Assalamualaikum
Hari jumaat yang sangat menenangkan! Ditambah pula dengan tarikh yang sangat cantik lagi terbabom. Sapa kata harini boleh buat kenduri kahwin? Ahakss.. Setahu aku, tkdak orang yang buat kenduri kahwin hari Jumaat melainkan orang Kelantan jelah. Ini cuma menurut pengetahuan aku yang baru 15 tahun hidup ni, janganla pecaya sangat aku pon tktau betoi ka dak. Selalunya dengan tarikh lawa macam ni..ramailah remaja akan mencari pasangan masing masing dan memeteraikan ikatan 'cinta' (kononnya). Padahal kalau dah setahun anniversary, dah tk cantik dah pon tarik tu. Jadi 11.11.12. Ehehe tapi cantik la jugak kan. Tarikh anniversary aku ja yang tk cantik sangat. 30.11.10. Kalau tahun ni, jadilah 30.11.11 Tapi cantik what..argh lantaklah.
Harini, memandangkan aku tktau apa nak kongsi tapi still nak update blog jugak, aku nak bagitau artis Malaysia yang sangat aku suka tengok mukanya. Tk bermakna aku fanatik ala ala peminat Justin Bieber yang tahap gila meroyan tu..ergh aku tktaula apa benda yang suka sangat kat Justin Bieber ni sampai tkmau2 punya minat, contohnya adik aku. Sampai lekat poster dalam bilik..menyampah aku tengok muka bapak orang tu. Okaylah kita teruskan..
First of all, Lisa Surihani. Walaupon aku tk berapa nak setuju beliau bergandingan dengan Yusry KRU, tapi aku masih minat beliau. Alah apa kisah dia nak dengan sapa pon, tk menjejaskan hidup aku pon. Yang penting dia lawa =)
Second, Heliza Helmi si bermata bulat. Tk kisahlah macam mana pon beliau dressing, pada mata aku beliau tetap cantik teramat. Yang paling aku minat of course lah mata dia, kalau dia pakai contact lens bertambah tambah lawa & besaq la mata dia ehehe.
Third, Siti Saleha aka Nora Elena. Juga adik kepada Sam Bunkface yang aku tk berapa nak minat tu ehehe. Walaupon Siti Saleha ni ada gigi depan yang agak besaq, semua tu tk mencacatkan penampilan dia. Rugilah tk tengok dia belakon dengan Aaron Aziz sekali lagi dalam movie Kekasih Awal & Akhir tu..hmm.
Fourth, si minah saleh Juliana Evans. Perlu ditegaskan di sini aku cuma suka tengok muka dia sebab..argh tk payah bagi sebab memang semua dah tahu, dia segak. Bertambah comel aku tengok dalam iklan Cadbury dengan scarf atas kepala tu. Hish untung boipren dia kan? =)
Fifth, girlfriend Ustaz Shauki dalam Tahajjud Cinta. Neelofaaaaa yang tersangat seksi dan aku tk berapa suka penampilan dia yang seksi tu tapi dia cantik. Kalau dak cemana dia boleh menang jadi juara Dewi Remaja kan kan kan. Aku tengok dia jadi model iklan jam dalam Remaja, pakai singlet ja beb. Fuhh
Sixth, si putih gebu Tiz Zaqyah Razak. First appearance dalam Impian Ilyana jadi pelakon pembantu. Aku paling suka dia belakon dalam Nur Kasih & Soffiya. Aku ada tengok dia dalam Anugerah Skrin 2011 baru2 ni, wah merah mulut macam jambul ayam. Ahaha :D Semoga happily ever after dengan Remy Ishak si gagah perkasa =)
Banyak lagi yang aku suka, tapi tkkan semua nak tunjuk kan ehehe terserlah sangat pulun tu. Wajah2 lain yang aku suka antaranya, Scha Al Yahya, Sheila, Maya Karin, Faezah Elai, Farah AF. Semua yang aku suka, bagi aku sangat comeh, lawa, cantik, segak dan sebagainya. Kalaulah aku jadi artis suatu hari nanti, agak2 ada dak peminat aku yang letak gambaq aku dalam entri blog depa dan puji aku habis habisan? =) Okay aktiviti hari ni, cuci peti ais & balik kampung. Paling tk sabaq nak balik kampung sebab nak tambahkan berat badan. Okay bye!
No comments:
Post a Comment