Monday, November 28, 2011

FamILY

Assalamualaikum

Alhamdulillah! Aku baru ja selamat sampai dari Shah Alam about 5pm kemaren. Walaupon mulanya aku rasa macam tk sedap hati, nasib baik tkdak apa yang jadi. Tk sedap hati tu sebab, the day before we went to Shah Alam, aton ada cakap kat abah, "Abah lepas ni aton tk boleh jumpak abah dah." Then, dada pon ada cakap, "Awat dada rasa macam nanti nak jadi kemalangan.." Aku pon cuak. But finally alhamdulillah, sepanjang perjalanan pergi dan balik, sepanjang aku & semua kat Shah Alam, nothing happened. Aku berpeluang curi2 online fb kat handphone nana. Kalau nak online kat handphone sendiri memang dak la. Tk kuasa aku nak perabeh kredit semata mata nak online. Handphone nana tkpa sebab tk silap aku, free of charge hehe. Tapi malangnya aku kat sana tk boleh tengok bola, Malaysia vs Bahrain sebab masa tu aku tengah bejoli kat i-Siti. Alah tk tengok pon tkpa, Malaysia kalah 3-2. It's okay.. Walaupon kecewa, aku redho. Hihik

Hari Jumaat, betolak pukoi 11am lebih kot tk silap. Berenti hanya sekali kat hentian Tapah semata mata nak makan & sembahyang. We were having our lunch under the HOT sun! Memang panas gila! Nak makan tempat lain, tk boleh sebab dah fully loaded with other people. Masa kat Tapah tu entah mengapa manusia terlalu ramai. Aku makan secepat mungkin sebab aku dah tk rela nak membiarkan kulit yang selama ni aku jaga sepenuh hati, terbakar begitu sahaja. Okay lepastu sampai kat Shah Alam around 5 lebih dah nak dekat pukoi 6. Tired tu memang tk payah cakap la..macam nak tecabut pinggang aku ni punya lenguh. Sampai sana memang tk pi mana dah, mandi & lepak kat rumah ja lepas tu tidoq. We were too exhausted..

Second day, pi GM Klang. Luarannya nampak macam membosankan. Tapi bila dah masok memang banyak gila barang. Dari kedai jual sebesar besar barang (contohnya pagar rumah & pintu) sehinggalah ke sekecil kecil barang (contohnya subang dan cincin). Dapat bayangkanla betapa beranekanya barang yang ada dalam kedai tu. Kat sana, aku cuma beli 3 bracelets, 2 perfumes & 2 pins.

 Inilah bracelets yang menjadi pilihan hati. Satu butterfly, satu love & satu lagi bintang. Yeah aku tahu memang nampak sangat feminin! Terlampau feminin! But, who cares. Dah aku suka sebab comel. Satu lagi sebab memang aku perempuan pon so tk salah la kan hihik. Bayangkan, 3 bracelets ni aku dapat dengan harga RM10.20. Kat city plaza, satu bracelet pon dah RM10. Berbaloi baloi baloi!

Lepas pi GM Klang, balik rumah. Petangnya hujan. Walaupon petang tu hujan, aku tetap berkeras ajak my beloved cousin, Hakim untuk singgah ke My One Shop. Ini lagi satu kedai maha murah. Banyak gila barang. Alat tulis, bags, wallets, cenderahati, make-up box, tudungs/shawls, slippers, keychains, beg handphone, aksesori dan macam2 lagi. Memang boleh rambang mata! Petang tu masa pi kedai ni, aku beli rantai owl dengan harga cuma RM7.90. Imagine lah dekat city plaza harganya RM12.90! Pasaipa aku asyik bandingkan harga kat city plaza? Sebab baru sekarang aku tahu city plaza menjual barang dengan harga yag mencekik darah! Kita beli barang, sekaligus membayar duit sewa kedai mereka. Tk patut! Masa aku tengah sibuk membelek barang kat My One Shop, mama pulak sibuk shopping baju & jubah kat Linas. Dan memang aku beruntung sebab mama belanja aku satu skirt labuh. Sesungguhnya aku tk penah pakai skirt labuh..

Second day, pagi pi swimming kat stadium. Aku tk swim pon sebab kemalasan. So aku cuma tecongok tepi pool, memerhatikan gelagat manusia-manusia sedang berenang dengan gaya tersendiri sambil dengaq lagu. Sesungguhnya penantian ialah sesuatu yang sangat membosankan..sejam lebih jugak la aku berlindung di sebalik tiang2 yang ada, sebab cuaca waktu tu sangat lah membahang. Sampai bad mood terus aku! Tapi bila uncle Jumali bawak aku & semua pi 7E dan beliau belanja, terus sejuk hati aku ehehe. Petang tu once again aku pi My One Shop. Mama beli barang untuk herself, dan jugak untuk the 3 musketeers, tk lupa jugak kakak2 aku. Kali kedua aku pi sana, aku beli beg & wallet. Beg kat My One Shop & GM Klang ada perbezaan harga yang sungguh ketara. Kat GM Klang harganya RM60 jauh lebih mahal padahal rupanya & kualitinya lebih kurang sama sahaja.





 Marble brownies cheese cake. Actually bunga tu ditambah oleh the 3 musketeers, tiada kaitan dengan kek, yang hidup ataupon yang dah mati. Hanya untuk menambahkan efek drama semata mata.

 Masa kat KFC di i-Siti. Yes nampak belemoih dan semakin bulat muka aku kan? Aku tahu. Dan aku tersangatlah redha.

 The 3 musketeers bersama Insyirah Hany (left) kat i-Siti.


 Actually kalau masa aku & semua pi i-Siti haritu dan tk hujan, lagilah menyeronokkan. Tk masuk pon Snowalk. Dan tk pi tengok pon The Biggest Reptiles yang ada kat sana. Cuma naik satu benda yang aku pon tk tau apa nama benda tu, tapi Hakim ada bagi nama kat benda tu. "Buaian of Death" haha. Agak memeningkan. After all, we really enjoyed ourselves. Ada jumpak la budak2 berpakaian tk senonoh kat sana. Well I guess it's normal.

Betolak kemaren pukoi 11.43am. Sampai around 5pm.
 Oh memang sudah jelas, terang lagi bersuluh, nyata aku sudah gemuk. Tambah2 pulak dok sana aku asyik makan. =) It's really hard to say good bye kat sepupu2 aku semua.

Conclusion : Tk sabiaq nak layan Tentang Dhia malam ni. Adi Putra tersangatlah hensem sampai kadang2 aku terberangan yang Dhia tu adalah aku dan aku adalah Dhia. hehe

No comments:

Post a Comment