Wednesday, November 09, 2011

Shut down

Assalamualaikum

Harini, sepupu2 aku dari Shah Alam tu dah selamat betolak pukoi 3.00pm tadi. Sedih sangat sebab bangun pagi dah tk boleh tengok muka bulat Isyraq Hafeez..dah tk boleh dukung dia. Dah tk boleh high five dengan dia. Dah tk boleh nak sayang pipi dia! Hmm tkpalah. InsyaAllah nanti hujung tahun, lepas appointment dengan dentist kesayangan aku, aku pi sana. Boleh aku habiskan duit aku dengan novels yang bertambah banyak kat sana..alahai nikmatnya. Actually aku tk kisah sangat pon sama ada novels remaja ka, motivasi ka, cinta ka, agama ka..asalkan dapat baca. Majalah pon aku layan. Sebab memang hobi aku di carta teratas ialah membaca, followed by shopping dan makan. Cuma sejak 2-3 tahun ni, aku dah semakin berjinak jinak dengan novels berbahasa inggeris. Al maklumlah dulu kecik2 mana nak paham sangat. Sekarang barulah dah ok sikit, tu yang jadi laaaaayan sangat bila baca =)

Mattop sekarang ni tengah ada kat puncak gunung jerai bersama sama wan, fahmi, izzat dan lagi sorang identitinya tk dapat dikenalpasti. Moga moga selamat lah perjalanan depa, naik dan turun hingga sampai ke rumah. Moga moga tkdak lah salah sorang daripada depa yang terpikat dengan mana mana bunian yang ada kat gunung jerai tu, nauzubillah. Moga moga tkdak lah salah sorang daripada depa yang tersesat dan sebagainya.. Bukan boleh harap sangat kalau naik gunung ni, bermacam macam makhluk yang menginap kat atas tu. Tadi beliau called aku menggunakan telefon sekaligus kredit milik insan bernama fahmi, katanya dok ada kat puncak. Lepastu terdengarlah beruk2 kat belakang dok kata, "Wei kami nampak rumah hang wei. Dok buat apa tu?" Ahaha macam haram. Dok bajet gunung jerai tinggi macam everest. Menurut beliau, Jumaat ni baru balik. Ehem lain macam ja..semayang jumaat cemana?

3 Disember ni sepupu2 aku nak pi Sunway Lagoon. Dan depa ada ajak aku..cuma aku tktau lagi nak pi ka dak. Selalunya kalau sebelum ni pantang orang ajak aku pi water park, mesti aku yang paling terkinja kinja. Tapi kali ni aku pon tktau pasaipa. Adakah ini petanda aku semakin menjadi seorang insan anti-social? Haha semestinya tidak, sebab sekarang aku tengah dalam proses untuk mengumpulkan duit, menambahkan koleksi baju, menambahkan bilangan novel dan memenuhkan almari berisi shawl. Oh ya tk lupa juga memvariasikan lagi kasut kasut aku - flat, wedges, high heels, sandals, sneakers or what so ever. Ahaha tinggi gila aku berangan, nak shopping macam2 dalam masa tk kurang 2 bulan ni. Hendak seribu daya, tk hendak seribu dalih.. Kalau dah suka tu berhempas pulas cemana pon tkpa. =)

Oh ya..raya pertama haritu, masa aku sedang bersuka ria dengan anak2 sepupu aku (sebelah abah) kat rumah makteh, mama pulak tengah bergembira bersembang dengan anak teruna kesayangannya (tangan di dada mata ke atas). Ex aku bawak dengan mak dia, abang dia, adik dia & anak saudara dia bertandang ke rumah aku kononnya nak beraya. Mujurlah aku tkdak kat rumah.. Actually aku tk kisah pon sebenaqnya. Yang tk berapa nak tahan tu sebab dia tu, dulu kini dan selamanya asyik nak panggil mama aku MAMA. Padahal aku tkdak la sepulun dia nak panggil mak dia MAK sampai sekarang ni. Penah dia text mama aku sebab nak wish raya haji, last2 tu dia kata, "Sayang ma.." Ish nak tekeluaq telinga ni macam dengaq. Please stop calling my mother 'MAMA'! She's not even your mum! She's mine! >.<

Huh..bye.

No comments:

Post a Comment