Wednesday, February 29, 2012

First day of March

Assalamualaikum

Cuti bulan March akan start minggu depan. Dan rasanya sepanjang cuti tu aku tkkan ada kat Alor Setar. Ahad pi Terengganu sampai hari Khamis. Jumaat & Sabtu ada kat Paradise Hotel Penang sebab ada kenduri. Cuti punyalah sakan tapi aku tau aku tkkan boleh nak enjoy sangat sebab kerja sekolah yang amatlah bertimbun. Tambah tambah add maths. Piaw ah. Cikgu memang betoi betoi nak kami pandai memandangkan result yang tk seberapa. Oh talking about result, aku dah dapat tau markah untuk a few subjects. Add maths, 40. Syukur sebab tk fail. Math mod, 60. Syukur sebab masih dalam gred B. Kimia 62. Sejarah 75. English 73. Yang tu ja kot. Dan untuk pengetahuan, aku teramat-amatlah tk puas hati dengan result kalini. Padan pon, aku bukannya study sangat. Exam ni macam mengejut k. Aku tk sempat langsung nak buat sehabis pulun. Walaupon result orang lain tklah seteruk aku -_- Tambah tambah Fikri. Add math & math mod dia, 98 & 94. Dahsyat gila. Aku tktau otak dia jeneh pa. InsyaAllah next exam aku nak pulun. Aku pon nak pandai. Tension gila bila markah semua rendah rendah. Tetiba aku rasa macam "Oh baru aku tau yang aku ni bodoh rupanya. Bukan pandai mana pon."



 Tk silap aku dari bulan November atau Disember 2011, aku dah plan dengan sorang hamba Allah ni untuk jumpa for the very first time kat KFC Asmall. Memang plan baik punyalah. Nama terpaksa dirahsiakan, sapa sapa yang tau tu tk payahlah galak pi heboh satu kampung k. Tiba tiba. Tadi aku dapat berita buruk bahawasanya Sabtu ni sekolah. Perasaan aku macam &*^%$#@ sebab dah berbulan aku tunggu nak jumpak! Kalau setakat gotong royong tu bolehla jugak aku ponteng tanpa pikiaq panjang. Ini dak. Belajar k. Ikut jadual hari Rabu. Betapa bengangnya aku hanya Tuhan yang mengetahui. Memang aku rasa rugi gila nak ponteng sekolah, tapi dalam masa yang sama aku dok pikiaq bila lagi boleh jumpak hamba Allah tu kalau bukan Sabtu ni. Peluang bukan datang dua kali. Hmm statement macam dah nak ponteng je kan. Kalau ikutkan yang terbaik, of courselah pi sekolah. Tapi hati muda aku ni nak sangat tecongok kat KFC pukoi 11am. Hmm sesungguhnya aku belum buat keputusan. Aku siap dah ajak Dalila bagai nak teman aku. Apa benda la yang astech giat sangat nak ganti raya cina ni aku pon tk paham. Dah cuti buat la cara cuti, apa kejadahnya nak ganti ganti ni. -___-

Setakat ni hidup kat sekolah agak menjengkelkan. Ada saja suara suara sumbang bila nampak muka aku. Tapi alhamdulillah lah suara sumbang tu tkdak la menjejaskan emosi aku sangat. Tkdak orang yang cari pasai dengan aku sebagaimana yang terjadi kepada dua anak dara kat sekolah baru baru ni. K tkmau kata apa. :-) Oh yes, aku nak cerita pasai kejadian kemarin masa add maths. Cikgu panggil nama students yang hantaq buku. Dua orang tk hantaq. Dan selebihnya hantar tapi cikgu tk sempat check lagi lah kot. So aku dan beberapa manusia pon keluarlah ke depan dengan muka confident, sebab dok ingat cikgu nak puji kami. Tapi rupa rupanya. Cikgu marah gila ya amat sebab latihan yang kami buat tk lengkap. Sebagai denda, cikgu suruh kami ketuk ketampi 25 kali. Aku macam #$%^&*@ what the heck habislah keayuan aku! Tapi redha. Tkdak la gabra sangat sebab ketuk ketampi beramai ramai. Termasokla aby, humaira, pazil, imah & hanim. Nasib baikla tkdak sesapa yang lalu depan kelas time tu. Untung jugak dapat kelas tersorok hahah -_- Konklusinya sampai sekarang paha aku dok sakit. Sekali lagi, redha.


Sarah dapat tawaran pi Mat Jiwa, same goes to Aiman (KM). Sarah tk pi disebabkan dia sayang aku, yat, aby, azah, hana, liyana, ku, kacah & astech. Tapi aiman pi. Menurut aiman, sarah saja tolak rezeki. *awat aku rasa ayat aku macam &^%$#@*. Shahrul nurkhairi pon dapat tawaran pi Jenan. Yes lelaki memang senang dapat mana mana pon yang dimohon. Nasib baiklah aku tk tergerak hati nak buat rayuan. Kalau lah aku buat rayuan dan kalaulah aku dapat, memang sesungguhnya aku tkkan pi. Aku tau aku masih tk boleh nak survive kat hostel. Hmm k abaikan. Haritu aku ada jumpak cikgu library sekolah. Dan aku ada tanya dia pasai blog yang aku kena handle tu. Bertambah tambahlah pening kepala aku nanti. Banyak gila kot benda aku nak kena update. Nasib aaaa cikgu tu macam tk pressure aku sangat :-) Paling best sekali bila cikgu kata aku boleh jadi pengawas PSS. Hmm best? Entah. Best lah kot sebab ada jawatan. Aku tkdak pengalaman lagi jadi pengawas PSS ni. Cikgu kata haritu aku tktau la serius ka dak. Kalau serius, alhamdulillah dan kalau tk serius pon alhamdulillah. Entah bila aku nak start buat blog tu aku pon tktau. Dengan kena decorate lagi. Baru aku tau pasaipa ada sesetengah orang kata 24 jam tu macam tk cukup -___-

Minggu depan start cuti. Dan hari khamis kami dah plan sebaik mungkin nak sambut birthday yat kat secret recipe lepas balik sekolah. Aku belum tanya mama. Esok pon insyaAllah aku nak keluaq belajaq ED dengan hagemaru lepas semayang jumaat. Still belum tanya mama jugak. Wallahualam lah sapa yang nak hantaq aku. Tolonglah jangan ada halangan, seriously aku lemah ED. Apalah gunanya jadi pelajar kejuruteraan kalau ED pon aku tk paham sepatah haram. Mujurlah hagemaru sudi jadi tok guru aku secara free of charge. Jasamu ku kenang hagemaru.

No comments:

Post a Comment