Assalamualaikum
Tiba tiba aku yang rasa terlebih excited bila baca latest entry Maria Elena haha. Asfirdaus dan keluarga beliau berkunjung ke rumah Maria Elena tauu tapi aku agak confused dengan fesyen baju tudung dan sebagainya yang Maria pakai. Tkpalah abaikan, kot mana pon dia tetap segak dan dia tetap dapat future husband yang handsome. Oh yes, tomorrow I'll go to Kopitiam. Kalau ikutkan aku memang malas nak pi tapi memandangkan esok hari Sabtu dan insyaAllah ramai pelanggan, aku dah terbayang bayang gaji yang aku dapat nanti walaupon tkdak la banyak mana. At least dapat jugak kan, dari dok rumah sekupang pon tk dapat. Keluaq nanti bolehla aku beli novel lagi dan lagi =) InsyaAllah.
Esok Nur Zuriyaty & pengarang jantung beliau genap setahun. Happy anniversary guys!
Semalam macam yang aku bagitau, aku tidoq rumah mama dan ambik novel baru untuk dibaca. Memandangkan aku tidoq petang, so malamnya tidoq lewatlah dan sempat jugak tengok Piranha hihi menggelikan. Nasib la star movies ni agak berperikemanusiaan, depa potong adegan adegan yang tk sepatutnya umat Islam tengok. Tapi kalau yang dalam cd tu..haha terbeliak bijik mata + meremang bulu roma lah. Pagi pagi lagi dah mai rumah nenda sebab mama keja. Sampai sini sambung tidoq balek haha. Lepastu buat benda yang sepatutnya aku buat contohnya mandi makan dan sebagainya. Lepas sembahyang jumaat aku makan lagi dan tiba tiba Syabil mai. Haha actually bukan tiba2 la, dia memang ada bagitau dia nak mai, amek kotak dadih. Memandangkan aku tengah melantak masa tu, so adik aku sajalah yang bagi kotak tu kat dia. hmm =)
Lebih kurang pukoi 4, abah mai amek sebab nak pi tengok kakak kat Kolej Matrikulasi Kedah. Sepanjang perjalanan tu jangan harap la nak lena ka nak layan blues or whatsoever. Dengan 3 orang askar kecik kat belakang, memang hingaq gila sampai pening kepala aku. Nak marah pon sampai tkdak perasaan dah haha sebab nanti aku yang sakit hati balik, mulut depa kemain. So, aku redha. Makan KFC, mee goreng & oreo kat sana. Aku makan mee guna chopstick hihi syok sebab aku reti. Punyalah pulun ni nak makan guna chopstick sampai biskut oreo pon aku kepit guna benda tu haha. Alah bukan selalu kan apa salahnya nak pulun sekali sekala.
Balik dari KMK, singgah rumah makteh. Lepastu keluaq lagi sebab adik & kak ngah lapaq nasik. Nasib baik la the 3 musketeers tu tk ikot. Aku tk makan cuma minum sebab perut terlampau kenyang, kalau aku makan mesti perut meletup macam mercun bola haha. Selesai makan apa semua, balik rumah sebab masing masin dah penat. Sampai rumah terus aku baca novel kemudian online kemudian edit gambaq kemudian upload. Kalau rajin sila la tengok kat second account hihi. Okaylah aku tktau nak cerita apa dah.
Bye =)
No comments:
Post a Comment