Assalamualaikum
I can't tell you how much I miss my blog :( Akhirnya dapat jugak bersua muka. Ini pon dah dua tiga kali dok pikiaq sama ada nak update ka dak. Sepatutnya masa ni dimanfaatkan dengan call aby dan tanya keja sekolah tapi memandangkan aku terlampau gian nak update. Maka aku persetankan pasai homework. Oh yes..harini aku tk pi sekolah sebab berat kepala yang teramat sangat. Kemaren masa physics, aku dah menunjukkan tanda tanda nak demam. Dahi pon rasa suam suam kuku ja. Apala nasib aku haih. Ahad sakit perut macam nak mati, isnin pulak sakit kepala & demam. Dugaan. Tkpa, semua sakit ni menghilangkan dosa dosa kecil ahakz insyaAllah. Walaupon aku demam kemaren, petang tu aku tetap pi latihan rumah sukan giga. Aku tkmau kehadiran kosong dan aku takot kena denda. Tapi aku cuma dok tepi padang tanpa melakukan apa apa. Tk join pon students lain yang 'seronok' lontar peluru -___- Semalam aku pulun habiskan add maths & penat iron baju puteri islam, tapi bila dah bangun pagi tadi kepala ni rasa macam baru lepas kena hempuk dengan batu. Nasib baiklah abah mau jugak hantaq buku add maths & chemist aby punya kat sekolah tadi. Kalau dak, kesian kat aby. Hmm I miss her already. Ahakz
Betolak pi terengganu, aku tk ingat pukoi berapa. Tapi yang pastinya malam la. Luggage semua orang memang melimpah ruah sampai abah beletiaq tk tentu hala. Abah kena paham, semua anak abah ni anak dara. Lumrah la beg banyak ni terutamanya aku ahakz. Campur dengan beg sekolah, semua beg aku ada 4. Sebelum betolak, kami pi makan mengenyangkan perut dulu lepastu singgah kat mergong amek sepupu aku. Then barulah bertolak. Dalam keta, aku lena pukoi 12 lebih. Berenti kat Restoran Kari Kepala Ikan Salim pukoi berapa entah aku tk ingat. Then teruskan perjalanan sampailah kat puncak titiwangsa kot. Situ memang gelap gelita sebab tkdak eletrik. Lagi satu kat situ teramatlah sejuk. I slapped my own cheek because I didn't bring my socks -___- So meranalah aku kesejukan. Nasib ada sweater. Then aku tk ingat ada berenti kat mana dah, yang pastinya pagi tu ada stop kat salah satu kedai kat Terengganu. Aku ingat kedai tu. Aku breakfast nasik dagang dengan ayam, fuh menjilat jari wo. Sedap gila. Dengan ayaq teh o ais pulak kan, memang piaw ah. We continued our journey sebab Marang masih jauh. Dan setakat tu, aku tkdak jatuh cinta kat mana mana mamat Terengganu lagi ehehe.
Sampai kat Anggulia Beach Resort (Marang) lebih kurang tengah hari kot. Leganya hanya Tuhan yang mengetahui, setelah lebih 10 jam aku terseksa jiwa dan raga terperuk dalam kereta. Aku serbu pantai dulu sebelum serbu bilik & katil ;-)
Second day, awal awal pagi aku terus turun mandi laut setelah selesai breakfast. Saja aku turun awal sebab tkmau burn. Dan lagi satu masa tu ombak tk kuat sangat. Sebelum pukoi 10am aku naik dah. Satu benda yang paling aku benci bila dah mandi laut ni ialah, rambut jadi keras macam dawai dan berbau garam. Haih semak -___- Tk pi mana pon, dok kat chalet semata mata dan perabeh homework BM iaitu karangan. Selalunya kan kalau orang pi becuti ni, beli makanan dari luar ja. Tapi abah aku bawak segala dapur gas bagai dan masak sendiri. Makteh, cik ros, mak long & makcik yang masak semua tu. Sedapnya mengalahkan Kenny Rogers! Dengan ayaq asam bagai yang pedas melesing. Fuh terangkat. Dan hari kedua nilah yang aku ukir segala nama kat pasir pantai Terengganu. Petang tu aku tk mandi laut dah sebab kalau aku mandi lagi, maka percayalah rambut akan jadi sekeras besi haha. Dari chalet aku tu, aku dapat tengok dengan jelas Pulau Kapas. Hmm waktu paling layan kat sana ialah waktu malam. Dengan angin pantai kuat, lepak pulak kat pondok depan chalet. Aaaaa tangkap leleh punyalah! Nasib aku tkdak boyfriend ja, kalau ada mesti aku dah berjiwang jiwangan dengan beliau ahakz *tampar pipi sendiri*
Third day, kami pi shopping kat Pasar Payang, Kuala Terengganu. Rupanya lebih kurang macam Pekan Rabu lah. Saiznya lebih besar dan lorongnya lebih sempit. Of course lah barangnya lebih banyak. Kalau poket aku gemuk dengan duit, tanpa ragu ragu lagi aku akan borong semua sutera yang ada juai kat sana. Memang cantik gila! Tapi aku cuma boleh jeling jeling ja sebab harganya ratusan ringgit. Manalah aku mampu -___- Nak beli patung kura kura pon dua tiga kali aku kira duit. Kat pasar payang tu pon tkdak jugak mamat yang boleh buat aku terjatuh cinta. Haih nasib badan. Aku ingatkan kat Terengganu ni ramai yang hensiom belaka. Atau mungkin aku yang tk ditakdirkan jumpak dengan depa kot haha. Kakak aku borong banyak gila kat sana. Aku cuma beli key chain dan patung kura kura sahaja. Patung tu sesungguhnya sangat comel menggebu gebu. Sekali tengok terus aku suka. Patung tu ada banyak warna - hijau, ungu, biru & koko. Yang paling aku suka ialah warna biru & pink. Memandangkan adik bongsu aku lebih pantas songlap warna biru, so aku dengan berlapang dada beli warna pink. Comel gila woh aku suka sangat. Benda alah ni lah yang menjadi mangsa pelukan aku tiap tiap malam. :D
Fourth day, dah nak betolak balik. Sebelum balik Alor Setar, singgah rumah cik ros dulu kat felda jerangau kalau tk silap. Makan makan dulu. Aku tambah k makan nasik kat sana. Sedap tk terkata. Lepas makan, aku dok rilek rilek kat ruang tamu rumah tu then tetiba aku telena. Layan gila lah. Puas rehat apa semua barula betolak balik Alor Setar. Abah berenti banyak kali jugak la sebab dia telampau mengantuk. Stop kat titiwangsa lebih kurang pukoi 9pm. Aku lepak dalam kereta ja sebab tk tahan sejuk. Sampai rumah pukoi 2.30am. Tapi aku tidoq pukoi 4am heheh. Esok tu pulak lepas semayang Jumaat, betolak pi Penang. Bermalam kat Paradise Hotel. Aku tk turun mandi laut pon. Esok tu ada kenduri betunang kat Jelutung. Aku teramat bebai sebab lilit shawl dalam keadaan kelam kabut so tk menjadi. Tapi apa apa pon, nasik kenduri memang so-g-double-o-d good! Memang sudah terang lagi bersuluhlah sepanjang cuti haritu aku berjaya dengan cemerlang menaikkan berat badan yang sudah sedia berat ni. Mintak mintak la tk lebih 47kilogram :(
K nak pi call aby. Bye.
No comments:
Post a Comment