Saturday, December 24, 2011

I've got one thing, then I've lost another thing

Assalamualaikum

Kadang kala apa benda yang kita suka ialah benda terburuk untuk kita. Dan apa benda yang kita benci ialah benda terindah untuk kita. Sesungguhnya Allah SWT mengetahui apa yang tersirat dan apa yang tersurat. Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. Sebab tu aku percaya benda yang aku buat ni banyak menghampakan perasaan orang terutamanya beliau dan diri aku sendiri, tentu ada kebaikannya. Ramai yang tanya aku pasaipa aku buat macam ni, aku pon tktau pasaipa. Tk semua soalan ada jawapan. Apa yang boleh aku jawab ialah, aku tergerak hati nak break up. Dan aku tktau apa yang mendorong aku sampai aku sebegitu nekad, walaupon aku terlampau sedih. Ada benda yang buat aku kuat dan redha. Ada benda yang buat aku supaya tk menyerah dan berpatah balik kat beliau. Something that I can't explain.

Hmm kalau nak suruh aku cari kelemahan beliau sebagai salah satu sebab aku break up, memang tkdak. Beliau terlampau baik dengan aku, beliau gembirakan aku setiap hari. Tkdak satu apa pon yang buat aku menyesal kenal dengan dia. Sebab tu aku rasa berat hati sangat but I have to let him go. Tkdak sapa yang menghasut aku supaya break, dan tkdak orang ketiga dalam perkara ni. Aku tahu beliau tk pernah curang dengan aku, dan aku pon tk pernah terlintas dalam kepala otak nak curang dengan beliau. Hmm Sarah ada tanya aku, ada rasa nak sambung balik dak, dan aku jawab ya. Memang ada, tapi aku tahu aku tkkan. I've hurt him, and that is the most painful thing that I've ever done in my entire life. Aku terima kalau dia nak benci aku ka or whatever he wants. Hmm adat orang break up, untuk masa terdekat ni memang aku tk boleh terima sapa sapa lagi because he is the one in my heart right now.

Sekarang ni alhamdulillah aku dengan beliau baik ja, tkdak gaduh gaduh. Dan aku harap kami akan kekal sebagai kawan baik, not more than that. Kawan kawan banyak yang prihatin, thanks sangat, antaranya Sarah, Dalila, Aby, Zul Hilmi, Syafiq dan maybe ada lagi. Berdasarkan reaksi member member kat facebook, ramai yang terkejut & macam tk boleh terima haha. Kalau depa pon sedih, terkejut & tk boleh terima bagai, bayangkanla apa yang aku & beliau rasa. Keputusan yang aku buat ni langsung tk menggembirakan aku tapi aku yakin ini yang terbaik untuk aku & beliau even though kami tkdak masalah apa pon. Yang dah lepas tu biarlah lepas, aku harap lepas ni semua akan ok, dan aku harap beliau akan jumpa orang lain yang lebih baik dari aku. Aku tahu aku tk ikhlas berharap macam tu, sebab kalau dia ada orang lain, maka tu akan jadi benda lebih susah untuk aku terima but I'll try to keep myself strong. Aku kan ada kawan kawan super power aku? :')

It wasn't a cinta monyet, it was a cinta muka buku. Because I knew him there. I'm really glad that he was once mine. I had a chance to love him, to make him happy, to complete his life. Alhamdulillah. I've got one precious thing, iaitu keputusan PMR yang cemerlang, and I've lost another precious thing too, iaitu beliau.

Benda yang aku nak fokus sekarang ni ialah form 4. Aku tk berani nak bersenang lenang memandangkan 2013 nanti aku SPM. Form 4 is absolutely not a honeymoon year. Aku nak cuba tererkan diri sendiri dalam subject yang susah contohnya add math, chemist & bio. InsyaAllah, Allah akan sentiasa membantu hamba-hambaNya yang berusaha. Semoga beliau dapat maafkan aku dan aku berharap sangat semoga beliau tk bencikan aku. Mungkin ada yang kata aku pentingkan diri sebab ikut kehendak hati aku saja tanpa pikiaq hati beliau, it's okay. Mulut orang tk boleh tutup. They don't know the real situation, and I don't even care apa pon yang orang nak cakap because this is my life, not theirs.

Ya Allah, have mercy on my decision. Amin.

No comments:

Post a Comment