Wednesday, December 14, 2011

Money - gone

Assalamualaikum

Mama's going back to Alor Setar tomorrow morning with those 3 musketeers. I'll be back later by bus, with my sister and grandmother. Oyeah aku pon tktau apa puncanya balik asing. Oh mungkin sebab tk muat nak perosokkan semua orang dalam satu kereta? Maybe. Hmm kat facebook sekarang ni tengah riuh dan kecoh pasai result PMR yang insyaAllah akan keluaq pada hari Khamis minggu depan. Nervousnya hanya Tuhan yang mengetahui..aku tktau apa reaksi aku bila slip keputusan dah ada depan mata aku nanti. Aku tktau nak kata apa kalau aku tk dapat 8A. Yang pastinya aku memang sangat takut.. Ya, aku dok berharap aku dapat 8A walaupon aku jawab haritu tk meyakinkan aku untuk dapat straight A, tapi aku tetap berharap. Dan aku takut dalam aku dok berharap ni, tengok tengok tk dapat argh mesti kecewa menonggeng punya. Hmm sumpah aku tk tenang haha buat terok. Oh ya aku ada jugak beberapa kali mimpi tapi tk berturut turut la, I think maybe more than 3 times, mimpi pasai dapat result tapi yang sedihnya dalam mimpi tu aku tk penah dapat 8A. Tkpalah aku redho. Sesungguhnya aku dah cuba sehabis baik masa jawab haritu~

Okay lupakan pasai result buat sementara waktu.

Tadi once again, aku pi GM Klang. Mama bawak kereta. Agak sedih la aku pi sana dengan duit dah tkdak. Aku hanya mampu tengok dengan sayu sambil buat mata kucing Puss in Boots tengok orang lain beli. Satu situasi yang sangat menyedihkan dan memberi tekanan. Hmm kakak aku pi sana semata mata nak cari pin kartun, dan dia memang borong sungguh. Aku beli 2 ja haritu tapi dia beli sampai 20 bijik! Entah kat mana dia nak boh segala pin tu, aku pon tktau. Kalau akulah, aku guna RM20 tu nak beli benda lain yang lebih berfaedah contohnya baju. Kan? Lebih berbaloi baloi. Mama beli tudung. Dan aku pon hanya mampu pilih ja untuk mama hmm sedih. Ada jugak kecek kecek mama beli baju kat aku. Tapi mulanya mama buat tktau ja. Ahahak tapi pujukan aku berjaya! Mama belanja aku sehelai blouse bunga bunga yang sangat super duper comel macam AKU. Suka gila! Walaupon cuma sehelai, ia amat bermakna dari aku instead of balik dengan tangan kosong. So konklusinya aku dah ada dua helai baju baru. Yes! Blouse yang mama bagi tu aku nak pakai masa on the way balik Alor Setar nanti hihi sukenye.

Balik dari GM Klang tadi, sepupu aku ajak pi taman memandangkan harini hari last adik adik aku stay kat sini. So dengan penuh kemalasan aku pon turut jelah. Tkdak la jauh sangat, makan masa 10minit jalan kaki. Actually dah berapa kali dah dok plan nak jogging pagi pagi, tapi semuanya tidoq terbabas melebihi pukoi 7am so tk jadi hahah. Lepak kat taman tu 45minit ja, sebab pukoi 7 dah nak layan Tentang Dhia yang semakin misteri hihi. Sepupu aku yang lelaki tu main bola dengan geng geng taman. Aku pon dengan rasa gatal yang menebal, terjenguk jenguk jugak kot kot ada yang comel. Memang ada! Goal keeper tu aish geram aku hahah. Cara dia tangkap bola memang macam Abg Khairul Fahmi kita. Nama dia Amirul. Argh nama tk kisah muka tu yang aku minat! Tapi baru 11 tahun so aku cuma cuci mata tanpa niat nak meneruskan langkah yang seterusnya. Tapi sepupu aku kata, budak tu macam bajet & sombong. Alah biasalah tu budak kecik, pantang ada rupa sikit mesti dah rasa macam bagus gila. Hmm tk jadilah aku haha~

Aku tengok la ni ramai pulak yang dok join contest. Secara jujurnya aku teringin jugak nak join tapi pikiaq balek memang confirm aku tk menang, so terus hilang keinginan nak join hahah buang karan je. Ok lah aku dah tkdak idea. Bye! =)

No comments:

Post a Comment