Esok dengan berat hati tapi rela lah aku nak bagitau yang aku keja. Satu benda yang paling aku nak elakkan tapi..dah abah mintak tolong. Tk sampai hati pulak kata tkmau kan, tk pasai pasai aku dah tk jadi anak kesayangan abah dah hihi. Untuk pengetahuan dalam tiga anak dara abah yang dah besaq gedabak ni, aku paling manja dengan dia. Mintak apa semua dapat (tapi yang masok akal la). So untuk mengelakkan title 'anak kesayangan' tu telepaih daripada aku, aku sanggup keja esok. Asalkan gaji yang aku dapat berbaloi..bukan tktau keja kat kopitiam tu macam *&%#$!. Ada pelanggan mengalahkan mak datin..mengarah sana sini. Itu tkmau ini tambah itu silap ini tk betui. Tercabar jugak kesabaran aku kadang kadang..tapi tk la sampai tahap aku tenyeh omelette kat muka depa lagi. Haha
Tadi pi sekolah sumpah boring tahap nak mampoih nasib baik tkdak sapa yang mampoih haha. Mula mula kena masuk dewan sebab ada taklimat pasai Hari Keusahawanan 2011. Aku pon dengan berat hati dengaq jalah apa yang depa cakap. Lepastu ada discussion, apa nak juai, sapa manager/assistant manager/purchasing officer blablabla. Lydia Tan jadi manager, assistant manager mungkin Nazrin kot ntah aku pon tk amek tau. Purchasing officer syaza, assistant-nya of course lah aku dan dalila kan. Amek kesempatan boleh shopping sambil jalan sambil cuci mata kat Tesco hihi. Then rehat. Lepas rehat kena lepak lagi setengah jam dalam dewan baru boleh balek kelas. Apa kami nak juai? Rahsia...
Dalam kelas sambung bincang sikit sikit. Bab nama kedai..sumpah aku menyampah teramat kat nama nama yang budak cina suggest. Macam haram! Sekali lagi aku ulang macam haram! Hahaha. Antara cadangan depa-
Pattern Mania
Let's Pattern
Rock Pattern
LMFAO
Let's Rock Together
Let's Rock Keat Hwa
Party Rock
Paling tk tahan apa kejadah tiba tiba tesesat nama LMFAO dalam list nama kedai? Depa ingat stai kot. Yang Lydia & Nazrin tk habeh habeh suruh aku bagi idea tapi bila aku bagi, depa kata simple sangat macam mana nak tarik pelanggan. Oh kiranya kalau boh nama segala rock kapak semua tu pelanggan nak mai serbu la? Balik rumah buat kopi lagi bagoih..
Last last aku biaq depa pilih sendiri nama apa depa nak boh. Yang penting nanti aku buat keja aku sudah, iaitu beli barang apa yang patut, ada duit semua jalan. Jangan haraplah aku nak tolong buat banner kedai setakat ada nama rock/lmfao/pattern semua tu. Nasib tk boh pink booth, kalau boh memang aku tk mai dah Hari Keusahawanan nanti haha. Benda tu 20hb..aku tktau la sempat ka dak nak buat preparation. Dengan set up manager entah bleh harap ka dak. Dahla kelas aku sorang pon tk reti seni..semua pakat fail. Nak decorate apa kejadahnya. Rasa macam malaih gila nak buat benda benda renyah macam ni. Memang lah abah pon salah sorang usahawan berjaya (acece) tapi malangnya aku tk mewarisi kepakaran nak berbisnes ni. Renyah!
Tadi masa tengah dengaq taklimat, guru kelas aku bagi borang untuk pilihan mata pelajaran tingkatan 4 tahun depan. Ada kelas A, B, C.
A
Physics
Chemistry
Biology
Additional mathematics
Bahasa Cina
B
Physics
Chemistry
Prinsip Akaun
Additional mathematics
Bahasa cina
C
Science (M/P Teras)
Prinsip Akaun
Ekonomi Asas
Additional mathematics
Bahasa cina
Aku nak amek kelas A. Tapi sekolah kata begantung pada keputusan PMR, kelakuan pemohon & tempat kosng. Ewah menyampah pulak aku. Aku pilih kelas A sebab kalau boleh aku dah tkmau bergelumang dengan akaun ni. Kakak aku form 5, sekolah dia wajib amek akaun, so aku dah tengok betapa belambaknya keja dia & betapa teseksanya dia nak buat semua akaun tu. Tapi tkpalah abaikan semua tu. Yang tk syoknya aku dengaq khabar minggu depan hari Ahad start kelas intensif tingkatan 4. Alangkah tk syoknya..agak agak la PMR baru habeh minggu ni kot. Kalau dah tk ketahuan nak buat aktiviti apa untuk students, bagi cuti dahla. Tk payah dok semak pala. Kan senang? Haih..mintak mintak la tk betoi. Tkdan aku nak bejoli aih..
Esok nak tengok Al-Hijab dengan jie & syaza lepas habeh keja & lepas semayang jumaat. Hihi..syok.
No comments:
Post a Comment