Friday, October 14, 2011

All the hopes - vanished!

Assalamualaikum

Kemaren keja kat kopitiam..memang best gilalah walaupon penat macam nak tecabut pinggang & lutut aku ni. Nak kata ramai tu bolehla tahan, standard la kedai abah aku kan sedap? =) Ada ramai jugak la pekeja baru kat sana. Dua orang budak laki aku baru jumpak kat sana, still sekolah aku rasa. Pakcik azahari dah tkdak, dia balek Langkawi ikut isteri dia, so ganti dengan orang baru lah. Boleh tahan la pakcik tu, tk sombong. Dia juai lebih kurang macam roti john, kebab dan whatsoever. Awai awai dia dah puji aku hahaha. "Amboi Pozi bawak assistant segak aih.." So abah aku dengan cukup berbangga pon jawabla "Abah dia kan handsome." Dengan aku aku pon turut sekali terselit perasaan bangga walaupon bukan siapa siapa sangat yang puji aku kan hihi. Abg amin & abg sham still ada, Pakcik tat pon dok ada lagi, same goes to angah. Kalau dak bukan main payah angah tu nak tegoq aku, kemaren jadi ramah mesra pulak aku pon heran. Harini aku tk pi keja..penat gila. Mungkin minggu depan hari jumaat jugak kot. Kalau nak banding hari Jumaat & sabtu, sabtu terok lagi. Tobat ramai gilalah.. Kemaren masa dok hantaq makanan, nampak Koe dok sembang dengan Raja, ada sorang lagi member depa aku tk kenai sebab tk penah tengok muka kat facebook hihi. Lepastu jumpak senior lama macam orang tk sikat rambut iaitu Fakhrurazzi. Mungkin rambut tu lah kot kan membuat Amanii minat kat dia. Hahaha

Lepas balek keja kemaren, teruih pi rumah syaza. Mandi & besiap kat sana. Then macam biasa jalan kaki pi asmall. Tapi sekerat jalan tengok tengok abang dia mai dengan keta, dia nak tolong hantaq. Tkdakla terok mana pon abang dia kan..hantaq sampai depan pintu asmall kot. Tk payahla kami risau bedak cayaq atau apa apa saja haha. Masok tu singgah Uno Cafe sebab aku lapaq aiskrim..sementara tunggu Jie. Dipendekkan cerita Jie pon dah mai, aku teman depa makan apa semua lepastu jalan jalan sat sebab wayang start pukoi 3.30. Pusing sana pusing sini macam orang tk ketahuan..syaza la nak jalan sangat. Aku kalau boleh nak duduk ja Uno Cafe tu, dahla sakit kaki. Dari pagi asyik bejalan tk berenti. Tapi normal la orang ada boyfriend kan, mana umphh kalau setakat duduk ja. Nak pegang tangan pon tk berapa nak syok haha. Redha lah aku, memandangkan aku jadi orang single kemaren.

Sepuluh minit sebelum wayang start, kami dah masok dah. Aku tengok iklan Klip 3GP tu dalam panggung, kira panjang sikit la dari dok tunjuk dalam tv tu. Mimi ONE belakon macam orang tkdak iman! Menyampah aku tengok. Seksi nak mampoih. Agak agak la orang melayu nak buat cerita lagutu pon..tk sesuai dengan masyarakat. Si anak pontianak tu pon ada jugak. Tapi paling aku tk bleh terima mimi tu la. Tk nampak rupa orang islam langsung..jauh panggang dari api. Dahlah baju serupa tk cukup kain, tebukak sana sini. Nampak paha, nampak dada, nampak lengan. Rambut merah macam orang gila. Apa dok ingat dia Rihanna kot? Rihanna kalau pakai bikini aku tk heran la, dia tu bukan Islam. Diana pon bleh berubah dari seksi kedana sampai betudung litup bagai siap tutup dagu lagi. Tk sampai seru tu alasan tk munasabah~

Tkpalah.

Tiba tiba ada atu group budak pompuan ni mendakwa tempat kami duduk ni sebenaqnya tempat depa. Syaza check tiet dengan depa, tengok tengok SAMA. Sebijik, serupa, semacam. Lepastu pi panggil abang panggung yang smart tu hihi. Tengok tengok abang tu kata tiket yang syaza beli tu untuk hari Sabtu! Padahal kemaren hari Jumaat. Sumpah bengang gila aku, berasap sampai kepala dah ni. So untuk mengelakkan duit aku burn RM10 begitu saja, harini kena pi pulak la asmall tengok Al Hijab. Tapi tk payah bayaq la sebab dah ada dah tiket kan untuk Sabtu, cuma kemaren pi mintak balek kat abang tu tiket yang dah koyak tu. Jie dok buat muka sampai nak balek dah baru ok. Menyampah pulak aku tengok depa dua orang..haha. Aku bagi idea kemaren, pi karaoke tapi aku main2 ja. Tengok tengok syaza nak karaoke sungguh. Fuh..tk kuasa aku. Seumoq hidup aku mana penah masok tempat karaoke, kat rumah besa la. Nasib baik bilik full. Allah memang dengaq doa orang teraniaya macam aku ni..haha

Sebelum balik tu jalan jalan dulu. Jumpa kak syahida. Aku yang tegoq, jie buat tktau ja haha kejam. Then pi makan kfc, aku melantak Zinger. Lepastu balik, bapak syaza mai amek. Online sat kat rumah syaza sebelum abah mai, syaza suruh aku update status pasai wayang tu. Abah mai, teruih balek kampung.

THE E N D

No comments:

Post a Comment