Kebelakangan ni hidup agak serabut. Cuti kalini macam indah khabar dari rupa. Acewah. Aku ingatkan bolehlah nak enjoy barang serba sedikit, release tension apa semua tapi makin banyak pulak bala dok mai betimpa timpa. Hmm it's okay, aku dah biasa dengan semua ni. Seingat aku, aku dok hadap dengan benda benda macam ni since I was ten. Yes, ten years old. Umur yang aku rasa sepatutnya tk patut pun nak hadap masalah yang complicated, tapi nak buat macam mana. Ujian. Memandangkan dah 6 tahun dah so aku jadi macam lali. Sedih memang sedih, geram marah sakit hati semua tetap ada tapi tk larat nak kata apa dah. Nak mengadu kat sapa pun tktau. Adalah sekali tu aku mengadu kat cikgu sekolah, tapi aku rasa that's going to be the first and the last one. Bila aku dah start mengadu, dan 1 hari aku tu akan rosak mood serosak rosaknya. Ku jadi saksi that day..habeh ja aku bagitau masalah kat cikgu, aku menangis tk berenti. Itu pun bukan aku yang tehegeh nak pi cerita kat cikgu, cikgu tu yang panggil aku. Cerita tkdan habeh sampai Z, dah merambu rambu dah. Kekadang bila aku terluah kt blog, twitter ataupun terupdate status kat facebook, bukannya nak mintak simpati atau bukak aib atau apa pun. Aku pusing kiri pusing kanan, semua serba tk kena. Aku pun manusia..kerap buat salah. Semua tu cuma nak lepaskan rasa hati yang tengah sedih bagai nak rak ja. Tkdak makna apa pun.
Kadang kadang aku rasa macam tk patut sangat la aku nak anggap diri aku teruk sebab aku tengok ramai lagi yang ada masalah beganda ganda besar dari aku. Boleh ja depa hidup. Tapi bila masalah tu mai hempuk batang hidung sendiri, memang tk terkata apa dah. Perasaan masa tu tk boleh nak bagitau macam mana, haha aku tk tipu la kadang kadang ada jugak rasa nak buat benda bodoh contohnya lari dari rumah. Tapi alhamdulillah setakat ni aku tk penah la buat benda bodoh tu sebab aku tau aku tk sebodoh tu :) Selalu jugak aku dok pikiaq, agak agak bilalah hidup aku nak aman. Bila la semua masalah ni nak selesai. Aku bukannya nak merungut sangat pun tapi penat doh..aku pun tk larat dah. Dengan nak kampui belajaq kat sekolah yang tk tahwan lagi. Apa yang aku baca selalunya bukan masuk otak pun kalau dah telinga kiri kanan dok dengaq segala jenis maki, caci semua ni. It's not easy..sumpah bukan senang nak hadap semua ni. Aku tktaulah kenapa aku boleh tahan sabaq sampai sekarang, tk pernahnya nak memberontak ka apa kejadah semua ni. Masalah ni jadi main factor kenapa aku suka sangat spend time dengan kawan kawan aku. Bukanlah aku tk sayang family aku lagi tapi bila dok dengan kawan, jadi lupa habeh masalah. Even tk selesai satu apa pun, at least aku boleh rehat otak aku sat buat sementara waktu. Tapi aku tau, aku sepatutnya tk boleh nak lebihkan kawan sebab apa apa hal pun memang family comes first. Tkdak galang ganti. Aku tau yang tu.
So I guess, the only thing that I can do is just move on. And keep pretending like nothing happened. I'm strong and I know it! =)
Harini dah hari Khamis. Tinggal 9 hari lagi je nak besenang lenang kat rumah, bangun lewat dan online sepanjang hari. Lepasni tk boleh dah sebab kalau dah sekolah, memang tkdak chance la nak goyang kaki macam sekarang. Oh ya aku agak excited sekarang sebab tahun ni memang aku jarang gila baca novel, sebijik novel pun aku tk penah beli lagi tahun ni. Tapi kakak aku beli novel baru kemarin so aku tumpang aje hihi. InsyaAllah sebelum sekolah start, aku habehkan dah novel tu. Bila ingat pasai sekolah, terus teringat pasai homework yang satu apa pun aku tk sentuh lagi. Haih malas gila..aku ingat nak start buat homework hujung minggu ni kot. Hmm plan asalnya harini nak keluaq hang out dengan kawan kawan, tapi tk jadi disebabkan beberapa masalah yang tk boleh nak elak. Lagipun tengah hari tadi hujan lebat dengan angin kuat menggila. Alah biasa la, kalau plan nak keluaq ramai ramai macam ni memang susah nak jadi. Kalau plan sikit sikit orang jadi la ahakz. So plan aku, nak tidoq rumah syaza hari selasa dan keluaq pi alor setar mall hari rabu sekali dengan aby. Tapi tk confirm apa lagi pun sebab aku tk tanya mama lagi, aby pun baru nak tanya syaza boleh ka dak. Hmm harapnya plan kalini menjadi :')
Kakak aku kata, Snow White and The Huntsman best, tkdak la loqlaq & 13 tahun ke atas je. Dan ini maknanya aku boleh tengok hihi ni yang syok ni. Aku harap sangat mama boleh bagi keluaq minggu depan, sebelum sekolah dah mula start. Bila sekolah dah start ni, memang tipis la peluang nak tengok wayang. Nak keluaq pun boleh pi takat library aje hihi. Oh yes, saja nak habaq yang hari ini dalam sejarah sebab first time aku makan nasik dengan daging. Sebab lauk harini cuma daging masak kicap & daging masak merah haha. So aku goreng telur dua bijik, lepastu makan daging. Hmm not bad la, boleh diterima perut hihi. Okay aku tktau apa motif aku cerita pasai benda ni. Yang penting aku tk sabaq nak keluaq minggu depan dan aku tk sabaq nak tengok semua homework aku settle :) Ah dengaq cerita, ada family vacation nanti pi Terengganu & hmm satu lagi tempat aku tktau pulak. Yeay ni yang aku suka ni haha. Esok insyaAllah aku nak keja kat kopitiam, sebab duit makin kurang kalau dok rumah ni. Duit sekolah pun tk dapat. Ah okay aku rasa idea aku makin kurang. Perut pon koi lapaq. So moleklah kot kalau takat ni ja entri hihi bye =)
"Money can't buy happiness. But money can solve some major problems."
- The Other Khairul
- The Other Khairul
No comments:
Post a Comment