Sunday, October 30, 2011

I love you more than a love song baby

Assalamualaikum

Aku tk dapat nak menggambarkan perkataan bosan bila pi sekolah kemarin. Ada satu slot masa cikgu dok bagi penerangan masa ekonomi asas, mata aku betui betui berat! Mengantok nak mampoih. Lepastu bila cikgu jerit sebab nak melawan kebisingan para apeks kat belakang, dia boleh tanya. "Kuat sangat ka?" What the hell -.- Aku yang tengah mata kuyu masa tu teruih tebeliak haha. So dah memandangkan kemarin boring, harini aku tk pi sekolah. Kemarin dah selamat hantaq borang pemilihan matapelajaran elektif apa kejadah semua tu. Jadi tkdak masalah la kalau aku nak ponteng harini kan hehe. Lagipon aku tau dah harini tobat tk ramai orang sebab ada yang join pi lawatan kat mana tktau. Keadaan akan menjadi bertambah boring.

Dah siap deal kemaren dengan member member tercinta nak pi sekolah. Tengok tengok, ada jugak sorang anak dara bertuah tk mai! Ish geram aku haha. Tapi tkpa sebab dia kata kakak dia suruh teman pi Kulim. Dan menurutnya jugak harini dia pi sekolah sebab nak kutip duit kut. Haha nasib dia la, ramai gila budak melayu tk pi sekolah harini. Termasuklah aby yang mungkin sekarang ni tengah tecongok depan almari nak pilih baju ataupon selendang untuk dipakai keluaq ke asmall nanti bersama pengarang jantung nya. Tkdak yang best kat asmall melainkan panggung wayangnya sahaja, lainlah kalau poket kita ni tembun dengan duit barulah boleh shopping baju / shawl / kasut / beg sesuka hati. =)

Oh yes..lupa nak bagitau. Sarah dah tk marah kat aku dah hihi. Entahla pasaipa yang dia marah sangat haritu padahal aku & almyn bukan kata apa apa yang boleh membuatkan dia meletup sampai macam tu sekali. Maybe it's because of the hormone kot haha. Ha lagi satu..harini 31hb oktober. Kemarin 30hb oktober, means that aku dan mattop dah 11 bulan tuuu. Rasa berbangga jugak la sebab sepanjang 11 bulan ni kami tk penah break dan tk penah la aku & dia mintak break langsung haha maknanya memang betui betui pure 11 months la kan hihi alhamdulillah =) Kepada aby moga berkekalanlah dengan beliau walaupon banyak ribut yang melanda. Aku tk kisah pon sebenarnya sebab bukan aku yang nak menghadapi haha ewah. Emm..dalila patot la beria ia tolak fahmi. Baru aku paham haha.

Aku dah tanya mama & abah pasai nak keluaq esok and both of them already gave me the green light! Yes tk sabaq la pulak haha lama tk tengok rupa city plaza tu. Dan abah pon dah bersetuju nak hantaq aku, tapi amek tu wallahualam lagi lah. Kemaren aku sanggup pi sekolah dengan membawa bekal semata mata nak simpan duit haha. Cermat tk cermat tk? ^_^ Semalam aku tidoq rumah mama sebab nak mengadakan mesyuarat agung berkenaan hari esok. Lepas aku mandi, tengok tengok Orkid ada! Hihi syok gila aku. Walaupon dia lebih suka main dengan the 3 musketeers daripada main dengan aku, aku tetap syok sebab boleh tengok dia. Dahla muka ala ala korea..rambut pulak cantik gila macam baru lepas dai & rebonding! Tapi of course lah tu rambut original kan haha agak agak la budak kecik lagi kot sekolah pon dak lagi. Semalam sebelum dia balik aku sempat cium pipi dia. I miss you orkid! =)

Sekarang ni ex SKJP agak heboh la dengan perancangan nak pi Hari Kantin this coming wednesday. Aku pi, syafiq pon, sarah pon dan dalila pon. Yang the rest tu aku tktau sebab tk dengar khabar berita. Tapi kena make sure kali ni memang orang luar dibenarkan masok sebab tahun lepas kakikatangan SKJP buat pengumuman menghalau orang luar yang tk berkenaan walaupon orang luar tu hanyalah ex SKJP, bukannya mat rempit manahala pon. Tobat malu aih kalau kena halau lagutu.. So maybe nenda akan call pihak sekolah nak find out pasai benda ni. Kot la boleh jumpak adik adik juniors terutamanya lelaki haha yang comeh comeh belaka kan =) Boleh jugak buat modal jadi adik terangkat. Harapnya ada lagi la generasi yang comeh kat sana. Tkmaula hat comot..mintak simpang.

Haa..sebelum aku terlupa. Raya ke-2 haji ni, mama nak buat kenduri sikit. So kepada dalila syafiq sarah syaza aby khadijah mattop dan ramai lagilah, dijemput hadir ke rumah ok =) Once again nak mintak jasa murni mak kepada syabil tolong buat dadih yang tersangat sedap tu. Hihi tk sabarnyeee.

Okaylah bye!

No comments:

Post a Comment