Harini memang menyesai tk sudah aku pi sekolah. Rasa rugi aku bangun awai pagi tadi semata mata nak pi sekolah tapi apa balasan yang aku dapat? Haprak! Aku pi pon semata mata sebab kena hantaq buku teks. Kalau dak memang tk kelapaq aku nak tinggai bantai & selimut aku pagi tadi. Dahla abah tinggai aku dekat traffic light seberang jalan, dengan 14 buah buku teks yang entah berapa kilogram tu aku kena jinjing berseorangan. Tanpa ada yang sudi membantu..huhu. So berjalan lah aku dengan jarak yang maha jauh. Nak menambahkan lagi azab aku, siap kena naik tangga lagi. Tengok la harini students form 3 semua pakat ada muscle gara gara buku teks yang melampau lampau berat tu. Tambah menyakitkan hati aku, tk pasai kena bazir RM2 sebab aku tk balut 4 buah buku. Apa kejadah?! Dah orang sebelum aku tu tk balut, so apa masalahnya aku pulak kena balut. Sekolah cina memang tk habeh2 nak perah duit orang..yang tu ja keja depa terror.
Waktu sebelum rehat diisi dengan - nothing. Cikgu yang masok cuma Puan Badariah, tu pon beliau dok baca majalah saja. Majalah ANIS aku rasa..hihi. Nasib baik la aku bawak novel, so kuranglah sikit dosa aku kan, kalau aku tk bawak novel, keja aku asyik gosip saja iaitu mengumpat orang haha. Aku baca novel non stop. Memang tk ketahuan dah nak buat apa, tahap boring nak mampoih. Nak tidoq pon tk boleh, kelas macam pasar malam Jalan Putra ja pon. Sampaila rehat, aku serbu paling awai sebab lapaq nasik. Lepaih rehat tu yang membuatkan aku bebai sangat sangat dan itulah faktor utama penyebab aku tkmau pi sekolah esok. Ada cikgu tu suruh aku mai esok sebab dia nak tengok baju-baju kurung aku, untuk Hari Keusahawanan 2011 nanti. Aku jadi 'Gadis Pemegang Gunting Untuk Pengarah Potong Reben' kononnya macam perasmian dalam tv. Ewah menyampah pulak aku. Lusa lah tengok baju aku. Malas nak pi sekolah..
Mula mula lepas rehat pi hantaq buku teks. Free ja aku bagi RM2 kat Neo Hui. Nasib baik RM2 ja..tk miskin aih aku haha. Lepastu masok dewan, ada taklimat tentang kempen alam sekitar. Bersemangat jugak lah aku sebab yang buat taklimat tu, semuanya Melayu. Tapi tau sajalah bila kaum berlawanan yang mendominasi dewan..sikit pon depa tk heran dengan taklimat tu. Tkdak rasa respect langsung. Kesian aku tengok kat abang tu, sampai bepeluh peluh dia dok tarik perhatian students. Nasiblah, sapa suruh pilih sekolah cina. Memamg menyakitkan hatilah jawabnya.
Lepas abang abang dan kakak kakak kitar semula tu balik, ada sorang amoi ni dia pon nak jugak bagi taklimat. Bila aku tengok slideshow dia tkdak langsung yang berbahasa Melayu, aku dah dapat agak dah dia nak cakap 99 percent Mandarin. So aku pon keluarkan novel aku dan baca, lepastu kami tangkap gambaq & makan kerepek. Dalila pon bawak keluaqlah Ujang milik Fahmi. Menyampah aku tengok amoi tu cakap, ada salivary gland dia dok bekumpoi penuh tepi mulut. Pengotoq! Sapa nak bekenan kalau tabiat lagutu? Dia dok cakap tk berenti sampaila balik. Entah apa yang dia cakap aku pon tk paham.
#1 Dalila mengebat spek aku
#2 Muka bosan aku yang sangat hodoh
#4 Ni la amoi yang sampai tesembur sembur salivary gland tu. (gambar diamek ala ala paparazzi)
#5 Pandai pandai tukaq baju kurung jadi lengan pendek
#6 Menyampah tengok perangai Dalila haha
#7 Gambaq ni tkdak punca..saja nak tunjuk pencemaran depan sekolah. (tangan milik aby)
So yang tu jalah kot. Harini ramai pulak yang nak buat aku bengang, aku pon tk paham. Cukup cukup menyampah kalau ada orang godek phone aku tanpa kebenaran, tambah tambah boleh sesedap rasa guna kredit aku yang cuma sos topup tu. Memang malam ni ada jugak yang makan penendang aku nii
Esok tk pi keja dan tk pi rumah Syaza. Aku nak dok rumah tengok tv sampai muntah. Malam ni nak tengok marathon The Social Network diikuti dengan Piranha. Bye
No comments:
Post a Comment