Monday, October 24, 2011

Kalau dah namanya manusia..

Assalamualaikum

Akhirnya tercapai jugak hajat aku nak pi tesco harini, setelah berhari hari aku tunggu abah dengan penuh perasaan sabar bercampoq merajok haha. Mula mula ikut abah pi beli barang kat dalam dalam tu, aku pon tumpang sekaki beli syampu apa semua hehe. Lepastu habeh bayaq semua, baru singgah dalam Popular. Lagi sekali aku terkesima..ada buku baru Hanni Ramsul! Apa entah tajuk buku tu aku tk ingat. Tebeliak jugak lah bijik mata aku nasib baik tkdak sapa nampak haha. Tkpa aku tk risau pon, sebab aku tau novels yang tebal macam tu mama/kakak/mak sedara aku akan beli so aku tumpang ja. Kalau nak guna duit sendiri beli novels macam tu memang dak dah la haha.


Inilah dia..buku yang aku tergila gilakan sejak beberapa hari yang lalu. Akhirnya dalam genggaman tangan aku hua hua hua. Agak nipis la dua dua buku ni tapi aku tk kisah sebab dah terlampau minat sangat nak buat macam mana haha. Kat belakang novels ni ada gambaq Ain Maisarah dok sengih sorang2 ish comeh gila dia. Kan best kalau satu hari nanti gambaq aku pulak yang ada. Hmm berangan..

Harini ramai pulak orang nak mencabar kesabaran aku. Tambah tambah orang KL nuh! Hish tk puaih hati sungguh aku. Dia bleh dok buat hingaq sebab perempuan la ni tk suka lelaki setakat ada motor. Aku menyampah! Dia dok kata perempuan la ni materialistik sebab kebanyakan suka lelaki yang ada kereta. Tuduhan yang sangat melampau lampau dan aku rasa macam nak tonyoh kepala dia dengan buah durian! Standard la tu perempuan suka lelaki bawak kereta. Sebab, at least naik kereta tkdak la rapat sangat macam naik moto. Naik moto, risiko terpegang terpeluk semua kejadah tu sangat tinggi. So, bagi perempuan yang tkdak la alim warak tera mana macam aku ni, of courselah suka naik kereta. Lain la nak dibandingkan dengan perempuan yang memang jaga batas pergaulan dengan lelaki, kereta tk naik moto apatah lagi. Tapi bila aku kata macam tu, orang KL tu dok pesongkan topik. Dia kata, kononnya dalam kereta ni lebih senang nak buat projek sebab tertutup. Helo yang tu lain cerita la. Kalau nak buat projek bukan dalam kereta ja, tengah tengah orang ramai pon bleh jadi. Realiti zaman sekarang! Tk pecaya pi la singgah cp. Kalau untung, bleh la nampak couples yang tk sedaq diri dok buat macam macam. Yang penting, bagi AKU, aku memang lebih prefer lelaki berkereta dan bukan sebab aku materialistik. Orang KL tu memang..menyakitkan hati. Dia tkdak kereta, tu yang nak emo lebih. Ewah tua tua pon ada selera lagi nak emo. Menyampah pulak aku..

Haa puaih hati kutuk dia.

Ni lagi sorang hamba Allah. Tadi, dia nak tengok novels yang aku baru beli. Haa tkpala tengok la. Cuma aku kata jangan bukak. Well biasalah kan, aku memang jaga novels aku. Aku sendiri yang beli ni pon tk bukak lagi. Lepastu tiba tiba hamba Allah tu dok ungkit aku baca novels dia. Teruih dia baling buku aku. Ulang sekali lagi dia baling buku aku. Dalam hati ni hanya Tuhan yang mengetahui..nasib baik tkdak apa apa yang mencacatkan buku baru aku tu. Tkkan aku kata macam tu dah sentap? Hei apasal orang yang berumur sekarang ni cepat sangat sentap ni haaaa? Memang aku ada baca novel dia tapi tkdak la sampai nak mencampak campak baling lempaq bagai semua tu. Nasib baik aku muda dari dia. Nasib baik aku dok hormat lagi. Hmm penat

Tunggu..ada lagi sorang. Adik aku. Wahh dia ni mulut mengalahkan wartawan melodi. Laser nak mampoih, memang bleh hilang sabaq kalau lawan cakap dengan dia. Pantang aku teguq sikit mula la nak menjawab. Tk padan baru darjah 4..konon otai la tu. Dahla pi sekolah pon mengebat beg aku..suka hati ja nak menjawab lebih kurang. Tiga tiga budak kecik tu sama ja..mulut tk pakai filter. Tk padan dengan kecik konet, mulut besaq kemain. Apala nasib aku dapat adik yang mencabar laguni.

Kalau aku diam, makin dipijak kepala. Kalau aku hingaq sikit mula lah nak jadi drama & kontoversi. Lama lama gila jugak aku ni -.-

No comments:

Post a Comment