Wednesday, November 16, 2011

qwertyuiop

Assalamualaikum

Aku harap, budak2 lepasan UPSR akan tidoq lena dengan nyenyak malam ni sebab esok depa nak dapat result dah kot rasanya. Aku tk ingat pulak zaman aku dulu..yang aku ingat, sampai sekolah bila dapat tau cuma 32 orang sahaja yang dapat 5A, aku terus rasa terawang awangan. Kononnya macam "Just like the clouds my eyes will do the same, if don't get 5A..everyday it will rain, rain, rain.." Haha bodohnya aku ciplak lagu Bruno Mars. Tk kena langsung! Tapi masa tu aku tk expect langsung la nak dapat 5A, sebab on that year, I was just fooling around. Tk serius, tk study hard and not even study smart. Nasib ja dapat 5A tu. InsyaAllah 28hb Disember ni giliran budak f3s pulak. Segalanya mungkin..

Tadi lepas selesai menjamu selera, aku keluaq pi Tesco dengan abah & kakak. Fui satu benda yang bukan senang untuk dibuat. Kakak bukan selalu balik rumah. Dan kalau dia balik pon, most of her time memang kat rumah. Memang pada pandangan orang lain, tkdak lah apa benda sangat pon pi Tesco dengan abah & kakak sendiri. But for me, it was something that I really have to appreciate. Aku tk beli apa sangat, cuma cologne semata mata. Kakak aku beli barang keperluan untuk kolej beliau. Dan abah pulak beli barang untuk keperluan kerja beliau. So seperti biasa bila pi Tesco, aku akan cuci mata tengok pekerja depa. Ahahahak! Niat yang sangat kotoq, kan kan. Tapi tkpa, aku cuma cuci mata, tk kacau aih haha. Ada la jumpak tadi, dua orang dok menyembang goyang kaki pakai baju uniform Tesco. Tkdak keja nak buat la tu..kan tk ramai orang. Ehehe tapi saham aku tetap jatuh, semata mata sebab troli yang entah apa2 tu. 

Selesai, balik rumah dan tenganga kebosanan. Sesungguhnya lebih bagus kalau sekolah tk cuti, dan kat sekolah ada aktiviti yang syok. Kat rumah aku tk ketahuan nak buat apa. Oh yes.. jumaat ni aku keja. And every weekend. Ni semua sebab duit aku dah tersangat sangat berkurangan. Nasib baik la Adi dah habeh cuti dan telah kembali ke UiTM beliau. So ada peluang la aku nak keja. Weekdays sesungguhnya abah tk bagi aku keja sebab customers tk berapa nak ramai, so kalau aku pi pon aku akan goyang kaki semata mata. Tkpalah redha. At least weekend pon, dapat jugak RM60 for two days kan? =) End of this month, mama ajak pi Shah Alam. If she's going, then I'll go. Tapi tk lama. Nenda suruh aku stay sana sampai pertengahan Disember. I'm not going to stay..kot. Tktau lagi macam mana.

One question here..have you been in a situation where you can't rely on anybody? If someone asked me that question..my answer will probably be 'Yes'. Iaitu bila aku tengah jawab exam dan aku tktau jawapan. Pada siapa lagi aku nak rely kalau bukan diri sendiri saja.. Mai sekolah menengah ni aku dah jarang meniru, berbanding sekolah rendah dulu haha. Paling kerap pon masa form one. Form two dah kurang tapi ada jugak. Form three, ahaaa nehi nehi. No more copying =)

Layan HBO. Bye!

No comments:

Post a Comment