Friday, February 24, 2012

Scream out loud

Assalamualaikum

Yes. Exam dah berlalu. Minggu exam ialah minggu yang penuh dengan ketensionan untuk aku sebab..ya sebab aku study last minute. So jangan tanya pasaipa results aku nanti ala ala orang yang tk penah pi sekolah. Memang confirm terok ah kan tapi sapa kisah, baru first term rilek dulu. Nanti coming exam baru la aku pulun. Mau result tk terok, mana dan nak belajaq betui betui kan. Dengan orientasi segala, merentas desa and other whatever things yang membuatkan aku selalu penat dan tidoq awai. Hias kelas lah semua apa bala. Overall, bagi aku, matapelajaran yang paling aku bengang sekali of course lah LK. Tambah pulak ada jebon jebon yang tk bertamadun merentap mood aku, alat LK tu pulak rosak masa aku tengah jawab. Memang masa tu rasa macam nak pi toilet reyau puas puas dan tkmau hadap dah paper tu tapi aku sabaq. Haha hasilnya, banyak soalan yang aku jawab sekerat jalan dan aku lebih banyak buang masa. Rasa macam dah nak kena lempang dengan cikgu LK dah nanti -__-

Hari ahad, tk silap aku ada chemist & BM. Rasanyalah ntah aku pon tk ingat sebab jadual exam langsung tk salin hahah. BM aku boleh la gagah, dok target jugak la nak dapat A tapi redho lah cemana pon. Chemist tu hmm nak kata soalan tu buat aku teriak tu dak la sangat, tapi tk berani nak bermimpikan A. Aku berani nak mimpi lulus je untuk chemist tu. Aaa biasa lettew, first time menghadap exam chemist kan. Normal. Lepastu hari isnin ada sejarah & add math. Hat ni memang aku ingat sebab sejarah & add math tu combination yang membuatkan aku hampir mati sebab tension. Nasib lah sejarah masok bab 1 sahaja. Kalau cikgu berbaik hati nak sumbat sekali bab dua, memang confirm mati dah aku. Malam sebelum tu, aku banyak baca sejarah ja. Sebab aku tktau nak study add maths dengan sapa. Latihan add maths aku buat jugak yang mana aku tau. Esok tu sempat lagi belajaq dengan capang. Sejarah alhamdulillah la aku boleh jawab, hmm tobat aku frust kalau tk dapat A. Add math tu AAAAAAA rasa macam nak hempuk kepala kat meja. Susah k. Aku tinggai 2 soalan. Dan ada jugak soalan lain yang berkemungkinan markah 0 je sebab aku hentam jalan kira.

Selasa, fizik & english. Fizik tu agak menakutkan la sebab aku tk berapa nak paham sangat. Tapi time jawab soalan, aku boleh rilek rilek nyanyi lagu Greyson Chance lagi. Hat mana aku tktau tu aku boh ja jawapan ikut kata naluri haha. English, alhamdulillah boleh jawab. Dan subjek ni jugak aku akan frust kalau tk dapat A. Same goes to BM jugak. Rabu, agama & math mod. Subjek agama, tang soalan objektif tu aku tkdak yang sangkut. Hat isi tempat kosong tu adalah rasa tehegeh hegeh sikit nak jawab kan. Struktur, adalah 2-3 soalan aku mereka jawapan yang aku rasa tepat dan mutakhir padahal tk tepat pon sebenarnya. Sama jugak dengan math mod. Objektif ada sikit je aku konpius tapi struktur tu emmm sedih. Betambah tambah sedih aku bila baca tweet Hana, dia kata dia boleh jawab. MENGAPA HANA BOLEH JAWAB SEDANGKAN AKU TIDAK?! Tapi aku tk rasa la aku fail math mod. Tapi kalau aku fail, sambutlah aku bila aku terjun kat menara nanti. Sob sobss jangan lupa ajak member ramai ramai untuk meriahkan keadaan k?

Khamis. Hari terakhir exam yang aku sangka aku boleh senyum dari pagi 7.20am sampailah balik 2.00pm. Tapi malangnya tidak. Aku lebih banyak baca PKA sebab masok sampai 3 bab, agak mengerikan. Sebab tu aku pulun. Tambah pulak semua soalan struktur kan, memang stai ah. Stai tk bagi hint langsung. Kot lah nak bagi isi tempat kosong lepastu kat atas ada pilihan jawapan dalam awan awan tu ka. Tkdak langsung. Nasib baikla memori kepala otak aku ni tk seteruk mana. Bolehlah jugak jawab walaupon tehegeh hegeh. PKA's done, masa untuk menjawab subjek paling ngeri iaitu LK. Kertas soalan dia besaq nala sampai boleh balut meja aku gamaknya. Ada satu soalan tu kena buat sudut 22 setengah. Hat tu memang aku baca soalan ja, tkdak inisiatif langsung nak try buat sebab aku tau memang aku akan bebai jikalau aku try. ABY BOLEH BUAT K SOALAN TU, AKU JELES. Dikala tengah syok aku melukis. Tiba tiba. Alat LK hat gabungan pensel dan benda tajam tu rosak. Ops maaf aku tktau nak eja benda tu macam mana hahaha bodohnya aku -_- Mata pensel habeh. Aku pon try r buat pandai nak bubuh kan. Tengok tengok tk boleh. Betapa tension nya aku masa tu hanya Tuhan yang mengetahui. Rasa nak reyau tapi tahan takut orang kata aku over. Dahlah kena kacau dengan jebon sebelum jawab exam. Aaaaaa k k aku tkmau ingat dah. Konklusinya aku tau LK aku akan fail. Alhamdulillah aku dah jumpak tok guru yang sudi mengajaq aku, free of charge. Identiti terpaksa dirahsiakan atas sebab sebab keselamatan rakyat sejagat

Tadi main boling dengan geng sekolah. Form 4 perempuan yang ada tadi - aku, aby, yat, liyana, ku, amirjah, almyn & DALILA. See teacher Ain is soooo nice, tk marah pon dalila ikut menempek kat situ tadi heheh. Oh yes lupa nak cerita. Masa tengah lunch dengan aby kat mcd, ada sorang mamat ni dok usha panas. Me and aby were so afraid like hell sebab mamat tu kinda creepy. Dia tengok tk lepas k. Lepastu dia mai kat meja, berenti sat. Aaaaa aku rasa macam nak rempuh cermin mcD dan lari lintang pukang. Tapi nasib baik dia blah lepas tu. Kat bowling dia ada jugak. Aku tk takut sangat sebab dah ramai masa tu, teacher pon ada. Masa nak tulis nama, mamat tu tengok nama aku. Dan dia tegoq. Oh kawan facebook rupanya aku ingat pembunuh bersiri ka apa -_- Memang kenai tapi kat facebook ja. Aku tk cam dia. Motif aku cerita benda ni? Don't judge a book by its cover. K?

Aku penah jadi macam dia. Foever alone. Alhamdulillah muka aku tk jadi sehuduh jebon ni. Bye :D

No comments:

Post a Comment