Wednesday, October 12, 2011

Nonsense

Assalamualaikum

Sepatutnya harini sekolah. Memang dah beria-ia dah aku ni nak pi sekolah, dok gebang satu rumah semalam. Dalam kepala otak ni plan macam macam, apa nak buat pi sekolah esok. Tapi bila nenda gerak aku pagi tadi..sumpah rasa malas gila nak tinggai bantal & selimut. Terus tk jadi pi sekolah haha. Nenda pon tk boleh nak kata apa sebab kalau pi sekolah pon nak buat apa..pulun sangatlah kalau cikgu nak buat preparation untuk form 4 kan. So aku pon text abah, yang aku tk pi sekolah harini. Berbahagialah aku bangun pukoi 11 pagi dengan rasa aman dan sentosa.. Boleh sambung tengok tv. Semalam terpaksa korbankan masa tengok tv, konon nak tidoq awai, kena bangun pagi. Haha kadang kadang aku pon menyampah dengan perangai diri sendiri ni

Ada sorang hamba Allah ni masih tk habeh lagi final exam tapi dah kemaruk nak main snooker dengan member. Sampai ditinggalnya aku terkial kial sendirian haha. Kononnya tempat snooker kat asmall tkdak line..ya aku tau kat situ memang kuno tkdak line. Ahh lantak, bila bila aku rasa nak on balek phone, aku on la. Kalau dak, nasib. Hihi =)

Sekarang aku dalam proses untuk melaksanakan misi aku dengan jayanya. Aku tengah baca novel 7 Hari Mencintaiku (Siti Rosmizah). Novel tu memang dah lama menggoda aku tiap tiap hari kat rumah..tapi aku ni biasalah, terror lawan nafsu haha. So dengan tk tertahan tahan kemaren dulu kot rasanya aku start baca novel ni, memang termuntahlah jawabnya sebab ada sampai 132 bab. Beribu muka surat..yahh tk dinafikan ada jugak ayaq mata yang tehegeh hegeh nak keluaq. Kononnya tengah bayangkan aku yang ada dalam novel tu..pasai tulah aku sibuk sibuk nak nangis sekali haha emo gila. Paling aku menyampah kalau baca bab bab yang menyakitkan hati, alah biasalah watak pro & kontra dalam novel kan. Kalau dah baca novel macam tu..memang tenggelam terus lah aku, mattop lalu depan mata pon aku tk heran haha.

Lepas ni ada lebih kurang 4-5 bijik novel yang sedang menanti. Bahagia gila aku haha. Hari Jumaat ni seperti biasa balik kampung. Aku ada plan nak tengok Al-Hijab dengan syaza tapi tktau lagilah, baru tepikiaq benda tu tadi. Kat syaza pon aku tk habaq satu apa benda pon lagi. Plan aku, hari Khamis ni nak pi beli tiket, hari Jumaat tengok wayang. Habeh tengok wayang terus balik. Belum masanya nak bejoli sakan..keadaan ekonomi aku tk mengizinkan lagi. Aku nak ajak syaza sebab senang, rumah dia paling dekat dengan asmall, jalan kaki pon no hal. Aku dah ajak dah orang lain tapi orang tu tolak mentah mentah ajakan aku alasannya cerita tu tk best. Tapi actually pengarang jantung dia dah ajak lagi awai.. =) Muka aku berubah jugak lah masa dia tolak ajakan aku tu tapi tktaulah dia perasan ka dak. Agak terasa tapi malas nak amek pusing, masalah besaq kerengga ja =)

Kalau syaza tk jadi..nak ajak mama. Kalau mama pon tk jadi.. Its okaylah.

Tadi aimi ada call aku. Mulanya bila tengok nombor tk dikenali, aku pon terujalah sat, ingat mamat manalah nak mengorat aku pulak kali ni..hahaha sumpah gatai. Dia ajak aku lepak. Sayang tk boleh keluaq dengan dia & aifa..tkdak sapa nak hantaq. Depa pon tk kesampaian nak tengok Al Hijab sebab tiket sold out. Haha tu pasal aku nak beli tiket sehari awai, dah agak benda ni akan jadi. Ehem..kalau cerita tu tk best macam mana lah boleh sold out ya? Kimy pon ada kata yang Al Hijab cerita hantu melayu paling best penah dia tengok. Tu yang aku nak try..berbaloi ka dak rm10 aku tu hihi. Moga moga kesampaian lah hajat aku nak tengok Jumaat ni =)

Kalaulah lelaki anggap ex girlfriends hanya sebagai TOYS semata mata dan dengan rela hati bagi kat orang lain yang dianggap less fortunate, bawak bawaklah sedar diri wahai lelaki. Sebab para ex girlfriends pon tk penah heran pasai lelaki zaman sekarang ni. That's why we became ex girlfriends =) Bukan nak terasa cuma nak sedarkan mereka yang dah cukup jauh menyimpang & perasan terlebih atau lebih tepat lagi diklasifikasikan sebagai syok sendiri. Memang padanlah hang kena bom dengan mama. Kalau hang tk heran, aku sepuluh ribu kali lagi tk heran. Pandang sebelah mata ataupon tetutup dua belah mata pon tk ingin haha.

Okay nak sambung baca novel balik. Good bye from me! =)

No comments:

Post a Comment