Assalamualaikum
Aku update blog dikala manusia lain tengah enak dibuai mimpi. Nampak betapa gigihnya aku curi masa tidoq aku semata mata nak update blog? Haha. Sepanjang minggu ni, aku penat macam nak mati. Kekadang rasa macam astech ni kejam sebab buat aku ceni haha tapi tkpa, aku suka. Dari nak buang masa kat rumah, tweet ja memanjang, lebih baik aku dok kat sekolah kan. Ada jugak benda berfaedah yang aku boleh buat. Aku sure sekarang ni budak hostel sekolah aku tengah syok gila sebab dapat balik kampung haha. Tapi ada sorang classmate aku tu dia tk balik, sebab kampung dia jauh sangat. Kat Shah Alam. Kalau aku jadi dia, memang confirm aku stress ah. Sebab 95% budak hostel balik. 5% ja yang stay kat hostel, bayangkanlah betapa bosannya hidup. Hari cuti pon kena mengadap sekolah -___- Besyukur gila aku jadi outsider ahakz. Oh by the way mama dah bagi green light untuk aku keluaq ke library besok. Nak siapkan homework ED yang dah tertangguh beberapa soalan. Alangkah bahagianya kalau sesapa yang terer ED boleh ajaq aku besok. Setakat bersumberkan buku teks, apa sangatlah yang boleh aku buat. Hmm
Hari ahad, ada kelas tambahan kimia. Balik sekolah pukoi 2.40pm, kelas tambahan start 3.30pm. So aku stay kat sekolah ja, tk balik rumah pon. Lepak kat kantin, makan apa yang ada sementara nak tunggu kelas tambahan start. Kimia haritu buat kat dewan, ah lega. Sebab aku tau kalau buat kat makmal ataupon kelas, memang tobat aku mengantuk. Time petang macam tu memang orang selalu tidoq, terutamanya aku hahah. Kimia haritu semua cikgu kimia turun padang, tapi yang mengajaq tu aku tk kenai. Sir berbangsa cina, apa entah nama sir tu aku lupa. Seghiously memang best sir tu ajaq, paham habeh aku. Menusuk dalam kepala otak ni. Dia ajaq cara nak buat chemical formula. Dan aku pon saja buat rajin, dok kerap tanya gitu gini haha. Bukan senang nak tengok aku rajin ni, kalau dak asyik menyembang ja aku. Kelas tambahan habeh pukoi 5pm, tk terasa pon masa berlalu sebab aku syok buat formula tu. Dah reti, memang syok. Cuba kalau tk reti, sumpah rasa nak koyak ja apa benda depan mata haha. Sampai rumah tu, aku macam sayoq yang lima hari tk kena siram. Lembik! Penat gila, dengan kerja sekolah lagi. Patut pon berat badan aku menurun haha bermanfaat jugak kelas tambahan ni. Faedahnya bagaikan 2 in 1
Isnin paling sempoi & piaw sekali. Balik sekolah macam biasa pukoi 2.40pm, ada kelas tambahan dari 3.30pm sampai 5pm, lepastu latihan rumah sukan pulak 5.15pm sampai 6.30pm. Dahla kelas tambahan add maths! Memang letih dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kelas aku gabung dengan kelas 4KE2 dan menumpang kelas 5KA1. Cikgu bagi 10 soalan simultaneous equations, aku mampu jugaklah menarik nafas lega. Sebab simultaneous equations tu lagi berganda senang nak dibandingkan dengan functions -___- Aieee pening gila aku. Kerja sekolah add maths aku pon diajar oleh fikri, khairi capang, fariz & afiq mifdhal. Kalau dak, memang tk siap dah. Tambah pulak ada haritu aku tk pi sekolah sehari, betambah pening la aku dengan bab function tu haih. K berbalik kepada kes kelas tambahan. Aku memang pandai bajet masa, selesai ja 10 soalan tu dah nak dekat pukoi 5pm. Aku dah tk boleh duduk dah dalam kelas, rasa nak temuntah lagumana tktau haha. So aku & aby get ready la nak pi padang. Lepak kat surau dulu dengan humaira, liyana & reen. Salah sorang cikgu rumah giga dah turun padang, begitu jugak dengan pelam merangkap bendahari giga. Dan tetiba...HUJAN! Aku, humaira, liyana, reen & aby lari macam orang gila pi sudut ilmu haha. Syok gila sebab hujan. Tk kira ayu apa dah masa tu, aku lari ja. So memandangkan latihan rumah sukan batal, aku balik lebih awal 45 minit. Besaq rahmat dah tu.
Selasa, tkdak kelas tambahan tapi ada perjumpaan kokurikulum. Aku agak bersemangat sebab english language society ni lama gila tk buat pejumpaan. Dan aku suka hari selasa sebab dapat pakai baju kurung. Ya la dalam seminggu, hari selasa semata mata aku dapat merasa pakai baju kurung. Hari lain semua seluaq ja. Terasa kurang keayuan diri ini haha. Tapi malangnya, pejumpaan english tetap tkdak sebab ada ceramah ke menara gading apa tktau. Semua students kecuali form 6 kena bekumpul kat dewan seri budiman. Apa entah nama doktor tu aku tk ingat, dia kerja kat Universiti Utara Malaysia kalau tk silap aku. Awainya dia ceramah tu aku macam ala ala nak lena tapi lama2 best la jugak. Nada dia macam orang bagi khutbah jumaat pon ada hahah. Yang baguihnya, aku dok agak ke depan. Nasib baik masa tu hujan renyai so tkdak la panas sangat. Dahla tudung puteri islam aku gila punya labuh -___- Standard ceramah, mesti ada kait dengan parents. Slide show dia yang last sekali tu, ada la video pasai parents. Dan ada la dua tiga orang students perempuan yang mengalirkan air mata termasuk yat & azah. Aku? Selalunya memang aku akan nangis tapi dah memandangkan liyana dok buat muka blur depan aku, so tk jadi nak teriak haha. Mungkin ada jugak la lelaki yang menangis tapi tktaulah. Tk usha pon. Dalam 5 suku baru dia bagi balik, dan aku nampak makhluk Tuhan pakai selipar jepun warna merah kat bustop. Ahakz. Balik rumah tu aku pulun buat karangan BM sampai pukoi 12 lebih. Ya berbaloi, sebab cikgu puji aku. Heheh
Rabu, ada ujian segak kat sekolah. Macam biasa, amek berat, tinggi, buat jangkauan melunjur, naik turun bangku, tekan tubi, lagi apa bala tktau aku pon dah tk ingat. Aku cuma sempat amek tinggi, berat, buat jangkauan melunjur & naik turun bangku je. Tinggi aku sepatutnya dah melebihi ataupon maintain 157.5cm, tapi tetiba ukur haritu dapat 156cm je. Aku tk boleh terima kenyataan yang aku koi memendek. Benda alah tu yang bangang rasanya -___- Berat aku pulak, hanyalah 44kg. Rasa nak peluk cium semua orang ja masa tu sebab terlampau bahagia haha. Aku berjaya capai target aku iaitu berat badan 45kg dan ke bawah. Ini yang aku kata manfaat balik lewat sebab kelas tambahan. Badan jadi penat, tambah dengan aku diet pulak. Memamg sempoi. Nanti aku nak try puasa haha entah2 kwashiorkor teruih aku. Kelas tambahan hari rabu physics, dan balik pukoi 4.30pm. Sumpah boring gila kelas tambahan haritu, keja aku asyik usha tinggi ja. Malaih nak jawab soalan memandangkan aku tk reti. Tambah pulak dok sebelah yat yang kuat menyembang tu kan haha betambah tambah la malaih aku. Balik tu kakak aku mai amek & aku merempit dengan dia. The same day, aku dapat berita yang pak njang hakim dah kembali ke rahmatullah. Inalillah. Tk sangka sungguh aku. Balik sekolah teruih mandi & besiap lepastu terus pi rumah arwah. Tejumpak kerol kat sana. Balik tu singgah taman pelangi, jumpak mattop, pakkob, ujai, maal & ramadhan harun kalau tk silap. Oh ye..hari rabu tu jugak for the first time dapat dengaq suara aiman sebab dia called aku. Heheh o.O
Khamis ialah hari paling bahagia sebab tkdak kelas tambahan dan balik awai iaitu pukoi 2pm. Aku suka rabu & khamis sebab BM waktu terakhir. Cikgu selalu nak perabeh keja cepat cepat so dia dapat balik awai. Bila dia balik awai maka kami pon dapat keluaq kelas awai beberapa minit. Beberapa minit tu pon aku dah besyukur sangat dah. Masa kat bilik grafik tadi, kami nyanyi lagu "Happy Birthday" kat zahir walaupon sebenarnya dah belated. Lepastu cikgu disiplin masuk & amek gambaq kami. Macam biasa, kalau dah nampak camera tu, aku & aby paling sakan sekali haha. Pazil dok bajet rajin bila cikgu amek gambaq dia hahah. Masa agama paling tk mengantuk sekali sebab ustazah sempoi & rock. Tambah dengan perangai khairi capang yang macam mintak penampaq tu, lagila tk terasa langsung mengantuk. Balik tu, aku dapat tengok dengan jelas muka budak hostel yang teramat girang sebab dapat balik kampung. Fikri awai gila haha belum 2.30pm lagi dia dah heret beg nak keluaq dah. Apala akan jadi andainya aku pon salah sorang budak hostel -____- Aiee tk dapat nak bayangkan. Aku dah tebiasa dok rumah dengan adik adik aku hmm. Ni mula nak emosional ni haha. Bab basuh baju tu tkpa, tkdak masalah sebab aku dah biasa. Bab nak berenggang dengan family tu aku tk tahan. Ahakz
F is for forever, F is for family. Forever family ♥
No comments:
Post a Comment