak mulut. Masa tu baru tehegeh hegeh nak mintak maaf dan sebagainya. Barula rasa menyesal tk sudah. Dan sungguh sungguh aku tk sanggup nak buat Syafiq Herman sebagai ex-best friend aku. Memang aku tkmau.

Apa apa pon..aku harap lepas ni aku dengan Syafq Herman semakin ok dan bukan semakin jauh. Aku harap dia akan cari aku kalau dia ada masalah, dan insyaAllah aku akan cuba contact dia dengan lebih kerap lepas ni sebab aku tau, dia bukan jenis kawan yang ada masa aku senang ja. Aku besyukur sebab aku ada kawan2 yang tahap baik gila kat sekeliling aku.. Syafiq, Sarah, Dalila, Zuriyaty, Syaza, Mattop, and the latest, Kak Azie. Semua kawan kawan aku baik dan aku beruntung. Tkdak apa dalam dunia ni yang boleh ganti depa. Oh haha mungkin entry ni agak poyo disebabkan aku agak emosional tapi..who cares.

Dalila tengah 'panas' sebab baru lepas jadi single. Luarannya aku nampak dia cool, tk bengang mana sangat. Tapi dalaman, aku tktau. Yang aku tau, dia kuat. Bukan macam aku ehehek. Mungkin sesi begosip aku dengan Dalila, akan melegakan dia. Maybe. Yang pastinya, kalau dah kata aku begosip dengan dia, sampai bila pon tk habeh.

Sarah tkdak masalah apa2 yang aku tau selain dengan Syafiq saja. Aku tk berani nak pujuk untuk pihak Sarah sedangkan aku nak pujuk Syafiq untuk diri sendiri pon dah sampai merambu rambu air mata doh. Aku cuma boleh harap yang everything's gonna be fine. Sarah sayang Syafiq, dan Syafiq sayang Sarah. That's the fact. Semua orang tahu.

Zuriyaty memang lately ni aku nampak dia agak down dengan masalah yang menimpa. Dan aku cuba untuk tolong dia, walaupon apa yang aku tolong tu tkdak la tera mana pon. The best thing is bila dia dah boleh 'bukak mata'. Aku dah lama gila tk jumpak aby, since dapat duit RM100 kat sekolah haritu. InsyaAllah 4hb ni aku akan jumpak dia.

Syaza macam biasa, perang dengan jie memang satu perkara yang normal. Tadi mai serang rumah aku dikala aku sedang enak dibuai mimpi semata mata nak pinjam handphone, nak call jie. Dan bila dah call, perang pon bermula. Kalau member2 aku yang lain perang dengan pasangan..mungkin aku cuak. Tapi kalau dengan Syaza..aku gelak ja.

Mattop, nothing to say. Happy 1st year anniversary. Kalau ada apa2 yang dia berahsia dengan aku, memang nak kena ketuk kepala.

Kak Azie, sorry malam ni tk sempat lagi nak letak gambaq kak azie dalam blog. I'm glad that I know you, and I can feel that we're gonna be great friends. Seorang yang sangat sweet dan baik hati, tapi tk banyak yang aku tahu pasal kak azie sebab baru kemaren kenal. After all aku happy sebab walaupon baru kenai, tapi dah mesra macam dah lama kenai. =)

Syafiq, tkdak apa yang boleh aku kata la ni, kecuali I love you. Dan mattop tolong jangan jeles..hihi

Monday, November 28, 2011

FamILY

Assalamualaikum

Alhamdulillah! Aku baru ja selamat sampai dari Shah Alam about 5pm kemaren. Walaupon mulanya aku rasa macam tk sedap hati, nasib baik tkdak apa yang jadi. Tk sedap hati tu sebab, the day before we went to Shah Alam, aton ada cakap kat abah, "Abah lepas ni aton tk boleh jumpak abah dah." Then, dada pon ada cakap, "Awat dada rasa macam nanti nak jadi kemalangan.." Aku pon cuak. But finally alhamdulillah, sepanjang perjalanan pergi dan balik, sepanjang aku & semua kat Shah Alam, nothing happened. Aku berpeluang curi2 online fb kat handphone nana. Kalau nak online kat handphone sendiri memang dak la. Tk kuasa aku nak perabeh kredit semata mata nak online. Handphone nana tkpa sebab tk silap aku, free of charge hehe. Tapi malangnya aku kat sana tk boleh tengok bola, Malaysia vs Bahrain sebab masa tu aku tengah bejoli kat i-Siti. Alah tk tengok pon tkpa, Malaysia kalah 3-2. It's okay.. Walaupon kecewa, aku redho. Hihik

Hari Jumaat, betolak pukoi 11am lebih kot tk silap. Berenti hanya sekali kat hentian Tapah semata mata nak makan & sembahyang. We were having our lunch under the HOT sun! Memang panas gila! Nak makan tempat lain, tk boleh sebab dah fully loaded with other people. Masa kat Tapah tu entah mengapa manusia terlalu ramai. Aku makan secepat mungkin sebab aku dah tk rela nak membiarkan kulit yang selama ni aku jaga sepenuh hati, terbakar begitu sahaja. Okay lepastu sampai kat Shah Alam around 5 lebih dah nak dekat pukoi 6. Tired tu memang tk payah cakap la..macam nak tecabut pinggang aku ni punya lenguh. Sampai sana memang tk pi mana dah, mandi & lepak kat rumah ja lepas tu tidoq. We were too exhausted..

Second day, pi GM Klang. Luarannya nampak macam membosankan. Tapi bila dah masok memang banyak gila barang. Dari kedai jual sebesar besar barang (contohnya pagar rumah & pintu) sehinggalah ke sekecil kecil barang (contohnya subang dan cincin). Dapat bayangkanla betapa beranekanya barang yang ada dalam kedai tu. Kat sana, aku cuma beli 3 bracelets, 2 perfumes & 2 pins.

 Inilah bracelets yang menjadi pilihan hati. Satu butterfly, satu love & satu lagi bintang. Yeah aku tahu memang nampak sangat feminin! Terlampau feminin! But, who cares. Dah aku suka sebab comel. Satu lagi sebab memang aku perempuan pon so tk salah la kan hihik. Bayangkan, 3 bracelets ni aku dapat dengan harga RM10.20. Kat city plaza, satu bracelet pon dah RM10. Berbaloi baloi baloi!

Lepas pi GM Klang, balik rumah. Petangnya hujan. Walaupon petang tu hujan, aku tetap berkeras ajak my beloved cousin, Hakim untuk singgah ke My One Shop. Ini lagi satu kedai maha murah. Banyak gila barang. Alat tulis, bags, wallets, cenderahati, make-up box, tudungs/shawls, slippers, keychains, beg handphone, aksesori dan macam2 lagi. Memang boleh rambang mata! Petang tu masa pi kedai ni, aku beli rantai owl dengan harga cuma RM7.90. Imagine lah dekat city plaza harganya RM12.90! Pasaipa aku asyik bandingkan harga kat city plaza? Sebab baru sekarang aku tahu city plaza menjual barang dengan harga yag mencekik darah! Kita beli barang, sekaligus membayar duit sewa kedai mereka. Tk patut! Masa aku tengah sibuk membelek barang kat My One Shop, mama pulak sibuk shopping baju & jubah kat Linas. Dan memang aku beruntung sebab mama belanja aku satu skirt labuh. Sesungguhnya aku tk penah pakai skirt labuh..

Second day, pagi pi swimming kat stadium. Aku tk swim pon sebab kemalasan. So aku cuma tecongok tepi pool, memerhatikan gelagat manusia-manusia sedang berenang dengan gaya tersendiri sambil dengaq lagu. Sesungguhnya penantian ialah sesuatu yang sangat membosankan..sejam lebih jugak la aku berlindung di sebalik tiang2 yang ada, sebab cuaca waktu tu sangat lah membahang. Sampai bad mood terus aku! Tapi bila uncle Jumali bawak aku & semua pi 7E dan beliau belanja, terus sejuk hati aku ehehe. Petang tu once again aku pi My One Shop. Mama beli barang untuk herself, dan jugak untuk the 3 musketeers, tk lupa jugak kakak2 aku. Kali kedua aku pi sana, aku beli beg & wallet. Beg kat My One Shop & GM Klang ada perbezaan harga yang sungguh ketara. Kat GM Klang harganya RM60 jauh lebih mahal padahal rupanya & kualitinya lebih kurang sama sahaja.





 Marble brownies cheese cake. Actually bunga tu ditambah oleh the 3 musketeers, tiada kaitan dengan kek, yang hidup ataupon yang dah mati. Hanya untuk menambahkan efek drama semata mata.

 Masa kat KFC di i-Siti. Yes nampak belemoih dan semakin bulat muka aku kan? Aku tahu. Dan aku tersangatlah redha.

 The 3 musketeers bersama Insyirah Hany (left) kat i-Siti.


 Actually kalau masa aku & semua pi i-Siti haritu dan tk hujan, lagilah menyeronokkan. Tk masuk pon Snowalk. Dan tk pi tengok pon The Biggest Reptiles yang ada kat sana. Cuma naik satu benda yang aku pon tk tau apa nama benda tu, tapi Hakim ada bagi nama kat benda tu. "Buaian of Death" haha. Agak memeningkan. After all, we really enjoyed ourselves. Ada jumpak la budak2 berpakaian tk senonoh kat sana. Well I guess it's normal.

Betolak kemaren pukoi 11.43am. Sampai around 5pm.
 Oh memang sudah jelas, terang lagi bersuluh, nyata aku sudah gemuk. Tambah2 pulak dok sana aku asyik makan. =) It's really hard to say good bye kat sepupu2 aku semua.

Conclusion : Tk sabiaq nak layan Tentang Dhia malam ni. Adi Putra tersangatlah hensem sampai kadang2 aku terberangan yang Dhia tu adalah aku dan aku adalah Dhia. hehe