Thursday, October 20, 2011

T H E E N D

Assalamualaikum

Rock your body, rock your body-ah, dance for your papi!!! Put your hands up in the air, dance for your man if you can =) Hihi

Saja nak menggambarkan betapa seronoknya aku harini, sebab Hari Keusahawanan 2011 dah habeh. So lepas ni kalau aku rajin & ada apa apa yang menggemparkan kat sekolah, barula aku pi sekolah. Kalau tkdak apa yang syok, aku akan membela lemak kat rumah ja, lagi asyik... Memang tkdak apa yang menghairankanlah kalau naik f4 ni kegemukan aku bertambah tambah. Tadi kat sekolah aku makan marshmallow + chocolate, memang terbaikkk lah. Strawberry tk makan, sebab aku tk suka stroberi hihi maaf. Cuma makan anggur ja, lagiiii lah sedap sehingga menjilat tapak tangan. "So-g-double-o-d-good!" (iklan KFC sat..)

Esok dalila, sarah, syafiq & mimi dan mungkin ada lagi angkatan angkatan tentera yang lain akan serang pi city plaza untuk mencuci mata..mungkin jugak untuk perabeh duit haha. Selalunya kalau ada aktiviti mencuci mata / perabeh duit macam ni aku wajib join, tapi malangnya kali ni aku tk dapat join. Berdasarkan pemerhatian aku, sarah yang paling down sekali bila aku tk bleh join haha aku paham memang semua pakat nak berebut aku. Rilek dulu kita cuti bukat takat bulan 10 ja, bulan 11 & 12 dok ada lagi tk lari pi mana aih hehe. So banyak lagi masa..bejimat cermat sama..jangan terlalu boros. Aku boros, tkpa! Sebab aku keja every weekend insyaAllah. Jangan jeles kalau tengok aku shopping banyak banyak banyak kali..hihi melawak ja. Gebang nak pi keja, tapi nak bangun pagi kemain payah.

Tadi aku sentap jugak la bila baca status sorang hamba Allah ni, dia kata ada orang gila famous, tu yang dok pi tayang muka kat city plaza & sumbang duit kat pak hainan. Lagi muka tk masok page budak hot tu, lagi tu dok tayang muka. Jangan salah paham! Aku tk terasa pon. Cuma aku dok pikiaq kepada sapa2 yang kena dengan status tu tobat sakit hati punya. Haih apa famous2 ni..semua ni dunia. Rumah kata pergi kubur kata mari.. Tk payah dok syok sangat. Tengok aku, low profile pon tetap bahagia! Tkdak masalah orang nak mengata belakang or whatsoever. Lagi syok weyh =)

Semalam aku ada perabeh 1 novel ni, Kau Laksana Bulan - Aina Emir. Mula mula cerita dia macam tk syok sangat, bosan. Sebab heroin dalam novel tu macam jiwang karat..suka sastera puitis entah apa2 tu. Aku tk minat sebab tu yang aku kata boring tu. Bila dah start jumpak hero, barula syok hihi. Kira buku tu aku bagi 6 out of 10. Adalah part yang sedih tapi sedih buku tu tk sehebat sedih dalam 7 Hari Mecintaiku.. Novel yang dahhhhsyar =)

Actually tadi kat sekolah aku ada amek gambaq serba sedikit konon nak boh dalam blog tapi tiba tiba rasa malaih pulak. Sebab apa? Sebab dalam kebanyakan gambaq yang ada dalam phone aku tu, tk terselit gambaq aku pon. Tu yang aku malas nak upload. Alah bukan best sangat pon sampai kena upload gambaq kan hihi. Esok insyaAllah aku pi Pulau Sayak tu, aku amek gambaq banyak banyak lepastu upload. InsyaAllah la kalau aku rajin. Okay aku tktau nak cerita apa dah. Bye nak tengok tv & sambung baca novel~

No comments:

Post a Comment