Saturday, December 10, 2011

Andai ku tahu..

Assalamualaikum

Fuh! Alhamdulillah semalam aku selamat sampai rumah sepupu aku tepat pukoi 3.34am. Mengantuk ni tk payah cakap la..bagaikan ada makhluk Tuhan paling kejam tengah bertenggek atas kelopak mata ni ha. Semalam dalam kereta aku tk buang tudung. Wah bangga! Sebab apa aku tk buang? Sebab anak uncle yang berjantina lelaki ada dalam kereta. Sebab apa aku bagitau benda ni? Sebab aku nak habaq, bila aku dah terjaga daripada lena, aku dapati pin yang sepatutnya ada kat leher tu, tetiba boleh berpindah tempat kat pipi aku. Bayangkanlah betapa hodohnya keadaan aku waktu tu haha! Bila dah menyedari keadaan aku yang terlampau hodoh waktu tu, cepat cepat aku betulkan tudung yang alhamdulillah semalam masih maintain dan tkdak kelepek kelepek. Setelah salin baju apa semua aku terus sambung tidoq tanpa bermimpi apa apa..sebab terlampau nyenyak.

Ahah! Ada hikmahnya aku tergerak hati nak online tadi. Bila dah online, aku nampak ada beberapa orang share satu link yang sama. Mulanya aku tk perasan sangat apa link tu tapi bila dah tengok ramai orang share, aku pon berminat nak baca. Rupanya tentang artikel berkenaan rantai burung hantu yang haram hukumnya kalau pakai. Oh bila baca benda tu, of course lah aku terkesima buat sementara waktu sebab aku ialah salah satu di antara MAJORITI perempuan Islam yang memakai rantai burung hantu tu. Tapi kan..satu benda yang aku rasa macam tk best baca entri tu ialah, pemilik blog tu macam menghukum sangat para pemakai rantai tu padahal kami tk tau. Kalau kami tau, sudah terang lagi bersuluh la kami tk pakai. Pemilik blog tu kata kononnya macam kami ni saja nak membanggakan pihak dajal/zionis apa kejadah tu. Hmm sedih r macam ni! Haha over

Hmm kenapa aku letak banyak sangat gambaq rantai burung hantu? Tujuannya, sengaja nak panjangkan entri blog. Dan jangan salah faham, aku bukan nak promote kan lagi rantai burung hantu walaupon aku rasa 2nd picture tu macam alahai comelnya..argh jangan menggoda aku lagi! Hmm oh ya, the last picture tu saja jugak aku letak sebab aku tengok burung hantu tu macam perasan kononnya mata dia boleh tiru mata kucing dalam Puss In Boots. Alah belah la kau! Tk comel pon!

Oh ya aku ada sedikit keraguan. Adakah rantai burung hantu saja yang diharamkan? Macam mana kalau template, header ataupon background blog berlatar-belakangkan burung-burung hantu? Adakah ia uga diharamkan? I wonder.. =) Tapi janganlah boikot burung hantu pulak. Janganlah pupuskan spesis burung hantu. Janganlah kalau asyik jumpak burung hantu, rasa macam nak pijak sampai mampos ha ambek kau! Burung hantu tetap makhluk Tuhan, cuma ada la sesetengah makhluk yang tk sedar diri menggunakan burung hantu sebagai lambang entah apa apa tu. Ok lah sementelah dah ramai yang tau ni, bawak bawak la istighfar dan janganla pakai lagi rantai tu okay. Banyak lagi rantai lain yang cantik..contohnya haritu aku tengok rantai labuh berloketkan kasut high heels. Cantik gila! Bersama samalah kita membanteras hal hal yang boleh memporak perandakan agama kita.

Malaysia boleh! =)

No comments:

Post a Comment