Oh man! Malaysia kalah teruk semalam dengan Syria. 2-0 tuuuu ish mulanya aku memang tk dapat nak terima kenyataan, walaupon Baddrol Bakhtiar & Asraruddin tkdak, Zubir dan Wan Zack Haikal ada! Tapi tetap tk menjadi. Malaysia tetap kalah dengan Syria. Hmm tkpalah, memang adat sukan. Kadang2 menang, kadang2 kalah. Lagipon depa memang tahap letih gila la, aku tengok cara depa main pon tau dah (bajet terer sangat). Yalah dahla baru balik dari bertempur dengan garuda, dengan nak celebrate lagi. Entah bila depa nak tidoq & training. Kita ni cakap senang la sebab kita tk pi mana, tengok bola kat rumah ja. Ish tapi best la sebab aku tengok Nazmi Faiz memang tahap bertenaga gila semalam. Haiii untung la Aika Azman, satu sekolah dengan Nazmi Faiz..
Oh yes harini aku tk keja sebab semalam aku balik rumah mama sebab aku nak amek novel untuk dibawak ke Shah Alam esok. Oh cerita pasai Shah Alam, aku tk boleh pi kenduri Syahmi huu sedihnya. Dan sepanjang aku kat sana nanti, kemungkinan besar aku tk boleh online jauh sekali nak update blog. Sepupu2 aku kat sana kebanyakannya gila games, so peluang nak mendapatkan laptop untuk aku online tu memang agak tipis lah..tkpa redha. Yang penting aku tk sabaq nak jumpak Isyraq Hafeez..mato mato =)
Hmm entry kali ni boleh dikatakan agak poyo la sebab aku nak share benda yang aku tengok kat REMAJA (1Nov) yang agak menarik. Sebab semenjak editor baru REMAJA ni bertudung..so semakin banyakla benda yang melibatkan tudung ada dalam REMAJA ni. Tu yang aku rajin beli ehehek cuma hat 15Nov aku tk beli lagi. Benda yang aku nak share ni pon ada kena mengena dengan kita yang bertudung ni.. Aku pon tengah mencuba untuk ikut semua tips ni =)
Rambut tetap OHSEM
Walaupon kita AYU bertudung =)
- Elakkan memakai tudung dalam keadaan rambut yang masih basah kerana rambut yang masih basah akan menjadi lembap di dalam tudung. Rambut bukan sahaja akan berbau, malah kulit kepala akan menjadi lembap dan boleh menimbulkan kelumumur serta kegatalan.
- Biarpun sudah menjadi trend waktu ini tudung dipakai secara berlapis-lapis dan pelbagai gaya, namun elakkan memakai tudung lebih daripada empat lapis. Semakin tebal kain tudung, maka akan semakin sukar rambut bernafas. Tentunya pemakaian tudung berlapis-lapis baik digunakan untuk acara dan tempat tertentu sahaja.
- Elakkan memakai tudung berwarna gelap semasa cuaca panas. Warna yang gelap mudah menyerap haba matahari. Jika aktiviti banyak di bawah sinar matahari, sebaiknya pilih warna lembut muda, pastel atau putih.
- Cubalah untuk tidak mengikat rambut terlalu ketat. Menggunakan pengikat rambut yang besar dan tebal juga lebih baik daripada pengikat rambut yang kecil dan nipis. Rambut yang diikat dengan ikatan yang sama setiap hari berpotensi untuk rambut patah. Oleh itu, sentiasa variasikan jenis ikatan rambut.
- Hindari menarik garis rambut di bahagian yang sama sahaja misalnya belah tengah, belah kanan atau belah kiri. Kerosakan rambut bermula daripada belahan rambut yang tidak pernah diubah-ubah.
- Mengenakan tudung tidak bererti kita tk payah sikat rambut. Itu memang kesalahan besar! Usahakan untuk tetap menyikat rambut, paling tidak pun tiga kali dalam sehari. Menyikat rambut sama sahaja seperti melakukan urutan ringan pada kulit kepala. Kulit kepala secara tidak langsung akan menjadi tenang dan rambut bebas daripada kekusutan. Sebaiknya gunakan sikat bergigi jarang agar rambut kamu tidak banyak menempel pada gigi sikat.
- Jika berada di rumah dan membolehkan kita tk mengenakan tudung, sebaiknya kita biarkan rambut lepas terurai tanpa diikat agar rambut boleh beristirehat.
Dipetik dan diubahsuai sikit2 daripada REMAJA 1Nov2011, page 64
Kaki SEHEBAT Gisele Bundchen & Cameron Diaz
- KASUT - Beli dan kenakan kasut yang sesuai dengan kaki. Kasut yang terlebih kecil ataupun besar akan membuatkan kulit kaki melecet serta mudah pecah.
- GUNAKAN KASUT SECARA BERTUKAR GANTI - Pastikan setiap hari kita memakai kasut yang berlainan. Jika kita menggunakan kasut yang sama setiap hari, ia boleh menyebabkan lapisan kulit kaki pecah-pecah. Contohnya, bila hari ini kita memakai kasut tumit tinggi seharian, maka keesokan harinya adalah lebih baik kita memakai kasut dengan permukaan yang rata.
- SELAMAT TINGGAL DAKI! - Rajin-rajinlah melakukan pengelupasan daki pada kulit kaki. Gunakan batu sungai untuk menggosok kaki. Kemudian, jangan lupa untuk menyapukan lotion bagi menghaluskan lagi kulit kaki. Jika dilakukan secara rutin, maka kulit kaki menjadi lebih lembut dan cantik.
Dipetik dan diubahsuai daripada REMAJA 1Nov2011, page 66
Nota : Jangan buang daki kat kaki saja. Anggota lain pon kena bebas daki. SAY NO TO DAKI! =)
Oh yes..aku baru baca paper. Katanya Indonesia tk puas hati sebab Malaysia menang, kononnya kata pengadil Jepun tu tk adil. Dah kalah buat cara kalah, dok tk puaih hati apa benda lagi. Dahla Bonai sorang ja yang salam dengan semua Harimau Muda lepas game tamat, penonton Indonesia pon langsung tk hormat masa lagu Negaraku dimainkan. Boleh pulak tahan bus para Harimau kita lepastu tk segan silu meludah, caci maki & tunjuk tanda lucah. Tkdak semangat kesukanan langsung, bila dah kalah mula nak hingaq. Dah offside tu memang offside la. Menyampah aku..
Okaylah bye =)
No comments:
Post a Comment