Wednesday, November 23, 2011

Immature life

Assalamualaikum

Setelah puas aku ber blogwalking sana sini, aku hampa sebab kebanyakan blog yang aku tengok hampir semua tk update hmm kecewa :( Tapi kekecewaan aku diubati dengan blog honeykoyuki. Yes FL dah update blog! Rasa macam tk pecaya. Betui ka dah ada entry baru ni? Banyak kali jugak la aku pejam celik mata (bohong) semata mata nak pastikan yang aku tk berhalusinasi. Ternyata memang betul..FL dah boh entri baru. Dan entri beliau bagaikan menampar nampar pipi aku sebab apa yang aku baca tu macam terkena batang hidung aku sendiri. Sebab aku memang pernah belajar sambil online FB! Ala ala sambil menyelam minum air. Apa yang FL update tu, ialah apa yang selalu aku buat dan betul, tkdak faedahnya pon sebab lastnya diri sendiri yang kelam kabut macam orang gila.

Okay ramai orang dah stopped talking about football sekarang ni. Dan ramai jugak dah beralih arah cakap berkenaan satu lagi perlawanan bola yang akan berlangsung malam ni, Malaysia menentang Syria. Menurut maklumat yang aku dapat daripada boyfriend si Aimi Nadhirah @ nadhirahcullen:) iaitu Zul Hilmi, dia kata malam ni 8.30pm ada football match dekat TV1 dan Astro Arena. Tktaula betui ka dak, kalau tk betui jangan tumbuk aku tapi tumbuk lah Zul ehehe. Tiba tiba rasa tk sabaq pulak nak layan bola malam ni haha padahal dah berapa taun aku abaikan aktiviti tengok bola ni. Pernah sekali aku pi stadium dengan abah dan kakak aku, tengok Kedah vs Terengganu. Yang bodohnya aku pi pakai t-shirt hitam + putih padahal aku duduk dalam kelompok orang Kedah semata mata. Pandangan serong daripada orang ramai tu memang adalah, tapi memandangkan aku masih budak2 hingusan masa tu, aku buat tktau saja. Baju aku, abah aku punya duit! So suka hati aku. Ehehe but luckily Kedah won that night, tk silap aku 6 gol kot depa score. Fuh Kedah memang terer. Dan tu ialah kali terakhir aku pi tengok bola kat stadium. Oh btw, good luck untuk TEAM MALAYSIA!

Harini macam yang aku bagitau kemaren (kot), aku ada appointment dengan dentist. Ini ialah pertama kali untuk seumur hidup aku, pi jumpak dentist dengan tkdak sapa2 yang menemani. Abah cuma hantar dan terus balik. Aku pon tk halang sebab abah baru balik keja, and I know how tired he was. So aku biaq ja abah balik & tidoq. Sepatutnya appointment aku pukoi 3.30pm, tapi 2.15pm aku dah tecongok kat dalam tu. Nasib baik la aku ni seorang yang gila membaca, so hidup aku tadi tkdakla boring sangat dengan adanya REMAJA kat tangan. Aku tunggu tk lama, lebih kurang 15minit depa panggil masuk. Ketaq tu adalah jugak walaupon dah beberapa kali aku dok pi klinik gigi tu. Bukan apa..benda yang paling aku tkmau sekali ialah kena cucuk. Hmm tadi Dr Sari ada jugak, tapi beliau check sikit2 saja. Yang lainnya, Dr Huda handle. KEcik molek, muda dan of course sangat segak! So aku tkdak la kekok sangat tadi. Mulanya, amek x ray. Nurse lelaki yang masih muda tolong amek x ray untuk aku tadi. Walaupon perasaan segan ni hanya Tuhan yang mengetahui, aku sedaya upaya control muka agar nampak selamba.

Lepas amek x ray, aku dah tktau apa Dr Huda & nurse lelaki tu buat dalam mulut aku. Ada 4 tiub dalam mulut aku! Fuh dahsyat gilalah. Rasa macam gelojoh pon ada. Sakit jugak la apa yang depa dok buat tu tapi tk sesakit kalau kena cucuk kat gusi. Ada jugak rasa nak tepis tangan Dr Huda & nurse tu jauh2 tapi once again, aku control untuk kelihatan selamba. Lagipon tkdak la sakit sampai nak meraung raung. Lepas tu Dr Huda suruh aku kumur. Dan bila tiba masa untuk kumur..masya Allah aku rasa macam nak pengsan! Darah banyak gila. Nasib baik aku tk pengsan, kalau dak memang nurse lelaki tu dah jadi hero sebab tolong sambut aku ehehe gatai. Selesai semua, aku tunggu kat luaq bilik R tu. Dan sambil membaca REMAJA. Lepastu nurse lelaki tu panggil nama aku sebab nak bagi balik kad. Dia dah nampak aku mai tapi dok panggil2 lagi, nasib la majalah REMAJA tu tk mendarat ataih kepala dia -.- Bila tengok ada appointment lagi, aku bebai. Boring! Next appointment, 23hb November 2012. Hari Rabu. Setahun lagi tuu..aku dah nak naik form 5 dah masa tu. Tuanya..

Semua selesai pukoi 3.09pm. Aku tau sebab aku tengok jam masa tu dan aku ingat lagi. Aku tunggu kat luaq klinik gigi bersama-sama dengan para nenek2 yang kebanyakan dah tkdak gigi, so aku tk paham apa tujuan depa pi klinik gigi. Oh maybe buat gigi palsu? Boringnya hanya Tuhan yang mengetahui. Ada sorang nenek ni dia tanya aku, "Cu dah habeh belajaq ya, cu?" Aku cuma geleng dan jawab, "Eh dak lagi." Adakah muka aku nampak semakin tua bila aku lepak dengan orang orang tua...

Tunggu punya tunggu, sampai habeh REMAJA tu aku baca, pukoi 4 kot lebih kurang baru abah mai amek. Padahal awai2 lagi aku dah talipon abah. Baru aku tau abah pon bersiap mengalahkan anak dara, sebijik macam aku. Hmm esok mungkin aku keja, tapi tktau lagi sebab mattop kata dia nak pi Kopitiam. Kalau dia pi, means aku tk pi. Sebab aku paling tk suka orang yang aku kenai contohnya member2 aku, tengok aku dok buat keja. Tambah pulak mattop...lagi aku tk suka. And don't ask me why. Penah sekali masa Hairi (kot) mai Kopitiam, aku sanggup pi kat belakang bangunan tu semata mata aku tkmau abah suruh aku hantaq makanan kat dia. Ehehe so sapa2 yang nak mai esok, kalau nampak aku buat2 lah macam tk nampak & tk kenai. =)

Good luck Harimau Malaya, untuk perlawanan malam ni menentang Syria. Malaysia boleh! 

No comments:

Post a Comment