Thursday, November 10, 2011

Pinky promise

Assalamualaikum

Tadi aku dapat message daripada seseorang yang sangat aku kenali tetapi terpaksa aku rahsiakan identitinya demi keselamatan manusia sejagat. Ahaha tkdak lah, saja aku tkmau habaq sapa, kalau aku habaq bukan ada orang kenai pon kan. Orang tu kata, tiket aku untuk pergi & balik ke KL akan ditaja oleh seseorang. Cuma bincang ja dengan mama bila aku boleh pi sana. Tapi aku pon tktau tiket apa, sama ada bas ataupon kapal terbang. Oh aku bukan seberani seperti yang disangkakan. Mestila kakak sulung aku temankan..ehehe. Tapi tktau lagi la sebab aku pon tk berapa nak ada duit pi sana, dan kalau tkdak duit maka tk bermakna apa2lah kalau aku pi. Hmm boros aku ni.. Kot mana pon kalau nak pi mana sekalipon, aku kena kerja dulu & kukuhkan ekonomi dulu. Barulah boleh tersenyum selebar mungkin.. =)

Semalam tidoq rumah mama. Ada beberapa tujuan aku tidoq sana. Ahaha pulun gila sampai ada tujuan. First, sebab dah lama tk tidoq sana & rindu dengan bilik aku, katil aku, lantai, tingkap, pintu, siling dan sebagainya. Second, nak beramah mesra dengan novels kesayangan aku. Third, nak buang segala surat2 cinta yang ada dalam almari, kiriman ex terdahulu yang sangat bahaya kalau adik2 aku baca dan bertambah bahaya kalau mama yang baca. Fourth, nak tengok tv tanpa ada gangguan berbentuk leteran yang sangat menyakitkan telinga. Fifth, nak lupuskan diaries yang wujud waktu aku sekolah rendah dulu yang juga tahap 100% bahaya. Sixth, nak amek VVIP bag aku yang tetinggai kat sana. Dalam beg tu pon ada terisi beberapa barang yang tersangat penting antaranya ;

1. Enchanteur Paris Body Lotion*
2. Rexona Women
3. Sikat pink
 *lotion aku warna pink. lotion hang? ahaha sumpah pulun 

Tunggu dulu! Jangan salah sangka! Walaupon aku tetinggai beg tu beberapa hari kat rumah mama, aku tetap pakai rexona okay! Pinjam kakak aku punya, hat spray dan bukan roll. Sungguh aku tk gamak nak share rexona roll.. -.- Oh yes, dengan kesempatan yang ada ni, aku nak promote sikit lotion yang aku guna. Hmm berkesan! Sebelum ni aku guna lotion safi, pon berkesan jugak tapi tktaulah kenapa tiba2 aku tergerak hati nak guna enchanteur. Mungkin nak kulit segebu Siti Saleha? Ahaha maybe. Aku guna yang warna pink, extra whitening. Saja gatai nak tengok putih ka dak ehehe. Alhamdulillah la ada peningkatan (ewah). Terutamanya bahagian kaki. Kaki yang aku maksudkan ialah, bukan betis bukan paha bukan jari bukan lutut bukan tumit bukan pergelangan bukan tapak. Tapi kaki tempat yang kita sarung kasut tu. Know what I mean? Argh lantaklah. Part tu lah salah satu part yang improve. Cayalah..

Okay stop promoting.

Setelah 5 hari aku tk topup dan tk msg, harini baru aku topup tapi rm10 ja. Tapi tetap tk msg! Sebab lokasi mattop sekarang ni pon aku tktau ada kat mana. Dan yang paling best ialah dia tinggai phone kat rumah. Aku tkdak keberanian nak text apatah lagi call. Tk pasai bakal mak mentua aku jawab..kan asyik! Harini tk banyak aktiviti yang aku buat. Cuma membaca, makan, tengok tv, menyanyi dan teman adik aku yang terkinja-kinja mandi kat luaq. Aku pon sebenarnya ada perasaan nak join tapi malulah kat jiran kiri kanan depan belakang. I'm fifteen years old, not five. Ahaha and I know I shouldn't behave like my younger sister did. Aku dah besaq la.. =)

Hmm nak pi layan cucur jagung, my favourite. Daaaaaa~

No comments:

Post a Comment