Assalamualaikum
Sangat tk sabar nak tunggu esok hari sebab nak pi sk jalan pegawai, ada hari kantin. Tk sabar sangat sangat sebab boleh jumpak sarah, syafiq & luqman. Dalila? Tk larat dah aih nak tengok muka dia haha. Buat julung julung kalinya dalam seumur hidup aku, aku lepak dengan depa membawak bersama adik bongsu aku. Keadaan darurat, tkdak sapa nak jaga dia so terpaksalah aku heret dia sekali. Sarah dah promised dah aku nak jaga atun so senang la kerja aku haha. Dia belum tahu betapa payahnya nak jadi babysitter kepada adik aku ni. Tapi tktaulah mungkin atun akan dok sengap dengan adanya kewujudan syafiq & luqman yang nampak ala ala bodyguard tu kan haha. Tapi kena bangun awai..hmm
Sekarang ni aku tengah menderita lenguh kaki akibat berpusing tk tentu hala kat city plaza tadi. Agak terujalah sebab first time aku tengok city plaza tk ramai dan aku sangat menikmati keadaan tu. Enjoy la sikit mata aku ni tanpa kehadiran budak2 tkdak arah tujuan yang baru mengenal erti hidup tu. Destinasi pertama ialah food court sebab aku dan dalila tersangat lapaq, bukan sebenarnya aku yang tersangat lapaq tu. So dalam sedang enak menjamu selera, datanglah 3 anak teruna pingitan yang ponteng sekolah iaitu mattop, may & izzat. Ish..seram tengok muka may, terserlah muka mafia haha. Izzat ala ala malu. Pakkob pulak tk mai sebab dia keluaq dengan kakak dia. Tkpa biaqlah. Sembang punya sembang sambil makan, bila dah rasa boring kami mula angkat punggung dan pi Popular. Tk beli apa pon masa tu cuma tengok tengok. Lepastu jumpa syaza..dan seperti yang aku jangka, dengan balak dia yang lagi 2 minggu nak exam SPM tu.
Aku tk ingat kami pi mana lepas keluaq Popular. Oh yes! Pi tengok syaza cari baju couple. Lepastu naik atas nak tengok ada movie apa kat panggung. Semua tk best! Rugi duit ja. Tiba2 ternampak sarah, yat & liyana. Yat comeh sangat sangat! Muka baby face dan aku suka tengok muka yat! Lepastu almyn pon mai. Buat mesyuarat tingkap untuk beberapa minit lepastu bersurai sebab sarah nak kena main boling. Dipendekkan cerita, semua bekumpul kat Pak Hainan. Semua means aku, dalila, mattop, may, izzat, syaza & jie. Lepastu kan ehehe aku amek gambaq. Syok sangat =)
Selesai lepak Pak Hainan, dalila balik. Aku ikut syaza pi beli baju dan aku tolong pilih ehehe suka sangat sebab baju tu warna merah & hitam. Kalau dak memang aku pon nak tumpang sekaki beli baju tapi segan kat mattop. Aku hanya selesa nak shopping kalau sekeliling aku cuma ada perempuan =) Dah beli baju, singgah kat tempat boling dan pi jumpak sarah. Lepak sambil bergosip & amek gambaq dengan nasima sampaila pukoi 5.55pm. Turun bawah cari syaza tengok tengok dia dok beli jam -.- Banyak gila duit mangkuk ayun tu. Jam la kasut la baju la. Aku ni cuma beli novel semata mata haha. Lepastu turun, tiba tiba jumpak cikgu. Argh aku jammed, aku tktaula cikgu tu nampak aku ka dak. Then balik, naik kereta baru syaza ehehe.
Aku beli 2 novels baru sahaja. Dan makan kat pak hainan & food court. Aku ada jumpak baju, rantai dan purse yang comeh comeh dan ohsem ohsem tapi..aku tk beli sebab may mattop jie izzat ada. Kalau dengan syaza sorang, tobat habeh dah duit aku tadi =) Hmm tk sabar nak pergi SKJP esok..
Bye!
No comments:
Post a Comment