Assalamualaikum
Tahun ni cuma puasa 29 hari. Rasa macam baru sat saja aku bangun sahur untuk hari pertama puasa sambil baca text message from Syabil, dia orang pertama wish aku happy ramadhan hehe. Okay maybe hiperbola sangat kot? Abaikan hehe. Memang nikmat lah online facebook malam malam raya ni. Tersirap sungguh mood nak beraya. Tadi masa berbuka aku memang hentam makan sungguh. Haha kan last berbuka untuk tahun ni. Agak agak aku sempat tk nak jumpak Ramadhan & Syawal lagi tahun depan? Insya Allah. Tadi ada terbaca status Nasima Izni, dia kata tahun ni tahun pertama beraya tanpa arwah abah dia. Eee mesti sedih kan. Aku tk dapat bayangkan kalau aku beraya tanpa abah, mama, nenda, tata, aboy, kakak, adik, yaya, atun, dada..okay please stop this sentimental moment.
Selama 15 tahun aku hidup atas muka bumi ni, tadi pertama kali aku tengok mama main mercun teloq naga haha. Mulanya aku dengan mama dok dalam bilik tengah packing baju (sebab esok nak bermalam kat kampung), tiba tiba mama lari keluaq sebab nak main mercun haha. Aku pon tumpang sekaki la, mana boleh miss this unbelieveable moment. Mama cucuh, lempaq, lari teruih tutup telinga walaupon tk meletup lagi haha. Aku rasa, tahun ni paling aku sakan main mercun. Tahun tahun lepas mana aku main sangat pon. Hari tu masa kat kampung, aku bakaq mercun teloq naga, mancis & papan. Okay junior lagi, mana berani bakaq yang power punya. Teringin jugak nak cucuh mercun bola tapi tk cukup keberanian. Tk pasai hancuq tangan aku buat naya ja -.-
Esok balik kampung. Dan akan ada makan besar besaran. Apa yang aku dah tau, abah beli 6 ekor ayam, 10kilogram kambing, berbijik bijik tembikai lagi apa tktau. Tapi memang banyak gila lah haha. Semua balik kecuali family pak ngah. Memang tobat ramai lah hahaha. But after all aku agak ketaq lah sebab nak jumpak dengan anak pak long. Kan aku ada skandal serba sedikit dengan dia hehe. Walaupon aku dah tk jumpak dia lebih kurang bertahun tahun jugak la, tiba tiba ja boleh jadi skandal haha. Tapi macam dia kata, buat tktau saja nanti. Okay aku akan try. Tahun ni, baju raya aku tk berapa nak meriah sangat sebab shopping last minute, tk berapa nak dan. Tkpa redha, beraya secara sederhana tahun ni tk salah pon :) Cuma kasut raya agak meriah, tinggi jugak la ringgit malaysia yang melayang haha. Raya setahun sekali & aku cuma berbelanja tinggi untuk kasut SAHAJA. Baju raya aku harga sedang sedang saje. Aku bukan anak dato datin hihi.
Puasa ni, aku dah bukak puasa rumah nenda, rumah mama, rumah abah, rumah pak long, rumah pak su, rumah kawan & kat sekolah. So, lengkap lah kot kan hehe. Tkla terperap kat rumah saja. Ramadhan setahun sekali so apa salahnya berbuka dengan orang lain selain family terdekat. Oh ya lagi satu, Ramadhan tahun ni aku dah hilang 3 kilogram dan aku amat amat berpuas hati :) 44kilogram turun ke 41 kilogram. Sepatutnya aku nak 40kilogram, tapi aku dah bersyukur dah dengan berat badan sekarang. Walaupon kawan kawan aku ada cakap tk elok kurus sangat, tapi aku dah selesa berat around 40s ni. Depa suruh aku naik sampai 50. Haha mungkin terjadi tapi not now kot ;)
Raya tahun ni baju kurung aku warna maroon, blouse warna kelabu satu, putih satu dan ungu satu. Jeans biru satu, kasut raya sepasang. Tudung dua pasang. Lengkap dah bagi aku. Syukur alhamdulillah :)
Thank you & Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Last but not least, Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 54.
No comments:
Post a Comment