Saturday, December 31, 2011

Semalam bukan hari ini

Assalamualaikum

Oh yes akhirnya dapat jugak aku update blog setelah berhari hari dok berebut laptop dengan kakak aku. Al maklumlah kakak aku sekarang dah ada boyfriend baru kan, nak sms tapi sayang kredit so wall to wall lah jawabnya. Ha kalau tk pecaya tengok wall dia. Siap alternate name pi ubah jadi smackthat hahaha hat tu paling tk tahan sekali. Tk penah tepikiaq pon dalam kepala otak aku depa dua boleh menjadi. Hmm keajaiban~ Ok kat facebook sekarang ni, dikira normal jika news feed dipenuhi dengan status pasal new year atau lebih hebat lagi siap boh wall photos tentang 2012. Ada jugak yang menegur bahawasanya kita ni dah lama new year kalau ikut kalendar Islam. Hmm macam macam karenah laa ish. Tapi yang paling aku tk boleh terima sekali ialah kontroversi hangat yang aku TERBACA kat salah satu photo budak hot. Sapa? Aieee tk boleh habaq nama satgi aku kena serang. Cara dia menerima nasihat orang memang langsung tk matang dan boleh dikatakan sebagai kurang ajar, boleh juga dikatakan sebijik macam umat Nabi Muhammad SAW masa zaman Arab jahiliah dulu. Sebijik! Ok awai awai taun aku dah buat dosa~

Hmm 30 Disember aku buat apa ha sampai tk sempat nak update blog? Aku tk ingat tapi yang pastinya, 30hb dulu ialah hari jadi aby. Happy belated birthday zuriyaty! Oh yes 30hb haritu tk jadi keluaq disebabkan ada beberapa masalah yang tk boleh nak dielakkan. Nak keluaq sekali dengan aby sekarang ni pon dah teramat payah sebab ada pengarang jantung yang siap sedia mengawal aby 24hours. So payah la kan? Tkpa aku tkmau kata apa~ 31hb pulak, oh kemarin la kan haha. Maksud aku tadi T.T Awal pagi buta aku dah mandi. Ha mai nak cerita. Aku usaha kunci jam nak bangun awal sebab nak mandi awal sebab semua maklum aku mandi paling lama. So aku berkorbanlah dengan bangun awal kan sebab aku nak shampoo gitu gini semua. Tapi benda yang paling aku tk suka ialah once aku dah masok, ada saja yang ketuk pintu. Sebelum aku mandi tkdak sapa gatai nak mandi lepastu gaduh lambat la apa la! Benci aku. Ok habeh dah

Lepas habis mandi siap apa semua, mama bawak pi main bowling kat Pacific. Tapi, penuh sebab ada tournament. So kami serang pulak la kat city plaza. Ha senang hati dua orang ja yang dok main masa tu! Tapi aku tk main pon la sepanjang 3 round tadi tu, disebabkan aku tk minat dan tk reti haha. Cuma mama, kakak & adik aku ja yang main. Aku, baca novel & amik gambar tapi malas nak upload. Dan bowling tadi dimenangi oleh kakak aku. Ok I was impressed *tk ikhlas*. Lepas selesai main bowling, aku makan nasik goreng kat food court sumpah tk sedap, melayang ja RM3 aku haha makan tk habis pon. Lepastu pi survey novel tapi tk beli, sebab nak beli esok masa keluaq dengan syafiq dalila sarah & syaza, yeay =) Aku cuma beli baju sepasang ja. Tu pon tadi aku ingat tkmau bawak duit takut boros, tapi dah aboy bagi RM50 kat aku tadi haha aku terima dengan redho. Destinasi seterusnya ialah kedai handphone, mama nak beli kat kakak sebijik sebab handphone kakak dah rosak. Hmm dan kakak dapat touch screen dengan warna hitam + ungu + pink comel gila. Tk sabiaq aih nak jadikan Samsung Galaxy S II / Note sebagai milik aku sepenuhnya.

Ok gambaq ni aku search kat google saja nampak sangat pemalas kan? Semoga tahun 2012 ini, kita semua akan sentiasa dilimpahi rahmat-Nya. Alhamdulillah umur masih panjang =)

Ok aku cilok gambaq ni kat facebook haha. Kalau mai mood rajin aku akan buat gambaq sendiri tapi sekarang ni mood tk rajin. Alhamdulillah sekali lagi aku rasa aku dah buat keputusan yang tepat. =)

Paling best tahun 2011, mestilah sebab kejayaan aku dalam PMR & rezeki aku dapat masok SMT Alor Star kan kan. Aku masih lagi berharap kat SBP, insyAllah tapi kalau setakat teknik ja rezeki aku, dah cukup bertuah dah. Banyak lagi benda best sepanjang 2011 dengan family aku, kawan kawan aku dan semua orang lah! p/s Harap harap tk ramai la anak anak Melayu yang buat maksiat tengah tengah malam new year ni..haii astaghfirullah.

Ok bye!

No comments:

Post a Comment