Keadaan kat facebook sekarang agak tk terkawal. Sampai effect kat intenet rumah aku walaupon aku tk lah sesakan bekas-bekas PMR yang lain. Semua pakat menanam azam nak online sampai berasap laptop, kononnya nak qadha waktu waktu terdahulu yang hanya diisi dengan membaca buku. Satu benda yang membuatkan aku sangat bengang ialah sebelum PMR, banyak sungguh movie yang pecah panggung keluaq. Contoh paling nyata ialah Johnny English Reborn & Abduction. Aku dengan berat hati, melepaskan peluang nak tengok dua movies tu semata mata untuk PMR. Aku redha. Harap harap lepas ni banyak lagi movies yang keluaq, tk kiralah kat HBO, star movies, e, mtv, panggung atau apa apa saja. Oh yes cakap pasai HBO, aku nak tengok movie pasai facebook iaitu The Social Network hari ahad depan =) Gambaq tu memang agak lama dah tapi tau saja bekas bekas PMR memang ketinggalan dalam bab hiburan macam ni. Dan satu lagi Kim Kardashian's Fairytale Wedding esok kat channel E (712) pukoi 10.40pm. Dalam semua adik beradik Kardashian, Kimberly la yang paling lawa pon (bagi aku la). Khloe haram tk segak langsung, tambah tambah si negro raksasa Lamar tu. Menyampahh
Sebelum apa apa aral merintang, aku nak share a few photos yang diambil sebaik sahaja kami selamat turun daripada dewan yang maha tinggi tu. Hihi enjoy =)
#1 Dapat lihat muka sengih Dalila & Aby dengan jelas. Oh ya dan jugak papan tanda entah apa2 tu
#2 Gambar ni ada kat facebook aku, wall photos. Aku kelihatan lebih kembang daripada biasa, kesan terlampau excited sangat =)
#3 Agak down jugalah bila nampak dengan jelasnya aku paling pendek. Baru aku paham perasaan Dalila =')
#4 Apa yang depa bekenan sangat kat papan tanda tu, aku pon tk paham..
#5 Tangan aku macam kekok -.-
#6 Muka minyak? Heran apa aku..yang penting PMR habeh dah!
6 gambaq cukup la kot noh? Buat apa banyak banyak, aku bukan segak macam Fatin Liyana / Maria Elena pon huhuhu. Mission aku paling utama ialah :
1. Baca novel sepuas hati sampai muntah*
2. Shopping baju/kasut/shawl/novel
3. Tengok wayang sampai berasab qubul & dubur**
* hiperbola - nak menunjukkan aku akan baca novel sampai tahap gila punyalah
**aku cuba untuk menggunakan perkataan sesopan mungkin
Paling utama of course lah nombor satu. Sebab aku dah beli novel setiap bulan sebelum PMR tapi tk baca. Kalau bekas bekas PMR yang lain kata tkmau sentuh buku dah..tkpa. Aku nak sentuh lagi novel novel kesayangan aku. Aku nak singgah lagi Popular kat city plaza/tesco dan jugak MPH Bookstore kat Uni Al-Bukhary. Bangsa membaca bangsa berjaya!
p/s: "Being the richest man in the cemetry doesn't matter to me" - Steeve Jobs
bolehla dia kata lagutu..apple keliling pinggang. Ni kita hat durian keliling pinggang ni nak kata apa pulak? -.-
No comments:
Post a Comment