Assalamualaikum
Entah kenapa semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku rasa malaih gila nak update blog. Eh bukan malas tapi entahlah. Peluang tu ada, tapi setiap kali peluang tu mai, ada ja halangan lain so tk boleh nak update jugak. Aku rasa entri last aku tu, pasai aku pi public speaking kat SMK Dato' Syed Omar tu kan? Aku sign in blog terus je create new post dan tk view blog pun, so ingat ingat lupa apa entri last aku. Hmm actually banyak benda yang jadi sepanjang aku tk update ni, aku cerita yang mana aku ingat ja okay. Dan ada satu cerita ni aku nak sangat heboh dalam blog tapi malangnya blog ni ialah satu medan yang terlampau public so..tk bolehla. Tekejut jugak aku bila dah sign in blog, tengok tengok blog ni ada rupa baru dan aku bagaikan rusa masuk kampung, tercari cari kat mana tempatnya nak create new post haha terasa diriku amat bangang. Macam biasa sebelum bukak blog aku, aku singgah dulu blog TOK, maria elena & fatin liyana. Tapi aku tk baca pun blog maria elena sebab terlampau panjang dan aku pulak terlampau malas, cuma tengok gambaq gitu gitu aje. Hmm aku rasa sekarang ni aku mula kehabisan idea nak story apa dan...dan...dan...
Minggu lepas aku pi makan pizza dengan aby, yat, ainun, anwar & haideer. Terima kasih kepada saudara haideer own yang sponsor 100% hari tu heheh. Aku punya kempunan nak makan cheezy pizza tapi disebabkan kegelabahan aby membuat order membuatkan dia salah cakap dan order benda yang salah. Tkpa aku redha, asalkan benda alah tu tetap pizza. Aku makan cuma dua slices aje hihi tk banyak pun. Selesai makan semua, kami pi city plaza sebab aby nak beli selipar apa benda tktau. Masa tu anwar dah balik sebab tokwan dia sakit, so yang tinggal cuma aku, aby, yat, haideer & ainun. Kami jalan jalan kat city plaza sambil mencari nahas. Tetiba aku tejumpak Akashah Roky. Pada pandangan aku dia seorang yang sangat kecoh di twitter dan pemalu di luar haha. Normallah tu. Lepastu jumpak afif, am & ami. Kalau dah jumpak akashah, mesti ada sarah jugak. Dan ainun pun mengambil kesempatan untuk pergi berjalan jalan dengan FR kesayangan beliau. Tetiba dia kembali dengan tangisan air mata yang penuh kesedihan. Yaaa FR curang. Masa tu aku rasa macam nak sumbat ja kasut flat aku dalam mulut FR. Yang si ainun pun tk boleh nak control langsung sedih dia tu, nangeh depan public siap merengek lagi. Haih malu aku. Dan lepas semua settle, sarah pun dah balik, same goes to akashah. Aku, yat, aby & ainun teman kakak yat makan kat food court sebab dia mengidam tomyam. Well biasalah tu orang tengah pregnant. Sampai rumah lewat gila, dah nak dekat pukul 8 masa tu. Dan kakak yat dah selamat bersalin kemarin! Congratulations for the baby boy! =)
Hmm tk silap aku selasa lepas, dikala aku tengah enak dibuai mimpi, tetiba tata gerak aku pukoi 4.50am. Dan aku pun tekejut beruk bila tata bagitau yang aboy masa tu ada kat CCU Hospital Sultanah Bahiyah sebab kena heart attack. Dan tata tanya adakah aku nak ponteng. Memandangkan aku ni sedaq diri yang tk lama lagi nak midyear exam dan hari selasa jadual dipenuhi dengan tough subjects, so aku ambil keputusan untuk tetap pi sekolah. Balik sekolah tu, abah singgah rumah sat ja untuk amek adik adik aku & kakak aku. Aku pun sempat sambar phone je dan tk sempat nak tukar baju. Maka terkedek kedeklah aku ke hospital dengan setia memakai baju kurung Puteri Islam -___- Nak masuk wad CCU tu boleh 2 pelawat je sekali masuk. Aku masuk dengan kakak aku. Masuk je wad aboy tu, DUSH! Tekejut aku tengok wayar berselirat kat badan dia. Tapi masa tu dia tengah watlek je main phone. Kiri kanan ada ja monitor yang tayang entah apa apa aku tk paham. Rasa ngeri pulak aku. Aboy kena heart attack sebab 2 salur darah dia tersumbat disebabkan kolestrol terlampau tinggi. Dan punca kolestrol tinggi ini tk lain dan tk bukan...nasik kandar Yasmeen. Aboy memang peminat tegar nasik kandar Yasmeen. Dan yang memburukkan lagi keadaan, aboy kuat merokok. Eh adakah merokok boleh sumbatkan salur darah atau aku yang mereka cerita? Hmm who cares. Tapi alhamdulillah sekarang aboy dah sihat, dan dia cuti sebulan sebab haritu ada buat operation sikit. Hmm kurangkan makan nasik kandar ye kawan kawan!
Kelmarin masa english period, teacher nak jumpak aku. Dan aku pun agak tertanya tanyalah entah apa benda lagi teacher nak suruh aku masuk ni. And she told me a really good news! Aku rasa macam nak melompat ja dalam bilik nilam masa tu haha. Teacher ajak aku pi SMTTAR kalau tk silap, kat penang sebab astech terlibat dalam KAT (Kejohanan Antara Teknik) dalam acara english debate. Teacher suruh aku ikut sebab nak jadi supporters je dan gain experience. Aku sangat berminat! Nak masuk debate tu wallahualam lah, sebab aku tk sure sangat debate ni macam mana. InsyaAllah aku akan join nanti dengan Ku & Zahir. Pi sana 24hb-26hb Mei. Kiranya cuti dua minggu aku nanti akan terganggu dua hari jelah. Aku akan stay kat hostel sekolah sana. Aku ada ajak aby tapi dia tkmau pi sebab tk minat. Hmm cerita pasai aby, kemarin dia sakit. Masa BM, dia mengadu kat aku tk sedap badan sebab perut rasa angin. Tetiba nak muntah pulak. Kami pun pi la toilet, aku jenuh dok urut tengkuk dia dengan minyak cap kapak tapi tk muntah pun. Masa kat kantin adala dia muntah jugak lepastu dia terus balik. Yang syoknya aby kata masa atas moto, dia muntah. Kat rumah muntah lagi atas katil. Depan klinik pun muntah lagi. K tetiba aku pulak rasa nak muntah bila dah type perkataan muntah banyak kali. Ahakz
Baru lepas bukak facebook yang 1st account. 213 friend requests, 1 new message, 47 notifications. Excited? Not at all. Account settings ---> Security ---> Deactivate your account. Done! Facebook aku yang wujud hanyalah 2nd account sahaja ye kawan kawan. =) Ehem tk silap aku, midyear exam sama ada minggu depan atau minggu sekali lagi. Ketaq? Of course. Aku tktau aku boleh buat ka dak. Kalaulah aku dapat lagi teruk dari haritu..memang aku mampus. Hmm
Teman seperjuangan yang akan menghadapi midyear exam. Marilah sama sama kita berjuang untuk mengurangkan atau menghentikan buat seketika dua benda yang sangat menggoda ni. Aku paham kita semua ketagih tapi...wajib kurangkan jugak. Good luck everyone!
No comments:
Post a Comment