Assalamualaikum
Di pagi hari Sabtu yang dingin hingga mencengkam hingga ke tulang hitam..aku sedang menggodek godek facebook. Tengah tengok apa apa yang terkini kat sana. Tiba tiba aku terbaca status Syn Uzai. Haish! Meleleh jugak ayaq mata ni.. Walaupon aku tk kenai langsung arwah Kamal tu. Tapi melalui statuz uzai tu, aku dapat bayangkan betapa rapatnya dia, arep & Kamal tu. Mesti payah nak terima yang kawan baik sendiri dah meninggal dunia. Buat jamming dalam balai trafik la apa la. Ish! Aku tk dapat bayangkan kalau aku kat tempat Uzai ataupon arep. Tobat sedih gila lah..tapi malam yang arwah Kamal meninggal tu, aku cakap tepon dengan arep. Dia macam tkdak apa..bleh buat lawak bangang dia lagi. Kena paham, laki memang lagutu. Tkkan nak meraung kat aku pulak kan haha. Ego kena jaga. Apa2 pon al-Fatihah buat arwah Kamal Salleh. =')
Seperti yang dijanjikan oleh abah, kemaren bermulalah perjalanan ke Pulau Sayak. Tk tidoq sana pon, pi petang balek malam. Mula mula singgah rumah makteh sebab nak bagi kunci kereta kat paksu..lepastu teruskan perjalanan. Aku ada la tidoq ayam, abah asyik kacau. Sat suruh amek duit tol lah, sat suruh bukak ayaq mineral lah, sat tanya itu sat tanya ini. Aku kan second hand drebar! Mana boleh lena! Haha tkpalah untuk menghilangkan mengantok yang menyerang, aku pon menyanyi apa apa lagu yang ada kat radio. Sebelum pi Pulau Sayak, singgah rumah pak long dulu kat sungai petani. Aku rilek ja sebab aku tau anak keempat pak long tkdak kat rumah. So, aku belagak cool! Dok kat sana lebih kurang setengah jam. Tunggu paksu & bob sampai. Then, baru betolak. Pak long nampak saja veteran..tapi bawak keta mengalahkan hero Fast & Furious.
Sampai sana, hujan renyai, tk la lebat sangat. Cuma mendung ja melebih lebih. So tk bleh nak main tepi pantai. Sangat rugi! Kedai makan tu betoi betoi tepi pantai. Kalau dak boleh amek gambaq dan sebagainya. Tapi, tkpalah. Lain kali boleh pi lagi kat sana. Memandangkan aku lapaq, aku memang makan sungguh. Sepinggan nasik tapi tk cukup. Masih tk kenyang tapi aku buat bodoh saja memandangkan sangat ramai yang ada, kesian pulak kat abah nak tanggung semua. Majoriti pesan mee udang, udang yang ada dalam mee tu tahap besaq gaban. Takot aku tengok. Haha tkpa tk terlioq pon, aku mana makan udang. Dah maghrib, kami pon balek lah. Tapi tk balek teruih, singgah rumah pak long dulu. Rilek rilek sampai pukoi 10 lebeh.
Sangat menyakitkan hati bila anak bob (sepupu aku) iaitu damia, dengan sesuka hati sesedap rasa dia bukak novel aku seluas yang boleh. Waktu tu aku rasa macam nak tenyeh tenyeh kepala dia dengan kasut aku. Rasa ringan tangan ni nak buat apa apa yang menyakitkan dia. Tapi, memandangkan rasa hormat aku ni masih tinggi kat mak bapak dia yang juga sepupu aku tu, aku diam ja. Huh! Kalau beli guna duit hang tkpa jugak! Nak bukak luas tera mana sampai lekang pon aku tk kata apa aih! Masalahnya buku aku! Tobat aku tk bawak dah novel aku pi rumah pak long. Budak damia tu memang merentap mood aku. Menyampah!
Pukoi 10.30 malam, kami betolak balek. Mengantok ya amat. Masok dalam keta, beberapa minit kemudian aku dah tk sedar diri. Roh aku dah melayang layang entah ke mana. Aku tekejut jaga masa abah berenti kat Petronas. Alah, petronas ja! Sambung tidoq balek. Sedaq sedaq dah ada kat depan rumah. Masa tu pukoi 12.15am. Lama gila, walaupon cuma sungai petani. Standard la tu bawak keta waktu malam. Dengan mengantok letih apa semua, cari mampoih la kalau bawak laju laju haha.
Sampai rumah, aku salin baju dan tidoq. Mimpi kat lesung pipit..hihi. Dalila jangan risau kot mana pon plan kita akan menjadi. Aku dah kata dah geng ampang ni memang suka ponteng sekolah. Bila aku habaq kat depa yang nak keluaq hari sekolah, serta merta depa orait! Haha loqlaq punya perangai.
Okaylah bye =)
No comments:
Post a Comment