Assalamualaikum
Harini last day sekolah untuk tahun ni. Aku akan kembali menjenguk sekolah tu 28hb ni insyaAllah, untuk amek result. Hmm meremang terus bulu roma when start talking about results. Okay lupakan! Tadi bangun pukoi 8 lebih. Tapi still malas, so bergolek golek dulu sambil bersms dengan aby & mattop. Lebih kurang pukoi 10am barula aku gagahkan diri untuk bangun dalam erti kata yang sebenarnya. Basuh muka dsb, kemudian breakfast nugget. Memandangkan aku lapaq, so aku rasa tadi tu macam nugget yang paling sedap dalam dunia haha over. Lepas makan, iron baju & tudung dan baru la aku mandi. Lepas besiap apa semua keluaq tunggu bus. Ahah! Macam biasa bus area sini, lambat gila. Nasib baik sempat..
Sampai sekolah pukoi 11.56am. Beberapa saat kemudian aby pon sampai dengan syaza, ismah & aby. Sebelum tu aku lepak dengan Zakirah. Haha lepak dengan Zakirah? Lawak sangat aih. Actually tk lepak pon, cuma duduk sekali. Aku baca novel. Tk sembang sangat dengan beliau sebab tk rapat & tktau nak sembang apa dengan dia. Lepas semua mai, pakat2 masok. Pi dewan, bagi ic & sign, dapat duit terus blah.
Kemaren masa tengah online, Dalila text aku. Dia ajak keluaq sebab boring dok rumah. Aku on ja sebab kebetulan mama nak keluaq sekali. Tapi tk jadi la keluaq dengan mama sebab Dalila baik hati nak amek aku kat rumah ahaha. Pi city plaza tk shopping apa sangat pon sebab keadaan kewangan aku tk mengizinkan. Aku cuma beli novel, aiskrim, keychain untuk handphone & anak tudung syria. Makan pulak, free of charge sebab one hundred percent ditanggung oleh Dalila. Dia tanya sama ada nak makan kat Pak Hainan ataupon McD. Aku dah muak makan kat Pak Hainan! Tk sedap mana pon. So McD menjadi pilihan. Aku order filet o fish sahaja. Tkkan nak mengebat mahai2 kot, aku sedaq diri ada orang belanja :D Dan pi sana kemaren, jumpak sorang makhluk Tuhan ni yang membuatkan aku terbeliak bijik mata. Lama gila tk jumpak dia..haha. Tapi dia tk kenai aku pon la. Farhan Azman. Rambut dah berkarat tapi tetap hensiom. Dengan awek dia kot..entah aku pon tktau. Alah tkpa, aku bukan suka dia, cuma suka tengok muka dia. Lagipon mattop kan ada? =)
Oh yes..kemaren lepas beli sepit rambut Dalila, dok belek2 keychain untuk phone tu. Banyak sangat yang comel! Mulanya aku sorang ja nak beli, tiba2 kami dapat idea nak beli keychain yang sama. Dahla phone pon sama..keychain pon sama! Comel sangat! Aku suka!
Cornetto sundae chocolate tu aku punya, sundae vanilla tu Dalila punya. Handphone aku yang kiri, kanan Dalila punya. Nampak keychain tu? Ehehehe
Handphone sama, keychain pon sama. Haih terasa diriku begitu berharga =)
Lepas pusing dan pusing dan pusing satu city plaza, pukoi 6 abang Dalila mai amek. Nak tengok wayang pon tkdak cerita yang syok. Memang terbukti panggung wayang city plaza tk gempak! Kot mana pon panggung wayang asmall jugak la yang kena serbu nak tengok Ombak Rindu nanti. Haih tk sabiaq..
Okay good luck untuk calon2 SPM. Do your best and beat the rest!
No comments:
Post a Comment