Sunday, May 27, 2012

It's holiday. Whatcha say?

Assalamualaikum

Aku tahu sekarang ni banyak hati yang sedang bergumbira kalau nak dibandingkan dengan hati yang gundah gulana. Tk kisahlah macam mana susah pun midyear exam haritu, yang penting sekarang dah cuti. Pasal result, homework apa semua tu tolak ke tepi sat. Ini masanya nak release segala beban yang ada tesangkut kat bahu dan tekumpoi kat otak. 6 hari aku betungkus lumus jawab midyear exam yang soalannya boleh tahan haprak. Susahnya hanya Tuhan yang mengetahui, tambah tambah subjek chemist & lukisan kejuruteraan. Jangan tanya pasaipa kalau aku fail -.- Ah tkmau pikiaq! Memandangkan cuti ada 2 minggu, so aku ingat seminggu ni aku tkmau pikiaq apa langsung pasai sekolah. Aku nak enjoy sepuas hati hahah next week baru aku start settle pasai homework dan sebagainya. Tapi cemana pun selasa ni aku kena pi sekolah, disebabkan astech terlampau giat buat program 5S apa bala tktau dan kena pi gotong royong. Yang bestnya para outsiders sahaja yang kena mai, budak2 hostel tk payah sebab rumah depa kan jauh. It's okay, plan yang tk best tu aku dah ubahsuai jadi best. Aku plan nak pi makan kat D5 dengan aby, jalan kaki. Tk tanya lagi mama & abah, kalau depa bagi green light maka...aku akan pergi.

Khamis haritu exam subjek Bahasa Melayu paper 1 sahaja. Quite okay la, nasib baik idea aku tk blank di pertengahan jalan. Aku target A la insyaAllah tapi wallahualam la cikgu nak bagi apa kat aku. Ah usah khuatir, aku & aby kan anak kesayangan cikgu BM hahah. Lepas rehat tu ada program 5S lah kononnya, tapi classmates aku kemas sikit sikit ja dan aku, aby, humaira, poah & reen dok melukis =) Sampailah balik, singgah surau dulu lepak lepak kat sana then terus berjalan kaki menuju ke KFC simpang kuala. Sementara nak sampai tu, jenuh amek gambaq dulu guna camera reen & liyana. Sampai KFC, biaq lepas penat dulu barulah aku order. Aku makan ayam seketui sahaje tu pun dah kenyang sebab ayam tu terlebih saiz hahah. Dan di waktu itulah aby bagaikan terkena serangan jantung pabila melihat kakaknya turut menjamu selera di situ haha aiseh malu lah kawan, dahla tengah syok sembang buhong dengan haideer haha. Lepas habeh makan, aku, anwar, reen, aby & ku singgah guardian. Aku & aby borong chocolate sampai RM20 dah akulah yang paling banyak sekali beli wahaha. Selesai beli chocolate, aku & aby balik rumah aby. Yeay tidoq rumah aby malam tu best sangat, family dia baik gila gila. Dan aku pinjam baju kelawar aby hihih. The next morning, aku ikut dia berniaga kat pasar simpang kuala & siap breakfast lagi kat sana. Best kay aku suka sangat. Rasa tenang cemana tktau heheh. Petang tu abah mai amek hmm so sad! Oh yes, congratulations for you & haideer. I love both of you :') Haideer please make sure you take a good care of aby, or I won't hesitate to kill you. Kay?



Masuk harini, dah dua hari aku keja kat kopitiam. Tapi nak banding harini dengan kemarin..kemarin lebih gila. Memang penat sampai aku tk sempat nak duduk langsung! Sebab yang handle kedai masa tu 3 orang sahaja iaitu aku, kakak aku & abang sham. Aku tktaulah abah pi mana, memang tiap tiap sabtu dia tkdak kat kedai. Harini pun boleh gagah penat la jugak, tapi yang aku syoknya kepenatan aku terbayar dengan gaji yang berbaloi baloi haha. Oh yes sebelum aku lupa, kemarin kakak aku ajak keluaq sebab boring dok rumah. Aku pun disebabkan rajin yang terlebih, ikut la dia. Kami pi Smile Yogurt kat tesco mergong tu. Aku boh perisa original punyalah banyak, campur dengan banana chocolate. Lepastu letak la topping segala chocolate chip bagai apa bala tu. Harganya hmm berbaloi lah dengan apa yang kita makan tu. Tapi rasanya emm...tkdak la sedap sangat kalau ikut tekak aku ni. Tambah tambah perasa original tu. Yuck macam nak muntah aku. Haha wahajiaq gila aku pi hina Smile Yogurt. Aku tk habeh pun makan benda alah tu. Lepas tu singgah tesco pulak. Plan asal nak makan KFC sebab tk kenyang, tapi aku teman kakak aku pi beli beg dulu -.- Lepas beli beg, dok ronda kat atas tu, tetiba nampak 1 kedai baju ni. Eh rasa macam tk penah nampak..baru kot. Singgah la. NIAT ASAL NAK SINGGAH JE. Diulangi NIAT ASAL NAK SINGGAH JE. Tapi aku bagaikan orang gila meroyan masuk dalam kedai tu sebab baju cantik sangat dan RM19.90 sahaja woi! So plan nak makan KFC tu hilang entah ke mana, aku tk tahan dan terus terbeli satu helai blouse yang amat comel pada pandangan mata aku. Sengih terus tk kata apa dah. Selesai beli baju sehelai, terus balik. Takut tergoda lagi dan duit akan terus melayang hahah.

Aku ingat minggu ni, aku nak keluaq hari Isnin dan hari Khamis. Nak tengok wayang sangat sangat..aku kempunan gila sebab tahun ni tk berkesempatan lagi nak tengok wayang. Kesian gila kan kat aku? Dikala semua orang syok melayan Battleship lah, The Avengers lah, Dark Shadows dan apa bagai lagi, aku boleh tenganga ja dengaq depa cerita. Satu apa pun tktau. Sadis sungguh hidup aku ni -.- So aku nak lepas gian la tengok wayang, kalau boleh nak tengok Men In Black 3 & The Snow White. InsyaAllah la kalau boleh. Lepastu plan aku lagi, nak ajak girlfriends mai tidoq kat rumah hari Rabu, lepastu esoknya keluar pi alor setar mall tengok wayang. Yang tu tk confirm lagi la sebab belum tanya mama & nenda. Kalau semua pakat bagi green light, maka aku akan jadi orang paling bahagia dalam dunia haha. Hampir 5 bulan wei tk jejak kaki dalam panggung..dapat bayang dak perasaan aku? Tk cuci mata tengok abang panggung yang segak bergaya tu..haih. Hahaha k gatai. Dan sekarang ni aku teramat excited dengan plan depa nak mai sleep over rumah aku tu..hihi. Aby, reen, yat, hana & ku. Shitah pun nak tapi malangnya dia ada kat sungai besi sekarang ni. Alah nanti shitah pi tidoq rumah yasin ja lah huahua. Dapat bayang keseronokan spend time with lovely girlfriends? Ah gilalah..satu perasaan yang can't describe by words! Hmm tadi aku baca blog reen, dia update pasai girlfriends & boyfriends dia sekarang ni hihih suke sangat! Me love you reen!

Selasa kena pi sekolah, argh malas gila..tapi tkpa dapat jumpak aby heheh. Tambah pulak aku dok dengaq desas desus mengatakan cikgu kelas aku nak bawak chocolate cake. Kalau dia bawak maka..aku yang akan habehkan semua tu hahah sebab semua sedia maklum yang cikgu kelas aku tu memang expert dalam bab masak apa jenih makanan pun. Mesti ala ala secret recipe dah emm yummeh. Tu pun kalau dia bawak la..kalau dia tk bawak, aku dengan aby boleh pi pelahap kat D5 hihi. Ingatkan nak ajak dalila sekali, tapi dah sarah kata dalila balik kelantan hmm me so sad. Ah apa kata ajak syaza? Dahla rumah dia dekat aje hihi ni yang syok ni. Kalau dapat jumpa syaza, aku nak peluk dia tkmau lepas dah! 4 bulan lebih dah kot tk nampak rupa...mana rindu pun hmm :( Oh ye, budak matrik semua masuk harini kan? Eloklah, depa masuk kakak aku keluaq haha. Setakat ni alhamdulillah kakak aku baru selamat buat exam nak jadi cikgu bio kat SMKA Kedah, lepastu interview kat USM Kubang Krian, Kelantan. Esok insyaAllah interview lagi kat UUM Sintok. Tktaulah dia nak dapat yang mana haha. Oh dengaq cerita jugak best student astech 2011 sambung belajaq kat UTP ye? Bakal engineer insyaAllah, haha Mukh Current. Good luck, semua pakat pandai pandai. Aku ja dok cangak bulu tang ni lagi..tk tahwan nak jadi apa haha. Hmm ok idea koi kurang. Enjoy your holidays. Bye! =)

2 comments:

  1. enjoy ur holiday dear :) kite serupa la, baru je habis exam midyear.skg nga enjoy cuti 2minggu release tensionn, huhu

    LATEST ENTRY : Chemistry! Thanks for being nice !

    ReplyDelete
  2. Haha thanks dear! Enjoy your holiday too! :)

    ReplyDelete