Sunday, October 23, 2011

Syndrome to failure

Assalamualaikum

Harini seperti yang digebang gebangkan ke seluruh pelosok rumah, sekolah dan facebook, aku tk pi sekolah hihi bangga. Rasa macam otai sebab sesuka hati sesedap rasa ponteng sekolah dan tkdak sapa nak marah. Alah kalau pi pon, apa sangat yang aku boleh buat? Habeh kuat kalau tk ketahuan nak buat apa, cikgu akan pasang movie entah apa2 lagi. Huh! Tk kuasa aku nak melayan. Tadi macam biasa pi kat pak tat sebab nenda tk larat masak. Tiba tiba..oh! Jumpak nazeem dan adik lelakinya dan kakaknya nawal dan emaknya. Pakai baju sekolah dan jelaslah..ketiga tiga beradik tu sangat payah nak berenggang dengan sekolah. Rajin sungguh! Dia teguq aku tk pi sekolah. Macam biasa jawapan standard, malas. Dia kata dia pi sebab nak dapat 8A. Apa kejadah? Haha PMR habeh dah pon. Tapi tkpa nazeem kata ramai yang tk pi. So aku selamat. Okay abaikan..

Esok pon mungkin aku tk pi sekolah jugak..kemungkinan besar.

Plan harini, nak serang Popular tesco sebab nak beli dua novel baru Ain Maisarah, topup dan beli jam baru, insyaAllah kalau abah rajen nak mai amek.Abah kata malam satgi dia ada terapi and I started thinking..sejak bila abah pandai berterapi bagai semua ni? Lepastu abah kata terapi untuk darah tinggi. Aku pon diam. Wujud ka terapi untuk pesakit darah tinggi? Apasal aku tk penah dengaq pon? Ataupon abah nak kelentong aku lagi? Hmm..

Mattop called aku beberapa hari yang lalu. Dan macam biasa aku pon angkat. Dia cerita, memory card dia patah. Dan aku pon terkesima...... Dahla dalam tu banyak gambaq aku. Aku taulah sebab aku rajen mms dia hihi. Patah sebab, yalah adalah sebab sebab tertentu yang terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum. Biarlah aku sorang saja yang tahu. Mattop kata, dia nak beli memory card baru dan nak bluetooth gambaq gambaq aku. Okay tkpalah. He thought that I was going to burst out. Haha itu perangai zaman dolu dolu. Sekarang dah lain. Aku dah jarang marah. Cool isn't it? Aku dah cakap yang aku memang cool, bukan hot. Aku dah jarang marah sebab..rahsia. Dah malas la nak marah marah ni, buat menyakitkan hati ja. Lebih baik take it easy & cool down. Eh lagi sekali aku sebut cool! Haha terbukti aku ni cool. -.- Tapi aku pon macam orang biasa yang normal, punya batas kesabaran. Setakat ni beliau tk buat lagi apa apa yang out standing sampai boleh buat aku meletup. Kalau aku moody pon, aku akan off phone selama beberapa jam.

Apa hal yang aku beria ia sangat cerita pasai diri sendiri ni.

Aku selalu tengok kat MTV, iklan paranormal activity 3. Gilalah memang takut. Kalau ada ja iklan tu waktu malam, aku tk berani nak tengok. Tapi apa apa pon aku teringin nak tengok movie tu kat panggung wayang. Agak2 kat alor setar ni ada dak cerita tu?

Okay bye aku dah tktau nak cerita apa dah =)

No comments:

Post a Comment