Assalamualaikum
Harini dengan bahagianya aku menikmati cuti aku kat rumah setelah berpenat lelah kemaren. Bahagianya tk payah cakap.. Inilah orang kata 'penat secara profesional'. Hahaha hentam saja. Tapi insyaAllah dalam masa terdekat (mungkin esok) aku akan kembali bekerja sebab duit aku semenjak dua menjak ni asyik keluaq dan tkdak yang masuk. Dan itu merisaukan hati aku.. Oh ya aku ada satu berita gembira. Aku dah berbaik baik dengan sepupu aku, lega jugak la. Sebab tahun depan ada family trip, dan memang sure dia akan ikut. So tkdak la spoil kan percutian aku kalau jumpak seteru eheheh it's good la kami dah okay. Cuma beliau ada suruh aku text beliau, tapi malangnya aku dah lupa number dia. Aku dah delete bila perselisihan haritu berlaku. Malaih la nak bagitau dia takut dia terasa~ Hehe
Tadi masa tengah online, tk bernafsu lagi nak update blog sebab tkdak idea. Bila dah tkdak idea, aku mula boring. Online waktu macam tu pon bukan best sangat sebab tk ramai yang tengah online. So tiba tiba rasa macam mengantuk..aku pon off laptop dan tidoq. Wei nikmat gila aku tidoq! Siap dengan selimut bagai haha. Aku memang tk boleh tidoq tanpa selimut. Lama jugak la, aku tidoq pukoi 3.15pm. Buat alarm kat handphone pukoi 4pm, tapi alih alih 5 lebih baru aku bangun haha. Ya memang tk manis anak dara tidoq sampai melepasi waktu asar, tapi dah aku terbabas. Alarm lagu Big Bang pon aku tk jaga langsung, walaupon handphone kat tepi telinga. Tktaula sapa yang baik hati tolong tutup -.- Lepastu masa tengah sedap lena, adik balik. Ish hingaq! Normal, orang baru habeh SPM. Telampau syok. Dok assalamualaikum kat luaq rumah pon kuat gila menjerit sampai aku dalam bilik pon boleh dengaq. (Bohong)
Bila adik dah balik, dia ajak pi beli tiket wayang. Mula mula rasa macam malas nak pi tapi bila dah segar bugar dan mata pon celik serta merta akibat Kinder Bueno yang mencair dalam mulut, aku pon sejuk hati dan setuju nak ikut. Naik moto sahaja. Memang ketaq la sepanjang atas moto sebab takot ada JPJ/polis or whatsoever. Dan aku ni pulak agak fobia dengan kenderaan bertayar dua ni akibat kemalangan yang pernah menimpa dua tahun lalu. Tapi alhamdulillah perjalanan lancar, tiket Twilight saga breaking dawn part 1 pon dah selamat 5 keping dalam dompet aku sekarang ni. Oh yes tadi pi asmall jumpak Kak Syida! Amboih rajin sunnguh noh dia pi asmall. Oh maybe dia dah habeh SPM kot? Lagi satu jumpak budak cina berpakaian sekolah kat sana. Aku tau dia f5 berdasarkan warna name tag dia.
Balik asmall, singgah taman pelangi kat depan 7E tu nak makan. Bila dah keinginan aku tinggi nak makan bihun sup walaupon aku ni langsung tk suka bihun sup, tiba tiba gerai bihun sup tk bukak lagi. Hmmph -.- So pi tadi aku cuma makan char koey teow tapi tk habeh sebab aku tk berapa nak menggemari char koeyteow tambah tambah ada kerang dan udang dalam tu. Umum mengetahui makanan laut yang aku makan cuma ikan & ketam semata mata. =)
Sabtu ni confirm nak pi Shah Alam. Nenda pi dulu naik flight hari Jumaat ni. Means aku tk boleh keja sebab budak budak kecik tu tkdak sapa nak jaga. Kalau nak harap kat kakak aku yang 2nd tu memang dak la, dia tu bancuh susu pon tkmau. Oh yes aku agak lega jugakla sebab 'beliau' tk ikut pi Shah Alam kali ni. Mama pon lega haha. Ha! Tadi aku tengok Tentang Dhia. Kadang kadang aku rasa bengang & menyampah kat Dhia tu. Sikit sikit Azmi. Tk habeh habeh dengan Azmi gemuk dia tu. Tk hensem mana pon! Sangat bengong sebab dia boleh buat muka bebai masa nak betunang dengan Zikir. Zikir tu punyala hensem tahap tk hengat. Tapi yang pasti aku tk suka Ako Mustapha jadi Azmi. Kot la nak amek Aaron Aziz ka apa ka, barula sedap mata memandang. Barula aku boleh redho sikit kalau ya pon Dhia asyik nak kat Azmi.
Okay nak bagi chance budak habeh SPM pulak online. Bye! =)
No comments:
Post a Comment