Riuh kat facebook, blog & twitter sekarang ni, tk habis2 meluahkan perasaan bangga bila Malaysia menang pingat emas untuk bola sepak sukan SEA ke 26 menentang Indonesia semalam. Aku singgah blog Qarl tadi, beliau punyalah bersemangat waja sampai letak sekali gambaq Ong Kim Swee haha. Cayalah Malaysia! Tk sia2 pembaca berita semalam siap pakai baju Harimau Malaya dalam Buletin Utama. Tk sia2 ada sekelompok kecil penduduk Malaysia yang mencelah di antara ratusan ribu penonton Indonesia kat stadium semalam. Dan juga, tk sia2 kakak aku pecut moto semalam dari 7E nak balik rumah semata mata nak tengok bola. Perlawanan sebelum2 ni, aku tk tengok pon. Aku ni bukanla minat sangat bola ehehe cuma bila ada mood, baru tengok. Tk sia2 lah aku tercongok depan tv semalam dari pukoi 8.30pm sampaila 12.00am. Cayalah Harimau Muda! I love you!
Harapan aku nak tengok Malaysia menang tu mula2nya memang tergugat jugak la masa Gunawan tanduk bla sampai gol masa minit ke 5. Nasib baik tk tesedak ayaq milo aku dok minum masa tu. Bayangkan la baru 5 minit main, peluh pon tk keluaq lagi tengok2 Indonesia dah maju 1-0. Mungkin gol tu agaknya yang telah bikin harimau-harimau kita semakin mengganas dan garang. Yang tecongok depan tv semalam cuma aku & kakak aku saja. Nenda memang tk boleh tengok bola sebab beliau kata takut darah naik ehehe. So kami bebas untuk melakukan aksi apa sahaja semalam - lompat, jerit, menari, baling kusyen dan sebagainya. Tk perlu control! Tk perlu malu! Masa Asra yang memakai jersey nombor 6 tu boh gol, fuh memang meremang lah bulu roma aku. Bangga tu tk payah cakap la. Rasa macam nak pi terbang kat Indonesia dan peluk Asra!
Indonesian's footballers, kasarnya hanya Tuhan yang mengetahui. Kesian kat kapten kita Baddrol Bakhtiar. Kena sepak terajang tolak menolak semua ada! Aku paling benci kat Okto, Bonai, Gunawan, Diego and especially goal keeper depa iaitu Meiga. Nampak ja muka macam tetpit dok lepak tepi jalan tapi cekap tangkap bola. But whatever it is abang apek kita lagi cekap. Dahla tough ahaha. Bayangkanla team Malaysia kita berjuang selama 120 minit semalam untuk merebut pingat emas. Berbaloi sungguh kesakitan yang Baddrol Bakhtiar & pemain2 lain dapat masa kena asak. Berbaloi aku sakit perut & sakit tekak sebab menjerit. Ternyata Malaysia tk menghampakan kita. Bayangkanla betapa penatnya depa main dari separuh masa pertama & kedua, dan extend lagi sampai 120 minit. Haish..ni yang buat aku sayang Harimau Muda ni. Young and talented!
Ini dia kapten team Harimau Muda yang amat amat disayangi, Baddrol Bakhtiar. Beliau menjaringkan gol terakhir masa penalti dan gol tu lah yang membuatkan Malaysia memenangi ibu segala pingat, haha pingat emas. Haish bertuah la badan..
Yes! Abang apek kita merangkap goal keeper terbaik Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Nampak muka ala ala chinese gitu tapi nama memang Melayu habis. Aku suka masa dia buat aksi tangkap bola lepastu meniarap. Ala ala macam dia tkmau lepaskan bola tu haha. Thank you Fahmi!
Ehehehe walaupon beliau tk menjaringkan gol, aku suka aksi aksi dia masa team Harimau Muda nak dapat hadiah tu. Tepuk tangan macam budak2. Mohd Muslim Ahmad, tk silap aku number jersey dia 24 kot. Argh yang tu tk penting. Yang pentingnya, dia pon salah seorang pejuang untuk dapat pingat emas =)
One of our heroes, penjaring gol pertama kita, Asraruddin Putra Omar. Mulanya aku tengok dia tk hensem. Lepas dia boh gol, terus serta merta nampak hensem berseri seri! Masa last2 game, dia kena keluaq. Nampak sangat dia letih dan dia sakit kaki. Hmm congratulations Asra!
Nota : Gambar pemain2 bola yang sedia ada ni bukan ketika perlawanan semalam. Harap maklum.
Perasan dak semalam ada one of our footballers, jersey number 21, nama Nazmi Faiz? Bukanka dia SPM? Tkkan tk amek kot? -.-
Tahniah Harimau Muda, yang telah mengharumkan nama Malaysia sebagai pasukan bola sepak terbaik di Asia Tenggara. Harimau Muda dah buat berjuta juta rakyat Malaysia tk kira tua muda miskin kaya lelaki perempuan, semuanya berbangga. Kami sentiasa doakan yang terbaik untuk Harimau Muda. Indonesia boleh balik tidoq! Garuda dibaham! WUAHAHAHA
I LOVE YOU,
No comments:
Post a Comment