Friday, May 18, 2012

Examination's week

Assalamualaikum

Sanggup curi masa study semata mata nak update blog kesayangan. Nampak kesungguhan dan pengorbanan aku yang tk ternilai ni? Ahaha ok tk nampak tkpa. Aku baru lepas baca blog maria elena & fatin liyana. Hmm maria ada buat video baru tau, tajuknya "Dedication To Haters". And I was like..gosh this video's so cool! Maria pun cool! Dia watlek je walaupun ada haters yang bash dia secara umum. Kalau aku belum tentu lagi boleh rilek, siap buat video ucap thanks kepada haters -___- Fatin liyana pulak tk habeh lagi cerita pasai trip to Korea, dan aku pun jeles berterus-terusan. Betambah jeles bila dia jalan jalan kat Korea dengan isteri Ally Iskandar iaitu Farah Lee yang sangat segak comel meletup tip top tu haha. Hmm k rezeki aku tk sampai lagi nak melancong luar negara. Eh esok kan ada orang nak mai rumah wuwu. Aby, yat, haideer & anwar. Aku ajak hana & reen, tapi tktau depa boleh mai ka dak. Nak study maths & LK sama sama. Ahad ni exam modern maths & LK ye kawan kawan, wish me luck. Maths tu aku tk berapa nak risau sangat, insyaAllah lulus (eh confident ja aku ahaha) tapi LK tu seriously memang aku risau. Ditambah pula dengan aku yang langsung tkdak bakat melukis ni, terpaksa pulak hadap dengan subjek lukisan kejuruteraan. Payah nak mampus. Aku tk paham macam mana medai & fikri boleh score A+ masa first test haritu. Markah aku atas pagar ja, nasib baik tk fail. Phewwh!

Kemarin exam add maths sahaja. Aku rasa kalau add maths aku tk pulun last minute, memang tk boleh jawab dah kemarin. Alhamdulillah la tk sesusah haritu, insyaAllah tk fail. Aku tk berani nak target A hihi we'll see how. Ada jugak 1-2 soalan yang aku sangkut, tapi kali ni aku tk tinggai satu soalan pun macam haritu. Aku gagah jawab jugak walaupun aku tktau. Dan 15 minit sebelum waktu habeh..aku siap tetidoq lagi sampai mimpi. Actually bukan ada niat nak tidoq pun. Ketas soalan tebukak, pensel dah kat tangan. Aku bajet macam nak jawab sambil letak kepala, tetiba tetidoq sebab cuaca masa tu hujan renyai ditambah angin sepoi bahasa. Aku pulak dok tepi tingkap. Ah apa lagi, layanlah. Bayangkanlah betapa nyenyaknya aku tidoq sampai mimpi bagai haha. Petang tu balik lewat, sebab kononnya nak study maths & LK dengan aby, haideer, anwar, reen, liyana, hana, ku & yat. Tapi tk study sangat pun disebabkan ada aral yang melintang. Hmm pak guard astech tu aku tk paham sungguh la. Kenapa depa kena buat orang menyampah kat depa? Cuba jadi macam pak guard keathwa dulu, haii sumpah baik aih. Sampai boleh sembang lepak sekali. Gatai pun dak. Pak guard astech macam dok bajet cikgu disiplin ja, melebih lebih. Kalau ya pun nak bajet garang, cakap la guna bahasa yang boleh diterima otak. Ini kurang ajar tk tentu pasal. Kan dah kena troll face dengan aku wahaha.

Oh yes terlupa pulak aku. Sepupu aku bertunang harini. Tunangnye bakal nurse, manakala sepupu aku ni pulak dah selamat menjadi seorang polis. Hmm tk silap aku depa nak kahwin hujung tahun ni kot. Ataupun sebelum hujung tahun. Entah aku pun tk sure. Eh buat apa la nak betunang lama lama kan? Macam ada sorang hamba Allah ni selalu kata, "Awai tk kalot." Hahaha. Selamat bertunang abang jijie & kak anis! Moga selamat ke jinjang pelamin & kekal sehingga ke akhir hayat ye. Me love both of you!


Tinggai seminggu ja lagi nak sekolah. Lepastu cuti panjang 2 minggu. Aku akan menikmati cuti aku sepenuhnya..sebab hari sekolah ialah hari yang teramat tersangat memenatkan. Betullah momokan yang aku dapat sebelum masuk astech, sekolah tu giat sungguh sampai hampir setiap hari balik lambat. Pukul 5.30pm tu dah biasa & normal, tapi kalau balik 2pm tu dikira luar biasa pulak haha. Aku tktau la sama ada aku boleh survive kalau masuk hostel pulak. Plan aku & aby cuti dua minggu ni sangatlah membuatkan aku berasa teruja. Perkara pertama yang aku akan buat masa cuti nanti ialah tengok wayang. Sebab tahun ni aku tk pernah langsung tengok wayang. Banyak dah movie syok yang aku terlepas, boleh tadah telinga dengaq ja orang dok cerita. Hmm kesian aku kan. Tapi apa apa pun kena perabeh exam dulu dan pastikan aku buat sehabeh baik untuk mengelakkan phone dirampas oleh abah nanti. InsyaAllah. Aku dok risau chemist, physics & LK. Kalau fail la aiee tktau nak kata. Sebab peristiwa fail dalam exam ni last jadi kat aku masa form one. Tu pun sekali ja then tk penah fail dah. Tkkan peristiwa nak berulang. Hmm tk mustahil terjadi dan tk mustahil tk terjadi. Haha tudia ayat macam keling. Aku penah curi curi masuk kelas 4KE1, lepastu dok usha 1 meja ni. Wallahualam meja sapa, tapi tk silap sebelah kanan kepada meja Shue. Ada satu ayat kat meja tu buat aku sentap, "STUDY HARD, STUDY SMART. DON'T BREAK OUR PARENTS' HEART." Hmm k -___-

So, ini jadual exam aku untuk minggu depan :

Exam kalini tk boleh tidoq macam first test haritu. Sebab cikgu dah pesan, kalau sapa yang tidoq cikgu nak katok kepala. Aku memang tkmau tempah risiko naik angin kalau cikgu mula sentuh kepala aku haha so lebih baik tk payah tidoq. Masa exam add maths tu aku berani melentokkan kepala sebab masa tu cikgu BM je yang tengah jaga, aku kan anak murid kesayangan dia haha. Hmm kalini aku agak takut jugak la dengan subjek BM & english sebab kena buat karangan yang 350 patah perkataan tu. Kalau BM tu tkpa lagi boleh hentam pi la ayat apa pun..asal nampak sedap ja. Tapi english? Aku ni dahla masih dalam proses pembelajaran lagi. Kalau sangkut di tengah tengah essay, tk ka naya. Bala semua tu bala! Idea bukan boleh paksa..haih. Kalau sumber inspirasi dok depan mata, lain cerita la haha mesti idea mencurah curah punya. Dan ini exam ni kali pertama aku kena hadap dengan physics, chemist & sejarah paper 1, 2, 3. Wish me luck. Sesungguhnya aku takut sampai tk boleh nak cakap. Terutamanya chemist & LK. Kalau fail, aku redha. Aku lemah gila dalam 2 subjek tu. Tapi kalau lulus, alhamdulillah. Buat masa ni aku tk berharap langsung nak dapat A dalam dua subjek tu. Yang penting, aku nak cuba buat lagi bagus dari first test haritu. Aku tkmau dah nangeh bila tengok result haha. Sesal kemudian tu tk berguna, hempuk kepala dengan lesung batu pun tk jadi apa dah. Hmm k need to study now. Sejam aku curi masa study haha ampunkan saye. Kepada semua yang tengah berjuang dalam midyear exam waktu ni, good luck. Stay confident dan jangan gabra ye. Bukan SPM pun ahahakz. Nak maintain comel ye dik? Tiru macam saye. Hihik bye.

No comments:

Post a Comment