Thursday, March 22, 2012

They're getting heartless...

Assalamualaikum

Alhamdulillah it's Friday =) Dan Jumaat bermakna hari cuti. Lega yang amat sangat. Sebab minggu ni aku asyik sakit je hahah. Sakit perut, demam, pening & selesema tu semua dah tkdak dah alhamdulillah. Aku dah sihat sepenuhnya. Terasa rugi pulak sebab tahun ni aku dah penah ponteng sekolah. Nak buat cemana. Okay abaikan. Start minggu depan, astech dah mula buat kelas tambahan. Dan rasanya semua kelas dapat jadual dah.

Ahad & Isnin
3.30pm - 5.00pm
Selasa (Kokurikulum)
3.30pm - 5.00pm
Rabu
3.00pm - 4.30pm

Khamis sahaja yang aku akan balik awal iaitu pukoi 2pm. Bayangkanlah betapa penatnya nanti. Ahad ni ada subjek kimia. Aku berharap sangat yang kelas tambahan ni akan buat kat dewan makan / dewan seri budiman. Sebab kalau buat dalam kelas, memang confirm aku akan lena. Time macam tu, sapa lah yang tk mengantuk? So plan aku untuk ke tusyen Inovasi Utara Jalan Pegawai memang tk boleh teruskan. Kalau dah sekolah tiap2 hari balik pukoi 5pm, dengan tusyen pukoi 8pm-9.45pm, cuba bagitau sapa yang nak buat homework kat aku? Haha gilalah. Cukup aku join kelas tambahan kat sekolah. Tk sanggup nak seksa diri join lagi tusyen malam. Tk pasai jadi meroyan aku nanti.

Have you heard about Dirang? Or her real name is Nurul Nadirah bt Abdullah. I'm sure you know about her kan.
Ya Allah muka arwah lebih kurang macam muka adik bongsu aku. Her smile, her hair, her eyes. Umur pon lebih kurang ja, arwah Dirang ni 5 tahun dan adik bongsu aku pulak akan masuk 6 tahun bulan June ni. Aku tk dapat bayangkan apa yang mak arwah Dirang rasa sekarang ni. Kalau iman tk kuat, tk mustahil dia akan hilang kewarasan. Hmm aku tengok berita pasal kematian arwah Dirang ni masa aku dalam chalet kat Terengganu. Masa tu aku dok sorang sorang, buat kerja add maths. Aku sebak gila lah bila dapat tau yang arwah Dirang ni meninggal sebab dibakar. Aku tktaulah manusia jenis apa yang sanggup bakar budak sekecik ni. Bayangkan kalau arwah dibakar hidup hidup. Mesti menangis. Haish aku teringat sungguh kat adik bongsu aku. Aku ingat lagi, aku ada baca paper Metro pasal arwah. Arwah ada peluk ibu dia sebelum keluar rumah dan arwah tanya sama ada ibu dia sayang dia ataupon dak. Sumpah rasa nak menangis ja masa aku baca tu tapi tahan ja. Al-Fatihah.

Haritu ada heboh kat Facebook pasai video ibu ditinggalkan oleh anak di hotel bajet. Aku tk sanggup tengok sebab aku tau confirm aku akan menangis punya. Aku baca kat news paper pon dah nangis. Sebak gila doh
Kalau nenek ni meninggal dunia masa ditinggalkan kat hotel bajet ni, aku sure hundred percent yang anak dia akan menyesal seumur hidup. Aku tau, memang tk boleh nak salahkan anak dia seratus peratus sebab kita tktau keadaan sebenar tapi walau apa pon alasan dia, aku rasa perbuatan dia ni tetap kejam. Bila tengok nenek ni pulak, aku teringat kat nenda aku. Kesiannya masya-Allah. Tapi alhamdulillah la nasib nenek ni pon dah terjamin dan anak dia pulak dah dapat kerja. Bila aku baca news paper dan anak dia kata dia sakit mata, and I was like..what kind of excuse is that?! Sebak aku tengok gambar nenek ni menangis dalam Harian Metro. Apala perasaan dia bila dapat tau yang anak sendiri sanggup tinggalkan dia sorang sorang kat hotel bajet. Haih manusia
Another weird case. Mulanya heboh 1 Malaysia yang budak perempuan ni diculik masa keluar beli topup dengan dua adik dia. Kat facebook & twitter pon kecoh lah meluahkan rasa simpati kat budak perempuan ni termasuk aku. But the real thing is...

...dia kata dia tk diculik pon. Dengan rela hatinya dia melarikan diri dari rumah dan lepak kat rumah boyfriend dia yang berumur 26 tahun sebab kononnya ada tekanan perasaan. Atuih! Menyampah pulak aku, PMR pon tk lepas lagi. Aieee gila pelik, dahla boyfriend beza umur punya jauh manahala. Aku ni bukanlah nak mengutuk tapi tk ka malu, 1 Malaysia tau pasai dia ni. Buat menyusah mak bapak ja. Yang parents punyalah susah hati menangis merambu ramba kat rumah, dia boleh watlek watpeace lepak rumah boyfriend. Haha mana bodo pon kan. Kalau aku jadi parents dia, dah sah sah aku ligan budak ni dengan penyapu. Ni yang bangga nak habaq aku tkdak boyfriend ni ahakz. Entah apa cikgu cikgu dia kata kat dia. Mulanya orang simpati bila dapat tau yang dia diculik, lepastu bila dah dapat tau benda sebenar, perasaan kesian tu terus automatik berubah jadi menyampah. Polis tobat bengang haha. Benda macam ni pon ada noh.

Lepas ni entah apa benda apa pulak yang nak jadi. Semoga pembunuh Dirang mendapat balasan yang setimpal. Semoga anak kepada Makcik Faridah tu insaf dengan apa yang dia telah buat. Dan semoga Siti Nur Fatihah lepasni dapat pikiaq sebagai seorang manusia yang waras. Janganlah dok buat kerja gila sangat, dapat malu ja. Bukan syok pon.

Oh yes. Congratulations to Mukh Current sebab dapat straight A. Tahniah kepada Cik Nurul Afiqah sebab dapat 7A. Dan tahniahlah kepada seluruh warga astech yang dapat result elok. =) 2013 nanti giliran aku pulak insyaAllah, kalau umur panjang.

No comments:

Post a Comment