Thursday, February 16, 2012

Examination's week

Assalamualaikum

Haa sampai pon hari khamis. Aku punya la dok tunggu cuti 2 hari ni, bermakna yang amat sangat. Minggu ni, hari ni sahaja aku balik awai iaitu pukoi 2pm. Hari lain semua aku balik pukoi 5pm and above. Semua ni gara gara astech sangat giat dalam kokurikulum & bab bab menghias kelas. Aku & aby sampai kena ikut cikgu chemist pi Simpang Kuala sebab nak beli barang hias kelas. Nampak betapa gigihnya kami? -_- Ahad aku tk ingat kena buat apa sampai balik lambat. Isnin pon tk ingat. Selasa macam biasa, ada perjumpaan kokurikulum. Rabu, ikut cikgu beli barang lepastu hias kelas serba sedikit. Sedih k walaupon aku penat ikut aby & cikgu beli barang, meja aku jugak tk balut lagi -_- Aaa khamis balik awai. Sangat senang hati dan riang gembira. Ditambah pulak dengan dah dapat baju kan, ah memang kelia r. Nak tau dak baju baru aku comel sangat. Lebih comel berganda ganda nak dibandingkan dengan baju koperat oren tu hahah. Baju koperat tu memang nampak smart tapi panasnya subhanallah. Dahla tudung kena bawak masuk dalam pulak kan

Minggu depan dah exam, aku rasa macam pihak sekolah buat lawak pulak. Seriously aku habaq, memang aku tk ready langsung. Dan esok insyaAllah nak pi library dengan Yat, Sarah, Ku, Ainun & Aby sebab nak cover semua tu. Yat & Ainun pandai chemist. Sarah pandai fizik. Ku pandai LK. Aku? Wallahualam aku pon tktaulah aku pandai apa. Kalau nak kata masa zaman PMR aku terer sejarah, sekarang ni bab PMR tu tk menjamin apa apa. Sejarah is totally susah k. Kena ingat sebijik sebijik dan sedetail-detailnya. Depa buat soalan macamlah students kena ingat sejarah semata mata. Chemist pon kena hapai, same goes to physics & civil engineering studies. Argh gila sungguh sapa yang boleh dapat straight A untuk test kali ni. Aku dengar cerita kan ada student KM amek subjek tambahan, biology and tasawwur islam. Fuh berani terok dia, 12 subjek semua. Kalau aku, simpang malaikat 44. 10 subjek pon dah bagaikan malapetaka paling dahsyat. Apatah lagi nak tambah dengan bio bagai. Haritu cikgu dah hingaq kes budak form 4 nak tambah subjek tapi aku tktaulah student tu masih meneruskan niat murni dia atau tk.

Tadi masa first period, subjek ED. Aku nampak mood cikgu macam baik. Tapi perasaan ketaq tu masih ada sebab aku dok depan sekali dan kerja aku tk siap. Tkpa, aku habaq dah aku terer bab bab cover ni. Dan ternyata aku tk kantoi haha stai kan. Lepastu tetiba cikgu pi check keja Ku. Noh! Cikgu dah mula naik angin sebab keja sekolah yang dia bagi, kebanyakan students tk siap. Cikgu ronda setiap meja k. Aku ulang cikgu ronda setiap meja. Masa tu aku ketaq memang tktau nak habaq la, usaha dok tutup muka cuak ni. Nasib baiklah meja aku, cikgu cuma check keja Imah, Aby & Nana ja. Ajaib kan cikgu tk check keja aku muahaha. Kami semua pakat kena semboq. Aku ni tk siap keja bukan sebab apa, masalahnya aku tk reti langsung. Awai awai latihan ED tu memang ah aku terer. Koi lama koi susah. Acena nak jadi engineer ni, nak buat ED pon tehegeh hegeh. Aku dok pikiaq balik masa sekolah rendah dulu sempoi ja lukis segi empat tepat & segi tiga sesuka hati guna pembaris koman tu. Tapi mai masok tang ED ni, nak buat semua tu kemain payah macam %$#@&*!. Dahlah buku rujukan langsung tkdak kat mana mana kedai buku, aku dok beharap kat buku teks ja. Hmm aku ni dahla tk reti lukis kan. Tkpa usaha tangga kejayaan :'( Hmm sedih ni sedihhh

Looks simple kan. But it's kinda complicated actually.
And guess what.
Exam masok sampai bab triangles. Aku mati -_-

Lepas exam, akan ada latihan rumah sukan. Dan cikgu ketua rumah sukan haritu ada habaq yang form 4 diwajibkan masuk perbarisan. Tolonglah cikgu! Saya tkmau ada kontroversi kalau saya pengsan nanti. Cikgu yang akan susah sebenarnya sebab nak control para heroes astech yang berebut nak angkat saya. Aku tkmau masuk perbarisan! Aku agak yakin yang aku akan pengsan nanti. Perbarisan dengan merentas desa tu lain..merentas desa waktu pagi masa matahari tk berapa nak terik. Lagisatu masa merentas desa boleh berenti minum ayaq, tolak menolak, gelak ketawa sampai tk ingat dunia & jalan secara lenggang kangkung. Semua tu memang boleh mengelakkan aku daripada pengsan. Tapi perbarisan?! Ah gila. Alangkah bagoihnya kalau aku ada surat sakit. Tkpa nanti nak merayu kat cikgu 'tuut tuut' bahawasanya aku tkmau join. Suruhlah aku jadi water girl pon aku sanggup asalkan jangan suruh aku buat benda benda yang boleh menyebabkan aku pengsan lagi dan lagi. Seriously aku memang tkmau. Hmm awat yang aku emosional sangat ni

Tadi kan lepas subjek ED dua masa, ada ceramah Maulidur Rasul. Memang ketinggalan, aku tau. Sekolah jemput ustaz apa entah nama beliau aku tk ingat. Mulanya ceramah dia agak best lah, tk boring sangat tapi cemana pon aku tetap mengantuk. Tapi mai tang nak habeh tu..ustaz dah tunjuk belang. Actually dia nak cerita yang perempuan kena pakai pakaian yang elok & menutup aurat. Tapi cara dia salah! Dia cakap, "Saya ada tengok satu geng perempuan ni. Gunung depa besaq lagi pada gunung keriang!" Something like that la. And automatically, students lelaki ketawa sampai berhinggut bahu. Yang lena semua tu pakat cerah teruih bijik mata. IT WASNT FUNNY, USTAZ! Helo ceramah tu turut dijoin oleh cikgu cikgu perempuan & pengetua k. Langsung tk sempoi. They can laugh all they want, tapi depa kena ingat mak bini anak depa semua pakat ada jugak gunung tu. Tkdak rasa sensitif betui. Same goes to sorang makhluk Allah ni, suka sungguh buat porn jokes yang related to girls' stuff. Ohmy kenapa lelaki sekarang berfikiran sangat cetek ha. Lawak macam tu sangat annoying-kan pihak perempuan. Kalau ya pon nak menegur, bukan macam tu caranya. Belajar tinggi tinggi tapi benda kecik tu pon tktau. Ustaz, matlamat tk menghalalkan cara. I'm sure you know about it

Sekali lagi aku emosional.

Okay. Apa apa pon, doakan aku boleh jawab exam minggu depan. First time nak hadap subjek physics, add math, chemist, ED & CES ni. Harapan aku semoga tkdak yang fail. Aku takut agama & sejarah. Agama sebab aku tk terer tajwid. Sejarah sebab kena buat esei dan markahnya banyak. Aaaa cemana ni. Boleh dak kalau aku berenti sekolah dan kawin terus. Agak agak ada dak yang mau kat aku ni hmm sedihnya. Mama saya nak kahwin. Saya tkmau belajaq dah nanti otak cepat tua sebab pikiaq banyak.
Aaaa tk sabarnye :O Hahaha gatai mampus aku

Oh yes. I found this on fb. Kinda creepy. Semoga makhluk makhluk tk cukup akai ni mendapat balasan yang setimpal =) Astaghfirullahalazim

Bye =)

No comments:

Post a Comment