Thursday, February 02, 2012

It's too late to apologise

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya..dapat jugak aku meluangkan masa mengadap laptop dan update blog tercinta. Semenjak bukak sekolah lepas cuti raya cina ni, semua cikgu bagaikan mendera aku. Bagi homework sampai bertimbun timbun. Tapi it's okay aku terima dengan redha sebab kalau tkdak homework, aku akan melenggang kangkung. Kalau aku melenggang kangkung, maka dengan sengajanya aku telah menempah gred E untuk exam yang akan ada 19hb ni. Aku mengaku memang aku ketinggalan sangat sangat. Bayangkanlah math mod, cikgu baru masuk sekali dan baru belajar muka surat 1 dalam buku teks. Poor me kan kan. Alah normal tu, cikgu math aku merangkap cikgu koperasi. Dan awal awal tahun ni koperasi memang sangat busy. Kami, pelajar pelajar KA3 sangat memahami apa yang cikgu alami. Dan baru baru ni aku dapat bersukan kat padang sekolah. Aku ada lah usha keat hwa, tapi tk nampak apa pon sebenarnya. Main badminton, zero point, netball & lompat tikus. Aku lawan badminton dengan Jiha. Nana kata Jiha sebagai Lee Chong Wei dan aku ni Lai Ci Kang. Mana hare pon hang Nana noh hahaha ok tk lawak.

Haritu masa hari Khamis, kami beramai ramai keluar sebab nak sambut birthday aku. Ah best sangat sangat bagi aku lah. Sebab ramai. Ada aimi, aifa, arep, zul, dalila, sarah, syapik, syaza, jie, aby, det & yasin. Terjumpak jugak dengan faiz mail, syapik matbri & zaim tapi jumpak gitu gitu je. Lepastu sarah jumpak dengan matpit & nasima sebab depa lepak belakang asmall. Hmm aku dapat hadiah rantai, frame gambar, mug, tabung & novel. Dan haritu aku tk sure sama ada det ataupon yasin yang belanja aku aiskrim, consider as hadiah la jugak tu. Hari ahad, AJL. Aku pulun siapkan homework awai awai sebab nak tengok AJL. Dan sambil tengok, sambil dok tweet. Aku setujulah Hafiz menang, nak dibandingkan dengan tahun lepas tu si Ana Raffali menang -_- Isnin aku rasa nothing happened kot, semua normal je. Selasa ada perjumpaan persatuan & permainan. Aku, aby, ku, yat, ainun, amirjah, sarah & liyana masuk persatuan english. Dina & humaira masuk persatuan KA. Ah best jugak ler persatuan english, tk menyesai aku masuk. Dan aku jadi one of the committee member untuk F4, dan partner aku ialah ku. Yeay cayalah ku!

Perjumpaan permainan aku tk pi, ada dua alasan. Satu, aku tktau perjumpaan ping pong kat mana. Dua, aku nak tukar masuk bowling. So kesimpulannya aku balik agak awai lah haritu. Asalnya 6.30pm, tapi aku balik 5.45pm. Aku nak puji lah surau astech, memang terbaik. Besor gile, tempat wuduk muslimah memang bersih & besar. Selesa ah, siap ada tempat untuk salin baju & toilet sekali. Muslimah sembahyang kat atas, best oo. Masa asar, aku dan aby je yang ada kat atas tu. Muslimat kat bawah, sembahyang dengan imam tuu tapi aku tk sure pulak sapa yang jadi imam. Balik sekolah, terus pi Pekan Rabu sebab nak beli tudung sekolah hitam, kasut kanvas hitam & tracksuit hitam. Malu gila aku dok merayau rayau kat sana dengan baju korporat. Ala ala Zon Ria pon ada aku rasa. Tu pon abah nak menyeksa aku lagi, bawak aku pi Tesco pulak. Memang kelia ah kan, dah nak dekat pukoi 8 aku dok setia lagi pakai baju oren tu. Jumpak pulak dengan senior, nasib aku sempat sembunyi belakang kakak aku, kalau dak memang tobat malu. Penat tu tk payah tanya r.

Aku dah semakin obses dengan Diary of a Wimpy Kid.
Sekarang tengah dalam proses pengumpulan duit untuk beli 1 set.
Ah sukanya
Kelmarin tk masuk kelas langsung sebab ada Program Peningkatan Akademik. Mulanya subjek fizik. Cikgu lelaki berbangsa cina. Best jugak la beliau mengajar, aku tk mengantuk langsung. Oh ye, semua form 4 belajar kat dewan. Aku diapit oleh sarah & aby. Lepas fizik, kimia. Boleh tahan jugak ler, tapi masa cikgu tu tunjuk video cara cara nak buat fireworks, sumpah aku mengantuk gila. Nasib la lepastu rehat. Rehat lama gila, 10.15 sampai 10.50am. Aku makan nasik separuh dengan ayam goreng, hmm kenyang. Habeh makan, lepak dengan sarah yat aby ku ainun almin & liyana, cerita pasai shopping kat Bukit Kayu Hitam haii teringin pulak aku. Lepas rehat, ada subjek add math. Cikgu tu tk berapa nak mengajar sangat, beliau cuma dok promote Klinik MatTam yang ada kat sekolah tu. Bertuah gila pembantu klinik, dapat pakai blazer. Aku mengaku aku memang jeles. Selesai add math, ada subjek english. Tk mengantuk sebab cikgu bagi latihan suruh buat. Quite fun lah. Last subject, students KA KM KE & PERD kena berambus dari dewan, students agri je yang stay. KA kena pi bengkel KA. Yang lain lain aku tktau, tk amik tau pon. Seperti biasa cikgu KA memang best. Beliau tunjuk gambar bangunan macam macam bentuk, termasuklah bangunan tertinggi di dunia yang ada kat Dubai tu.
Aku paling suka tengok gambar yang tengah tu. Actually semua amazing kan, macam mana la engineer boleh pikiaq nak buat bangunan macam ni. Yang last sekali tu, aku tktaulah macam mana depa nak stabilkan banguanan tu. Gila ah. Memang banyak lagi sebenarnya tapi cukup la aku upload sikit je. Bangunan bentuk duit syiling yen pon ada jugak.

Cuti 3 hari ni, aku kena habiskan banyak kerja sekolah. Nota sejarah 1 bab. Nota KA dua bab. Nota kimia. Latihan add math & math mod. Latihan english. Nasib baik nota agama aku dah habis. Abah nak pi Perak, aku tk boleh ikut sebab homework banyak takut tk sempat habeh. Sekarang ni aku fahamlah kenapa ada yang masuk teknik lepastu patah balik. Sapa yang kata tk letih tu memang bohong la haha. Tiap tiap malam, memang tkkan ada istilah 'tk boleh lena' dalam hidup aku sebab kalau dah letih of course lah mengantuk. Tu belum start lagi segala kelas fardu ain, latihan sukan dsb. Cayalah, aku akan jadi superwoman lepas ni. Hmm pasai tusyen, aku rasa nanti aku join kelas malam kat sekolah dahlah. Tu pon kalau dan. Aku tk rasa aku mampu nak pi tusyen Inovasi pulak. Maaf ye saye bukan robot. -_-

Ok nak pi melantak. Bye =)

No comments:

Post a Comment