Saturday, March 10, 2012

Forever Alone

Assalamualaikum

So how's your second day of holiday? Mine was kinda great even though nothing 'very interesting' happened. =) I told you that last night I'm going to uptown kan? Yes I went there with abah, my elder sister and the three little musketeers. And the good news is abah bought me a superman-tshirt. Walaupon aku tk berapa nak minat sangat, tapi okaylah kan dari balik dengan tangan kosong. Kakak aku beli jam baru, Hilda dapat topi & tshirt, Yaya dapat sun glasses & tshirt, Atun dapat topi & tshirt. And guess what. Abah sorang je yang tk beli apa apa untuk himself =) Thanks abah! Semalam tk jumpak sesapa pon yang aku kenal kat sana. Lepas selesai shopping kat uptown, terus balik. Aku memang mengantok gila macam nak tumbang. Bayangkanlah masa tengah jalan tu pon boleh dok menguap banyak kali. Masok kereta, terus lena sampai rumah. Tapi bila dah sampai rumah, tk tidoq awai pon. Online heheh sesungguhnya online guna phone ni sangat mudah dan praktikal. Even nak curi curi online dalam toilet pon boleh. Nak tweet bila bila masa ja. K aku dah start mengarut pasai kelebihan online guna phone -___-

Semalam kakak aku ajak pi Kopitiam, mulanya aku agak berat hati sebab malas nak bangun awai. Tapi bila pikiaq balik kalau dok rumah pon boring jugak. Nak suruh aku buat homework awai awai pagi tu memang dak la kan, so better aku pi kedai. Lagipon sepanjang dah 3 bulan lebih abah keja kat sana, aku tk penah lagi pi tumpang menyibuk. So pagi tadi dengan rasa kemalasan yang amat sangat, aku pon besiaplah. Pakai tshirt, inner, jeans & tudung bawal kosong je. Rasa pelik pulak kalau aku pakai lawa sangat kan, satgi tk pasai ramai orang yang mengorat heheh. Aku pi sana tadi tk buat keja apa langsung, cuma sikit sikit ja abah suruh lap pinggan & balut garpu pisau tu. Selebihnya aku habiskan masa aku dengan tengok orang, belek phone & baca paper. Sampai tk larat nak khatam dah aku baca Metro tadi. Bab bab politik pon aku hentam baca jugak hahah keboringan pada tahap maksima. Sehinggalah aku boring sangat, aku pi duduk sorang sorang kat meja customer, lepastu aku mintak tolong kakak aku buatkan mushroom + cheese omelette with bread, red bean & hashbrown. Aaaaa memang sedap gila ah! Tepejam pejam mata aku makan omelette tadi.

Pukul 11.30am, abah dah start tutup kedai. Sumpah aku lega. Dah tk larat nak jadi patung cendana dah tecongok situ tanpa buat apa apa. Aku nak tolong pon tk boleh sebab aku tk biasa dengan tempat baru ni so tk reti. Kakak aku, abang sham & abang dud makan nasik. Aku agak terliur lah tengok depa makan nasik tapi aku terpaksa tahan nafsu. Sebab awalnya aku dah makan omelette & hashbrown. So tkkan nak makan nasik lagi, memang gemuk la aku. Yang angah dok buat syok belek phone aku, ada banyak gambaq awek. Semua dia mau. Tapi last last dia sangkut kat Yat. Aku macam "Biaq betui mamat ni.." Sampai mintak number Yat bagai tapi aku tk bagi aaaa. Oh ye lupa nak cerita tadi pait pon pi Kopitiam jugak tapi aku tk jumpak dia pon sebab dia singgah sat saje semata mata nak tengok kakak aku hahah tehege la jebon tu. Pi Kopitiam tadi dapat la jugak lepaih rindu kat abang sham & abang amin. Abang dud tu aku tk kenai sangat so tk rindu lah haha tapi dia lawak k. Student UIA & jadi pensyarah sambilan kat insaniah. Sekali pandang memang tk nampak rupa pensyarah yang kuat agama langsung. Paling aku tk boleh terima bila tengok dia slamber ja dok ber high five dengan kakak aku tadi -____-

I took this picture from PaksuPencen. And you can read more about Kopitiam here =)

Oh esok malam aku akan bertolak ke Terengganu. Rasa sedih pulak nak tinggalkan Kedah selama lima hari hmm. InsyaAllah la kalau ada rezeki lebih, aku akan beli hadiah untuk member member kesayangan aku hihih. Kepada yang tk dapat nanti tu janganlah rasa macam aku tk sayang pulak. Sayang memang sayang tapi sayang seribu kali sayang, duit aku ni tkdak lah banyak mana. Ni semua akibat perangai boros aku yang semakin berleluasa sejak akhir akhir ni heheh. Tu pon aku mintak jasa baik mama untuk topup kat aku sebagai bekalan lima hari kat sana. Manalah tau nanti aku rindu aby ke..sarah ke..yat ke..dalila ke..syafiq ke..mattop ke..pait ke..hana ke..azah ke..ku ke..liyana ke..aiman ke..senanglah nak contact kan eheheh. Hajat aku nak jumpak syapik, pait & mattop sebelum ke Terengganu ni tk kesampaian. Aku ajak mattop masa hari Khamis haritu dia dok buat tehege malu kucing ahahah. Syapik pulak dalila kata dia segan. Haih bila la nak jumpak mamat dua orang ni lagi. Tahun ni last aku jumpak syapik, masa 26hb Jan sebab celebrate birthday aku. Mattop pulak tk penah jumpak lagi tahun ni. Aaaaa ni yang nak sebak hingga mengalirkan air mata ni :(

Tadi masa kat Kopitiam, aku ada baca paper tentang kematian 3 beranak masa on the way nak ke Terengganu. Aku agak cuak lah. Bukan nak pikiaq bukan bukan tapi takut tu tetap ada. Sebab abah nak betolak malam, aku takut nanti abah mengantok. Mintak mintak la Keman jadi naik dengan abah, at least dia boleh jadi co-pilot heheh. Sembang sembang dengan abah biaq dia tk mengantok. Aku dah jadi co pilot tahun lepaih tapi haprak. Asyik tidoq ja keja aku. Tapi kan kan eheh dulu aku ada dengaq abah dok nyanyi lagu Ramlah Ram sebab nak bagi mata fresh. "Sukarnya..untukku..berpisah denganmu. Kau kunci..cintaku..di dalam hatimu.." Hahaha nasib la aku tengah mamai masa tu, kalau dak confirm aku gelak sampai merambu rambu ayaq mata. Oh and abah ada pesan kat aku, nak pi sana nanti bawak duit sendiri. Kalau nak shopping apa apa, abah tkmau tanggung. Sebak hati aku bila dengaq abah kata lagutu hahah. Keluarkan duit sendiri ni ialah salah satu benda paling susah untuk aku buat. Tapi redha. Duit boleh dicari. Nanti bila aku dah start rajin, aku akan puasa kat sekolah. Save lah RM5 kan ehehe. Aku tau kalau aku pi Terengganu, aku hanya akan gila key chain sebab key chain kat sana memang omey omey belaka. Aku berharap dengan sepenuh hati supaya aku tkdak terjatuh cinta mana mana baju kat sana..kalau dak habeh burn lah duit aku. Haih sedih


Doakan perjalanan aku selamat sampai & pulang. Dan doakan agar aku tk terlampau boros kat sana nanti. Doakan agar aku tk terjatuh hati kat mana mana mamat Terengganu, nanti susah kalau dah merindu hahah. Doakan agar aku tk makan banyak sangat kat sana, kalau dah gemuk nanti susah nak kurus balik. Doakan aku =) InsyaAllah esok kalau sempat, aku update sebelum betolak pi sana. Tapi rasa macam tk sempat ja. Haha. Selama seminggu aku akan tinggalkan blog. Jumaat sabtu pi penang pulak. Eh bukan seminggu. Rasa macam dua minggu sebab dah bukak sekolah nanti confirm aku tkdan nak update jugak. Aaaa nak bebai la laguni. K baju satu apa pon tk pack lagi. Malaih gila aku. Hmm nak tau satu rahsia dak. Tahun ni aku pi Terenganu tanpa boyfriend. Sedih. K bye

No comments:

Post a Comment