Thursday, April 19, 2012

R O C K

Assalamualaikum

Ya Allah rasa macam nak nangeh pon ada sebab akhirnya aku dapat peluang nak update blog. Actually aku tk ingat sama ada khamis / jumaat lepas, aku memang nak update dah tapi terhenti sekerat jalan sebab tetiba otak aku blank tkdak idea. So aku amek keputusan tunggu jelah sampai harini, kot kot ada something interesting happened, barulah idea mencurah curah nak update panjang berjela. Alhamdulillah la aku ada idea setakat ni haha. Ada banyak sangat benda aku nak cerita! Hmm tapi kan harini aku sedih. Sebab, semalam aku pulun buat karangan macam nak mati sampai 3 pages, kerah otak sampai kering kontang, tengok tengok cikgu buat komsas harini. Bila aku komen, cikgu kata, "Sapa kata ada karangan harini? Saya tk kata apa pon." And of course with his annoying face. Aku macam argh! Aku dahlah tk bawak apa jenis buku komsas pon kat sekolah. Sama dengan aby pon. Usaha la pi pinjam kat orang. Terpaksa salin soalan dalam test pad ja. Tapi bila kami dua orang check balik dalam beg, tengok tengok tertera buku "LATIHAN PEMAHAMAN & KOMSAS." Aiee rasa nak penyepak diri sendiri pon ada, cemana la boleh tk sedaq yang ada buku komsas dalam beg. Kalau dak settle habeh dah keja. Free ja aku cop diri sendiri bodo. Haha. Yang sejarah pulak, aku kalut perabeh nota waktu rehat, sanggup tk makan nasik sebab takut kat cikgu baru tu. Dengaq cerita dia garang. Tapi bila dah waktu sejarah, cikgu tu tk masuk pulak. Hmm memang tk sakit hati pon haha.

First and foremost, nak cerita pasai Khamis lepas. 12hb April 2012. Aku dipilih oleh..oleh..hmm aku tktau oleh sapa, untuk join Kak Fatin & Izzairul pi public speaking kat SMK Syed Omar. I was honored! Rasa macam tk sangka gila haha padahal aku pi bukan amek bahagian pon, tengok ja. Sebab tahun depan insyaAllah aku akan ganti tempat Kak Fatin pulak untuk join public speaking =) Pagi tu kena pi astech dulu, aku pakai baju kurung sekolah dengan kain biru. Fuh bayangkan perasaan teruja aku! Dah nak dekat 4 bulan aku tk pakai macam tu k, sebab tu teruja lebih haha. Schoolmates pon pakat pandang pelik, tambah tambah classmates. Aku ingatkan cikgu ketua panitia bahasa inggeris yang nak bawak pi DSO, tapi bukan. Ada teacher cina tu yang bawak. (Saja tkmau mention nama, aku serik.) Dan aku terpaksa pakai blazer yang besaq gedabak ala ala jubah tu. Tu pon dah saiz S dah. Dahla hangat gila. Yang untungnya, breakfast pagi tu Izzairul belanja. Thanks! =) Sandwich telur & air soya tu amat bermakna untuk perut aku yang kosong ni. Haritu aku boleh bawak phone pi sekolah, so aku tk lepaskan peluang untuk amek gambaq dengan girlfriends walaupon tk cukup ahli. Hana, ku & liyana tkdak. Sayang seribu kali sayang, gambaq pulak blur. Ah persetankan!


Of course, akulah gadis suci dalam baju kurung putih tu haha. Lebih kurang 8 lebih, kami betolak pi DSO. Aku habehkan sandwich & air aku dalam kereta teacher because I was too hungry. Kak fatin tk sentuh langsung sandwich dia, aku rasa macam nak mintak pulak haha. Sampai sana, terus masuk dewan makan asrama depa. Cantik sangat, macam ball room! And the school was quite nice jugak lah, macam taman. Tapi normal sekolah lama, tau saja macam mana hehe ops. Semua ada tk silap aku 26 ataupon 27 sekolah yang participate. Aku jumpak budak budak keathwa, syarafina & sarah adelynna. Asmarian & collegian pon ada. Breakfast kat DSO, depa jamu bihun goreng tapi aku tk makan pon sebab kenyang. 14 students dah selesai public speaking, ada rehat 10 minit. Lepastu giliran kak fatin pulak. She did very well! Selesai kak fatin, kami 3 orang pi kantin sebab nak melantak. Aku tau kak fatin lapaq sebab dia tk makan apa pon pagi tu. Pekena burger sebab tk berani nak makan nasik kantin, takut tk sedap. Dan aku jumpak my ex senior iaitu abdul aqim heheh dia sekarang dah upper six kat situ. Habeh makan, masuk dewan balik. Tunggu sampai semua habeh sebab nak tengok sapa pulak terpilih untuk impromptu speech. Ha masa ni yang aku mengantuk gila sebab gatai pi baca buku sejarah. Selesai semua 27 participants, lebih kurang pukoi 12. Aku & kak fatin masuk surau, kami lena dalam tu sampai lah pukoi 1.30pm. Puaih! Dah bangun tu aku makan nasik pulak, phew sedap. Aku telepas nak tengok pesembahan, ada student DSO nyanyi lagu Someone Like You. Unfortunately, kak fatin tk tepilih untuk impromptu speech tu. Frankly speaking aku agak lega lah, sebab tk larat nak tunggu mengadap situ sampai petang. Pendek kata boleh balik awal =) Driver Izzairul mai amek & hantaq kami sampai sekolah. It was a tiring day, tapi best sebab itu first time aku tengok public speaking competition!

Inilah kak fatin yang comel & kecik molek. Terasa bangga pabila diriku tinggi. Ahakz!
Ini pulak Izzairul Ikhwan or better known as Shah Rukh Khan. =)

Hari isnin baru baru ni pulak, aku dan berpuluh orang pelajar lagi terpilih untuk menduduki Ujian PISA (Program for International Students Assessment). Ujian tu buat kat sekolah jugak la, kat makmal robotik. Aku duduk dengan azah & ainun. Soalan tu hmm agak payah, nasib baiklah soalan aku lebih banyak kepada mathematics. Oh fyi, setiap student dapat soalan berbeza beza so jangan mimpilah nak tiru apa bagai k. Soalan humaira lebih banyak kepada reading iaitu soalan berjela jela jela punya panjang lepastu kena jawab soalan. Tapi aku ada tinggai jugak la satu soalan sebab dah tktau cemana nak hentam. Tapi aku tk terpilih untuk ujian berkomputer. Dalam bepuluh orang tu, 14 orang ja yang terlibat. Aku rasa depa pilih secara rawak sebab kalau nak kata budak pandai, aku ni tkdak la pandai mana. Boleh dikategorikan sebagai kurang cerdik jugak la haha. Bila dah terlibat dengan ujian tu, aku tk masuk kelas dari 7.30am sampailah 12.20pm. Tapi masa ujian tu, kami dapat rehat lambat. Pukoi 11 baru depa bagi keluaq. Sedih tk boleh nak makan nasik sekali dengan aby. Hmm overall aku lega jugak benda alah tu dah habeh, kalau dak serabut kepala otak aku dok baca buku PISA tu. Depa kata, insyaAllah dapat sijil minggu depan. Haa yang ni aku suka! Haha =)

Seperti yang hampir semua sedia maklum, Selasa lepas ada anugerah cemerlang kat keat hwa. Anak agong mai mencemar duli nak sampaikan hadiah. Aku pon agak teruja jugak lah, sebab boleh jumpak member kat sana. Mulanya aku tekejut bila nazrin habaq yang hadiah untuk pelajar 8A tkdak. Kesian jufre & khadijah. Kat aku tkdak la kesian sangat sebab aku tetap dapat hadiah untuk cemerlang matapelajaran agama tahun lepas. Aku agak tk sedap hati sebab sehelai surat pon tk sampai kat tangan aku, kot la pemberitahuan ka jemputan ka apa. Ni satu apa pon tkdak, tapi aku watlek ja. Tengok tengok malam tu khadijah msg aku, dia kata sapa yang tk pi rehearsal tk boleh amek hadiah masa anugerah cemerlang. Tapi boleh tuntut la hadiah tu bila bila yang aku free. Aku memang meletup gila lah malam tu. Sapa tk marah woi..mama pon siap amek cuti dah. Senang ja cikgu cina kat sana kata aku tk payah mai. Ini semua diskriminasi kaum! Dah nampak sebab apa aku terlampau benci cina? Inilah sebabnya. Hancur plan aku nak jumpak generasi melayu kat keat hwa. Geramnya hanya Tuhan yang mengetahui. Tapi sekarang ni aku tktau lagi bila nak pi tuntut hadiah tu. Kalau setakat benda entah apa apa, aku tk kisah. Masalahnya sekarang hadiah tu ialah DUIT. Dan aku sama sekali tk boleh nak lepas macam tu ja haha.

Hmm sekarang ni gosip yang tengah meletup letup di kalangan form four astech ialah gosip aby & haideer. Haideer jatuh cinta kat aby masa first time dia tengok aby kat bilik kaunseling sekolah. Walaupon depa tkdak relationship yang disahkan lagi, cuma setakat teman tapi mesra ja, but they're so damn sweet! Haideer tk penah lupa hati kawan kawan aby ni walaupon sebenarnya dia nak tackle hati aby sorang ja. Dia janji nak belanja kami KFC. Dan haritu dia bagi kat kami 9 orang, lebih kurang macam pie berry la. Mak dia buat. Sedap gila kay. Sesungguhnya aby sangat beruntung sebab dapat teman tapi mesra sebaik haideer. Aku suka sangat kalau depa menjadi dua orang, sebab aku tau haideer akan jaga aby elok elok heheh galaknyew. Tapi aby kata dia tk berani nak jamin apa apa sebab depa kenai tkdan sebulan lagi -___- Dan aku sebagai kawan paling rapat yang dia ada, tkmau paksa. Aku sokong apa pon keputusan hang aby! Esok insyaAllah aku nak pi rumah aby, aku dah bagitau abah cuma tk bagitau mama lagi. Kalau mama bagi green light, aku pi lah. Nak buat keja sekolah LK, BM, add maths & math mod. Petang tu terus balik kampung insyaAllah. Eeee tk sabarnya! =)

Pagi tadi tk sangka syaza called aku. Sumpah aku tekesima, cakap dengan dia pon tesekat sekat. Last aku jumpa & cakap dengan dia, 26 januari. Only God knows how much I miss you, syaza! :')


Aku tetap sayang Syafiq Herman sampai mati =)

No comments:

Post a Comment